BAB 33

Romance Completed 344308

CAHAYA mentari pagi yang menerobos masuk melalui jendela menerangi ke segenap ruang kamar. Sara mencelikkan mata. Tangannya menyentuh ke dahi. Syukur demamnya sudah baik.

Sara bangun lalu duduk di birai katil. Tubuhnya masih terasa letih dan lesu. Akhir-akhir ini dia cepat penat serta tidak bermaya.

Kelopak mata dipejam seketika. Nafas dihembus perlahan. Mahu menghilangkan kesakitan yang menyerang sendi-sendi tubuhnya.

Setelah merasakan kondisi tubuhnya sedikit baik, Sara bangun sambil memerhati ke seluruh ruang kamar yang dihuni.

Sebetulnya dia mencari di mana beg sandang miliknya yang tidak kelihatan sejak hari pertama dia dibawa ke sini. Di dalam beg tersebut tersimpan ubatan yang harus dia ambil setiap hari. Tapi, saat ini rutin itu sudah tertangguh.

Sara kemudian menuju ke pintu kamar. Tombol dipegang dan dipulas. Tidak dikunci dari luar seperti tempoh hari. Sara melangkah keluar. Dia mahu bertanya Ian di mana beg miliknya berada.

Ketika menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah, baru Sara sedari betapa cantik hiasan dalaman kediaman ini. Hampir setiap sudut dihiasi perabot dan dekorasi bercirikan mewah serta elegan.

Tidak pasti apakah banglo ini milik Ian atau keluarganya. Atau mungkin juga cuma disewa untuk didiami seketika. Sara tertanya-tanya sendiri.

SAAT kaki Sara berjalan menjelajah ke segenap aras pertama kediaman itu, dia terdengar bunyi bising datang dari ruang belakang. Lantas dia melangkah ke sana.

Sebuah dapur besar berkonsep moden terbentang di depan mata Sara tidak lama kemudian. Pandangannya membuntang saat menyaksikan kelibat Ian yang memakai apron sedang memegang sudip dan kuali.

Wah, kagum sekejap. Pertama kali Sara melihat lelaki ‘arrogant’ Ian Khalif sedang memasak di dapur. Seriuslah Ian tahu memasak???

Apapun, nampak comel pula si Ian dengan apron corak ‘bunga-bunga’ yang dipakai tu. Hihi. Sara rasa nak ketawa dek kerana ‘kecomelan’ si Ian. Hilang aura jejaka paling angkuh yang diperlihatkan kepada umum selama ini.

Ian mengalih pandangan saat menyedari kehadiran Sara di ruang dapur tersebut. Kuali dan sudip yang disibukkan ditinggalkan seketika. Dia terus menghampiri Sara bersama mimik muka yang kerisauan.

“La kenapa you turun sini? Kan belum sihat? Come seat here.”

Ian cepat-cepat menarik salah satu kerusi di meja makan dan meminta Sara duduk di situ.

Sara sedikit tersentak dengan tutur bicara Ian hari ini. Sopan dan beradab. Berbeza berbanding semalam sewaktu dirinya dijerkah dan ditengking. Bagaimana pun, Sara akur menurut permintaan Ian lalu melabuhkan punggung di kerusi itu.

Mata Ian kemudian memerhati ke seluruh tubuh Sara. Mahu memastikan cinta hatinya ini tidak apa-apa. Ditekap tapak tangan ke dahi Sara untuk memeriksa suhu. Dah tak panas seperti malam tadi.

“You okay? Feel better?” Ian bertanya.

Sara hanya menjawab dengan anggukan. Dia sedikit gugup untuk berbicara bersama Ian waktu ini. Mungkin kerana malu disebabkan dia telah jatuh cinta kepada lelaki ini. Sebuah kenyataan yang Sara sendiri masih sukar ingin akui. Tapi, hakikatnya memang benar begitu.

“I dah masak bubur. Kejap I ambilkan.”

Ian kemudian berlalu ke kabinet dapur. Awal-awal pagi tadi dia sudah menyiapkan bubur untuk Sara. Memahami kalau Sara bangun dari tidur tentulah berasa lapar.

Bubur disendukkan ke dalam mangkuk dan dibawa ke depan Sara. Ian kemudian mengambil tempat di kerusi bertentangan. Sudu dicedok ke bubur di dalam mangkuk lalu dihala ke mulut Sara.

“Makan bubur ni sikit ye. Lepas ni nak makan ubat.” Tutur Ian dengan lembut.

Perasaan Sara menjadi terharu dengan layanan Ian. Perlahan-lahan dijamah bubur yang disuapkan. Satu sudu, dua sudu, sehinggalah habis semangkuk bubur itu. Memang dia tengah lapar pun.

“Nak lagi?” Ian bertanya setelah melihat mangkuk bubur yang kosong.

Sara menggeleng. Nak lagi sebenarnya. Erm tapi malu pula nak minta. Juga tak nak menyusahkan Ian. Dia boleh ambil sendiri nanti.

Kemudian pandangan Sara dihala ke arah Ian yang masih duduk setentang dirinya. Terlihat kesan lebam di wajah lelaki itu. Pasti akibat pergaduhan malam tadi.

Jujur Sara masih diselubungi rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Jika tiada Ian mungkin nyawanya sudah tamat di tangan Umar dan Jesrina semalam.

“Err… luka kat muka kau… eh… aw… awak tu dah okey?” Tergagap-gagap Sara menyoal. Perkataan ‘kau’ ditukar kepada ‘awak’ agar terdengar lebih sopan.

Seraya tangan Ian meraba ke pipinya yang sedikit bengkak dan lebam akibat menerima tumbukan Umar malam tadi. Masih terasa sakit. Tapi, tak kisahlah. Apa yang penting nyawa isterinya selamat.

“Sakit sikit je. It’s okay. Tak teruk pun.” Ian menjawab dalam senyuman. “I lebih risaukan you. I tak nak apa-apa yang buruk terjadi pada you.”

Ah, terharu. Boleh lentok mendengar ucapan Ian yang tidak lagi kasar seperti sebelum ini. Lantas mengingatkan Sara kepada Ian Khalif yang dikenali dahulu. Ian Khalif yang tidak pernah gagal menggugah hati seorang wanita dalam setiap bait bicaranya.

“Ian…” ucap Sara perlahan.

“Ya?”

“Erm saya nak ucapkan terima kasih sebab awak jaga saya malam tadi. Dan juga sebab awak selamatkan saya daripada Umar dan Jesrina. I know I was wrong. Saya lari senyap-senyap daripada awak. Saya tak sangka Umar dan Jes sanggup tipu saya macam tu…”

Sara mempamerkan reaksi wajahnya yang bertukar muram dan sedih kerana dikhianati dua insan yang paling dipercayai. Sehingga kini dia masih sukar menerima kenyataan bahawa dirinya diperangkap kawan baik sendiri.

“No worries. Paling penting you dah selamat. And I will protect you in whatever situation. I akan selalu ada bila-bila masa you perlukan I.”

Ah, terharu sekali lagi. Hurm saat ini Sara dirundung rasa bersalah kerana pernah menipu lelaki ini. Memang Ian seorang ‘playboy’. Tapi, perbuatannya yang sanggup memerangkap lelaki ini demi sejumlah wang adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Ian, saya nak minta maaf sebab tipu awak sebelum ni. Saya menyamar sebagai ‘Aly’. Dan menyelinap masuk ke dalam company awak untuk mencuri maklumat sulit. Honestly, saya menyesal sangat dengan perbuatan saya dulu. I’m really sorry. Saya harap awak dapat maafkan semua kesalahan saya.”

Ian masih fokus menatap ke wajah Sara. Dia tahu setiap baris yang diucapkan adalah ikhlas. Sejujurnya Ian tidak lagi marah kepada Sara setelah mengetahui kenyataan bahawa Sara sebenarnya telah diperangkap rakan-rakan baiknya sendiri.

Lantas Ian meraih jemari Sara dan disulam dengan jemarinya. Dipaut erat tangan Sara seakan tidak ingin jalinan itu terlerai lagi.

“I dah maafkan kesalahan you. I juga minta maaf sebab berkasar dengan you. I tak berniat nak sakitkan hati you. Cuma I rasa marah sebab you tinggalkan I hari tu. I’m really sorry. The truth is I really love you. And I can’t live without you, Sara Alyka.”

Seraya jemari Sara yang ada dalam genggaman dikucup Ian dengan penuh rasa cinta.

Perasaan Sara waktu ini sukar diungkapkan. Rasa benci terhadap Ian Khalif seolah-olah mula menghilang perlahan-lahan. Semua momen manis yang dirasai sewaktu dia menjadi ‘Alyka’ dahulu seperti berulang kembali. Bezanya kini dia pasti bahawa cintanya terhadap Ian adalah benar dan bukan palsu.

“What about you?”

Soalan Ian membangunkan Sara daripada lamunan sesaat.

“Hurm?” Sara menyoal kembali tidak faham.

“You cintakan I juga?”

Muka Ian dipandang seketika sebelum Sara menundukkan wajah. Malu untuk menjawab soalan itu.

Melihat wajah Sara yang merona kemerahan, Ian tersenyum. Dia yakin itulah jawapannya. Lalu dipaut lembut ke dagu Sara.

“Look at me…”

Sara memaksa diri untuk bertentangan mata dengan Ian sambil menahan rasa debar di dalam dada. Dup dap dup dap. Inikah yang orang selalu cakap ‘penangan cinta’? Aduh.

“I nak you tahu sesuatu. Sepanjang kita kenal sebelum ni, perasaan I pada you semuanya benar. I betul-betul jatuh cinta pada you. Seumur hidup I tak pernah mencintai seseorang seperti mana I mencintai you. Walaupun selepas tahu you tipu I, cinta I pada you tak pernah padam. Cinta I hanya untuk you, Sara Alyka.”

Seusai mengucapkan kata-kata tersebut, Ian meletakkan dua jarinya di bibir sebelum diletakkan dua jari itu ke bibir Sara.

Ah, cukup syahdu suasana ini. Sama seperti Ian, Sara tidak pernah alami perasaan ini seumur hidupnya. Dia tidak dapat menolak semua cinta Ian untuknya.

Tapi, ada sesuatu yang membuatkan Sara takut dan gentar menghadapi sebuah kenyataan. Bahawa dia dan Ian mungkin tidak dapat bersama. Apakah dia harus lenyapkan riak bahagia yang sedang terlukis di wajah Ian ketika ini?

Ah, pedulikan semua kesulitan itu. Bukankah dia harus nikmati saja semua kegembiraan yang sedang terbentang di hadapannya? Bak kata pepatah Inggeris ‘live life to the fullest’.

Lantas Sara mengucapkan sebaris ayat keramat yang ditunggu-tunggu Ian. Dia tidak ingin menipu perasaannya lagi. Apatah lagi Ian kini adalah suaminya.

“Saya juga mencintai awak, Ian.”

Bebola mata Ian seakan bersinar sebaik mendengar ayat itu. Dia terharu. Lantas ditarik tubuh Sara ke dalam pelukan. Juga dihadiahkan kucupan di tengah dahi isterinya.

“Thanks. I tak akan sia-siakan cinta you. I will love you forever, my Pluviophile. You tak tipu kan yang you sukakan hujan?”

Sara hampir tergelak dengan soalan Ian. Lantas digeleng. Dan dia juga tidak menyangka lelaki ini akan ingat pada setiap patah kata yang dia ucapkan dulu.

“Awak masih ingat semua yang saya sebutkan dulu?”

“I tak pernah lupa semua hal berkaitan you. Wajah you, kesukaan you, ayat-ayat yang you ucapkan. It’s all locked in my mind and my heart.”

Sara kian terbuai dengan bicara Ian yang terdengar indah di pendengarannya. Hingga membuatkan dia terlupa pada semua kesakitan yang dirasai. Ian bagai membawa dirinya terbang tenggelam ke semesta yang lain.

“Thanks for loving me, Ian.”

Ian menatap ke wajah Sara. Dipaut lembut dagu perempuan itu sambil mendekatkan bibirnya hampir ke bibir Sara.

Namun Sara terlebih dahulu berbicara memberi amaran dalam nada suara yang amat perlahan. Kerana masih tersisa rasa bimbang di benaknya.

“Please don’t…”

“Why?” Ian menyoal tanpa memberi jarak antara wajah mereka.

“Saya tak nak awak sakit...”

Ian tersenyum. Jawapan itu hanya membuatkan rasa cintanya terhadap Sara bertambah mekar.

“I rela sakit asalkan hidup bersama you daripada sakit ditinggalkan you.”

Serentak itu Ian memagut lembut bibir Sara. Meluahkan rasa cintanya yang tidak berbelah bahagi terhadap satu-satunya perempuan yang bertakhta dalam hatinya ini.

Dan Sara tidak mampu menepis setiap sentuhan dan rasa cinta yang diberikan Ian. Dia hanya ingin menikmati momen bahagia ini biar pun cuma untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience