BAB 1

Drama Series 26878

RAUNGAN kanak-kanak yang mungkin seusia Maysa memenuhi ruang kabin menarik beberapa kepala Berganti-gantian mengintai arah mereka dengan bermacam riak wajah.

Tidak tahu apa mahunya, tetapi milihat Ibu bapa kanak-kanak itu yang kelihatan Serba salah dalam keadaan gawat mahu menenangkan si Anak buat Intan terpanggil untuk membantu. Sementelah lagi, pasangan itu duduknya tidak jauh dari crew seat yang menjadi posisi tugasnya. Intan bangun daei krew seatnya, lalu merapat pasangan itu.

"Can I help?" Soal Intan menyapa pasangan itu dengan harapan mereka sudi menyambut hulurannya.

"is it okay? Tak susahkan awak ke?" Intan melebarkan lagi senyumannya buat tatapan ibu yang tampak rungsing itu.

"Tak apa. Saya cuba tenangkan dia. May I?" Bayi perempuan yang masih meragam itu disambut Intan saat tubuhnya dihulur dalam keadaan was-was.

Tanpa sepatah kata lagi, Intan membuka langkah membawa tubuh kecil itu ke galley belakang.

"I'm sorry uncle and auntie. I'm just tired. Kan?" Anak kecil itu yang pada mulanya makin kuat meraung kerana tak mahu bersama Intan, perlahan-lahan diam apabila tangannya Intan bawa melambai sambil menyapa para penumpang.

Dari tangisan yang hampir buat tekanan dalam kapal terbang semakin padat, kini tangis itu sudah bertukar tawa mengekek apabila sesekali kaki kecilnya digeletek oleh para penumpang yang dilewati mereka.

Intan turut tertawa. "Kan comel ketawa macam ni. Awak mengantuk ke? Tidur dengan auntie, nak?"

Bersembang dengan kanak-kanak sebaya Maysa, memang tak harapkan jawapan. Terkejut pula kalau tiba-tiba anak itu menjawab soalannya.

"Ni budak yang menangis tu?" Soal pramugari galley saat mereka sudah tiba dipusat selesa para kabin kru.

"Haah, I minta Izin nak bawa lari anak dia sekejap. Kesian, tengok mak ayah dia Struggle. Dengan pasengger dah pandang semacam." Jika dulu, pandangannya pastinya sama dengan pandangan penumpang yang turut rasa meluat terhadap tangisan kanak-kanak. Tetapi, Selepas menjadi Ibu... Melihat ibu bapa yang tampak bersusah payah menenangkan anak yang tantrum buatkan hatinya mudah jatuh kasihan pada pasangan begitu.

Tetapi hanya berlaku pada ibu bapa yang mencuba. Tidak pada ibu bapa yang sengaja membiar anak. Bila ditegur, dengan bersahaja jawab 'ada anak dulu baru faham!'

Hanya dia saja mahu difaham, orang lain pokok mengkudukah sehingga keselesaannya tak perlu diambil pusing?

Dibawa tubuh kanak-kanak itu rapat ke dada, punggungnya Intan tepuk sedikit sambil menghayun tubuh supaya kanak-kanak itu merasa seperti hayunan buai.

"Layu mata dia Intan." Tegur Zana, saat matanya terpandang wajah si kecil yang sudah diam itu.

"I penat sis..." Seloroh Intan dengan suara nipis kononnya, anak kecil itu yang menjawab. Zana tertawa kecil.

"Ye lah... Memanglah Penat. nangis je. Cuba kalau ngantuk tu, tidur je terus. Tak payah nangis. Amboi, biasa dia ni!" Pipi montel si kecil itu, dia cucuk geram. Mujur anak orang, kalau anak sendiri sudah dia gomol-gomolkan.

"Balik rumah lepas touchdown ni, mesti anak I melekat macam ni lah ni!" Kaki montel itu Zana genggam geram. Melihat anak kecil, tidak nafikan dia sangat merindui anak yang ditinggal di darat.

"Eh sama..." Intan sedikit terjerit.

"Shhh..." Serentak dua wanita itu berdesir saat tubuh kecil yang hampir nyenyak itu seakan terbang dek terkejut dengan suara separa jerit Intan sebelum masing-masing menahan tawa sehingga tubuh mereka bergetar hebat.

"Sama ye dengan anak I. Lagi dahsyat kalau terkena Aniq pun fly juga. Tinggal dia dekat pengasuh. Macam ada gam dekat badan dia. Tak boleh lepas. Tak boleh kalau salah sorang tak ada. Nak ada dua-dua depan mata dia. Dah berapa kali jadi macam tu, sejak dari tu... setiap kali keluar roster je, kita orang terus bentang. Tengok flight mana yang terkena dua-dua tak ada. Kalua terkena fly hari sama, Mencarilah siapa-siapa minta nak tukar flight." Begitulah hidup berpasangan sama kerja.

Bukan semua penerbangan boleh minta tukar dengan rakan sejawat, ada masanya... Terpaksa juga mereka meninggalkan Maysa kepada pengasuh untuk memenuhi tuntutan kerja.

"Dah lena dah ni." Belakang tubuh anak kecil yang masih berada di dalam pelukan Intan, diusap lembut oleh Zana.

"Tulah. I nak pergi hantar dekat mama dia kejap." Lagi setengah jam masa mahu mendarat, sudah masanya untuk dia mrmeriksa keadaan di kabin. Mahu mengutip dan membersih apa yang perlu sebelum pengumumam mendarat dibuat oleh kapten sebentar lagi.

"TAKE care, guys. See you soon!" Ucapan selamat tinggal dari Ketua penerbangan itu disambut oleh lambaian dan ucapan selamat tinggal dari anak kapal yang lain sebelum mereka mengambil arah mereka sendiri sebaik saja urusan mengemukakan laporan akhir selesai.

Tidak membawa kaki menuju ke tempat letak kereta staf, sebaliknya Intan membawa kaki menuju ke arah balai ketibaan awam memandangkan Ada Aniq yang sedang menunggu bersama Maysa untuk menjemput kepulangannya.

Dari kejauhan susuk dua orang insan tersayangnya sudah dicapai oleh ritena mata membuatkan senyuman Intan yang tidak lekang dari bibir semakin melebar.

"Biy..." Aniq segera menoleh saat telinganya menangkap satu sapaan dibelakangnya. Tidak terus memeluk suaminya, Intan lantas mengambil Maysa digendongan Aniq.

Menenangkan anak penumpang tadi, sedikit sebanyak buat hatinya bertambah rindu pada sipermata hati seorang ini.

"Rindunya babyboo Mummy ni..." Pipi si anak digomol melepas geram yang sudah ditahan sedari tadi. Tadi anak orang, tak boleh melebih sangat. Ini sudah dipeluk anak sendiri, tidak risau pada kemarahan sesiapa. Kerana tika ini... Dia sudah menanggalkan topi pramugarinya dan kembali menyandang gelaran ibu buat si kecil ini.

"Rindu Anak je? I, tak rindu?" Wajah Aniq yang jelas terlakar riak tidak puas hati menyapa mata Intan. Serta merta tawanya terlepas manja.

"Ofcourse lah rindu. Anak dia I rindu, Daddy dia lagilah I rindu." Lengan Aniq dia taut manja. Aniq cebik tidak terima.

"Okay flight kali ni?" Soal Aniq saat mereka sudah beriringan menuju ke tempat letak kereta. Jika tadi Aniq bawa anak, Intan tarik luggage. Kali ini Intan pula menggendong Maysa manakala Aniq, menarik luggage Intan.

"Okay je. Cuma... lagi sejam nak take off Tadi, ada budak... Maybe lebih kurang sebaya Maysa kut, menangis selok. Mak dia dah buka habis bunga silat lintang kiri kanan. Makin kuat dia meraung." Intan buka cerita.

"You buat apa?"

"I ambil dia, bawa pergi galley. tolong preheat rendang, bancuh air, tuang jus." Seloroh Intan disambut tawa kecil Aniq. Butang buka kunci Aniq tekan sebelum Intan meluru masuk kedalam perut kereta membiarkan Aniq yang memasukkan luggage di tempat duduk belakang.

"Malam ni ada orang nak datang rumah Ami. Ami minta You tolong dia, boleh ke?" Usahkan mahu lunjur kaki, mahu pulang ke rumah sendiripun belum sempat. Belum keluarpun lagi dari perkarangan lapangan terbang Aniq sudah buat satu permintaan yang buat dia rasa mahu meraung disini juga.

Rasa rindu dek tidak berjumpa lebih dua hari, kini terganti dengan rasa marah sehingga mengundang sebak.

"Mana Kak Bib?" Soal Intan mahu tahu dimana keberadaan pembantu rumah Keluarga mentuanya itu sehingga dia perlu turun padang.

"Ni dah minggu ketiga, kan? Kak Bib cuti." Intan hela nafas berat. Kenapa tak suruh tetamunya datang lepas pembantu rumah mereka naik kerja semula.

"Tak ada orang lain ke? I penat ni, Aniq." Hampir dua tahun, asyik topik sama saja yang membangkit pergaduhan antara mereka buat Intan tidak lagi mampu untuk berpadu tenaga. Ditambah lagi letih dengan penerbangan panjang. Benar-benar buat tenaganya habis total.

"Tak ramai pun tetamunya. Wak Man dengan isteri dia je." Satu keluhan kasar Intan lepaskan.

"Tak ramai pun..." Bukan tiada kata mahu diucap, tinggal saja tidak sampai hati mahu diluah.

Diluah, takut suaminya itu terasa hati. Bila tak diluah hatinya pula bagai disiat-siat.

Posisi kerja mereka sama, takkan tiada sedikitpun rasa belas lelaki itu padanya?

Bukan dia tidak boleh membantu, tetapi takkanlah setiap masa dia perlu sediakan diri sampai tak boleh tengok keadaan. Apa salahnya sekali sekala menolak permintaan ibunya? Boleh jatuh derhaka teruskah? 

Ibu mentuanya itu juga satu, anak perempuan bukan main ramai lagi. Tapi yang diharapkan menantu juga. Menantu perempuan yang sering dipandang tak elok. Menantu yang sering disindir-sindir inilah, yang dicari-cari untuk membanting tulang dirumahnya.

Ada pembantu rumah, dicutikan dengan alasan kesian kerja tiada cuti. Habis itu, menantunya ini robot berbaterikan?

Bateri pun pandai lemah tenaga jika sering-sering diguna!

Mahu saja dia suarakan, tapi risaunya jauh lebih tinggi dari segalanya. Sudahnya, terpaksa dia pendam sehingga tangki pendamnya sudah hampir penuh.

Lagi-lagi helaan nafas Intan buang kasar. Entahlah, makin dia cuba untuk menahan rasa hati... Rasa sedih dan kecewanya semakin mencengkam jiwa. Tidak tahu dimana silapnya bila dia terus-terusan dihurung rasa kecewa begini.

dengan sikap acuh tak acuh Aniq ditambah lagi dengan sikap Ibu mentuanya yang sangat gemar mengatur hidup mereka, benar-benar buat Intan rasa mahu memberontak.

"Baby." Tangan Aniq yang baru menyentuh dagu, dia tepis lembut.

"Sekejap je. Nanti I tolong sekali. Siap je dekat sana, kita terus balik rumah." Aniq masih tidak putus asa memujuk. Tetapi sikit pun pujukannya tidak menyebelahi Intan.

"Ikut You lah Aniq. I malas nak fikir." Balas Intan yang terpaksa mengalah demi tidak mahu mereka bergaduh didepan Maysa. Bagaimana pun dia cuba untuk fahamkan lelaki itu, tetap saja Aniq akan mempertahankan pintanya untuk mengikut kehendak Puan Syarifah berbanding mendengar keluh kesah isterinya sendiri.

Berulang kali perkara ini berlaku, buat Intan tidak lagi harapkan apa-apa dari lelaki itu.

Dia sudah letih. Apa mahu jadi, jadilah!

assalamualaikum semua... terima kasih sudi berkenalan dengan anak baru saya. buat y baru mengenali saya, terima kasih atas kesudian kalian untuk sama2 berangan bersama saya... semoga kalian terhibur dan selamat berhibur. terimalah naskah baru dari saya. salam perkenalan dari saya, aien zulfah. jemput add friend fb saya. kadang2 klo sy tak update dalam jangka masa yang lama, insya Allah akan updated di fb walaupun disitu banyak yang merepek dan mengarut saja dari saya.. ehekk.. terima kasih semorang. semoga terhibur dan selamat berhibur.. *muahhh*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience