Rate

4. Hati Seorang Melia.

Romance Series 15066

"Razak! Razak! kau keluar sekarang! sebelum aku masuk kedalam rumah kau!" jerit satu suara dengan sangat kuat dari luar rumah Razak seakan ingin bergaduh.

"Razak! kau jangan sampai aku masuk kedalam rumah kau!" jerit suara yang lain pula.

"abang siapa kat luar tu?" soal Salma ketakutan kerana dia perasan dalam dua atau tiga minggu ini kerap orang yang tidak dikenali datang kerumahnya untuk mencari suaminya dan tingkap rumahnya selalu dilempar dengan batu sehingga pecah.

"kau diam kalau kau tak nak aku tampar mulut kau.." marah Razak yang menyuruh Salma mendiamkan diri dari bercakap kerana dia cukup risau jika orang yang berada diluar rumahnya akan terdengar suara mereka suami isteri yang sedang berbisik ketakutan.

"maaf.." ucap Salma perlahan dengan menepuk lembut paha anaknya yang sedang tidur.

"mana budak sial tu? tadi dia keluar beli barangkan? dah balik ke belum? lama pula kalau dah keluar pergi kedai, ke dia ada pergi jumpa jantan kat luar sana tu?" soal Razak kepada Salma sambil anak telinganya meliar mendengar bunyi jeritan orang-orang diluar rumahnya.

"belum balik, saya tak ada dengar dia beri salam pun.. pintu kat depan tu pun berkunci lepas tingkap rumah kita selalu kena lempar batu.. mana dia ada pergi jumpa jantan, abang yang minta dia keluar pergi kedai tadikan.. kedainya jauh sikit kalau kedai yang abang minta dia belikan rokok abang tu.. habis tu macam mana kalau Lia balik kejap lagi?" bisik Salma pula kepada Razak kerana dia mula curiga yang suami ada melakukan sesuatu yang salah sehinggakan ada orang mencarinya.

"mampuslah aku, siallah kenapa sekarang jugalah mereka tu nak datang cari aku.." marah Razak yang dalam ketakutan dengan menumbuk tilam dimana dia duduk sekarang ini.

"tu kau pergi tanyakan budak tu.. kat mana Razak.." arah seorang lelaki kepada kawannya.

"assalamualaikum ibu, ni Lia dah belikan semua barang yang suami ibu nak, buka la pintu.." panggil Melia selepas dia memberi salam dari luar rumahnya sambil tangannya mengetuk-ngetuk daun pintu rumah tersebut kerana dikunci dari dalam tanpa pedulikan manusia yang melihat kearahnya dengan pandangan menakutkan.

"heh budak! kau anak Razak kan? kau panggil bapak kau keluar sekarang, jangan sampai aku masuk kedalam rumah kau sendiri.." jerkah salah seorang dari tiga orang lelaki yang berbadan tegap tersebut.

"Razak? saya bukan anak dia.." ucap Melia bodoh tanpa pedulikan muka begis lelaki yang berdiri didepannya saat ini.

"kau jangan nak main-main dengan aku.. aku tahu bapak kau ada kat dalam tu.. kau buka pintu ni sekarang.." marah lelaki tersebut lagi.

"tapi saya tak kenal pun pakcik-pakcik semua ni, kenapa nak cari Razak pula?" soal Melia lagi tanpa faham maksud kedatangan lelaki-lelaki yang berada didepannya sekarang ini.

"kau memang banyak cakap kan.. bapak kau berhutang dengan bos aku.. dah Rm20,000 tu belum termasuk bunganya.. sekarang dia dah lari dan tak nak bayar hutang.." jelas lelaki tersebut dengan berjalan mendekat kearah Melia yang masih berdiri didepan pintu rumahnya.

"tapi saya tak ada kaitan dengan Razak, kalau pak cik nak cari dia masuk jelah kat dalam rumah tu.. mesti dia sedang menyorok sekarang ni.." jawab Melia tanpa sedikit pun riak takut dimukanya.

'padan muka kau Razak, mampus kau.. tak payah aku pening kepala macam mana nak hapuskan kau dari hidup aku dan ibu aku..' bisik hati kecil Melia.

"cepat masuk! kau pecahkan je pintu rumah tu, kau cari setiap pelusuk dalam rumah tu, kalau kau jumpa dengan Razak kau bawa dia keluar jumpa dengan aku.." arah seorang lelaki yang agak muda dari yang lain, dan agak diam dari mula mereka sampai kerumahnya tadi, mungkin dia adalah ketua diantara mereka bertiga.

"Razak, kau tak payah menyorok anak kau cakap kau ada kat dalam rumah ni.. kau jangan sampai aku dapat cari kau.. baik kau keluar sekarang ni!" jerit salah seorang dari mereka bertiga.

"okey.. okey aku keluar.." ucap Razak dengan kelam kabut keluar dari bilik tidurnya selepas pintu rumahnya disepak sehingga terbuka luas dari luar.

"kau sempat beromen dengan bini kau ye? padahal kau dah dengar aku menjerit dari tadi.." tegur salah seorang daripada mereka.

"bukan.. anak aku yang kecil sedang tidur.. jadi aku pun tertidur sekali.. tu yang aku tak dengar kau panggil nama aku.." dalih Razak dengan peluh mula merecik kasar disetiap ruang mukanya.

"kau jangan nak bagi banyak alasan kat aku, kau janji malam ni kau nak bayar hutang bos aku.. mana duit Rm20,000 bos aku termasuk bunga dia Rm10,000?!" soal salah seorang dari mereka berdua yang masuk kedalam rumah Razak.

"malam ni aku tak cukup duit nak bayar bos kau sekali gus.. aku ada Rm10,000 je.. kau ambil dulu.." hulur Razak duit sebanyak Rm10,000 yang telah diikat getah dan dimasukkan didalam sampul surat.

"apa? Rm10,000 je? hahaha.. kau memang lucu la Razak, masa kau pinjam duit dengan bos aku dulu tak ada pun kau ambil ansuran.. tapi bila nak bayar kau buat ansuran dah macam kau bayar kereta pula.. Razak.. Razak.. hahaha" gelak mereka serentak dengan pandangan sinis terhadap Razak yang sudah berundur kebelakang kerana tahu apa akibatnya selepas ini.

"sabar, sabar.. aku ada idea.. kalau kau setuju kira langsai hutang aku dan duit rm10,000 tu pun kau boleh ambil sekali.." ucap Razak tiba-tiba kerana otaknya baru saja berfungsi dengan baik cara untuk membayar hutangnya.

Dan matanya terus bergerak mencari Melia anak tirinya yang menghilang entah kemana.

"apa? cepatlah! kau ingat aku akan percayakan kau lagi lepas ni?" marah salah seorang dari mereka berdua.

"apa kau nak jual bini kau ke? tapi bini kau tu dah tak sedap.. ayam tua.. liat.. kalau kau ada cadangan lain aku setuju.." ujur salah seorang dari mereka yang masuk kedalam rumah Razak dengan mengibas-ngibas duit ditelapak tangannya.

"bukan.. bukan.. aku tak akan buat macam tu pada bini aku.. aku ada anak kecil yang tengah menyusu badan.. tak boleh.. tapi aku ada yang lain.." ucap Razak senang.

"cepatlah apa? berapa lama kau nak main-main ni?!" marah mereka kerana Razak seperti ingin bermain- main dengannya.

Semuanya bermula disini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience