Ahhh...
Sudah tersenyum simpul rasa mahu ketawa pula. Sudahnya memang dia betul-betul ketawa kecil sepanjang perjalanan. Hmmm... lepas ni tak perlu naik grab lagi. Mungkin boleh membeli sebuah kereta. Tunai!
Yehaa!...
Tidak sia-sia dia menggodam telefon bimbit Yunus. Hari tu dapat sahaja nombor telefon pasangan orang kaya itu dia tidak sabar menunggu malam.
Malam harinya keluar sahaja Yunus daripada rumah untuk ke tempat kerja langsung sahaja dia menghantar beberapa pesanan dan tawaran kepada pasangan orang kaya itu.
Mulanya tidak berjawab. Beberapa hari tidak berjawab hingga dia tertanya-tanya jika nombor yang dia hantar pesanan itu sememangnya milik pasangan orang kaya itu.
Hinggalah semalam dia menerima pesanan balas. 'Jumpa di restoran' berserta perkongsian lokasi Waze, tarikh dan waktu temujanji.
Hihi... tak sangka, dia bukan sahaja berwajah cantik malah berotak geliga. Dahulu di waktu kecil dia selalu merendah dan direndahkan diri. Bukan sahaja dirinya berfikir begitu tapi dari mulut-mulut orang sekeliling juga mengesahkan fikirannya.
Itu semua dulu.
Padahal dia memang cantik! Bijak itu dia asah!.
Mula-mula dia dapat Yunus yang paling kacak di kilang dan sekarang rancangannya untuk menjadi kaya raya dengan mudah menampakkan hasil.
Hmmm... hebatlah kau ni Wati!
Chaiyok!.
@@@@@@@
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Yusoff terhenti di hadapan pintu sesudah menutup daunnya. Salamnya dijawab oleh si bapa mertua yang tidak pernah sepanjang dua bulan dia di sini berbual dengannya.
Rasanya kali terakhir dia mendengar suara tuan Hamdan membentuk perkataan ialah ketika dia meminta izin menghantar pulang saudara tuanya ke Pahang selepas majlis persandingan dua bulan yang lepas.
Selepas itu walaupun dia mengucapkan salam atau mengucapkan selamat untuk pagi, petang atau malam dan pelawaan dia untuk makan dan minum hanya dibalas dengan mengumam yang tidak membentuk suka kata sekalipun.
Maka kenapa ini?
Tolonglah jangan. Bukan dia tidak sedar diri. Bukan juga dia hilang ingatan tapi... tolonglah jangan. Terasa kakinya mula goyah dengan fikirannya sendiri.
"Yusoff... Sila duduk."
Entah siapa yang memandu kakinya. Dia melangkah perlahan menyertai pasangan orang kaya dan si isteri yang duduk di ruang tamu. Dia duduk di sofa satu tempat duduk berhadapan dengan tuan Hamdan.
"Saya kejar masa, jadi... I will make it short."
"Ini baki 50 ribu seperti yang dijanjikan. Dida sudah kemaskan semua barang-barang awak. Beg di sana."
Mata Yusoff mengikut ibu jari tuan Hamdan yang menunjuk ke suatu arah. Itu beg dia, beg sandang jenama Adibas dan sebuah beg galas yang tidak berjenama. Perut Yusoff rasa terjerut.
Masanya benar-benar telah tiba. Tiba selepas hatinya sudah di sadur perasaan cinta pada Khaleeda, fikirannya sudah parah dijangkiti virus zombie si mata bundar. Selepas tubuhnya dan tubuh si isteri menyatu, penuh kasih bagi pihaknya.
Kau tahu hari ini akan tiba dan kau cari penyakit Sop!. Bersedialah untuk menyanyi lagu kecewa.
"Errmm... err... kata nak saya tolong jadi ayah pada baby tu?".
Suara diakah itu yang bergetar hebat bertanya.
"Oh! pasal tu... tak apa, bapa bayi tu dah balik Malaysia dan dia mahu bertanggungjawab."
Yusoff langsung terdongak dan pandangannya terus kepada si isteri yang duduk menekur kepala ke bawah. Memandang lantai yang dipijak.
Tidak samakah gendang hati mereka untuk tempoh sebulan mereka menyatu?. Tidak mampukah sebulan ini menjadikan dia putera hati si mata bundar?.
Hanya diakah yang kasih atau dia sendiri tertipu untuk sebulan ini. Tidak mungkin perasaan ini semata-mata kerana nafsu. Hatinya selalu berlagu gembira walau hanya mengingat nama Khaleeda.
"Tapi tuan... saya boleh jaga Dida. Lagipun kami dah nikah."
Oh Allah, tolonglah...
Dia sudah terlanjur cinta. Perasaan dia ini bukan main-main. Dia yakin!.
"Huh!..."
Sepatah bunyi itu keluar dari bibir puan Faridah Ibu mertuanya. Langsung Yusoff menoleh.
"Mungkin you terlupa agaknya. Let me remind you..."
"Pertama nikah ni atas janji yang masanya kami yang tentukan."
"Kedua... jaga? jaga yang macam mana?"
"You tempat tinggal pun menumpang rumah kami."
"Dida dah biasa hidup senang... you mampu adakan senang untuk dia macam kami bagi dia?"
"Duit yang you ada sekarang pun kami yang beri..."
"Kami harap you stick to the agreement Yusoff."
"Tolong jangan rumitkan keadaan."
Lenggok suaranya macam sopan tapi penuh keangkuhan. Mungkin kerana hati Yusoff yang sudah mula kecewa, sudah mula terbakar juga.
"Yusoff..."
Suara tuan Hamdan kembali menyambung selepas suara keangkuhan puan Faridah yang memerahkan cuping telinganya.
"Biarlah baby tu ayah dia sendiri yang bertanggungjawab."
"Lagipun mereka berdua saling menyintai..."
"Kami berterima kasih sebab untuk tempoh dua bulan ini Yusoff sudi menolong."
"Dida satu-satunya anak saya. Dia ada perangai yang saya yakin dia lebih sesuai dengan teman lelakinya itu."
"Lagipun lelaki tu kukuh dari segi kewangan dan latar belakang yang setaraf dengan kami."
"Maafkan saya Yusoff. Saya hanya lakukan apa yang seorang bapa mahu untuk kebaikan anak."
Sekali lagi pandangannya Yusoff hala kepada si isteri. Dida... pandang sini sayang, tolonglah jangan buat saya macam ni!.
"Yusoff jangan ceraikan Dida. Nanti kami akan buat tuntutan fasakh."
"Atas alasan suami abaikan isteri."
"Saya harap Yusoff kekal mengikut perjanjian."
"Tunggu surat daripada mahkamah syariah sampai untuk tuntutan fasakh tu."
"Kemudian tunggu peguam saya telefon untuk langkah seterusnya. Awak ikut sahaja arahan."
"Well... itu sahaja. Keputusan STPM pun dah nak keluar."
"Saya ucapkan selamat maju jaya pada Yusoff."
"Terima kasih atas kerjasama awak."
"Kami nak keluar sekarang ada urusan keluarga."
"Mohon Yusoff ambil beg dan keluar sekarang juga."
"Maaf macam mendesak tapi kami kejar masa. Keluarga teman lelaki Dida ajak dinner."
Pasangan orang kaya sudah berdiri. Dia dan Khaleeda kekal duduk tapi puan Faridah menarik tangan anak perempuannya supaya segera turut berdiri.
Lemah dan goyah rasa kakinya mahu menuju kepada dua buah beg di kaki meja. Yusoff toleh lagi kepada Khaleeda yang sudah diheret puan Faridah ke muka pintu.
Toleh sini sayang... please!.
Yusoff kekal berdiri mematung. Rasa tidak berdaya untuk melangkah. Dia belum mengungkapkan rasa hati penuh cinta ini pada Khaleeda.
"Yusoff..."
Suara tuan Hamdan berbunyi lagi menyeru namanya. Sudah berdiri di muka pintu yang terdedah. Benar-benar mahu dia segera keluar dari rumah besar ini.
Benarkah dia tidak layak memiliki Khaleeda?. Tidak bolehkah isteri yang sentiasa hidup senang itu mengikutnya membina hidup baru bermula dari kesusahan?. Benarkah si mata bundar itu menyintai bapa kepada kandungannya?
Mereka tidak berdendang lagu cinta yang sama. Langsung si isteri tidak mahu menoleh kepadanya. Setelah lelaki yang menghamilkan pulang, memandang wajahnya sahaja Khaleeda tidak sudi. Sampai begitu sekali?.
Yusoff rasa lemah. Tak berdaya kerana dia sedang terluka. Terobek hatinya hingga cedera parah.
Khaleeda toleh sini sayang!.
Yusoff menunggu di bahu jalan ketika kereta mewah yang membawa pergi isterinya bergerak laju menjauhinya.
Seketika kemudian hujan turun lebat. Maka tidak nampak air matanya yang laju turun dari tubir mata.
Khaleeda sayang...
@@@@@@@
"Kau kenapa?".
Terasa tilam terbenam di sebelahnya tapi dia kekal matikan diri. Bergendang hebat dalam dadanya mahu meluah rasa kepada Yunus tapi haram sebutir perkataan pun tidak mampu keluar daripada bibir yang kering.
"Cuba cerita pada aku. Mana tau aku boleh tolong."
Bolehkah Yunus menolongnya seperti dia menolong Yunus, atau sepatutnya dia tidak menolong Yunus jika tahu akan cedera parah seperti ini.
"Kenapa orang jumpa kau pengsan dekat stor barang tempat kerja kau?".
"Diaorang cakap kau tidur situ. Betul ke?".
"Apa cerita Yus. Bini kau mana?."
Bertubi-tubi Yunus menyoal. Kusut rasa kepala Yusoff dengan soalan yang bertalu-talu.
"Yun..."
"Kau dah keluar dari rumah Tuan Hamdan ke?"
Yunus meminta jawapan dari muka dia yang keruh. Setitis air mata yang jatuh rasanya cukup memaklumkan Yunus duduk perkara.
"Bila Yus? kenapa tak cakap aku?."
Terlalu sedih, begini rupanya rasa patah hati. Sebulan sahaja menyatu rupanya diperlukan, untuk kecewa teruk begini. Tak logik? tapi kenapa dia rasa begini sakit?.
"Yus... sabarlah. Kita memang dah tahu kan benda ni akan jadi. Kenapa kau letak hati pada budak cantik tu?."
Yunus salahkan dia.?
Kenapa letak hati pada Dida?.
Bolehkah menghadap wajah cantik dengan sikap lemah lembut begitu tanpa rasa apa-apa. Melebih-lebih ke dia dalam soal perasaan ini.?
Argh... rasa tidak berdaya.
Esok keputusan STPM keluar tapi dia sedang cedera parah.
"Aku tak boleh lama. Ni pun aku keluar rehat. Nak tengok Wati sekali."
"Masa awal-awal Wati accident aku dah amek cuti panjang."
"Huh!?" Yusoff baru tahu.
"Tiga minggu lepas. Langgar lari. Parah, patah kaki tangan. Doktor cakap aritu 50 50."
"Hospital sini jugak."
"Ni dah stabil. Tak dapat saksi. Kawasan tu gelap."
"Entah apa dia buat kat tempat macam tu."
Share this novel