Bab 4 – Budak Mentah

Romance Series 2189

ARYAN masih berdiri tegak di hadapan Mia Qaisara, menyilangkan tangan di dada, renungannya tajam menikam, penuh syak wasangka yang membuak.

“Why? You tak puas hati?” soal Aryan keras. Nada suaranya tajam dan sinis. “Bukan ke you kahwin dengan I sebab duit? You ingat senang ke nak dapat duit? Ingat semua peraturan tu dan jangan cuba nak langgar kalau you still nak kikis duit I.”

Mia Qaisara terkejut. “Apa abang cakap ni? Bila masa Mia nak kikis duit abang?” suaranya terketar, cuba bersabar walaupun hatinya sudah mula membara.

“Ah! Sudahlah!” bentak Aryan. “I dah tahu semuanya!”

Mia Qaisara terdiam. Lidahnya kelu. Hatinya menggila mahu bersuara, mahu menjelaskan segalanya, mahu pertahankan dirinya yang kini dituduh semudah itu. Tapi dia tahu, tiada gunanya. Aryan sedang marah. Sedang dikuasai ego dan emosi. Dia hanya mampu tunduk, walau jiwanya menjerit ingin membela diri.

Aryan melangkah mendekat, wajahnya rapat ke wajah Mia Qaisara. Tangan kanan lelaki itu naik mencengkam pipi isterinya. Tidak kasar tapi cukup buat Mia Qaisara terkedu.

“You ingat I tak tahu apa tujuan sebenar you sanggup kahwin dengan I, hmm?” bisik Aryan, matanya bersinar tajam. “Konon demi papa you, tapi sebenarnya... demi duit I.”

Wajah Mia Qaisara berubah. Dia cuba elak pandangan mata suaminya. Tapi genggaman Aryan tidak melepaskan.

Beberapa hari sebelum majlis nikah, Aryan sebenarnya pernah ke hospital untuk melawat Encik Qhaleed atas desakan Datin Amira. Namun belum sempat dia sampai ke bilik pesakit, dia dihampiri oleh dua orang wanita yang akhirnya dia tahu ialah makcik dan sepupu Mia Qaisara sendiri. Tanpa dipinta, mereka menyumpah seranah Mia Qaisara di hadapannya. Dari hal keluarga, kisah silam, hingga ke soal kononnya Mia Qaisara hanya mahu ambil kesempatan demi menyelamatkan kewangan keluarganya.

Aryan waktu itu diam. Dia tidak percaya… tapi hatinya tercuit. Apatah lagi bila mengenang Mia Qaisara yang sanggup setuju dengan lamaran tergesa-gesa. Semuanya mula masuk akal dalam fikiran seorang lelaki yang masih menyimpan trauma masa lalu.

Sebab itu, Aryan berubah. Sikapnya yang mula lembut kembali dingin. Dan surat perjanjian itu… disiapkan sebagai bentuk perlindungan dirinya.

“You jangan fikir I bodoh macam lelaki lain. I takkan terpedaya dengan budak mentah macam you,” sindir Aryan sambil melepaskan cengkaman pada pipi Mia Qaisara, lalu bersandar semula ke sofa. “Tugas you jelas, jadi isteri atas kertas I je. Patuh arahan. Sampai I jumpa perempuan yang betul-betul layak jadi my wife.”

Mia Qaisara pejam mata, cuba tahan air mata yang mula bertakung. Nafasnya turun naik, dadanya sesak. Tapi dia diam. Tidak mahu bergaduh. Tidak mahu jadi seperti yang Aryan sangka. Lalu dia ambil pen… dan tanpa sepatah kata, dia tandatangan surat kontrak itu.

Satu demi satu helaian diturunkan tandatangan.

“Ini, abang. Mia dah sign,” katanya perlahan lalu menyerahkan semula perjanjian itu.

Mia Qaisara terus bangun. Mahu menjauh. Mahu masuk ke bilik air. Sekurang-kurangnya, di situ dia boleh menangis tanpa disaksikan suami sendiri.

Namun belum sempat kakinya melangkah, suara keras Aryan memecah keheningan.

“You nak pergi mana? I dah cakap, you kena layan I!”

Langkah Mia Qaisara terhenti. Dia berpaling semula, menahan air mata yang hampir tumpah.

“Abang nak Mia buat apa sekarang?” soalnya, masih tenang walaupun hatinya sudah koyak rabak. Jika bukan kerana perjanjian itu, kerana tanggungjawab… dia mungkin sudah berlari keluar malam ini juga.

Aryan merebahkan tubuh ke sofa.

“I penat. Urut kaki dan tangan I sekarang,” katanya seolah-olah memerintah pembantu rumah, bukan isteri.

Mia Qaisara tidak membantah. Dengan penuh hormat, dia duduk di hujung sofa dan mula memicit perlahan kaki suaminya, kemudian lengannya.

Walaupun hatinya luka, Mia Qaisara tetap lakukan. Bukan kerana peraturan itu. Tapi kerana dia mahu menjadi isteri yang ikhlas. Bukan kerana wang. Tapi kerana dia benar-benar mula menyayangi lelaki itu. Malangnya… lelaki itu buta dengan keikhlasannya hanya kerana salah faham.

Tidak sampai sepuluh minit, Aryan terlelap. Wajahnya tenang. Nafasnya perlahan.

Mia Qaisara perlahan-lahan bangun dan melangkah ke bilik air. Pintu ditutup rapat. Sebaik duduk di penutup mangkuk tandas, dia mula menangis teresak-esak. Segala air mata yang ditahan sejak tadi kini tumpah laju.

Mia Qaisara peluk tubuh sendiri, menunduk dalam-dalam.

“Kau tak boleh cepat mengalah, Mia,” bisiknya sendiri sambil menggenggam hujung baju. “Kau kena buktikan dekat dia… budak mentah ni tak datang untuk kikis duit dia. Tapi untuk jadi isteri yang betul-betul ikhlas.”

Matanya merah. Tapi hatinya perlahan-lahan membulatkan tekad.

Jika Aryan tak percaya kata-kata... Mia Qaisara akan tunjukkan dengan perbuatan.

Dan satu hari nanti, Aryan sendiri akan sedar, perempuan yang dia rendahkan ini, ialah perempuan yang sanggup bertahan… untuk sebuah cinta yang dia sendiri belum kenal lagi.

“MIA!”

Suara Aryan yang kuat memecah keheningan dari luar bilik air. Mia Qaisara yang sedang duduk di atas penutup mangkuk tandas dengan mata yang masih basah, segera tersentak.

Mia Qaisara pantas menyeka pipi dan memandang cermin. Nafasnya masih sesak, dada terasa sempit menahan emosi yang sebentar tadi cuba dilepaskan. Belum sempat dia tenang sepenuhnya, dia sudah dipanggil.

Mia Qaisara buka pintu perlahan dan melangkah keluar dengan kepala tunduk. “Ya, abang? Ada apa?” Suaranya rendah, cuba disembunyikan kesan tangisnya tadi.

Aryan sudah bangkit dari sofa. Wajahnya masam dan keningnya berkerut tajam.

“You buat apa lama sangat? Kenapa tak kejutkan I bila I tertidur?” soal Aryan, nada tidak puas hati.

“Sorry, bang. Mia… sakit perut sikit tadi. Tu yang lama sikit kat dalam,” jawab Mia Qaisara dengan alasan.

Aryan mendengus. “Sediakan air mandi. Lepas tu… mandikan I.”

Mia terpempan. “Err…apa, bang?”

“Mandikan I.” Aryan ulang dengan jelas. Kali ini dia senyum sinis yang buat Mia Qaisara kecut perut.

“Tapi abang kan dah mandi tadi?”

“So what? Bil air rumah ni I yang bayar, bukan you. Kalau I nak mandi sepuluh kali pun, ikut suka I. Lagi pun…” Aryan mengetap bibir, mata mengecil, “I nak test you.”

“Test?” Mia bingung. Keningnya berkerut, tak mengerti maksud Aryan.

“You beria sangat nak jadi ‘mama segera’ Aisy, kan? So, sebelum I bagi anak I kat tangan budak mentah macam you ni, I nak tengok dulu tahap ‘kebolehan’ you. Mandikan I dulu. Baru I tahu you ni layak ke tak nak jaga anak I.”

Mia Qaisara gigit bibir bawahnya. Geram bercampur sedih. Tapi dia tak mampu melawan. Kalau dia bangkang, pasti Aryan akan terus hukum tanpa soal siasat.

‘Budak mentah. Budak mentah…’ gumam Mia Qaisara dalam hati, menahan rasa. Tapi langkah tetap diatur, mengikuti Aryan ke bilik mandi.

Aryan dengan selamba menanggalkan pakaian. Tak tinggal banyak, hanya sehelai boxer gelap yang menutupi pinggang. Mia Qaisara menunduk cepat, pipinya memerah.

“Cepatlah. Nak berdiri macam tunggul ke sampai ke esok?” jerkah Aryan yang sudah pun duduk dalam tab mandi.

Dengan tangan menggigil, Mia Qaisara capai puff dan botol sabun. Dia mula menggosok lengan Aryan perlahan-lahann dan cuba elak mata daripada memandang suaminya yang separuh bogel itu.

“Kuatlah sikit, macam usap kucing,” perli Aryan sambil menyiku sedikit.

Mia Qaisara menahan sabar. Geram. Tapi dia teruskan. Saat dia mula sabunkan dada Aryan, lelaki itu tiba-tiba memandangnya sambil tersengih.

“Muka you pucat semacam. First time sentuh lelaki ke?” bisiknya dekat ke telinga Mia Qaisara, membuatkan isterinya terus kaku.

Aryan tiba-tiba capai tangan Mia Qaisara dan arahkan ke arah pinggangnya. Mia Qaisara pantas menarik balik tangan dan terus berpindah tempat, menggosok bahu Aryan pula.

“Dah siap, bang,” kata Mia Qaisara cepat.

Aryan bangun, menuju ke arah pancuran. “Bilaskan,” arahannya jelas.

Mia Qaisara tercari-cari tombol. Aryan menjeling, capai alat kawalan jauh di dinding, lantas menekan butang.

Air suam memancar kuat dan terus menimpa Mia Qaisara. Habis baju dia basah melekap di badan.

“Ya Allah!” Mia Qaisara terlonjak. “Kenapa abang tak cakap shower tu guna remote?”

Aryan angkat bahu selamba. “You tak tanya.” Tangan lelaki itu menyapu sisa sabun pada tubuhnya sendiri, sambil matanya jatuh ke tubuh Mia Qaisara yang sudah basah kuyup. Baju nipis yang dipakainya kini melekap erat, menampakkan bentuk tubuh yang cuba Mia Qaisara lindungi.

Pandangan Aryan berubah liar, seperti ada percikan yang sukar dibendung. Dia merapat, menggenggam pinggang Mia Qaisara dan tanpa amaran terus menangkap bibir isterinya. Mia Qaisara terkejut, kedua-dua tangannya menolak dada Aryan, tapi pelukan lelaki itu kian kemas. Ketika nafas Mia Qaisara hampir putus, Aryan mengangkatnya lalu membawanya ke katil.

Tubuh Mia Qaisara direbahkan. Aryan menindih, bibirnya menuruni leher, meninggalkan kesan merah. Mia Qaisara menggigil bukan kerana sejuk, tetapi kerana gelora rasa yang serba tidak kena antara tanggungjawab isteri dan maruah diri yang baru saja disiat ego suami.

Namun sebelum Aryan sempat teruskan, suara kecil memanggil dari luar pintu.

“Mama! Mama!”

Aryan mengeluh panjang. “Ah, shit!” Dia bangkit, terus masuk ke bilik air semula.

Mia Qaisara menarik nafas sedalam-dalamnya. Jantungnya masih berdetak laju. Dia segera capai jubah mandi dan bergegas buka pintu.

Di luar, Aisy berdiri sambil peluk patung dinonya.

“Ya, sayang. Aisy nak apa?”

“Mama… malam ni Aisy nak tidur dengan mama dan papa. Boleh tak?” suara Aisy lembut dan manja.

Mia Qaisara senyum besar dalam hati. ‘Yes! Ada penyelamat malam ni!’ Tapi wajah luarannya tetap tenang.

“Kita tanya papa dulu, ya?” Mia Qaisara menjeling ke arah bilik air dengan suara cukup kuat untuk Aryan dengar.

Beberapa detik kemudian, Aryan keluar dengan tuala. Riak wajahnya jelas kecewa. Namun dia mengangguk.

“Yeay!” Aisy bersorak, terus peluk Mia.

Namun tiba-tiba mata Aisy jatuh ke leher Mia.

“Papa! Leher mama ada merah-merah! Kita kena bawa dia pergi klinik!”

Mia Qaisara dan Aryan saling berpandangan. Mia Qaisara cepat-cepat balas, “Mama cuma alergi sikit. Sekejap je hilang.”

“Ada ubat?” soal Aisy risau.

“Ada sayang. Jangan risau.” Mia Qaisara mencium dahi Aisy. “Sekarang Aisy turun dulu tunggu kat meja makan. Mama dengan papa nak tukar baju.”

Aisy angguk, melangkah keluar sambil bawa patungnya.

Pintu ditutup. Suasana kembali senyap.

Mia Qaisara ambil pakaian sopan dari almari dan masuk ke bilik air. Dia berdiri di depan cermin. Melihat jelas tanda merah di lehernya, hasil ciuman Aryan tadi.

Dia mendengus perlahan. “Hisy, laki aku ni. Teruk betul!”

Namun jauh di sudut hatinya, Mia Qaisara tahu ini baru permulaan. Aryan bukan saja lelaki yang susah dibaca, tapi juga seorang suami yang tak percaya padanya.

Dan dia… akan buktikan perlahan-lahan.

Dia bukan budak mentah. Dia bukan perempuan murahan.

Dan dia… akan buat Aryan Khalis jatuh cinta. Tanpa peraturan. Tanpa perjanjian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience