CHAPTER 10

Fantasy Series 6307

"Ini ID Doktor dan ini kunci loker. Dalam loker tu kami sudah sediakan coat dengan peralatan untuk kegunaan doktor. Jika tak sesuai. Doktor boleh beritahu kami,"

Imran mengangguk mengerti. Hampir satu jam dia berada di situ. Banyak juga maklumat yang perlu di berikan dan turut mendengar beberapa penerangan dan peraturan yang telah di terap untuk kakitangan hospital dari staff human resource management

"Semuanya sudah selesai. Doktor boleh naik ke tingkat lima. Datuk sedang menunggu doktor dalam pejabatnya,"

"Baiklah. Terima kasih ya,"

"Sama-sama,"

Imran segera bangun dari duduk namun matanya tertancap pada satu wajah di dalam sebuah bilik pejabat melalui cermin kaca. Seorang wanita merenungnya dengan renungan yang tajam

Renungan itu membuatkan Imran tidak keruan "Kenapa pulak dia renung aku macam tu. menakutkan betui," Guman imran di dalam hati

"Abang angkat? bila masa pulak Ayu ada abang angkat?," kata Fiza pelan sambil mengosok-gosok dagu. matanya masih merenung tajam ke arah lelaki sedang berdiri di luar bilik pejabatnya

PINTU Lif tingkat 5 terbuka. Imran melangkah keluar. Setelah itu dia terus berjalan ke arah meja setiausaha Datuk Dr Mohd ikbal

"Selamat pagi," tegur Imran lembut

"Ya selamat pagi. Doktor Imran ke?," setiausaha Datuk Dr Mohd ikbal terus bertanya tanpa sempat imran mempekenalkan dirinya

"Ya saya,"

"Tunggu sekejap ya," Setiausaha itu terus bangun. kakinya di ayun ke arah pintu bilik yang tertutup rapat lalu mengetuk daun pintu itu beberapa kali

"Masuk!," Kedengaran jelas suara Datuk Dr Mohd ikbal memberi kebenaran

"Datuk. Doktor imran ada di luar," kata Setiausaha itu selepas membuka pintu

"Oh Baiklah," Jawab Datuk Dr Mohd ikbal terus menutup fail yang sedang di baca kemudian bangun dari kerusinya. Coat berwarna putih yang tergantung pada tiang penyindai di ambil lalu di sarung pada tubuhnya

"How are you Imran?,"

"Alhamdullilah baik saja Datuk. Datuk apa kabar?,"

"Alhamdullilah sama je dengan awak," Datuk Dr Mohd ikbal tersenyum "Hari nie hari bertuah awak imran sebab saya sendiri yang akan bawa awak jalan-jalan melihat hospital nie,"

Imran teragak-agak mahu tersenyum "Terima kasih banyak-banyak Datuk,"

"So imran. Awak perasankan waktu awak berada di lobi ada dua laluan yang terpisah,"

"Ya Datuk,"

"Ini adalah bahagian pengurusan. Sebagai doktor awak tak perlu ambil tahu sangat tentang bahagian nie ya,"

"Baiklah datuk,"

SEBAIK sahaja pintu Lif di Lobi terbuka. Datuk Dr Mohd ikbal melangkah keluar bersama imran. Mereka berdua berjalan beriringan selepas melewati penghadang laluan

Ke Semua Staff yang berada di balik kaunter pendaftaran segera menyapa Datuk Dr Mohd ikbal apabila melihat kelibat pengarah hospital berjalan melewati kaunter mereka. Sapaan itu di balas Datuk Dr Mohd ikbal dengan anggukkan kepala

Sesampai saja mereka di belakang bangunan. Imran dapat melihat sebuah ruang rawatan seperti wad kecemasan yang sangat kemas dan bersih berbeza dengan wad kecemasan hospital kerajaan namun dia hairan kerana tidak melihat seorang pun pesakit berbaring di atas katil

"Kenapa imran?," Tanya Datuk Dr Mohd ikbal apabila melihat raut wajah imran seakan bingung

"Takde apa-apa Datuk,"

"Ini adalah wad kecemasan. Tentu awak hairankan imran kenapa wad nie kosong,"

Imran terangguk-angguk

"Sebab ini adalah hospital swasta imran, walaupun wad ini tidak memberikan banyak keuntungan tapi ia tetap penting kerana tanggungjawab kita sebagai doktor untuk berbakti kepada masyarakat kat luar sana. Sebab kita tak tahu apa yang belaku. Maybe ada kemalangan berhampiran dengan hospital kita dan keadaan pesakit perlu mendapatkan rawatan segera,"

"Tapi Kalau pesakit tu tiada duit atau insuran macam mana tu datuk?,"

"Kita ada tabung yayasan. Kita boleh guna duit di dalam tabung tu untuk kegunaan darurat,"

"Maksudnya, kita boleh guna duit tabung tu sehingga pesakit pulih,"

Datuk Dr Mohd ikbal mengeleng "No imran. Kita hanya lakukan rawatan sehingga pesakit tu stabil. Lepas tu kita akan transfer pesakit tu ke hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan susulan,"

Imran terangguk-angguk mengerti

"Dalam tempoh tiga bulan nie. Imran akan bertugas di sini. Waktu kerja normal, tiada shift. Imran masuk kerja 8.45 pagi, balik seperti biasa jam 6.30 petang. Tapi Imran. andaikata jika ada mana-mana department mermelukan bantuan awak. awak wajib pergi,"

"Ya. Saya faham Datuk,"

"Okay bagus. kalau macam tu jom kita naik atas. Saya kenalkan imran dengan doktor-doktor pakar hospital nie,"

Imran melihat jam di tangannya menunjukkan waktu ketika itu 10.05 minit pagi. Dia teringatkan motorsikalnya

"Da. Datuk?,"

"Ya saya,"

"Ma. Maafkan Sa. saya datuk. Boleh tak saya buat satu panggilan Se. sebentar," Pinta Imran dengan nada terketar-ketar

"Ada masalah ke?,"

"Be.Begini datuk. Se. Sebenarnya motor saya rosak waktu nak datang kerja tadi. Sekarang nie motor saya tersadai kat tepi highway. Saya nak call kejap bengkel motor supaya ambil motor saya tu. Saya takut kalau di biarkan lama-lama kat situ, nanti kena curi. itulah satu-satunya kenderaan saya ada datuk,"

"Habis tu tadi imran datang kerja naik apa?,"

"Saya tumpang orang datuk," Tak akanlah aku nak cakap aku tumpang dengan bakal menantu dia. Itu cari penyakit,

Datuk Dr Mohd ikbal mengangguk mengerti "Baiklah,"

SECARA diam-diam Irfan memerhati tingkah Rohayu. Hatinya agak resah kerana sejak tadi Rohayu hanya duduk bagaikan sebuah patung tanpa bergerak sedikit pun. Di tambah lagi dengan tindakan Rohayu secara tiba-tiba menghempuk meja betul-betul membuatkan semua orang berada di dalam pejabat terkejut

Terdetik juga hatinya mahu pergi menegur tapi dia bimbang jika Junaida salah faham. Irfan mengeluh berat sambil mengaru-garu belakang rambutnya

"Baik aku mengadu je pada Fiza," Bisik hatinya lalu mengankat telefon pintarnya di atas meja

"Sayang. Datang office abang kejap," Mesej di taip lalu di kirim kepada Fiza

"Kenapa bang?," Balasan mesej dari Fiza

"Tadi Ayu hempuk meja,"

Setelah itu tiada lagi balasan mesej dari Fiza. Irfan seperti mengerti jika Fiza sedang dalam perjalanan ke sini memandangkan Fiza terlalu menyayangi Rohayu

Betul tekaan Irfan hanya beberapa minit sahaja. Kelihatan kelibat Fiza masuk ke dalam pejabatnya dengan langkah tergesa-gesa

"Cik Rohayu," Fiza menepuk bahu adiknya berpura-pura tidak mengenal satu sama lain kerana Junaida duduk di sebelah Rohayu

Rohayu mendongak memandang kakaknya

"Boleh Cik Rohayu ikut saya sebentar?,"

Rohayu menurut. Setelah Dia bangun dari kerusi, terus saja dia mengekori kakaknya keluar dari pejabat sambil diperhatikan Junaida

"Tak akan pasal hempuk meja pun kena panggil. kesihannya Rohayu," Guman Junaida pelan mencemaskan sahabat baiknya itu

Sebaik sahaja Fiza dan Rohayu melangkah keluar dari pejabat itu. Fiza segera menarik tangan adiknya menjauh dari pintu pejabat department adiknya

"Kenapa nie Ayu. Irfan bagitahu kakak, Ayu hempuk meja. Ada orang usik Ayu ke?," Tanya Fiza dengan raut wajah cemas sambil mengelus-elus pipi adiknya

Rohayu mengeleng

"Kalau ayu takde masalah kenapa sampai hempuk meja. Tolongla ayu jangan rahsiakan pada kakak. Kakak risau tahu tak,"

"Ayu okay je kak,"

Fiza mengosok-gosok wajahnya dengan kasar. Saat itu dia teringat salah seorang staffnya ada memberitahunya jika ada seorang staff department adiknya mempunyai abang angkat seorang doktor

"Ayu ada abang angkat ke?,"

Kening Rohayu terangkat memandang kakaknya "Itu bukan abang angkat Ayu,"

"Habis tu dia tu siapa. Kakak dengar ayu pegang tangan dia,"

"Itu kenalan Ayu. Junaida pun kenal lelaki tu,'

"Ayu ada apa-apa hubungan tak dengan lelaki tu?,"

Rohayu mengeleng

Fiza merenung wajah adiknya agak lama. Dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang di sembunyikan Rohayu darinya. Tidak mungkin adiknya itu menghempuk meja tanpa sebab

"Kakak tak suka dengan lelaki tu. Nanti kakak bagitahu Papa supaya pecat lelaki tu," Fiza sengaja berpura-pura berkata begitu semata-mata mahu melihat reaksi adiknya

Kening Rohayu terangkat lagi. dia merenung tajam wajah kakaknya "Kalau Papa pecat lelaki tu. Ayu tak akan kerja lagi kat sini,"

"Bingo!," Fiza tersenyum lebar. Adiknya tertangkap "Maksudnya lelaki tu special'la bagi Ayu,"

Wajah Rohayu yang sentiasa dingin tanpa perasaan tiba-tiba terketar-ketar "Tak," Rohayu cuba menafikannya

"Mesti ayu hempuk meja sebab ayu CEMBURU kan?," Fiza sengaja menyekat adiknya lagi

"Tak.. Tak," Rohayu mengeleng-geleng kepala. Dia bersungguh-sungguh menafikan tuduhan kakaknya sehingga air matanya mengalir

Sebaik sahaja Fiza melihat air mata adiknya mengalir, cepat-cepa tubuh adiknya di peluk "Jangan menangis Ayu. Kakak bergurau je,"

"Jangan ganggu dia kak,"

"Ya. ya kakak janji kakak tak akan ganggu dia,"

"Kak Janji jangan bagitahu abang dengan Papa,"

"Ya kak janji,"

HAMPIR dua jam Imran berjalan mengelilingi seluruh penjuru hospital bersama Datuk Dr Mohd ikbal dan sempat berkenalan dengan beberapa orang Doktor pakar yang bertugas di hospital ini

Dia juga berpeluang menonton satu pembedahan perpindahan jantung di lakukan dua orang doktor pakar bedah benar-benar membuatkan dia kagum miskipun hanya sekejap

Dan sekarang ini secara rasminya dia memulakan tugasnya sebagai seorang doktor di wad kecemasan yang lengang tanpa perlu dia berbuat apa-apa. Imran ber'coat putih berjalan sambil memerhati keadaan katil yang kosong di lengkapi dengan peralatan serba canggih tersedia di ruangan wad kecemasan itu

"Mesti mesin nie tak pernah guna. Bersih semacam je," Guman Imran di dalam hati

"Baru bertugas ke doktor?,"

Tersentak Imran mendengar pertanyaan yang di ajukan oleh seorang nurse secara tiba-tiba

"Ya betul," Jawab Imran sambil melangkah ke arah kaunter

Nurse yang bertanya tadi tersenyum manis. Dia berdiri di balik kaunter dan seorang lagi rakan sejawatnya sedang duduk melakukan tugas

"Sebelum nie, doktor bertugas kat hospital mana?,"

"Hospital KL,"

"Berapa lama?,"

"5 tahun,"

"Kenapa doktor berhenti? bukan ke kerja dengan kerajaan lagi bagus,"

"Aah banyak benefit. Bersara nanti pun dapat gaji," Kata Nurse yang sedang duduk itu pula

Imran tersenyum "Mungkin rezeki saya dah tertulis kat sini,"

Kedua nurse itu ketawa kecil

"Tapi kalau doktor kerja kat sini. Kiranya doktor nie hebatla,"

"Aah kan. Bukan senang doktor-doktor biasa dapat kerja kat sini,"

"Doktor-doktor biasa?,"

"Selama kami berkerja kat sini doktor. Kami boleh kira dengan jari kami berapa kerat je doktor baru yang di terima berkerja kat sini,"

"Sebab bila diorang mula bertugas. Diorang kena start dari sini dulu,"

"Macam sayalah,"

Kedua nurse itu saling mengangguk

"Doktor dah kawin ke?,"

Imran mengeleng "Hisy belum.Tak ada jodoh lagi,"

"Muka handsome pun belum ada jodoh,"

Imran ketawa kecil "Zaman sekarang nie mana ada awek tengok muka. Tengok akaun bank. Kalau akaun bank telor. Bye. byela jawabnya,"

Kedua nurse itu saling ketawa terbahak-bahak namun secara tiba-tiba kedua nurse itu mendadak berhenti ketawa selepas melihat seorang wanita berwajah dingin berdiri di hujung Kaunter

"Kenapa?," tanya Imran terpinga-pinga hairan. Salah seorang nurse menunjuk ke arah hujung Kaunter. Imran menoleh

"Rohayu..? membuntang mata Imran memandang Rohayu sedang merenung tajam padanya

Rohayu melangkah pelan. Anak matanya sempat menjeling pada nurse-nurse di balik kaunter itu

"Macam mana dengan motor awak?," Tanya Rohayu dengan raut wajah bagaikan ais di kutub utara

"Saya dah call bengkel tadi. Diorang dah ambil motor saya. Nasib baik tak hilang,"

"Bila siap?,"

"Tak tahu lagi. Nanti bengkel tu call. Tapi nanti balik saya ingat nak singgah ke sana dulu,"

"Dengan siapa?,"

"Naik Grab ke, taksi ke,"

"Biar saya hantar,"

"Eh takpa Rohayu, saya boleh pergi sendiri," Imran tersengih-sengih sambil mengharap Rohayu menjauh darinya bimbang jika nurse-nurse di balik kaunter salah faham hubungannya dengan Rohayu

"Kan Saya cakap saya hantar,"

"Yalah," Ringkas Imran menjawab sambil matanya tidak lepas memandang wajah yang sungguh memukau matanya itu

"Awak dah makan?,"

"Hah?," Imran tersentak dengan pertanyaan itu sebelum melihat jam di tangan "Eh dah pukul 12.30,"

"Jomla makan dengan saya,"

"Junaida mana? tak pergi makan dengan awak?,"

"Dia pergi makan dengan boyfriend dia kat luar. Awak makanla dengan saya,"

Imran mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal serba salah mahu menurut kemahuan Rohayu memandangkan Rohayu adalah bakal menantu kepada Datuk Dr Mohd ikbal bahkan bakal suami Rohayu salah seorang doktor yang bertugas di hospital ini.

"Awak pergi jela, saya tak lapar,"

"Hisy doktor nie. Girlfriend dah ajak pergi jela," Celah salah seorang nurse di balik kaunter itu sejak tadi hanya menonton adegan cinta di hadapan mereka

Imran tergeleng-geleng cuba menafikan "Dia bukan girlfriend saya. dia adik angkat saya,"

"Saya bukan adik angkat dia. Saya tak pernah jadi adik angkat dia," Rohayu turut menafikan kata-kata Imran

Imran tergamam terdiam seribu bahasa. Dia tidak menyangka Rohayu akan menafikan kata-katanya

"Sekarang awak ikut saya pergi kantin,"

Imran tidak berganjak. Malahan hatinya ketika itu bertambah hairan dengan sikap Rohayu

"Pergi jela doktor. Nanti mengamuk pulak girlfriend doktor kat sini,"

"Cepatla ikut saya pergi kantin," Rohayu terus mendesak

Kening Imran berkerut memandang Rohayu. Di balik bibir yang tertutup, dia mengetap gigi menahan rasa takut. Tangan Rohayu di rentap lalu ditarik paksa ke arah sebuah pejabat kecil di khaskan untuk doktor wad kecemasan

Setelah mereka berdua melangkah masuk. Imran segera menutup pintu.

"Rohayu. Kenapa awak buat saya macam nie. Saya ada buat salah ke dengan awak?,"

Rohayu mengeleng pelan "Tiada,"

"Habis tu kenapa awak asyik paksa saya?,"

"Saya tak paksa,"

"Okay. Saya tak nak ikut awak,"

"Awak ikut saya sekarang,"

"Hah tengok," Imran meraup wajahnya lalu mengosok-gosok wajahnya dengan kasar "Awak baru je cakap tadi awak tak paksa saya. Tapi bila saya cakap saya tak nak. awak paksa jugak. apa masalah awak nie Rohayu,"

"Saya tiada masalah. Tapi kenapa awak tak nak ikut saya?,"

"Rohayu... tolongla faham. Saya baru je berkerja kat sini. Inilah salah satu impian saya, berkerja sebagai seorang doktor dekat hospital nie. Saya tak nak ada apa-apa masalah yang boleh menyebabkan saya kehilangan kerja,"

"Saya tak faham imran. Salah ke saya ajak awak makan dengan saya,"

"Tak... awak tak salah Rohayu. Memang dari dulu saya mengaku saya nak sangat makan bersama dengan awak. Nak keluar dengan awak. nak berdating dengan awak. nak bercinta dengan awak. Tapi itu dulu. sekarang nie awak bakal menantu pengarah hospital nie. Bakal suami awak pulak doktor yang bertugas kat hospital nie. Awak faham tak Rohayu. awak dah berpunya,"

"Tapi.. pengarah hospital nie Pa?..,"

"Ayu!," Pintu bilik pejabat di buka secara tiba-tiba. Safuan melangkah masuk ke dalam bilik "Hisy penat betul abang cari Ayu. Call abang pun tak angkat. Ayu buat apa kat sini?,"

Imran yang melihat Safuan masuk ke dalam bilik itu mendadak menjadi cemas sehingga wajah putihnya berubah menjadi pucat

Rohayu tidak menjawab. Matanya masih tertancap pada Imran

"Eh macam kenal je," Kata Safuan bila melihat Imran "You'kan yang interview hari tu?,"

"Ya. ya saya," jawab imran sambil terangguk-angguk

Kening Safuan berkerut. Dia memandang Rohayu dan imran silih berganti "You kenal ke dengan bakal isteri i?,"

"Oh kenal. Tapi kenal macam tu je. takdelah lebih-lebih. Dah macam senior dengan junior,"

"Betul ke?,"

"Eh betul-betul saya tak tipu,"

Safuan ketawa kecil. geli hati bila melihat cara Imran bersungguh-sungguh menafikan hubungan dengan adiknya

Sementara di luar pejabat pula. Dua orang nurse di balik kaunter tadi kelihatan sedang berdiri sambil memerhati bilik pejabat itu

"Gilala. Cinta tiga segi rupanya,"

"Tengok jela muka perempuan tu kalau tak cantik takdela diorang tu nak berebut,"

FIZA duduk di kerusi sebelah penumpang sambil memeluk tubuh setelah selesai makan tengahari bersama Irfan. Wajahnya berkerut-kerut asyik memikirkan Rohayu

"Lain kali kalau awak nak bergurau pun tengokla keadaan. janganla sampai buat Ayu menangis,"

"Kan saya dah cakap tadi dengan abang saya tak sengaja. Saya cuma nak tahu hubungan ayu dengan lelaki tu. Itu je,"

"Kalau betul ayu suka dengan lelaki tu bagusla. Sekurang-kurangnya kita tahu Ayu sebetulnya ada perasaan,"

"Habis tu selama nie Ayu tu takde perasaan ke bang,"

"Bukan itu maksud saya. Awak nie cepat sungguh salah faham. Maksud saya perasaan pada orang lain,"

"Hisy geram pulak saya tengok abang niela,"

"Hah tengok. Saya pulak awak nak lepaskan geram,"

"Hisy saya cuma risau je bang. kalau betul Ayu suka dengan lelaki tu. belum tentu lagi lelaki tu suka pada Ayu,"

"Kenapa pula?,"

Fiza mengeleng-geleng kepalanya "Abang pernah tengok ke Ayu tu tersenyum, ketawa, Tak pernah'kan. Cuba abang tanya Ayu, apa benda tu cinta. Ayu tak tahu semua tu bang,"

"Awak pernah tanya?,"

"Banyak kali bang. Setiap kali saya tanya berpusing-pusing bola mata Ayu. Sampai saya sekali ikut berpusing," Fiza ketawa kecil begitu juga denga Irfan

"Siapa nama lelaki tu?,"

"Imran,"

"Fiza nak abang siasat ke?,"

"Eh tak payah bang. Kita tengok jela dulu," Fiza menoleh, memandang buah hatinya dengan kasih "Bila kita nak kawin bang. Umur kita pun dah hampir 30,"

Irfan mengeluh pelan "Ikutkan abang. esok juga abang nak kawin dengan Fiza. Tapi abang takut Atuk tak setuju,"

"Sampai bila kita nak hidup macam nie bang,"

"Fiza sabarla dulu. Nanti abang akan cari masa yang sesuai untuk beritahu atuk tentang hubungan kita,"

"Hmm... Kenapala kita tak nikah kat Thailand je bang?,"

"Kalau kita buat macam tu fiza. Abang yakin Atuk mesti mengamuk teruk.,"

IMRAN bersembunyi di balik dinding lagaknya itu seperti seorang penyiasat persendirian sedang memerhati keadaan di sekeliling lobi yang ketika itu sesak setelah habis waktu berkerja

Beberapa staff nurse yang sedang melewati tempat itu ketawa geli hati apabila melihat gelagat Imran sangat melucukan

"Okay macam line clear. kalau aku jalan celah-celah orang, Rohayu mesti tak perasan," Guman imran seperti bercakap dengan seseorang

Imran pantas menyusun langkah. Tanpa menoleh lagi, dia berjalan seolah-olah sedang berlari menuju ke arah pintu lobi

"Imran!," Kedengaran suara yang begitu kuat memanggil namanya dari belakang membuatkan langkahnya serta merta terhenti

Pelan-pelan imran menoleh. Beberapa kali matanya di pejam celik dan mengosok-gosok matanya kemudian dia merenung Rohayu sedang berjalan bersama Junaida menghampirinya

"Hai imran," Junaida pantas menyapa terlebih dahulu

"Hai Ju,"

Junaida menepuk bahu imran dengan lembut "Wah ju tak sangka abang handsome kita nie kerja kat sini,"

Imran tersengih-sengih dengan pujian Junaida "Dah rezeki abang Ju,"

Junaida ketawa kecil "Okayla bang. Ju balik dulu ya. Bising pulak Boyfriend Ju nanti kalau tunggu Ju lama-lama,"

"Yalah,"

Sebaik sahaja Junaida melangkah pergi. Imran terus memusingkan tubuh. Melangkah semula menuju ke pintu Lobi tanpa menghiraukan Rohayu mengekori di belakangnya

Imran mengankat kedua belah tangannya tinggi-tinggi bagaikan seorang banduan baru keluar dari penjara setelah bertahun-tahun terkurung

"Jomla,"

Mendengar sahaja suara Rohayu. cepat-cepat dia menurunkan tangannya semula.

"Yalah Rohayu," Imran mengeleng-geleng kepalanya. Dia merasakan dirinya ketika itu bagaikan seorang hamba yang terpaksa menurut kemahuan tuannya

Dengan langkah yang di susun lemah imran mengekori belakang Rohayu dan paada ketika itu dia turut mengambil kesempatan merenung belakang gadis itu.

Rambut Rohayu yang ikal panjang hampir paras pinggang bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan mengikut alunan langkah tuannya

Bibir Imran tersenyum tawar bila teringat pertama kali dia bertemu dengan Rohayu ketika itu dia menjadi sukarelawan sebagai bekas penuntut UPM yang di beri perluang menjaga orientasi bagi Siswa-siswa yang baru masuk

Dan ketika dia bertemu dengan Rohayu. Dia benar-benar terpesona dengan kecantikan gadis itu. Rohayu memiliki Paras rupa yang cantik. Tubuh yang tinggi dan ramping, kulit yang putih gebu kemerah-merahan mampu memukau mana-mana lelaki yang melihat namun di sebalik minatnya itu. Wajah dingin Rohayu mengingatkannya dengan seorang budak perempuan yang pernah dia kenalinya dulu

"Boleh tak awak bawa kereta?," Pinta Rohayu selepas memalingkan tubuhnya

Imran sekadar menganggukkan kepala lantas Rohayu menghulurkan kunci kereta.

"BOLEH saya tanya awak Rohayu," Pinta imran sambil memandu kereta Rohayu

"Boleh,"

"Rohayu tak rasa bersalah ke buat macam nie?,"

Rohayu mengerling "Apa maksud awak?,"

"Tak akanla Rohayu tak rasa bersalah lansung keluar dengan lelaki lain padahal bakal suami Rohayu berkerja dalam hospital tu. Rohayu tak pernah terfikir ke apa perasaan dia kalau dia tahu Rohayu ke hulur ke hilir dengan lelaki lain,"

Rohayu diam seribu bahasa. Dia tidak memahami maksud kata-kata Imran malah hatinya yang selalu kosong tanpa perasaan seolah-olah sedang menjerit mahu memberitahu kebenaran tentang dirinya

"Ingat Rohayu. Kakak tak kisah apa perasaan Rohayu pada lelaki tu tapi Rohayu kena ingat jangan bagitahu lelaki tu siapa sebenarnya Rohayu,"

Namun Kata-kata Kakaknya tiba-tiba terngiang-ngiang didalam telinganya mematikan terus niatnya

"Kalau boleh Rohayu lepas nie. tolongla jangan jumpa dengan saya lagi. Saya tak nak di tuduh sebagai perampas. saya tak nak menjadi musuh bakal suami awak. saya takut. Saya cuma orang biasa je Rohayu,"

Rohayu tetap mendiamkan diri sambil melontarkan pandangannya di luar jendela. Air matanya mengalir tanpa dia sedari

SELEPAS memandu lebih kurang satu jam setelah menempuhi jalan yang begitu sesak. Imran memarkirkan kereta di seberang jalan berhadapan dengan sebuah bengkel motorsikal

Imran dan Rohayu sama-sama terlihat turun dari kereta kemudian berjalan beriringan menuju ke arah bengkel motorsikal itu

"Macam mana tauke dengan motor saya," Tanya Imran sebaik sahaja dia masuk ke dalam bengkel itu sambil berdiri di sebelah motorsikalnya

"Manyak teruk Loo. Lu punya dalam enjin motor sulah pecah Ooo,"

"Habis tu tauke, Boleh repair ke tak?,"

"Aiyaa tentu bole.. tapi mahal loo,"

"Berapa?,"

"Anggaran lebih kulang 2000,"

"Mahalnya Tauke,"

"Gua sulah cakap sama luu maa. Lu punya dalam enjin motor sulah pecah. Mesti kena tukar enjin baru,"

"Aduh," Imran mengaru-garu rambutnya "Bila boleh siap?,"

"Paling cepat satu minggu. Paling lambat dua minggu,"

"Lamanya tauke. saya takde motor nak pergi kerja,"

"Aiyaa. Gua punya bengkel pun tiada moto Ooo mau bagi lu pakai. Lu tengok sendiri loo semua moto dalam bengkel gua semuanya losak,"

Imran mengeluh berat. Akhirnya dia terpaksa akur. Selepas membayar deposit beberapa ratus ringgit. Kakinya melangkah lemah menghampiri Rohayu

"Rohayu. Boleh tak awak hantar saya balik,"

Rohayu mengangguk pelan "Boleh,"

"Boleh tak awak bawa kereta. nanti saya tunjukan jalan. Kaki saya penat sangat," Pinta imran lagi

"Boleh,"

ROHAYU masuk terlebih dahulu ke dalam keretanya. Di pertengahaan jalan tadi Imran tiba-tiba berpatah semula mahu mengambil barang yang tertinggal

Selang beberapa minit. Pintu kereta di sebelah pintu penumpang di buka. Imran masuk ke dalam kereta dengan bibir tersengih-sengih

"Barang apa yang awak ambil?,"

"Tara!!," Imran terus menunjukkan sebuah keychain tergantung pada jari telujuknya

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience