BAB 4

Drama Completed 19693

Naurah bermain dengan pen ditangannya.Kerjanya sudah selesai lebih awal harini.Kebosanan mula melanda dirinya.Dia memanjangkan lehernya seperti zirafah.Melihat kesibukan semua pekerja syarikat ini cukup luar biasa walaupun Tuan Althaf tiada di pejabat pada waktu sekarang.

Kalau ikutkan nak saja dia berlegar-legar dikawasan pejabat ni dan membawang mungkin.Tapi mana pergi Tuan Althaf dengan Zukie sampai aku tak boleh ikut?.

********

Dr Helen memandang wajah Althaf dihadapannya.Lelaki itu mempunyai bahu yang sangat luas dan wajahnya campuran melayu dan cina.

"Tuan kata Isaac muncul semalam?"soal Dr Helen meletakkan kedua tangannya diatas meja.

"Ya...dia muncul depan pembantu baru saya itu yang Zukie bagitahu saya"ucap Althaf.

Dr Helen berfikir sejenak.

"Dari apa yang Tuan bagitahu saya, Isaac selalu munculkan diri bila Tuan Althaf penat.Adakah semalam Tuan Althaf mengalami kepenatan?"soal Dr Helen.

Tuan Althaf memandang Dr Helen.

"Tak....saya rasa saya tak terlalu penat semalam.Jadual saya pun tak padat sangat"ucap Althaf.Ya dia sangat pasti perkara itu kelmarin.Lepas makan tengahari dan masa yang panjang sedikit sebelum mesyuarat tidak akan membuatkannya letih.

"Isaac pernah muncul tak depan sesiapa selain Zukie sebelum ni?"soal Dr Helen.

Althaf memandang Dr Helen.

"I don't think so ..maybe coincidence... mungkin bukan kepenatan menjadi punca dia keluar...atau ada sebab lain"ucap Althaf.

"Mungkin...kalau sebelum ni penat adalah kata kunci untuk Isaac keluar..dan sekarang ni ada kata kunci baru yang menyebabkan dia keluar tanpa diduga"ucap Dr Helen.

Althaf memandang serius perkara ini.Dia takut kalau kelemahan yang ada pada dirinya diketahui oleh orang luar.

********

Dia berdiri tercegat depan kaunter Dal.komm Coffee.Dia memesan Strawbelicious Cruffin dua dan Latte satu cukup untuk makan tengaharinya harini.

Selesai membuat pesanan dia duduk sebentar menunggu pesanannya siap.

Ting!

Dia mengeluarkan telefon dari begnya dan terdapat mesej dari Zukie.

Zukie:

Balik pejabat sekarang...

Ahh?.Dia mengambil pesanannya dan berlari ke arah lif.Nasiblah dekat kalau jauh.Memang tak layan Naurah.

Naurah mengetuk pintu pejabat Tuan Althaf sambil mencari nafas kerana berlari dari lif.

"Ada...apa...Tuan panggil saya..."ucap Naurah yang menarik nafas.

Althaf terpandang sesuatu pada tangan Naurah.

"Itu apa?"soal Althaf.

Naurah memandang bungkusan ditangannya.
"Makan tengahari saya...kenapa?"soal Naurah.

Naurah memandang dalam bungkusannya Strawbelicious Cruffin miliknya sudah diambil satu oleh Althaf.

Lelaki itu mengunyah dengan perlahan sambil sebelah tangannya menaip sesuatu pada telefonnya.

"Tuan... soalan saya Tuan tak jawab lagi?.Kenapa Tuan panggil saya waktu makan tengahari ni?"soal Naurah.

Zukie memandang kedua-kedua mereka.

"Tak ada apa kau boleh pergi makan anyway thanks untuk Cruffin ni"ucap Althaf.

Thanks?.Takkan itu je? Bayarlah...satu tu pun dah mahal...apa punya boslah..pastu panggil.. macam urgent...

"Yang awak berdiri dekat situ lagi kenapa?"soal Althaf.

Naurah baru tersedar.

"Saya pergi makan dulu.."ucap Naurah terus keluar dari pejabat dengan muka bengang.

Selesai waktu kerja Naurah orang pertama yang keluar dari pejabat.Dia mengambil jalan ke ruang tempat letak kereta.Dari jauh dia boleh nampak kereta kenari berwarna merah jambu miliknya itu.

"Alhamdulilah...boleh balik dengan tenang..."ucap Naurah menghidupkan enjin keretanya dan memasang lagu melalui telefonnya.

Dia memandu keluar dari ruang bawah tanah.Tiba-tiba sebuah motorsikal melintas dihadapan keretanya menyebabkan dia terlanggar membuatkan lelaki itu terjatuh atas jalan.

"Ku sangkakan tenang rupanya badai..."ucap Naurah.Lelaki itu bangkit dan membuka topi keledarnya menuju ke kereta Naurah.

"Woi!!! kau keluar sekarang!!!"jerit lelaki itu.Naurah memandang lelaki itu yang berjambang dan kusut.Dia membuka pintu keretanya dan keluar.

"Encik saya tak sengaja..."ucap Naurah meminta maaf.Cop! tapi bukan salahnya lelaki ni yang tiba-tiba melencong depannya.

"Maaf aku nak kau bayar ganti rugi motor aku!!..kalau tak aku buat report...."ucap lelaki itu berang.

Naurah bengang mendengarnya.Dia yakin dia tak salah.

"Encik yang masuk melulu depan saya...lepas tu bawa motor macam orang gila...bahaya tahu tak!.Encik nak report...silakan saya pun boleh report Encik cuai..."ucap Naurah.

Lelaki itu memandangnya tajam.Dia mengangkat topi keledar mahu dihayunkan.Naurah menutup matanya.
"Arghhhhh sakit ..sakit..!!!!"jerit lelaki itu apabila dia rasa tangannya dipulas.

Naurah memandang dihadapannya Tuan Althaf.

"Saya pun boleh report mengatakan Encik melakukan kekerasan dan menipu"ucap lelaki itu.

"Menipu? mana ada aku menipu?"soal lelaki yang sedang menahan sakit tangannya dipulas.

"Aku ada bukti....kau nak meringkup dalam penjara atau nak pergi dari sini"

Lelaki itu terus berambus dari situ.Naurah masih tercengang dan tercegat berdiri memandang majikannya itu.

Lelaki itu berpaling.Dengan senyuman yang menampakkan barisan gigi.

"You owe me darling..we meet again..."ucapnya.Lelaki itu mendekatkan diri pada Naurah.

"Mr....?"soal Naurah.Althaf atau Isaac?.

"Isaac...."ucap lelaki itu tenang.

**********

"Mr Isaac datang sini cari Tuan Althaf ya?"soal Naurah.

Isaac tergelak kecil.

"Why would I should meet him?.I want to see you"ucap Isaac.Naurah kelu lidah untuk berkata-kata.

"Saya? Kenapa?"

"You call me..."ucap lelaki itu perlahan.

"Saya rasa salah faham ni...saya tak ada panggil Mr Isaac pun.Saya dah lambat saya balik dulu.Terima kasih"ucap Naurah terus masuk ke dalam keretanya.

Lelaki itu mengetuk cermin keretanya dan meminta menurunkan cermin.

Naurah menurunkan cermin.Tubuh tinggi itu menundukkan badan sedikit supaya setaraf dengan Naurah.

"You owe me...lunch with me?"soal Isaac mengenyitkan mata.

Naurah rasa bahang wajahnya buat kali pertama seorang lelaki yang dia tak pernah rapat ajak keluar makan?.

Naurah rasa bahang wajahnya buat kali pertama seorang lelaki yang dia tak pernah rapat ajak keluar makan?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience