Duke_Eleanor_Elimina,
Aboard_of_IZN_Bimasakti,
Mariyana_Bay,
Duchy_of_Elimina.
Imperial Zehirian Navy telah tiba di Mariyana Bay, berhampiran dengan ibu negara Elimina membawa 200 kapal perang sebagai simbolik kemenangan.
Duka Eleanor bersama pegawai tentera dan ahli kabinet berdepan dengan wakil dari negara lain.
Ribuan askar dan anak kapal mengelilingi mereka, mahu menjadi saksi peristiwa bersejarah ini.
Panglima Kasturi meletakkan dokumen atas meja dan berjalan ke mikrofon di tepi;
"Hari ini. Kita berkumpul di sini, wakil dari kuasa besar yang berperang untuk memuktamadkan perjanjian
"Kita wakil-wakil kuasa besar yang berperang, berkumpul di sini untuk memuktamadkan perjanjian yang mana keamanan boleh dipulihkan
"Isu-isu, yang melibatkan cita-cita dan ideologi yang berbeza, telah ditentukan di medan pertempuran dan oleh itu bukan untuk perbincangan atau perdebatan kita hari ini.
"Juga bukan untuk kita di sini untuk bertemu dengan semangat tidak percaya, niat jahat atau kebencian.
"Tetapi sebaliknya adalah, untuk kita, baik yang menang mahupun yang telah dikalahkan untuk mengangkat martabat ke tahap lagi tinggi. Bersesuaian dengan tujuan murni yang akan kita tandatangani dan memikulnya sehingga mati.
"Semestinya menjadi harapan saya dan harapan semua insan, bahawa dari peristiwa ini. Dunia yang lebih baik akan muncul daripada pertumpahan darah dan pembunuhan beramai-ramai di masa lalu - dunia yang diasaskan oleh kepercayaan dan pemahaman - dunia yang didedikasikan untuk maruah manusia dan menunaikan segala keinginannya yang paling dihargai - iaitu freedom, tolerance and justice.
"Terma dan syarat penyerahan tentera dukedom of elimina di sini mengandungi instrumen penyerahan, sekarang sudah dibentangkan di hadapan anda.
"Sebagai Supreme Commander of Allied Force, saya menjelaskan sekali sahaja. Dalam tradisi ibu pertiwi, negara saya wakili untuk terus melaksanakan tanggungjawab, dengan penuh adil dan toleransi, mengambil kira semua kecenderungan yang diperlukan supaya perjanjian ini dipatuhi sepenuhnya dengan tegas.
"Saya mempersilakan duke of elimina, wakil kerajaan dan wakil tenteranya diikuti wakil tentera negara lain untuk menandatangani surat penyerahan di tempat-tempat yang ditunjukkan."
Duke Eleanor adalah individu pertama menurunkan tandatangan atas surat penyerahan.
Semua orang berdiam. Hanya bunyi air yang berkocak dan angin yang bertiup bermain di telinga.
Panglima Kasturi menjadikan dirinya sebagai individu terakhir menurunkan tandatangan atas surat penyerahan.
"Keamanan kini dikembalikan kepada dunia, dan berdoalah agar tuhan akan setiasa memeliharanya.
"Maka berakhirlah prosiding ini. Terima kasih."
1500 pesawat tempur terbang di langit, simbolik "triumph" dan Duke Eleanor hanya melihat detik kekalahannya setelah meninggalkan dek IZN Bimasakti.
Berita ini dihantar ke ibu negara dengan sekelip mata, orang ramai menyambutnya dengan jeritan kemenangan.
"Hurra! Hurra!"
Di Pakma, Imperial Zehirian Regiment berarak membawa bendera kerajaan baginda maharaja.
Baginda Maharaja Jasmine II hanya melihat dari anjung istana, senyum dan senang hati.
Jam 1200, pengunduran pihak Imperial Navy dari Mariyana Bay sudah selesai.
Duke Eleanor pecah hati akan kegagalannya untuk memperluaskan kuasa.
Gelas berisi arak belum lagi disentuhnya dari tadi, adiknya, Aleanora Elimina masuk ke pejabat dengan diam.
"Soon I will be blamed for every misfortune on this earth. I gave my life for our duchy and this is my thanks?!"
Eleanor menghentak tangan sehingga air minum tumpah di atas meja.
"Nobody cares! My navy fell apart. My army betrayed me and my airforce, where are they?! Where were they?!
"After all I've done for them, they stab me at the back."
"They lost me my war, they lost me my country..."
"My current cabinet will be dissolve. I shall reconstructing my homeland and be hated by every one of my people forever..."
Aleanora hanya mampu berdiam diri mendengar rintihan kakaknya.
Pada masa yang sama, Panglima Kasturi berehat di dalam kabin;
"Private."
"Ya tuan?"
Iszran berhenti mengemas.
"Department of Defence akan buat pertandingan senjata baharu untuk diguna oleh tentera kita.
"Rifle kau ada peluang untuk implementation & mass production, macam yang kita bincangkan dekat pakma.
"Aku cadangkan kau ubahsuai senjata tu dengan menggabungkan, firepower submachine gun dengan accuracy rifle.
"Dengan kartrij yang boleh ditukar membolehkan tembakan lagi terkawal dan tepat."
Ujar Kasturi.
"Army standard 7.62x63mm dan rifle saya pakai 7.92×57mm. Untuk penuhi kemahuan tuan, saiz peluru perlu berada diantara dua saiz tu dan mungkin kita boleh cuba saiz 7.92×33mm.
"Kalau ikutkan apa yang kita bincang, tuan nak buat jenis yang baru kah? Berapa masa saya ada sebelum pertandingan ni mula?"
Soal Iszran.
"Tiga bulan."
Balas Kasturi.
Dua minggu kemudian, armada dari Elimina tiba di Pakma. Orang ramai menyambut kepulangan ribuan askar yang sudah berkorban setiap masa menjaga kedaulatan tanah air dan maruah bangsa.
Kasturi berkata;
"Pasal penyertaan, biar aku uruskan. Engkau fokus saja dengan rifle kau. Setiap dua minggu, aku akan datang untuk tolong kau.
"Ada soalan?"
"Tiada tapi tolong bagitau kalau datang, sebab saya tak suka ada tetamu tak didendang."
Pinta Iszran.
"Baiklah."
Kasturi beredar dan dijemput oleh pengawal beliau.
"Woi."
Fr.Aszreena menegur adiknya;
"Kau kenapa berdiri di situ saja?"
Iszran geleng kepala;
"Tiada apa. Jom balik."
Pvt_Spec_Iszran,
Zehir_Thalassocrata_Square,
Capital_of_Pakma,
Zehir_Thalassocracy.
Sebulan selepas kemenangan, "Trooping the Colour" berlangsung bagi meraikan hari kelahiran rasmi empayar Zehir.
Yang menampilkan lebih 1,400 askar, 200 kuda dan 400 pemuzik.
Iszran bersama-sama 12 bekas ahli kompeni 6 berbaris membentuk formasi terkecil berbanding semua kompeni yang lain.
Izuwan membetulkan uniform;
"Kita saja wakili kor marin, sedangkan cabang yang lain hantar banyak. Apa kita nak buat ni?"
"Tak tahu. Tapi dapat naik kuda ni kira seronok jugak."
Iszran meletakkan "hero of papillon" di dada kanan uniform.
Ketua pengawal meniup bugle, dua pengawal lain membuka gerbang masuk dataran.
Pancaragam memainkan "Perang Suci". Lima pengawal berkawad ke dataran, memegang panji-panji kebesaran diraja.
Dipilih sebagai ketua dengan sokongan majoriti, Iszran memberi isyarat kepada kudanya untuk mula melangkah, yang lain menyusul.
Ribuan orang awam membanjiri kawasan tepi dataran, melontarkan jambangan bunga sambil melaungkan ucapan "terima kasih", "tahniah" dan "selama pulang" kepada mereka semua.
Imperial Marine Corps adalah yang pertama memasuki dataran dan disusuli Imperial Navy, Army dan Air Force.
Baginda Maharaja Jasmine II mengangkat tabik dari khemah dan melakukan pemeriksaan pada setiap barisan askar di dataran.
Sebaik selesai, baginda pun naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan;
"Rakyat yang dikasihi, ini adalah waktu kita. Ini bukan satu kemenangan bagi parti atau kelas.
"Ini adalah kemenangan kita, empayar zehir secara keseluruhan. Kita adalah yang pertama, di kota purba ini, mengangkat senjata dan menentang kezaliman.
"Selepas beberapa tahun kita sendiri menentang kuasa luar yang paling hebat pernah dilihat. Kita sendiri berjaya mengalahkannya."
Baginda memandang barisan tentera;
"Beta mengucapkan tahniah kepada kamu semua pada hari ini untuk menandakan hari kemenangan kita.
"Hari ini adalah hari kita akan mengingati mereka yang semua yang datang sebelum kita, mereka yang gugur di medan perang, yang menyerahkan nyawa demi empayar kita dalam memerangi penindasan."
Sepanjang maharaja berucap, Panglima Kasturi hanya merenung Iszran dari dalam khemah.
Panglima Kemboja dan orang kanannya berbisik di belakang dan tiada siapa mendengar perbualan mereka.
Panglima Kamilia menulis nota dan fokus mendengar setiap ayat yang disebut baginda.
Di penghujung hari, Iszran dan kawannya menerima pingat baru beserta surat kenaikan pangkat.
"Isz."
Panglima Kemboja memberikan hadiah kecil kepadanya.
"Ah, kemboja..."
Iszran mengangkat tabik.
"Kemahiran awak dalam trench warfare banyak membantu religious corps menyelamatkan nyawa semasa berada di kesuma.
"Martyred Ladies pun banyak petik nama awak sepanjang mereka singgah di papillon demikian hari dan berhasrat untuk mempereratkan hubungan dengan Marine Corps pada masa akan datang."
"Ah, ya. Terima kasih juga atas segala peluang yang diberi pada saya oleh kedua-dua pihak."
"Lagi satu, kerana awak ada kemahiran macam tu. Berminat tak dengan engineering corps?
"Saya boleh pindahkan awak dari marin ke engineering. Ambik lah masa fikirkan tawaran saya."
"Saya akan fikirkan tawaran awak. Awak ada masa hujung minggu ni?"
"Saya ada banyak masa hujung minggu ni. Kenapa?"
"Ya...saya nak jemput awak makan malam. Kakak saya pun dah bagi kebenaran."
"Jumpa awak pukul 6 hujung minggu nanti."
"Terima kasih, kemboja."
Iszran dan Kemboja melambai tangan sebelum mengikut jalan masing-masing.
Panglima Kasturi menahannya;
"Lepas ni kau buat apa?"
"Sambung belajar di imperial universitat. Masuk ke marine camp dekat south zehilina."
Iszran menjawab.
"Kau pasti kau boleh urus masa untuk persiapan pertandingan senjata tu?"
"Pasti. Tuan boleh datang ke bazaaria barat untuk ujian sekali lagi, saya ada banyak masa lagi."
"Hujung minggu, boleh?"
"Boleh."
"Bagus. Jumpa hujung minggu nanti."
Panglima Kasturi meninggalkan dataran dengan askar pengawalnya.
Hai. Bila fikir-fikir balik, saya sambung cerita ni sampai puas hati. Tak tahulah berapa bab lagi akan ada, tapi saya akan cuba beri sebanyak yang boleh. Selamat hari raya. (人 •͈ᴗ•͈)
Share this novel