BAB 30:Villa Tebing Curam

Thriller Series 558

BAB 30:Villa Tebing Curam.

KEESOKKAN harinya,para staf dan wartawan syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR mulai berasa sangsi dan resah-gelisah apabila wartawan Syaza Alia di dapati tidak hadir ke pejabat tanpa memaklumkan ketidakhadiran dirinya.

Syarikat pun cuba menghubungi beliau namun panggilan itu hanya sia-sia kerana wartawan terbabit menutup telefonnya.

Sewaktu kotak misteri di buka semalam,wartawan terbabit ada memberitahu yang dia berasa tidak sedap hati kerana namanya telah di catat bersama tarikh hari ini oleh si pengirim kotak.

Ketika waktu hampir tengahari,satu panggilan masuk ke telefon pejabat. Yana sendiri yang menjawabnya.

"Syaza?! awak kat mana tu? Awak tak apa-apa ke? Semua orang kat pejabat risaukan awak''soal Yana.

Apabila tahu panggilan itu di buat oleh Syaza Alia,semua staf mulai berkerumun di sisi Yana untuk mengetahui khabar dirinya.

"Apa?! Awak di culik sewaktu keluar nak pergi kerja pagi tadi?"

Kecoh jadinya di dalam pejabat apabila tahu nasib wartawan Syaza Alia kurang bernasib baik.

"Kak Yana..saya baik-baik je. Tolong jangan adukan ke balai polis. Dia dah warning supaya saya tidak membuat panggilan atau menghubungi ke balai polis dan berjanji akan lepaskan saya sejurus pihak wartawan kita berjaya merungkai teka-teki dari kotak misteri yang di kirim semalam untuk menjejakinya"ujar Syaza di hujung talian.

"Apa?! Tapi ini melibatkan keselamatan awak Syaza. Cakap dengan dia yang kita tak ada masa nak layan gurauan yang macam ni. Kita pun ada banyak kerja kat opis ni. Lagipun kita tak ada sebarang petunjuk untuk jejaki dia"kata Yana.

"Penculik tu suruh saya hubungi ke pejabat syarikat dan tinggalkan klu untuk wartawan kita sebagai petunjuk. Dengar baik-baik klu yang Syaza bagi ni kak..penculik saya tu agak gemuk orangnya. Dia bercermin mata dan hisap rokok curut berjenama Tashkent"

"Tapi itu tak memadai Syaza. Mungkin ramai orang gemuk bercermin mata dan hisap rokok curut jenama tersebut di luar sana. Mungkin pihak polis dapat bantu kita selamatkan awak"

"Jangan repot polis kak. Kalau tidak dia akan apa-apakan saya. Please..."

"Baiklah kalau macam tu. Tapi kita memerlukan petunjuk yang lebih spesifik"

"Siapa yang tulis artikel berjudul Villa Tebing Curam dulu? Ingat lagi tak?"

Yana berkerut dahi.

"Kalau tak silap,..Haziq yang tulis. Kenapa?"tanya Syaza.

"Penculik tu beritahu Syaza yang dia tinggalkan petunjuk seterusnya dekat anjung Villa dalam artikel tu"

"Ah kalau macam tu baiklah..nanti akak mintak kat sesiapa untuk ke sana"

TUUT...TUUUT...TUUUT..

Panggilan terputus.

"Hello..hello Syaza..."

Tiada jawapan. Panggilan berakhir setakat di situ. Yana pun memberitahu kepada semua orang tentang apa yang
telah terjadi kepada Syaza.

"Villa Tebing Curam?!"soal para staf dan wartawan sambil menoleh kepada Haziq.

"Uhuhu iya..artikel tu ko yang tulis Ziq..mintak bior le ko je pergi ke sana. Uhuhu sekian"kata wartawan Yeob.

"Hm..okey no hal. Aku pun suka nak buat kerja-kerja macam ni..cuma.."kata Haziq lantas bersiap menyarung jaket vest wartawan dan mengemas beg sandangnya.

"Cuma apa Ziq?"tanya yang lain-lain.

"Aku tak ingat lah jalan waktu nak belok ke simpang dua hala tu..hala jalan pertama dekat gerai orang jual kuih-kuih..cempedak gorenglah..,pisang goreng..sukun.."

"Huu??!"terbeliak besar biji mata wartawan Yeob Maon.

"..hala jalan kedua pulak kat acik jual nasi ayam kukuslah..roti jala..pulut rendang...

GULP!

Wartawan Yeob dah teguk air liur.

"Uhuhuhu?! Iya Ziq..bior le aku je pergi temankan ko..uhuhu iya dua-dua simpang pun kita singgah nanti ya..sekian"

Wartawan Yeob pun dah capai jaket vest.

Wartawan dan staf lain tersenyum jelah.

"Hati-hati kat Villa tu nanti Haziq..Yeob. Sekiranya ada berlaku ancaman bahaya,terus hubungi ke balai polis"nasihat Encik Ghani.

"Baiklah Encik Ghani"


________________

LANGIT indah nan membiru. Suasana dekat kawasan perumahan berbukit-bukau itu agak jauh dari hiruk-pikuk kota. Kereta yang di naiki oleh wartawan Haziq Khairullah dan Yeob Maon sedang lalu di sebatang jalan dekat tebing kawasan terbabit.

Tadi sebelum tiba di situ,memang ada mereka membelok ke simpang yang salah. Akan tetapi berbaloi jugak kata wartawan Yeob kerana sempat juga si gemuk tu turun dan singgah membeli nasi lemak ayam kukus dan air minum yang sedap.

Bila tiba di simpang yang satu lagi,sekali lagi si gemuk tu mintak Haziq berhenti singgah. Kuih-muih pulak di belinya.

"Haih..Yeob..Yeob"Haziq geleng kepala je lah.

Bukan tak tahu teman sejawatnya itu memang kaki makan nombor satu.

SEBUAH rumah villa kosong untuk di jual/sewa tersergam megah. Sepertimana namanya Villa Tebing Curam,begitulah jua keadaannya. Mungkin di sebabkan oleh letaknya di tepian tebing curam yang terdapat gaung di sisi,maka villa terbabit kekal tiada orang yang ingin membeli atau menyewanya semenjak dua puluh tahun yang lalu.

Angin bertiup landai.

Rambut Haziq dan Yeob Maon beralun-alun ketika dua orang wartawan itu sudah berdiri di luar pagar villa.

"Uhuhu mintak bio le tebing curam tak runtuh di saat kita masuk ke laman ya..sekian"kata Yeob sambil mulut tak henti-henti mengunyah kuih pau goreng sambal.

"Haha rasanya tak kot..dah dua puluh tahun berlalu sejak rumah ni kosong. Walaupun orang masih tak berani nak tinggal kat sini dek kerana bimbang tebing tanah ni runtuh,tapi ajaibnya ia masih utuh hingga ke hari ini. Dah..jom kita masuk"ajak Haziq sambil membuka pagar.

"Uhuhu ko dah mintak izin kat tuan rumah ke nak masuk ke sini haa?sekian"

Haziq menoleh kepada sahabat gemuknya itu.

"Tuan punya villa ni adalah pakcik aku sendiri. Dia dah bagi izin nak masuk ke sini atau main-main kat dalam laman rumah ni sejak aku kecik-kecik lagi Yeob"

"Huhuhu baik..baik..sekian"

Mereka pun memasuki ke halaman rumah dan berjalan ke arah anjung pintu masuk.

Dua wartawan itu pun mulai mencari-cari apa-apa petunjuk dan klu yang katanya telah di tinggalkan oleh si pengirim kotak misteri.

"Uhuhu naya..naya..iya aku rasa kita ni dah macam detektif pulaklah Ziq..sekian"

"Nampak gaya macam tu lah. Hm..katanya ada tinggalkan klu..tapi tak jumpa apa pun kat anjung ni"kata Haziq.

"Huu?uhuhu iya puntung curut je yang ada ya..sekian"

Haziq pun kutip lah puntung curut tu.

''Eh? jenama Tashkent lah. Sama seperti apa yang Syaza beritahu dalam telefon"

"Huu?uhuhu..takkan puntung cenggitu je yang pengirim kotak nak tinggalkan untuk kita haa?uhuhu sia-sia je kita datang..iya jikalau itu je petunjuknya,dah cukup Syaza bagitau dalam tipon jelah..sekian"wartawan Yeob merungut tak puas hati.

Haziq pun simpan puntung tu ke dalam bungkusan plastik. Katanya nak teliti balik nanti.

"Uhuhu iya air liur pengirim je yang ada melekat kat puntung tu Ziq..uhuhu busuk..busuk..mintak bio le ko buang je ..sekian"

"Hahaha tak pe..aku nak kaji puntung ni nanti"

"Huu?uhuhu iya kita ni wartawan lah..bukan penyiasat detektif..sekian"

"Sekali-sekala kita try lah pulak kerja penyiasat Yeob. Dah lah,jom kita balik opis"

Baru mereka nak berjalan pergi,tiba-tiba sekeping kertas yang sejak tadi terselit dekat beranda anjung melayang di tiup angin.

"Huu?uhuhu iya kertas sampah apa pulaklah ni..uhuhu saja je si pengirim kotak nak bagi kita sakit hati ya. Petunjuk tak ada..klu tak ada..yang ada cuma putung curut busuk sama sampah je..uhuhu aku tak mo komen apa-apa..sekian"

Haziq capai kertas tu dan meneliti apa yang tercatat padanya.

Berkerut dahi wartawan lelaki muda tu.

"Uhuhu iya kertas tu tulis apa haa?sekian"

"Hm..memang kertas sampah je Yeob. Ini resit pembelian tonik untuk rambut gugur"katanya.

Yeob Maon pun membelek kertas resit terbabit sebelum ketawa.

''Buhuhuhu..iya Syaza memang ada cakap bahawa si penculik tu gemuk dan botak orangnya ya..huhuhu sekian"

Haziq simpan jugak resit tu ke dalam poket.


________________

PEJABAT PENGARAH URUSAN SYARIKAT PENERBITAN TABLOID BONGKAR,JAM 1.20 PM.

"Tak ada apa-apa yang kalian temui dekat sana?"tanya Encik Ghani ketika wartawan Haziq dan Yeob Maon dah duduk di kerusi.

"Hm..curut dengan sampah je yang dia tinggalkan Encik Ghani"kata Haziq.

"Uhuhu iya Encik Ghani. Rasanya penculik Syaza saja nak main-mainkan kita je..sekian"tambah Yeob Maon.

"Hm..kalau macam tu tak boleh buat apa lah. Tak pe lah. Saya nak keluar sekejap"kata Encik Ghani.

"Encik Ghani nak pergi mana?"tanya Haziq.

"Tadi saya ada beli barang kat farmasi. Boleh tertinggal pulak kat sana..haih. Oh ya kamu berdua tolong saya kemaskan sikit meja saya ni ya. Akak cleaner tak datang hari ni. Nah amek upah buat makan-makan"kata pengarah urusan tu sambil hulur seorang rm sepuluh kepada Haziq dan Yeob.

Tersengih-sengihlah dua orang wartawan muda tu.

"Hehe terima kasih Encik Ghani. Bereh!"

Ketika Ghani sudah beredar,Haziq pun menyusun meja opis bos nya itu cantik-cantik.

"Uih..Encik Ghani ni merokok kuat jugak ek?"kata Haziq sambil lihat ke ashtray.

Abu-abu rokok di buang ke dalam plastik. Sebatang bulu ayam di buat untuk mengibas habuk dan debu di atas meja Encik Ghani. Ada pulak yang tercicir dan jatuh di bawah kerusi.

"Uhuhu iya ko kalo mengemas memang cincai boncai ya..tercicir sampai bawah kosi bagai sekian'

"Hahaha aku nak cepat. Banyak kerja nak buat lagi. Ko tolong lah kutip apa yang tercicir tu ya"

''Uhuhu iya baik..baik..sekian"

Haziq pun beredar.

Yeob Maon pun menunduk di bawah kerusi dan mengutip apa yang di cicirkan oleh Haziq sewatu mengemas tadi.

"Huu?!"bulat mata wartawan Yeob Maon sambil membelek benda cicir itu.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience