BAB 14: Dunia Remaja Sekarang

Action Completed 149

Guru kelas Faiq, Cikgu Siti Hawa, memainkan peranan penting dalam prestasi pelajaran Faiq.
Walaupun Faiq terkenal sebagai pelajar bermasalah, Cikgu Siti Hawa tetap tidak putus asa. Setiap hari, beliau memantau kemajuan Faiq dengan penuh sabar, memberi peluang untuk Faiq memperbaiki dirinya.

Hari yang ditetapkan untuk temuramah bersama ibu bapa pun tiba.
Datin Sri Faridah dan Dato' Sri Nizam masuk ke bilik guru dengan wajah penuh harapan, tetapi juga penuh tanda tanya.

Sebaik sahaja laporan akademik dibentangkan, kedua-duanya terkesima.

"Ini... ini keputusan Faiq?" soal Datin Sri Faridah dengan suara bergetar.

Cikgu Siti Hawa hanya mengangguk. "Ya, puan. Ini keputusan terkini. Ada sedikit peningkatan, tetapi sikapnya masih belum stabil. Ada hari dia hadir ke kelas dengan semangat luar biasa, ada hari pula dia hanyut entah ke mana."

Dato' Sri Nizam menghela nafas panjang.
Seketika itu juga, konflik dalaman keluarga Faiq mula membuak-buak.
Dulu mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehinggakan terlupa anak sendiri sedang bertarung dengan emosinya.
Kini, semuanya mula dirasai satu persatu — rasa bersalah, rasa kehilangan, rasa marah bercampur-campur.

Selepas sesi bersama guru kelas, mereka turut dirujuk kepada Ustaz Naufal, guru kaunseling sekolah.
Ustaz Naufal menyentuh aspek rohani Faiq, menasihati Faiq dengan pendekatan agama dan kata-kata yang lembut.

"Kadang-kadang, anak-anak kita bukan perlukan teguran keras. Mereka cuma perlukan telinga yang sudi mendengar," kata Ustaz Naufal sambil memandang kedua ibu bapa Faiq dengan penuh makna.

Di sisi lain, Faiq sendiri sedang hanyut.

Ketafakurannya — rasa insaf yang cuba disemai oleh Uwaisy — mula membuak-buak dalam dirinya.
Tetapi malangnya, ketafakur itu tidak stabil.
Kadang-kadang Faiq rasa mahu berubah.
Kadang-kadang Faiq rasa dunia ini tidak adil, dan dendamnya bangkit semula.

Dalam kelas, Faiq duduk termenung. Buku di depan langsung tidak dibuka.
Belajar?
Fikirannya sudah hanyut jauh — dibuai janji-janji manis dunia "dewasa" yang penuh tipu daya.

Tanpa sedar, Faiq terjebak lebih dalam dengan dunia lumba haram.

PACITO — nama yang mula disebut-sebut dalam kalangan remaja sekolah.
Kelab motor yang penuh dengan prestij palsu, kelihatan gah dari luar, tetapi busuk di dalam.

Ketua geng PACITO adalah seorang lelaki yang digelar Dragon.
Nama sebenar Dragon ialah Mughalazah Bin Ni Rojim — nama yang cukup menakutkan dalam dunia bawah tanah.

Dragon bukan sekadar ketua geng jalanan.
Beliau juga adalah pemilik syarikat PACITOS, sebuah syarikat motorsikal terkenal yang menghasilkan motor-motor CC tinggi, tetapi tidak melepasi piawaian keselamatan Malaysia.

Motor-motor keluaran PACITOS menjadi kegilaan anak-anak muda — laju, ganas, dan bahaya.
PACITOS membekalkan jentera kepada geng PACITO untuk digunakan dalam aktiviti lumba haram.

PACITO pula bukan sekadar kelab motor.
Ia adalah lambang "status" bagi remaja yang mahu lari dari realiti hidup mereka — mahu nama, mahu kuasa, mahu dikenali.

Di mata Faiq, ini dunia baharu.
Dunia yang menawarkan penghormatan yang tidak pernah dia rasa dari keluarga sendiri.

Dan di situlah, Faiq mula terperangkap...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience