bacdh 'Mi Kari'

Drama Series 55610

" You..."

Hamdan angkat wajah dari kertas kerja yang berlambak di atas meja ke wajah Faridah.

"Menantu you tu macam dah jatuh sayang aje pada Dida."

Hamdan menyambung kembali kerjanya. Dia nampak juga perkara itu. Tak mustahil pun, rupa paras anaknya memang boleh menundukkan mana-mana lelaki.

Hamdan juga tak kisah sebenarnya. Dari segi rupa paras dan adab, budak Yusoff itu sudah lulus di matanya.

"Tak apalah. Anak you tu dah..."
Hamdan pula memandang wajah Faridah. Dia rasa Faridah faham maksud cakapnya.

"Kalau tak kahwin cara macam ni, dapat pada orang lain Dida tu orang pandang rendah dan akan ambil kesempatan aje. Sekurang-kurangnya dengan budak ni dia terpaksa stay and be a good husband to Dida."

"I don't mind either but... dia buat tahi aje I want you get rid of him."
"Supaya dia sedar dia siapa. Jangan jadi kaduk naik junjung. Maklumlah orang macam ni biasanya suka ambil kesempatan. Dah beri betis nak paha."

"Saya tahulah lagipun... he looks smart enough to let go of a better life like he has right now.”
"Chill okay."

@@@@@@@

Yunus alih dengan tangan kiri bangku yang menghalang pergerakan batang vakum di tangan kanan. Dalam seminggu ini dia ambil giliran kerja pada sebelah malam.

Balik daripada kerja dia akan tidur sekejap kemudian bangun uruskan rumah peninggalan arwah ibu bapanya. Dia mahu berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Maka dia bermula dari dalam rumah dahulu.

Segala sepah dan sampah semua sudah dia buang. Yunus mahu jadikan rumah ini seperti ketika arwah mama masih ada dan masih sihat, sentiasa bersih dan wangi. Cukuplah sikap buruk yang melekat di tubuhnya sepanjang empat tahun terakhir ini.

"Nak pergi mana?"

Wati melintas di hadapannya. Menonong sahaja seolah dia tidak wujud di situ.

"Cari kerja... bak 50."

Kembang tapak tangan Wati terhulur kepadanya. Seperti bercakap dengan kawan-kawan sahaja lagaknya.

"Tak payah! tak payah kerja. Duduk rumah aje jaga Baby Boo. Tunggu Baby Boo besar sikit baru kerja."

"Eh! kenapa pulak!?. Suka Biy aje. Kalau tiba-tiba Biy mati tak ke susah time tu baru nak cari kerja."

Yunus tersentak. Sampai macam tu sekali budi bahasa Wati. Silap dia menurut sahaja perangai Wati sejak berkenalan hingga sekarang.

Dahulu dia fikir dia tidak berduit jadi tak mungkin ada perempuan yang mahukan dia.

Bila Wati mulakan salam kasih, dia terus meletakkan perempuan ini di tangga teratas sehingga mengabaikan fikiran semua orang termasuk arwah mama. Yunus fikir dia sudah bertemu teman sejiwa yang sebenarnya.

Semua kehendak Wati dan perangai Wati dia biar dan dia setuju. Mana dia tahu rupanya perangai itu merebak memburuk umpama kuman pada kudis. Dia sahaja akhirnya menjangkit perangai buruk Wati. Allah... dayusnya dia menjadi suami.

"Biy cakap tak payah kerja bermakna tak payah kerja. Titik!"

Yunus hidupkan kembali vakum dan menyudahkan kerjanya. Dia buat tidak peduli pada Wati yang masih berdiri menunggu dengan tangan masih terhulur.

Dulu ya dia bodoh sekarang tidak lagi.

@@@@@@@

"Kenapa ni?."

"Eh! awalnya Abang balik?".

"Motor problem tadi. Ni kenapa?".

"Oh! Di nak hantar sekolah tahfiz bawah sana."

Lurus jari Khaleeda menunjuk ke satu arah di hujung jalan. Yusoff menoleh mengikut arah tangan itu.

"Ada lagi ke kat dalam?"

"Ada... mangkuk tipuware atas meja dapur tu semua sekali."

Khaleeda tidak melepaskan peluang tika Yusoff bertanya seolah mahu membantu. Kelibat Yusoff terus hilang ke dalam rumah dan keluar semula bersama beberapa mangkuk tipuware diangkat bertindih.

Lebar senyuman Khaleeda, kerjanya jadi mudah dan cepat kerana Yusoff sudi menolong. Khaleeda sambut mangkuk yang bertindih dan disusun cantik ke dalam bonet kereta.

"Kunci mana?".

Khaleeda hulur kunci kereta ke tangan Yusoff. Dia segera bergerak ke sebelah penumpang apabila Yusoff sudah masuk ke bahagian pemandu.

Sampai di hujung jalan Khaleeda arah Yusoff memandu masuk ke perkarangan sebuah banglow dua tingkat yang sememang terbuka pintu pagarnya

"Assalamualaikum Dida... terima kasih ye Di. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Mudah-mudahan melimpah ruah rezeki Di."

Buka sahaja pintu kereta mereka disambut seorang wanita separuh abad yang riuh menyapa.

Khaleeda bersalam dengan wanita separuh baya itu lalu membuka bonet kereta. Yusoff segera mendekat dan langsung membantu mengangkat tapi seketika sahaja kerana kemudiannya beberapa orang budak remaja sudah datang menolong mengangkat periuk dan mangkuk-mangkuk di dalam bonet kereta.

"Ni mangkuk semalam Di. Anak-anak suka sangat dapat makan spaghetti semalam. Terima kasih banyak-banyak Di."

"Sama-sama ustazah."

"Ni siapa?".

"Oh! ni... suami Di ustazah"

"Iye ke?. Sama cantik sama padan."

Entah kenapa Yusoff rasa kembang semacam diperkenalkan budak itu sebagai suaminya. Seterusnya Khaleeda dan ustazah berbual ringkas dan dia hanya berdiri mendekat dan mendengar sahaja.

Mereka kemudiannya berpamitan pulang. Seperti tadi Yusoff masih di kerusi pemandu. Sesekali Yusoff mengerling Khaleeda di sebelah yang cantik bertudung dan menyarung abaya.

"Abang dah lapar ke? Dinner Di buat mi kari aje. Boleh ye?".

Mesti sedap. Air tangan Khaleeda sejak lebih dua minggu ini semuanya serasi dengan tekaknya. Tiba-tiba dia terfikir, sekarang ni dia beruntung atau dia cari penyakit.

Hatinya sudah rasa tamak mahu memunya budak ini sepenuhnya. Malangnya dia tahu dia kena bersedia dihalau keluar dari rumah besar itu.

"Tadi tunggu motor siap saya makan tengah hari lambat... tunggu malamlah baru makan lagi."

Jeda seketika.

"Di dah lapar ke?".

"Entah... macam lapar macam tak."
"Kalau Di nak makan roti canai boleh tak?".

Mengidam agaknya fikir Yusoff. Macam mana dia boleh terlupa budak itu sedang hamil anak orang lain.

Bahunya terus jatuh. Entah-entah dia teruja begini sedangkan budak itu mungkin menunggu kekasih hati pulang.

"Boleh, nak makan kat mana?".

"Jauh sikit boleh tak Abang. Nak coconut shake kat situ."

Khaleeda mendekat mengunjuk telefon bimbitnya menunjuk sebuah restoran dengan makanan viral. Ooo... di situ, dia tahu tempat tu.

@@@@@@@

Mereka berdiri di pinggir jalan. Mahu melintas jalan yang sesak untuk ke restoran di seberang sana. Khaleeda rasa jemarinya di genggam apabila kereta sudah berkurang dan Yusoff mahu berlari anak ke sana.

Khaleeda tersenyum sendiri. Rasa bahagia tiba-tiba dengan sentuhan ini. Sampai di seberang sini jari mereka masih berkait walau sudah di dalam restoran. Semakin lebar senyuman Khaleeda.

Yusoff sedar atau di luar sedar?. Apabila Yusoff tarikkan bangku untuk Khaleeda duduk hatinya sudah menyanyi lagu riang. Pertanda apa ini? samakah gendang hatinya dengan Yusoff untuk hampir tiga minggu ini?.

"Di!".

Namanya diseru suami yang duduk berhadapan. Hilang khayalan Khaleeda. Wajah kacak itu macam menunggu jawapan sesuatu dari dia.

"Ya..."

"Di nak makan apa?"

"Ooo... kosong garing dua dengan air suam."

"Saya teh tarik."

Ane mamak yang berdiri di belakang bangku khaleeda berlalu.

"Kata tadi nak coconut shake?"

"Bungkus."

Yusoff angguk-angguk kepala. Tangan memegang telefon yang di pusing-pusing. Kacaknya suami saya, kata hati Khaleeda. Dia tersenyum sendiri lagi. Bahagia sungguh.

"Lepas ni pakai macam ni aje tau bila keluar."

"Huh..."

Yusoff yang tiba-tiba bersuara laju buat Khaleeda tersentak. Dia salah dengar ke?.

"Lepas ni... kalau keluar rumah pakai macam ni."

Yusoff ulang satu-satu dan lambat-lambat. Khaleeda sua senyum manis dan angguk dua tiga kali. Yusoff alih pandangan ke tepi.

@@@@@@@

Seusai mengulang ayatnya yang laju tadi satu-satu dan lambat-lambat, budak itu angguk-angguk dan sua senyuman manis.

Fuh! dia punya manis sampai Yusoff terpaksa alih pandangan ke arah lain bimbang dia cair di situ.

...Angin berbunyi, nada seperti lagu cinta
Kutulis tentangmu
Kita bikin romantis, bikin paling romantis
Sambil bermain mata, turun ke hati, hatinya jatuh
Kita bikin romantis yang paling romantis
Sambil gandengan tangan, hati pelukan di angan syahdu
Awan ikut menari-nari romantis
Sambil merayu lupakan ada waktu, oh...

Aduhai... aduh! duh! sampai berdendang!?

Apa-apaan ini? Yusoff fikir budak itu akan terdiam dan mungkin berfikir saja dahulu saranannya tapi sebaliknya terus sahaja angguk dan beri senyuman semanis ini.

Sejak semalam doanya sudah lain. Berharap Allah bagi terus budak ini kepadanya. Yusoff rasa dia mampu menjaga budak ini. Penurut, manis, ringan tulang, lemah lembut.

Siti Khaleeda...
Nampaknya dia sudah angau. Jatuh cintakah dia?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience