Bab 2

Romance Series 16182

"Kau yakin yang kau sanggup hantar Ihsan kepada pengasuh?"

"Ya la. Lagipun sebelum ni aku dah cuba hantar dan aku nampak dia ramah-ramah saja. Ihsan balik pun dia akan cerita yang dia happy duduk dengan kakak tu. Dan ramai saja yang dah hantar dekat dia tu."

"Siapa dia?"

"Azilah. Dia duduk dekat depan sana. Tak jauh pun dari sini dengan rumah dia."

"Kau yakin ka yang dia akan jaga Ihsan dengan baik?"

"Ya, cik Hana. Aku hantar Ihsan tak lama mana pun. Setahun saja. Kan Ihsan nak masuk lima tahun dah tahun depan."

"Tak payah risau sangatlah. Insyaallah tak ada apa-apa."

"Macam mana la aku tak risau. Anak kesayangan aku tu. Kau tahu kan banyak kes tentang pengasuh ni. Nak cerita pun ngeri tau."

"Aku faham Hana. Tapi aku ni kena kerja juga. Sampai bila aku nak bergantung dekat kau. Cukup banyak yang kau dah buat untuk aku dan Ihsan."

"Lagipun duit simpanan aku pun dah semakin berkurangan. Tak nak lah aku susahkan kau."

"Kau tak susahkan aku pun la. Kau tu dah macam keluarga aku. Nak harapkan keluarga aku yang tu memang dah tak boleh lah,"ujar Hana lalu mengeluh.

"Tak baik kau kata macam tu."

"Baik ker, tak baik ker, dah tak boleh nak buat apa. Bila aku cakap kata aku derhaka. Sumpah aku tak faham."

"Aku tahu kau pun faham kan perasaan aku?"soal Hana membuatkan Jannah terdiam. Lama-lama dia menganggukkan kepalanya. Dia tak boleh nak sangkal kenyataan yang dia juga senasib dengan Hana.

"Haihh. Nak buat macam mana. Ujian kita di dunia. Selagi mampu kita hadap,"ujar Hana lagi.

"Betul tu"ujar Jannah.

"Ni Ihsan mana? Dah tidur ka?"

"Dah tidur dah. Tunggu mummy dia lama sangat."Hana menggaru-garu kepalanya.

"Aku ada banyak kerja sangat. Tengok-tengok dah pukul sembilan. Aduhai...kesiannya anak aku tu. Dah la aku dah lama tak spend time dengan dia."

"Dia faham ja yang kau tu sibuk. Ada tanggungjawab sendiri. Kau pergilah mandi. Aku dah bau semacam je. Macam bau kambing,"ujar Jannah sambil menutup hidungnya.

"Ha! Kutuk aku,"ujar Hana yang kemudiannya terus bangun dan memeluk Jannah.

"Busuklah,"ujar Jannah meronta-ronta. Saja ja mengusik tadi, boleh pula si Hana ni datang peluk dia.

"Rasakan penangan bau badan Hana yang wangi ini,"ujar Hana disertakan dengan tawa.

"Janganlah,"ujar Jannah tanpa sedar ada seseorang yang memerhati mereka.

"Mama dengan mummy okay ka?"soal Ihsan.

Jannah dan Hana terus memalingkan wajah ke arah suara Ihsan.

"Urmm...kami okay."Hana terus melepaskan pelukannya.

"Ya...ya. Kami okay,"ujar Jannah bersetuju dengan Hana.

"Ihsan kenapa tak tidur lagi? Bukan tadi mama tengok Ihsan dah masuk bilik,"ujar Jannah hairan.

"Ihsan tak boleh tidur"ujar Ihsan sambil melangkah mendekati Hana dan juga Jannah.

"Kenapa? Ada rasa tak selesa?"soal Jannah risau.

"Ihsan lapar. Ihsan rasa nak makan lagi,"ujar Ihsan lalu tersenyum lebar.

"Ihsan tak kenyang-kenyang lagi?"soal Hana. Ihsan menganggukkan kepalanya.

"Harini mama masak ayam goreng,"ujar Ihsan ceria.

"Patutlah..."Hana ketawa kecil. Lain macam sikit anak Jannah ni. Kalau mama dia masak ayam goreng pasti tambah berkali-kali. Macam manalah badan tu tak comel macam mama dia.

"Jom makan sekali dengan mummy. Mummy lapar ni,"ujar Hana membuatkan Ihsan menepuk-nepuk tangannya berkali-kali.

"Ihsan....Ihsan,"ujar Jannah perlahan.

Usai sahaja makan, Ihsan sudah berlalu masuk ke dalam bilik tidur meninggalkan Jannah dan Hana yang sibuk mengemas dapur.

"Jannah..."

"Hurmm,"gumam Jannah. Dia sedang sibuk membasuh pinggan manakala Hana sibuk membelek peti ais. Dia teringin aiskrim pulak malam-malam ni.

"Kau ada jumpa dengan bekas laki kau?"soal Hana secara tiba-tiba membuatkan tangan Jannah terhenti.

"Tak ada. Kenapa?"soal Jannah.

"Buang tabiat ka si Hana ni?"soal Jannah di dalam hati. Setahu dia Hana adalah orang yang paling tak suka bercakap tentang bekas suaminya itu.

"Tak la. Kut-kut dia datang nak tuntut Ihsan ka?"

"Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi dia dulu yang tak mengaku Ihsan tu anak dia. Takkan tiba-tiba datang nak ambil Ihsan dari aku."

"Setiap orang kan boleh berubah fikiran."

"Pandai-pandailah fikir. Takkan nak jilat ludah tu balik. Sendiri cakap yang Ihsan tu bukan anak dia,"ujar Jannah membuatkan Hana terdiam.

Menyesal pula bertanyakan soalan tersebut dekat Jannah. Dah terpaksa ingat balik kisah dulu.

"Sorry la tiba-tiba tanya pasal jantan tu,"ujar Hana merasa bersalah.

"Tak apa. Betul juga apa yang kau tanya tu. Ihsan tetap anak dia. Aku tak boleh nak buat apa. Kalau dia nak rampas Ihsan...aku rasa aku tak sanggup."

"Sebab dia saja yang buatkan aku ada sampai sekarang. Termasuklah kau juga. Cuma dia nyawa aku, Hana."Hana menganggukkan kepalanya. Dia tahu dan dia sendiri saksikan betapa susahnya Jannah melahirkan Ihsan.

Betapa kejamnya seorang lelaki membiarkan isterinya bertarung nyawa sendirian. Tak mengaku zuriat dia pula.

"Aku sedar yang perkahwinan aku dengan dia hanyalah aturan keluarga. Tapi patutkah hinaan itu dilemparkan dekat aku? Hinakah aku, Hana? Sampaikan semua orang bencikan aku?"

"Kau tak salah Jannah. Kau tak bersalah. Diorang yang tak tahu menilai apa sebenarnya yang berlaku."

"Aku masuk tidur dulu,"ujar Jannah yang akhirnya terus berlalu pergi. Pinggan yang masih belum siap dicuci ditinggalkan begitu sahaja. Hana mengeluh perlahan.

"Kenapa kau kena ungkit semua tu malam ni? Tak ada topik lain ka yang kau nak bincang?"ujar Hana sendirian. Tak memasal dah Jannah marah-marah. Nak makan aiskrim pun dah tak ada mood.

Jannah berdiri memandang Ihsan yang sedang tidur itu.

"Maafkan mama sebab tipu Ihsan. Mama tak nak Ihsan tahu yang papa Ihsan tak nakkan Ihsan,"perlahan dia melutut memandang wajah anaknya itu. Wajah Ihsan saling tak tumpah seperti dia. Jannah tersenyum kelat.

Insan kecil seperti Ihsan sudah melalui banyak perkara. Tidak ada sosok seorang ayah bersama melihatnya membesar. Kerap kali Ihsan bertanya tentang keberadaan sang ayah membuatkan lidahnya kelu untuk memberi jawapan.

Dia tahu lambat laun Ihsan akan mengetahui kebenaran. Tapi untuk sekarang biarlah menjadi rahsia. Tidak sesuai untuk dedahkan segalanya sekarang.

Keberadaan dia dan juga Ihsan benar-benar hilang dari semua orang. Dari keluarganya termasuk bekas suaminya itu. Biarlah mereka menganggap dia dan Ihsan mati. Dia tidak ingin melalui fasa-fasa kesengsaraan itu lagi.

"Ihsan nyawa mama. Ihsan satu-satunya anak mama. Mama sayangkan Ihsan,"dicium dahi anaknya itu.

"Goodnight sayang. Assalamualaikum,"bisik Jannah perlahan. Dia akhirnya bangun dan berlalu pergi dari bilik tidur Ihsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience