BAB 3

Drama Completed 19407

Selesai sahaja mesyuarat mereka jalan beriringan keluar.Naurah yang berada dibelakang mengikut saja langkah Tuan Althaf dan Zukie.

"Tuan..."panggil Naurah perlahan.Althaf berpaling memandang wajah itu.

"Kenapa Naurah?"soal Zukie.Naurah memandang kedua-kedua mereka.

"Lepas ni tak ada mesyuarat kan?"soal Naurah.

"Lepas ni Hi tea kenapa?"soal Zukie.

"Boleh tak saya nak minta izin..untuk solat asar dulu... lagipun asar nak habis ni"ucap Naurah.

Zukie memandang wajah Althaf.Althaf menarik nafas dan melepaskan dengan perlahan.

"Dekat sana nanti lagipun 10 minit dari sini..sempat lagi"ucap Althaf terus berjalan.

Zukie menunjukkan tanda bagus pada Naurah.

*******

Naurah selesai menunaikan solat asar.Dia duduk meredakan kepenatannya pada hari pertama.Dia melipat sejadah dan mengantung telekung wakaf pada penyangkut.

"Nak mekap ke atau tak?"soal Naurah.Susah betul kalau kerja dengan syarikat besar ni.Dia mengoles sedikit gincu dan membetulkan rambutnya.

Althaf mencuci tangannya di sinki.Kepalanya berdenyut.Dia memegang belakang kepalanya.Tali leher dilonggarkan kerana dia rasa nafasnya tersekat dikerongkong.

"Jangan....jangan...."ucap Althaf dengan suara parau.Dia cuba menenangkan dirinya.Kepalanya tunduk dan dia mengangkat mukanya memandang cermin.Senyuman bergaris di bibirnya.

Naurah keluar dari surau dan terpandang Tuan Althaf yang berjalan ke arah pintu keluar tepi tangga kecemasan.Pintu keluar itu ke arah ruang bahagian atap bangunan ini.

"Apa dia buat dekat sana?.Dah habis ke Hi tea? Takkan sekejap je..."ucap Naurah berjalan ke arah pintu itu.

Dari pandangannya dia nampak lelaki itu melipat lengan bajunya dan kancing butang atas juga turut dibuka sedikit.Lelaki itu menghidupkan api pada sebatang rokok....

Zukie yang sedang duduk minum terpandang pada Naurah yang berjalan ke arah meja mereka.

Naurah melabuhkan punggungnya dihadapan Zukie.

Zukie meletakkan cawan yang berada ditangannya atas meja.

"Awak datang sini tadi tak nampak bos ke?.Sebab tadi dia kata nak pergi tandas"ucap Zukie.

"Ohh...saya nampak dia dekat ruang bahagian luar berdekatan dengan tandas.Tapi dia merokok bukan pergi tandas.Saya ingat Tuan Althaf tak merokok"cerita Naurah.

Zukie terdiam mendengar perkataan "merokok".Dia lantas bangkit dan berlari.Naurah yang bertumit pun turut mengikut langkah kaki Zukie.

Dia cuba mengejar langkah Zukie.

"Kenapa ni?"soal Naurah.

"Mana pintu keluar?"soal Zukie.Naurah menunjukkan arah pada Zukie.

"Awak tak jawab soalan saya kenapa?"

"Habislah dia keluar..."ucap Zukie.Naurah cuba untuk faham.

"Dia keluar....siapa keluar?"soal Naurah.Zukie membuka pintu itu dan melangkah ke arah Althaf.

Naurah berhenti dibelakang Zukie.

"Tuan..."panggil Zukie perlahan.Zukie sengaja walaupun dia tahu dia berhadapan dengan siapa.

Lelaki itu berpaling memandang mereka berdua.Naurah memerhati aura yang ada pada lelaki itu nampak lain.

"Hai Zukie..."sapa suara itu.Zukie memandang Naurah yang masih terpinga-pinga.

Lelaki itu berjalan mendekati Naurah.Naurah melangkah ke belakang sedikit.

"So this is Naurah Edlina...nice to meet you...."ucapnya sambil mencapai tangan Naurah dan diciumnya.

"Stop... Mr Isaac..."

Zukie melarang kelakuan majikannya itu.Isaac memandang wajah Zukie.

Naurah pula keliru.Kenapa Zukie panggil Isaac bukan Althaf.

Isaac memeluk tubuhnya memandang Naurah.

"You look confuse right?"soal lelaki itu padanya.

Naurah mengangguk perlahan.Mestilah dia keliru takkan Tuan Althaf ada kembar dengan nama Isaac.

"Mr Isaac are twin with Mr Althaf?"soal Naurah.

Mr Isaac gelak besar dengan soalan Naurah.

"You funny...Naurah... that's means Althaf not share anything with you....even Zukie?"soal Isaac pada Zukie.

Zukie terdiam.Dia sudah berjanji pada Tuan Althaf untuk merahsiakan.

"Saya rasa awak patut balik.. Naurah"ucap Zukie.Naurah hanya mengangguk perlahan dan berjalan keluar dari situ.

Kini tinggal mereka berdua.Zukie menyandarkan tubuhnya di dinding.

"Sorry...Mr Isaac saya terpaksa rahsia perkara ni dari Naurah atas arah Tuan Althaf"ucap Zukie.

"How long?.You should tell her...so that she can decide whether me or Althaf who suppose to be here.I got to go... remember..."ucap Isaac sebelum berlalu.

Zukie menghela nafas berat.

*********

Naurah mengeringkan rambutnya yang basah.Kepalanya ligat memutarkan balik situasi tadi.Rasanya betul tu Tuan Althaf tapi kena gaya tak sama langsung.Tuan Althaf kemas dan raut wajah pun beku.Tapi tadi tu... rambutnya kusut, merokok dan namanya Isaac.

"Kalau tu kembar Tuan Althaf...mana pergi Tuan Althaf tadi?.Takkan balik cepat betul"ucap Naurah dalam hati.

Pintu biliknya diketuk sebelum dibuka oleh Kak Noreen.

"Tengah buat apa?"soal Kak Noreen.

"Keringkan rambut..masuklah.."panggil Naurah.Kak Noreen masuk dengan beg kertas.

"Wow...ada nak bagi hadiah ke..? Hari Jadi Naurah dah lepas tau..."ucap Naurah yang bersila menghadap Kak Noreen.

"Nah... hadiah dari Kak Noreen untuk adik kesayangan"ucap Kak Noreen menghulurkan beg kertas pada Naurah.

"Seriuslah...terima kasih Kak Noreen...susah-susah je...apa ni?"soal Naurah membuka beg kertas itu.

Wajah Naurah eksited nampak kotak kasut jenama Skechers.

"Kak Noreen memang faham betul adik kesayangan dia ni...belikan kasut..."ucap Naurah memeluk tubuh Kak Noreen.

Noreen memeluk Naurah.

"Kak Noreen tahu...kaki Naurah sakit pakai kasut tumit tu kan?"soal Kak Noreen.

"Ahh...rasa nak tercabut kaki...tengok ni melecet...baru hari pertama dah macam ni..."ucap Naurah.

"Biasalah nama pun kerja...yang penting kerja kena ikhlas...barulah rezeki berkat..."pesan Kak Noreen.

Naurah mengangguk perlahan.Dia pun berharap dia akan lama kerja dekat situ.

*********

Pagi-pagi lagi Naurah dah terpacak dalam pejabat Tuan Althaf dengan menghidangkan kopi panas diatas meja.

Dia membelek jam dipergelangan tangannya dah pukul 8 lebih.Pintu pejabat dibuka muncul Tuan Althaf.

"Asalamualaikum... Good Morning... Tuan Althaf"ucap Naurah dengan mesra.

"Walaikumusalam.... Morning..."balas lelaki itu dengan nada dingin.

Althaf melabuhkan punggungnya diatas kerusi.Dia mengeluh berat.

"Siapa buat kopi ni?"

"Saya Tuan"

Althaf menolak muk kopi ketepi sedikit.

"Tuan tak suka kopi ke?"soal Naurah.

"Ambilkan saya air suam dengan Panadol.Kepala saya pening sangat ni tak cukup tidur..."ucap Althaf.

"Ohh kejap saya pergi ambil..."ucap Naurah bergegas keluar dari pejabat bertembung Zukie yang mahu masuk.

Zukie menutup pintu pejabat sebelum mendekati meja Tuan Althaf.

"Tuan okay?"soal Zukie yang ambil berat.

"Kepala aku sakit...aku tak tahu apa dia buat dengan badan aku...semalam...."ucap Althaf mengurut belakang kepalanya.

"Saya minta maaf Tuan Althaf...saya pun tak jangka semalam awal dia keluar...depan Naurah pulak"ucap Zukie.

Naurah yang baru nak buka pintu terhenti apabila namanya disebut.Dia menadah telinga sahaja.

Althaf memandang Zukie.

"Depan Naurah...habis ada apa-apa yang dia syak tak?"soal Althaf.

"Saya rasa tak ada Tuan...cuma dia ingat yang semalam tu kembar Tuan Althaf.Tapi saya suruh dia balik dulu sebelum Tuan Isaac bocorkan rahsia"jelas Zukie.

Rahsia?. Rahsia apa?.Jadi sebab rahsia tu ke dia upah aku "Jaga dia"?.

Naurah memandang ke dalam.

"Bahaya selalu...dia keluar kalau aku penat je... Zukie...batalkan semua appointment...bawa aku pergi jumpa Dr Helen"ucap Althaf pada Zukie.

Naurah cepat-cepat masuk dengan membawa segelas air dan Panadol.

Zukie memandang wajah Naurah.Naurah berdiri tegak.

"Naurah...harini awak duduk pejabat je...saya ada bagi kerja..habis waktu kerja terus balik...saya dengan Zukie nak keluar..." ucap Althaf.

"Baik Tuan Althaf..tapi saya tak perlu ikut ke...?."ucap Naurah sambil mengangguk perlahan.

"Tak perlu..."balas lelaki itu dengan dingin.

"Tuan...memang ada kembar ke?"soal Naurah tiba-tiba.Althaf yang baru menelan Panadol rasa tersekat dekat tekaknya.

Uhuk!!!

"Tuan!!!!" jerit Naurah dan Zukie serentak.Matilah bos aku...

"Tuan!!!!" jerit Naurah dan Zukie serentak.Matilah bos aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience