"Hubby" aku memanggilnya yang baharu sahaja keluar daripada tandas dengan muka ceria
"Yes sayang?" katanya sambil membetulkan kain tuala dipinggangnya
"Hubby free tak esok?"
"Esok? why?" muka baihaqi bertukar menjadi kerut
"Hubby lupa ke?" muka aku sudah masam
"Lupa apa? hubby tak ingatlah" kata baihaqi sambil memakai kain pelekat di hadapan aku
Aku melihatnya atas bawah
"Hubby memang saje eh nak pakai kain pelekat depan sayang? nak show off apa ada ke apa ni?"
"Why not? sayangkan isteri hubby" katanya sambil menolak aku baring dikatil semula tangannya menguis tali baju aku
Aku menjelingnya sambil menolak tangannya daripada menyentuh tali baju aku
"Alaaaa marah, garangnya lagi garang lagi comel" katanya menjentik dahi aku
"Auchhhh! sakitlah hubby ni. Ishhh dah lah tak ada mood nak layan hubby" aku menolaknya sekuat hati sehingga dia tergolek disebelah aku punya turun ke dapur untuk makan. Lapar pulak jadinya bila suami tak faham maksud kita ni, takpe takpe ada ubi ada batas. Nanti kita balas semula, biarlah menangis bucu katil
Baihaqi terus mengikuti aku sehingga ke dapur dengan tidak memakai baju
"Sayang nak masak apa tu?"
Aku diam sahaja tidak berkata apa malas nak layan, dah merajuk dengan baihaqi jpj nii. Aku terus memasak hanya bunyi lagaan kuali dengan sudip sahaja
"Sayang...." baihaqi memanggil aku sambil matanya sahaja memandang aku manakala dirinya sudah duduk di ruang tamu
Nak pujuk pun main hangat-hangat tahi ayam, hangat lagi tahi ayam tu daripada pujukan dia
Aku mendengar tapak kaki menuju ke arah dapur, baihaqi baru sahaja ingin memeluk aku. Terus aku mengelak daripadanya
"Sayang.... kenapa ni?" panggilnya meleret sambil mengintai makanan di dalam kuali masakan aku itu
"Sayang marah hubby ke?" aku tidak menjawab malah aku terus ke peti ais untuk mengambil barang yang perlu
"Sayang" panggilnya manja sambil tersenyum nakal
"Okay sayang marah hubby tahu" jawabnya akhir sekali apabila aku masih tidak melayannya
"Sayang masak lebih tau roti telur dengan coklat panas tu hubby nak"
Aku buat-buat tak tahu saje, malas nak layan sakit hati dah dia buat tak tahu je. Tapi aku still memasaklah dia isi perut dia, kang berdosa pulak bila tak jaga perut suami ni
Selesai memasak, aku terus menghidangkan kepadanya dimeja kopi depan televisyen. Aku melihatnya melalui ekor mata sahaja, aku nampak dia sedang memandang aku lalu mendekati ke arah aku
"Sayang" katanya sambil menarik aku memeluk pinggang aku ke dalam dakapannya sambil membuka tali baju aku
Aku menolak tangannya... "Tak payahlah la hubby, sayang tak ada mood nak layan. Emosi sayang tak stabil, hubby tak ingat takpe. Nanti jangan sampai sayang buat-buat lupakan hubby sudah" aku minum air sambil bermain chat dengan kartini
Tiba-tiba telefon aku berbunyi, baihaqi terus melihat dan mengambilnya. Belum sempat aku mahu mengangkat telefon, baihaqi sudah mengangkatnya lalu menghulur semula kepada aku
Dia takut lelaki ke apa call aku tu? aku terus mengambilnya dan mengangkat telefon lalu beredar daripada situ
"Hello babe"
"Hello lamanya nak jawab pun, busy dengan cik abang ke?"
"Tak ada masalah aku nak busy nya, aku sakit hati adalah"
"Sakit hati apasal pulak? dia ada perempuan lain ke belakang kau?"
"Tak"
"Habistu apa? kau ni cakap separuh separuh"
"Kau ingat esok hari apa?"
"Emmm entahlah" kata kartini sambil menahan tawa
"Kau ni, sama je lah macam dia. Dah la dua-dua aku malas nak layan. Aku letak dulu bye"
"Eh eh kau ni, aku mengusik je lahh. Aku mestilah ingat esok birthday kau. Birthday bff aku ni"
"Kau tahu pun, kau tahu tak baihaqi tu dia lupa birthday aku esok. Panaslah hati aku bila suami sendiri tak ingat birthday kita" kata aku sambil memeluk bantal
"Ouhh, lahhh kenapa kau tak bagitahu je dia terus esok birthday kau. Mungkin dia betul-betul tak tahu ke. Kau ada bagitahu dia pasal birthday kau?"
"Tak, tapi rasanya umi ada bagitahu dia kott"
"Ouhhz tapi kenapa kau nak rasa panas hati pulak kalau kau tak sayangkan dia?"
"Aku dah mula sayang dan cintakan dia" kata aku malu-malu
"Ouhh, patutlah. Dia dah sayang dekat cik abang dia rupanya. Hemmmm fahm faham"
"Salah ke aku nak sayang dan cinta dekat suami aku?"
"Eh tak, aku tak cakap pun salah. Lantak kau la nak buat apa pun dengan dia. Janji tak kacau duit dan hidup aku sudah"
"Okaylah babe esok aku kerja lah, aku letak dulu eh bye" kata rakannya tadi sambil menguap
"Hemmm ye lah, bye"
Selesai kami berborak aku kembali ke ruang tamu. Aku melihatnya sudah habis roti telur yang dibuat oleh aku. Agaknya lapar la kott sebab aku tak layan. Aku tidak menghiraukan dia, aku terus ke bilik tidur
Baru sahaja aku ingin lelapkan mata, tiba-tiba aku terdengar suis lampu ditutup tinggallah lampu tidur sahaja yang dibuka olehnya lalu berbaring disebelah aku
"Sayang...." panggilnya lagi
Aku diam membisu
"Takpelah sayang tak nak layan, esok mesti sayang layan punya" katanya lalu menarik aku rapat ke dalam pelukannya dan terlena
Apa maksud dia macam tu? ishhh tak fahamlah
Pada malam keesokan harinya pada pukul 8 malam, aku pulang daripada kerja aku melihat rumah itu gelap seperti tiada elektrik atau si baihaqi tu yang tak bayar bil?
Aku baru berjalan beberapa langkah, aku terasa seperti terpijak sesuatu yang lembut. Aku terus membuka touchlight di telefon bimbit, aku melihat ada kepingan bunga ros warna merah. Aku hairan siapa pula yang menaburnya?
Aku terus berjalan sehingga aku nampak sepucuk surat yang diletakkan diatas bunga-bungaan tadi. Aku mengambil dan membacanya
"Sayang jalan ke depan lagi" aku berkerut bila dia tulis macam tu. Aku ingatkan cakaplah sorry ke apa, rupa-rupanya hampehhh
Aku berjalan lagi meneruskan perjalanan sehingga tiba di dalam bilik. Aku melihat ada gaun merah di atas katil, sangat cantik. Dan ada sepucuk surat aku mengambil dan membacanya "Sayang bersiap dahulu nanti berjalan atas rose warna pink pula" aku mengikuti sahaja apa yang ditulis olehnya
Selesai mandi, aku terus memakai gaun itu dan solekan sedikit. Hemmmm cantik padan dengan badan aku tak besar tak ketat sangat tetapi sedan-sedan. Aku pun keluar daripada bilik dan menuju ke arah yang ditaburkan bunga ros putih. Tiba dipenghujung bunga ros itu, ada sebuah meja dan dua buah kerusi lalu dihiasi dengan hiasan bunga, lilin dan sebuah kek diatas meja. Aku mendekati meja itu tiba-tiba ada suara melalui belakang aku
"Happy birthday sayang" katanya ditelingaku sambil menghulurkan sejambak bunga kepada aku
saya habiskan suamiku abang jpj dulu ya. Sebab cerita ni ada beberapa bab lagi sahaja
Share this novel