PULANG BAB 36 : SAYANG

Romance Completed 15562

LAMPU chandelier yang memancarkan sinar lembut menerangi ballroom hotel yang kini diubah wajahnya menjadi pentas budaya Melayu klasik. Tirai merah berukir motif songket menghiasi dinding, sementara bunga rampai di setiap sudut memenuhi udara dengan keharuman tradisional. Di tengah-tengah ruang itu, anggota bomba dari pelbagai unit tampil megah dengan pakaian bertemakan Melayu klasik, menyemarakkan lagi keunikan malam tersebut.

Para lelaki mengenakan baju Melayu teluk belanga atau cekak musang, lengkap dengan samping songket bersulam emas dan tanjak yang tegak menghiasi kepala mereka. Warna seragam mereka berlatarkan merah, melambangkan keberanian dan semangat mereka sebagai wira negara, sepatu hitam berkilat menyempurnakan gaya klasik itu dengan sentuhan moden.

Para wanita pula anggun dalam kebaya labuh atau baju kurung pesak, diperbuat daripada kain songket yang dipadankan dengan selendang halus yang dililit kemas di bahu. Warna pakaian mereka selaras dengan para lelaki, membawa tema merah berani dengan hiasan emas dan perak yang bersinar lembut di bawah cahaya. Rambut mereka disanggul rapi, dihiasi bunga melur kecil yang menambahkan pesona tradisional dan ada juga yang cantik dengan padanan shawls bagi yang beragama islam.

Di pentas utama, logo pasukan bomba diperbuat daripada ukiran kayu, diletakkan di tengah-tengah latar belakang kain tenunan pua kumbu. Persembahan gamelan tradisional mengisi ruang, diiringi alunan merdu pantun pembuka majlis yang mengimbau semangat kebersamaan.

Kelihatan Ghan sudah pun mengambil tempat bersama Arisya disalah satu meja yang telah disediakan. Arisya mengambil kesempatan untuk menghayati satu pengalaman baru untuknya.

Ada yang tersenyum ke arahnya ada juga yang menjeling tidak puas hati di meja yang berlainan .‘Apa hal perempuan ni main jeling-jeling’ bebel Arisya dalam hatinya.

“Sayang okey ke?” Bisik Ghan perlahan.
Arisya mengangguk.

“Amboi, lama betul sorok isteri ye?” Tegur salah seorang anggota yang duduk semeja bersama mereka.

“Mana ada sorok. Ada je dekat rumah” balas Ghan tersengih.

“Habis anggota perempuan dekat tempat kerja frust bila kau kahwin” tambah salah seorang anggota wanita yang turut berada semeja dalam nada gurau. Ghan hanya tersenyum menggeleng kepala.

“Puan nanti kena kerap follow si Ghan ni, baru orang tak berani mengorat” sambung wanita itu lagi.

Arisya tersenyum, dia sebenarnya tidak gemar dengan majlis keramaian tetapi mahu tidak mahu dia perlu juga ikut jika Ghan sudah sedaya upaya memujuk.

“Oo.. laku ke husband saya ni?” Soal Arisya dalam tawa. Terbuntang mata Ghan mendengar soalan Arisya.

“Sayang, are you serious?” Soal Ghan yang sudah tersenyum simpul disusuli tawa mereka yang berada semeja.

“Apa pula tak laku. Rebutan ni tapi jangan risau, dia tak layan punya” balas rakan baik Ghan yang berada disebelahnya. Ghan hanya mampu tersenyum dengan usikkan rakan-rakannya.

Majlis makan malam berakhir dengan sempurna. Ramai yang mula meninggalkan ballroom termasuk Ghan bersama Arisya.

Tangan Arisya memaut pada lengan Ghan sepanjang berada di dalam majlis hingga ke tempat letak kereta. Sengaja dia berbuat demikian untuk menyakitkan lagi mata-mata gadis yang sedang menjeling cemburu ke arah mereka.

Tidak dinafikan Ghan memang mempunyai pakej yang lengkap sebagai lelaki, namun dia sendiri tidak pernah terfikir yang jodohnya bersama Ghan masih kekal.

Arisya mengeluh, dia menarik malas seatbelt ketika mereka sudah pun berada didalam kereta.

“Kenapa monyok pulak ni?” Soal Ghan menoleh ke arah isterinya.

“Nothing.”

“Muka sayang tu tak pandai menipu lah” ujar Ghan seraya mencuit hidung Arisya.

“Abang pasti ke hati abang tak berubah?”
Ghan tersenyum, dia sudah dapat mengagak apa yang sedang Arisya risaukan.

“Hmm.. maybe hati abang akan berubah sikit lagi beberapa bulan”

Arisya memandang mata Ghan tanpa berkedip.

Ghan mendekatkan wajah hingga dahinya bertemu dahi Arisya.

“Hati abang kena simpan sikit untuk si kecik yang masih ada dekat sini” bisik Ghan perlahan, tapak tangannya sudah pun melekap diperut Arisya.

Arisya mengetap bibir. Dia akhirnya mengalah juga dengan kata-kata Ghan.

“Jangan risaulah. Abang sentiasa doa dengan Allah swt supaya ditetapkan hati dan jodoh kita kekal hingga akhir hayat abang” ucap Ghan yang sudah menghidupkan enjin kereta.

“Okey” balas Arisya memandang ke hadapan apabila Ghan memulakan pemanduannya.


ARISYA menghabiskan rutinnya di klinik seperti biasa untuk aktiviti – aktiviti ringan memandangkan dia perlu menghadiri kursus sebelum diberi tauliah sebagai doktor haiwan.

Disebabkan dia sedang mengandung, Ghan sebolehnya melarang dia menghadiri program atau aktiviti yang boleh membuatkan Arisya tidak cukup rehat atau hingga menimbulkan tekanan.

“Abah nak buat apa dengan alpaca yang ada ni?” Soal Arisya mengusap kepala alpaca muda yang sedang makan.

“Abah jual dekat zoo atau mini zoo yang mahukan spesis ni, ada la jugak abah plan nak open untuk orang ramai” jawab Encik Ahmad menggosok seekor alpaca dewasa yang menyendeng dengannya.

“Hmm..menarik jugak tu” kata Arisya mengangguk.

“Sya, kalau letih tak perlu buat kerja sangat. Nanti suami kamu balik, membebel pulak” pesan Encik Ahmad tertawa dengan sikap Ghan.

Arisya turut ketawa mengenangkan sikap Ghan yang suka membebel bila ada perkara yang tidak kena dimatanya.

“Tapi okey lah tu, sorang bercakap sorang mendengar. Kalau dua-dua lawan cakap, gegarla rumah…” percakapan bapa mentuanya terhenti apabila haiwan peliharaannya minta dibelai.

“Amboi.. bukan main dia ye?” ujar Arisya melihat alpaca meletak kepala ditangan Encik Ahmad.

“…tapi abah tengok Ghan dah banyak berubah untuk Sya. Abah harap Sya boleh terima Ghan sampai bila-bila” sambung Encik Ahmad tersenyum apabila mengenangkan anak tunggalnya itu.

“InsyaAllah.Selagi anak lelaki abah perlukan Sya..Sya okey saja, maklumlah dia kan ramai peminat” balas Arisya tersenyum.

“Dari zaman sekolah lagi dia memang banyak peminat tapi dia tak pernah pulak melayan, sampaikan mama risau anak lelaki dia tak ada kemahuan dekat perempuan” ujar Encik Ahmad ceritakan serba sedikit kisah anak lelakinya.
Arisya terangguk-angguk mendengar cerita bapa mentuanya.

EHEM! Ghan berdehem dari belakang. Serentak Arisya dan Encik Ahmad menoleh ke arah suara yang berdehem itu.

“Mengata dekat Ghan ke?”

“Haish, mana ada.. abah tengah puji lah”

“Ye ke?” Ghan mengecilkan matanya yang sedang menatap Encik Ahmad.

“Tak percaya sudah” balas Encik Ahmad tertawa seraya berjalan membawa kereta sorong yang dipenuhi rumput untuk dibawa ke kandang lembu.

“Sayang kenapa tak balik lagi? Kan abang dah pesan kena ada dekat rumah sebelum abang balik.” Soal Ghan sudah mulakan mukadimah.

Arisya mendekati suaminya. Dia meletak jari telunjuknya dibibir Ghan, dalam masa yang sama sebelah tangan menarik Ghan untuk berjalan pulang.

“Sayang?”

“Syhhhh. Hari ni sayang tak nak dengar abang membebel” ujar Arisya tanpa banyak bicara.

Ghan tersenyum. “Okey boleh, tapi kena janji satu perkara”

“Janji?”

“Janji jangan tukar lagi perkataan sayang tu dengan Sya” ujar Ghan menarik pinggang Arisya untuk berjalan beriringan dengannya.

“Eh, Sya ada salah cakap ke tadi?” Soal Arisya bingung.

“Haip, abang baru je cakap tadi” Ghan menarik geram pipi gebu Arisya hingga kemerahan pipinya.

“Sakitla..”

“Sorry..” ucap Ghan mengusap pipi Arisya yang dipicitnya sebentar tadi. Mereka berjalan sambil berborak santai hingga sampai ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience