“Apa kau kata?” Ayaris balas, tak kurang sinisnya. Wajah jelas menunjukkan rasa tidak senang dengan kemunculan lelaki itu. Harap maklum dan cepat-cepat berambus dari situ.
“You are not deaf… atau… telinga kau dah rosak? Nak aku dermakan alat pendengaran ke?”
Ayaris ketap rahang. Memang dasar lelaki tak guna!
“Kau memang ditakdirkan jadi penyibuk hal orang ke? Ada je kau di mana-mana kan. Hari tu jadi kedi, kat sini kau sebagai apa pula? Despatch?” usai kata, bebola mata terus meneliti lelaki itu, dari hujung rambut ke kaki.
Pakaian lelaki itu cukup ringkas. Hanya kemeja putih dipadankan seluar slack hitam. Nampak biasa. Tak berstatus.Tak pegang jawatan besar. Tapi ya Allah… ringkas begini pun mata enggan beralih dari tubuhnya yang terbentuk sempurna. Bahu bidang yang mendominasi, otot lengan yang timbul jelas di sebalik lengan kemeja yang digulung hingga ke siku. Lelaki ini… terlalu memikat, andai angkuh dan sinisnya diketepikan.
“See? Tipikal spoiled girl macam ni lah! Suka pandang rendah pada orang lain. Am I that poor in your eyes, huh?”
Ayaris menelan liur, tekak terasa kering. Silapkah dia memilih kata-kata tadi? Dia tidak pernah berniat begitu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menilai manusia berdasarkan status walaupun barusan tadi tanpa sengaja, dia cuba menilai, menghakimi penampilan lelaki itu. Tapi, itu kerana rasa bencinya pada lelaki itu.
Dia lebih tahu daripada sesiapa apa akhirnya bila hidup hanya diukur dengan darjat. Dia lebih tahu bagaimana hidup di kalangan manusia yang terlalu mengejar kemewahan. Jujur, dia rasa bersyukur dibuang oleh papa dua belas tahun yang lalu. Lima tahun dia bertahan di tempat terpencil bersama atuk, selepas peristiwa hitam yang kononnya menjatuhkan maruah keluarganya sendiri. Hidupnya penuh kasih sayang, aman bahagia walaupun serba kekurangan.
Selepas atuk pergi, dia menyambung pelajaran di luar negara dan mulai berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Dua tahun dia cuba kukuhkan syarikat yang dibina sebelum ambil keputusan kembali ke kota kelahirannya. Dia tak pernah harapkan harta keluarga meski dia boleh hidup senang lenang sampai mampus tak payah kerja.
“Pokoknya aku…”
Belum sempat Ayaris habiskan kata, Khai terus mencantas kasar.
“Pokoknya, don’t judge the book by its cover!” keras suaranya, menikam gegendang telinga.
Ayaris membalas dengan mata mencerlung. “Aku tak pernah judge kau! Jangan perasan sangat!”
Khai ketawa sinis, langkahnya mara setapak. “Oh really? Dari hujung rambut sampai tapak kaki aku kau teliti tadi. Kau ingat aku buta? Tak perasan cara kau pandang aku?”
Ayaris ketap bibir, dada turun naik menahan marah. “Jangan perasan okay? Kalau kau yang tak datang kacau aku dulu, tak campur urusan aku, aku takkan buang masa nak pandang kau!”
“Ha! Typical!” Khai mendengus, senyum sinisnya mencabar. “That’s why orang macam kau takkan pernah matang, Ayaris Orked.”
“Shut up!” suara Ayaris meninggi, tubuhnya sedikit menggeletar. “Jangan nak berlagak kau tahu segalanya tentang aku. Kau siapa?! Aku benci lelaki macam kau!”
Khai tergelak sinis. Terus mendekat, langkah demi langkah hingga ruang antara mereka hilang. Nafas panasnya hampir menyentuh wajah Ayaris. “Dan aku benci perempuan sombong macam kau.”
Ayaris mendongak, mata tajam menikam balik pandangan Khai. “Berani kau dekat lagi, aku sumpah aku akan…”
“Akan apa?” Khai sengaja merendahkan suara, penuh cabaran. “Tampar aku? Tolak aku? Atau… sengaja serah diri kau dalam pelukan aku macam kau buat dua belas tahun lepas?”
Jantung Ayaris berdegup kencang. Wajah tercemar tompok merah. Mahu melangkah ke belakang, tapi ego menahan. “Don’t flatter yourself! Aku tak pernah…”
Khai tiba-tiba condongkan wajah, jarak hanya tinggal seinci, cukup buat tubuh Ayaris kaku. “Tak pernah apa? Sebab mata kau, tingkah kau tak selari dengan penafian kau, Ayaris.”
Damn this guy! Aura magnetiknya terlalu sukar untuk diabaikan. Dalam marah, mata terpaku terus ke wajah kacak itu. Bedebah! Ayaris cuba berpaling, tapi tangan sasa Khai sudah menahan di sisi pintu, memerangkapnya.
“Lepas!” bentak Ayaris, dada turun naik menahan emosi bercampur-baur.
Khai mendekat lagi, wajahnya hanya sejengkal dari wajah Ayaris. “Kalau aku tak nak lepas… apa kau boleh buat?” bisiknya, berbaur sinis namun ada getar yang sukar ditafsir.
Degup jantung Ayaris bagaikan mahu pecah. Nafasnya tak keruan. Hatinya menolak, tapi tubuhnya kaku tak mampu bergerak.
“Kau… jangan berlagak!” Ayaris cuba melawan, namun suaranya lemah, hampir berbisik.
Khai renung tepat ke matanya, seolah nak bagi retak sekaligus mahu menembusi ego wanitanya. Bibir Khai bergerak perlahan, hampir menyentuh…
“Who is outside?!”
Suara seorang lelaki dari dalam bilik mengejutkan mereka. Khai tersenyum nipis, menjauhkan wajah dengan sengaja, tapi matanya masih mengikat Ayaris.
“Unfortunately…” ujarnya sambil ketawa kecil, penuh sindiran.
Ayaris hela nafas kasar, wajah merah padam. Apa yang dia rasa? Dah macam jeruk, bercampur-baur. Dia tarik nafas dalam, cuba hilangkan gelora yang menyesakkan dada.
Mati-mati dia memaki diri. Tak guna betul! Kenapa dia biarkan lelaki itu hampir mencium dia tadi? Kenapa dia tak tolak dan lari? Argh! Lemah… kenapa dia jadi selemah itu?
Pintu bilik tiba-tiba terkuak, memunculkan seraut wajah tampan, memandang mereka berdua silih berganti.
“Khai? What’s going on?”
Khai hanya sengih sinis, seolah-olah situasi tadi memang disengajakan. Tangan masih bersilang di dada, wajah langsung tak menunjukkan rasa bersalah.
“Nothing big. Just… a little misunderstanding.” Senyuman nakalnya makin melebar, sengaja menyalakan api curiga.
Callum Damien melangkah keluar sepenuhnya dari muka pintu, tubuh sasa dan aura dominannya memenuhi ruang sempit antara mereka. Matanya merenung tajam ke arah Ayaris, kemudian Khai. Ekspresi wajah tetap sama. Tenang, penuh pertanyaan.
Ayaris membalas tatapan Callum, tajam menikam. Seketika, dia terlupa pertelingkahan dengan Khai. Seluruh tumpuannya kini hanya pada lelaki kacak yang berdiri tegak di hadapannya itu. Dia masih gigih mahu pastikan. Benarkah lelaki itu langsung tak ingat siapa dia? Belum sempat dia buka mulut, satu suara manja dan lunak menyusup keluar dari dalam bilik.
“Cal… siapa yang datang tu?”
Elna Darlene!
Serta-merta jemari Ayaris mengepal kuat. Darahnya mendidih, hampir melimpah ke kepala. Belum sempat kelibat Elna muncul di muka pintu, pergelangan tangannya sudah direnggut kasar oleh Khai.
“Cal, I’ll settle the contract. Bye!” katanya sambil menarik Ayaris menjauh tanpa memberi peluang dia bersuara apatah lagi bertindak.
Marak mata Ayaris menikam belakang Khai. Terpaksa juga dia menurut, kerana cengkaman lelaki itu di pergelangan tangannya terlalu kuat untuk dilepaskan. Benci yang membuak-buak makin menyesakkan dada. Kenapa lelaki itu mesti jadi penyibuk tak kena tempat?!
“Lepas!!!” jeritnya lantang.
“Sit down, Ayaris. I know you need the contract.”
Akhirnya, Khai melepaskan genggamannya, namun hanya setelah menolak tubuh Ayaris masuk ke dalam sebuah bilik pejabat. Suaranya tegas, tiada kompromi. Seketika, Ayaris terpaku. Wajah lelaki itu berubah serius, jauh berbeza daripada sikap sinis dan suka mencabar yang selalu ditunjukkan.
“Who are you, Khai Sinclair? What can you do, hah?!” nada Ayaris penuh ejek, tubuh dipeluk erat seolah mahu mencabar. Di matanya, lelaki itu terlalu berlagak, seakan-akan lebih berkuasa daripada Callum Damien sendiri, CEO di situ.
“Siapa aku?” Khai ketawa halus, sinis menggigit. Perlahan dia tunduk, tangan cekap menarik keluar beberapa dokumen dari laci meja kerja.
“Ini proposal kau… dan kontrak tu.” Bibirnya terangkat angkuh. “Semua sudah ditandatangani dan diluluskan. Landskap dan interior design Saujana Housing mulai sekarang, milik Polaris jika kau setuju dan turunkan tandatangan.”
Ayaris menerpa lalu merampas dokumen di tangan Khai. Bulat matanya meneliti isi kandungan dokumen itu. Dia geleng, hampir tidak mahu percaya apa yang dia lihat.
“Is… this real?” suara Ayaris bergetar, hampir mahu menangis.
Khai hanya tersenyum nipis. Punggungnya bersandar santai pada bucu meja, kaki panjang melunjur ke depan, tangan bersilang di dada. Gayanya selamba, namun cukup memikat, bagai model hidup yang terlukis dalam sebuah potret mahal.
“Kau baca seribu kali pun, kandungannya tetap sama. It’s approved, Ayaris Orked!”
“I can’t believe it! I… did it! I really did it, yes! Yes!!!”
Teruja tak terkawal, Ayaris melonjak keriangan. Dalam keterujaan itu, dia terlupa sesuatu. Stiletto setinggi lima inci yang tersemat di kakinya. Langkahnya terpeleot. Tubuhnya terhuyung… dan jatuh tepat ke arah Khai.
“Eh?! Aaaahhh!”
Gedebuk!
Jantung Ayaris seakan tercabut. Dia… wajahnya… argh! Tak sanggup nak explain. Dengan pantas mata dipejam rapat, tak berani menatap realiti. Khai pula tergamam di tempatnya, tubuh kaku membeku seolah dunia berhenti berputar.
Sedetik… dua detik… tiada siapa yang bergerak. Hanya deru nafas kasar memenuhi ruang. Khai hampir hilang sabar. Sampai bila nak biarkan wajah itu terbenam di situ?
“Kau…” Khai berdeham, cuba menutup kekok. “Cepat bangun!”
Ayaris kelam-kabut menjauhkan wajah dari riba lelaki itu. Gaya serba tak kena, walau cuba dikawal habis daya.
“Well… thanks sebab pilih Polaris. Dan… tadi tu, it was an accident. Kau… tak terkesan kan? Sebab jujur, aku pun tak rasa apa-apa. We hate each other, remember? Kalau kau terkesan, itu maksudnya kau lelaki lemah. Sikit je godaan terus tewas. I repeat… lemah! Bye.”
Dengan angkuh, Ayaris berpaling. Langkahnya bergaya menuju ke pintu. Namun sebaik saja melangkah keluar, tubuhnya hampir melorot jatuh. Nafas tersekat-sekat, dada bagai mahu pecah, wajah panas seperti dipanggang.
Apa yang berlaku tadi? Argh! Malunya… wajahnya betul-betul tersembam di pangkal paha Khai Sinclair, tepatnya di tengah-tengah, yang disebut kawasan sensitif lelaki. Perlukah dia jelaskan dengan lebih terperinci? Ah, tak sanggup!
Tak rasa apa-apa? Yakin sungguh dia kan. Berlagak! Dada ditekan kuat.
Keluar sahaja dari bangunan Rezha, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Nama Papa tertera jelas di skrin. Ayaris menghela nafas perlahan.
“Yaris, balik sekarang. Ada hal penting Papa nak bincang. Sekarang juga, Papa tunggu.”
Ayaris terpaku. Suara tegas lagi dominan itu, seperti selalu, tidak pernah gagal menggoncang jiwanya. Rasa resah terus menyerbu, menyesakkan dada. Bersama fikiran yang sarat dengan bermacam andaian yang pastinya bukan perkara menyenangkan, dia memandu perlahan menuju ke banglo mewah lima tingkat yang sudah lama tidak dikunjungi.
Ketika masuk ke perkarangan banglo mewah keluarganya, Ayaris mulai rasa tidak sedap hati melihat sebuah kereta asing, jenama mewah dari luar negara terpakir di depan rumah. Dengan rasa ragu yang semakin mencanak, dia turun dari kereta. Satu-satu, lambat-lambat langkah dibuka menuju ke pintu.
“Yaris!” Masuk saja ke ruang tengah, suara papa bergema, memanggilnya.
Ayaris melangkah ke ruang tamu. Tebakannya nyata tepat. Papa ada tetamu. Sepasang suami isteri, berusia lebih kurang papa dan sedang asyik menelitinya dari atas ke bawah. Ayaris cuba tayang wajah mesra tetapi terlihat kekok.
“Ayaris Orked, ya? Masya-Allah… cantiknya anak Tan Sri ni,” puji wanita separuh abad itu, tidak mampu menahan diri.
“Yaris, papa kenalkan… ini teman karib papa, Tan Sri Syed Khairi dan isterinya, Puan Sri Sherina.”
“Apa khabar, Tan Sri… Puan Sri?” Ayaris cuba menyapa dengan mesra, meski rasa kekok masih jelas menguasai diri.
“Eh, janganlah Tan Sri, Puan Sri segala. Panggil saja aunty dan uncle… atau mungkin, tak lama lagi, boleh tukar terus jadi mama dan papa, hehe…” seloroh Puan Sri Sherina, menyampuk laju tanpa sempat sesiapa menahan.
Ayaris terasa panas punggung mendengarnya. Rasa tidak sedap hati makin kuat mencengkam. Dia dapat meneka, kedatangan pasangan itu tidak lain pasti membawa urusan besar yang melibatkan dirinya.
“Papa…” suara Ayaris perlahan, penuh bingung. Dia menoleh ke arah papanya, meminta penjelasan hanya melalui tatapan mata.
Papa hanya berdeham halus sebelum bersuara. “Macam ni, Yaris. Papa dan Tan Sri Syed ni pernah buat janji dulu… janji untuk jodohkan kamu dengan anaknya. Janji tu turut disaksikan seorang lagi sahabat kami, tapi sayangnya dia dah pergi dulu. Arwah tu besar harapannya nak tengok keluarga kita bersatu. Jadi, papa harap… kamu takkan ada bantahan.”
Ayaris tersandar lemah di sofa, wajahnya jatuh menekur lantai. Dia tahu benar, terlalu kenal dengan papanya. Setiap kata yang terucap dari mulut lelaki itu ibarat hukuman muktamad. Tiada ruang untuk membantah.
“Papa… Yaris tak…” Belum sempat Ayaris menghabiskan kata-katanya, suara Puan Sri Sherina mencantas laju.
“Kamu tak perlu risau, Yaris. Kita semua dah tahu apa yang berlaku dulu. Malah, anak teruna aunty sendiri yang cerita. Kami tak pernah salahkan kamu. Oh ya… mungkin kamu tak tahu, bakal suami kamu tu sebenarnya pernah satu sekolah dengan kamu dulu.”
Tubuh Ayaris serta-merta tegak. Hampir tak percaya dengan apa yang baru didengarnya.
“Ma… maksud aunty… kami dah saling kenal sebelum ni?”
“Of course! Dia ketua pengawas di sekolah kamu dulu. Kamu mesti ingat siapa dia kan?”
Oh dear! Mata Ayaris terkuak seluasnya. Perlahan, tangan naik mencekup mulut yang hampir melopong. Nak bersuara, anak tekak terasa bagai dipicit. Jangan-jangan…
“Callum Damien… ingat tak?”
Pandangan Ayaris terus gelap serta-merta.
Hi, new story, harap korang enjoy. Untuk new readers, hanya 4 bab pertama boleh baca secara percuma, selebihnya kena guna coins. Mungkin ada yg tertanya² bila MandakZ nak update Bekas Suami Untuk Ditawan. Sorry korang, buat masa ni x dpt update cite tu, still stuck huhu... bt I'll try my best.... love and muaahhh!
Share this novel