Bab 4 (First Date)

Romance Series 2490

Khayla tiba lebih awal di sebuah kafe sederhana. Dia memilih meja di hujung. Jauh daripada hiruk-pikuk pengunjung lain. Dia mahu perbualannya dengan Adam nanti tidak terganggu. Kali ini dia tidak berniat menyorok lagi. Dia reda. Mungkin inilah takdir yang menunggunya. Perkahwinan itu sudah terlalu dekat dan dia tidak mampu lagi melarikan diri.

Gadis itu tampak sederhana namun manis. Blouse biru cair lengan panjang dipadankan dengan slack hitam berpotongan lurus. Tudung bawal senada dengan blousenya dililit mudah, menyerlahkan personalitinya yang tidak suka menonjol. Beg tangan warna nude di sisi menampakkan gaya praktikal. Wajahnya hanya dirias nipis – bedak tipis, eyeliner halus, bibir sekadar dioles lip balm neutral. Kenapa perlu berlebih-lebih untuk lelaki itu? Soalnya dalam hati.

Tidak lama kemudian, Adam tiba. Berkemeja biru gelap. Langkahnya penuh yakin. Seakan setiap mata tertumpu padanya. Andai ada cahaya sorot di dalam kafe itu, pasti semuanya menghala ke arah lelaki itu.

Adam menarik kerusi berhadapan Khayla, senyum nipis terukir. Pandangannya tidak lepas daripada wajah gadis itu. Khayla terasa resah. Jari jemarinya mula memintal hujung tudung. Kenapa aku tiba-tiba jadi gugup?

“Terima kasih sebab sudi datang. I guess hari ni boleh dikira sebagai our official first date?” Adam bersuara tenang.

“Ew, jangan perasan. Pertemuan ni bersebab.”

Adam menunduk sedikit dengan senyum nipisnya terukir sebelum dia kembali serius dan memberi ruang. “Go ahead, saya mendengar.”

Khayla menarik nafas dalam. “Saya nak tetapkan syarat sebelum kita melangkah ke peringkat seterusnya. Pertama sekali, saya tak nak berhenti kerja. Awak kena benarkan saya terus bekerja.”

Adam serta-merta menggeleng.

“Bila awak jadi isteri Adam Zafriel, awak tak lagi boleh bekerja. Jadi nikmati hari-hari akhir awak sementara masih ada.” Suaranya tenang. Namun matanya tajam menikam wajah Khayla.

Belum apa-apa dah nak kawal hidup aku. Khayla menggenggam jari. Dia tidak beralah, cuba menegakkan pendiriannya.
“Awak tak boleh tentukan hidup saya. Saya tak nak terkurung di rumah. Saya nak jalani hidup saya macam biasa walaupun dah jadi isteri awak.”

Adam mendekat sedikit. Nadanya rendah, penuh ketegasan.
“No, Khayla. Saya boleh tanggung awak sepenuhnya. Awak tak perlu lagi angkat dulang, terima pesanan, atau dengar arahan orang atasan. Apa yang saya nak, awak cuma perlu jadi isteri saya.”

“Ini hidup saya, Adam. Saya dah biasa dengan semua tu sebelum awak muncul. Kalau awak nak saya tolong jayakan perkahwinan ni, awak pun kena tolong saya. Jangan sekat hidup saya.”

Adam bersandar semula. Wajahnya tetap tenang. Dalam hati, dia tahu mustahil jika isterinya nanti bekerja di restoran segera sedangkan namanya akan terpahat sebagai menantu tunggal Darleon Hotels & Resorts. Namun dia memilih untuk berdiam, masih belum masanya untuk mendedahkan status sebenar dirinya.

“Isteri saya tak akan bekerja.” Ringkas, padat.

Khayla terdiam. Hatinya berperang antara marah dan sedih.

“Khayla,” Adam menyambung perlahan.

“Tanggungjawab mencari rezeki terletak pada saya. Awak uruskan yang sepatutnya — makan, minum, pakaian…” Dia berhenti seketika kemudian mengusik.“Itu belum masuk bab… anak.”

“Stop right there, Mr Adam!” Khayla membuntangkan mata. Darahnya berderau. “Baiklah, itu akan membawa kita kepada syarat kedua saya iaitu kita hanya housemate, bukan roommate. Awak tidur bilik awak, saya bilik saya. Jangan harap saya akan kongsi katil dengan awak.”

Senyuman Adam melebar tipis, jelas tidak terkesan. “Oh begitu? Nampak gayanya awak sedang sediakan tembok untuk kita.”

"Kita cuma terikat untuk setahun. Bukannya seumur hidup. Setahun sahaja dan selepas itu semua ini akan berakhir. Selepas itu kita akan teruskan hidup masing-masing."

Adam sedikit tersentak. Jelas sedikit terganggu dengan kata-kata Khayla. Adam seolah-olah baru tersedar bahawa tempoh setahun itu keluar dari mulutnya sendiri sebelum ini. Senyumnya hilang dan diganti pula dengan garis wajah serius. Hatinya sedikit terusik apabila Khayla yang mengulang semula janji yang dia sendiri tetapkan. Tempoh percubaan bagi perkahwinan mereka. Saat Khayla menyentuh tentang tempoh tersebut, seolah-olah Khayla sedang mengingatkan dia bahawa perkahwinan ini hanyalah bersifat sementara. Entah mengapa seolah-olah ada duri bisa yang menikam dadanya.

"Oh ya, setahun. Tapi itu hanya akan berlaku kalau kita tak serasi. Tapi...macam mana kalau kita serasi?"

Pertanyaan Adama bagaikan terus menikam ke dasar fikirannya. Tak pernah pula dia cuba berfikir dari sudut itu. Dia agak yakin bahawa mereka berdua pasti akan berpisah akhirnya kerana mereka bukanlah pasangan yang sedang hangat bercinta. Apa yang sedang berlaku di antara mereka adalah drama semata-mata. Dirancang rapi bagi mengaburi mata Puan Darleena.

"Adam, kita ni bukan pasangan bercinta tapi kita lebih kepada orang asing. Kita baru kenal satu sama lain kurang lebih dua minggu lepas dan sekarang tidak lebih dari dua minggu lagi kita akan berkahwin. Kita sekarang terikat kerana keadaan dan bukannya pilihan hati. Sebagaimana saya bukan isteri pilihan awak, dan awak bukan suami pilihan saya."

Adam terdiam seketika. Seolah-olah kata-kata itu benar-benar menampar hatinya.

"Bukan suami pilihan, ya? Tak sangka pula awak boleh sejujur ni dengan saya."

"Ya, saya tak pernah bayangkan pun yang hidup saya akan terikat dengan awak."

Adam tidak lagi menyanggah. Dia sekadar mengangguk perlahan seolah-olah syarat yang kedua ini juga tidak berjaya mengusir ketenangannya.

"Baiklah kalau itu yang awak rasa. Saya terimaa. Saya bukan suami pilihan awak. Ada syart lain lagi? Kalau ada sila teruskan."

“Ada! Syarat ketiga — no touch rule.” ujat Khayl

Adam mengangkat kening.

“Awak tak boleh sentuh saya sesuka hati. Walaupun awak suami, kalau awak setuju dengan syarat kedua, automatik awak kena hormat yang ini juga.”

“Sure.” Balas Adam pendek.

Khayla menghela nafas lega, kemudian menambah, “Dan syarat keempat, kebebasan. Kalau awak tak benarkan saya bekerja, saya akur… tapi awak tak boleh halang saya keluar jumpa kawan-kawan. Awak tak boleh ikut saya ke mana saja saya pergi. Itu waktu saya. Jangan menyibuk.”

Adam hanya tersenyum. “Baiklah, Khayla. Empat syarat awak, saya dengar. Tiga saya terima, lagi satu awak sendiri sudah mengalah. So, kita okay?”

Khayla tidak menjawab, hanya diam. Mengangguk pun tidak. Nafasnya turun naik. Dia resah sendiri. Itu saja ke? Dah cukupkah syarat tu? Atau aku baru saja masuk jerat dia sendiri…

“Awak boleh tetapkan seberapa banyak syarat sekalipun.” suara Adam kembali memecah hening. “Yang penting awak tetap jadi isteri saya.”

Darah Khayla berderau. Seram, gusar. Namun akhirnya dia hanya berkata pendek. “Buat masa ni, cukuplah setakat itu.”

Adam mengangguk. Mereka menghabiskan kopi masing-masing dalam diam. Pada Khayla, kopi itu terasa terlalu pahit hari ini. Adam pula masih kekal dengan ketenangannya.

Keluar saja dari kafe, Khayla melangkah pantas tanpa menoleh. Adam sekadar memerhati langkah itu menjauh. Senyum nipis menghiasi bibir.

Dia masuk ke kereta, menghidupkan enjin namun tidak segera berlalu. Pandangannya lurus ke hadapan. Fikirannya melayang pada syarat-syarat Khayla.

Semakin dia cuba jarakkan diri, semakin aku pasti… dia memang orang yang tepat untuk drama ini. Dia bukan mudah, tapi itu yang aku mahu.

Tangannya mengetuk stereng perlahan, senyuman nipis melekat di wajahnya. Ini baru permulaan. Aku mahu lihat sejauh mana dia mampu bertahan.

Share this novel

Saemah
2025-10-09 15:07:03 

bila nak dapat percuma lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience