57 My Not So Sweet Pepero!

Family Series 110448

Deila terkedu! Benar-benar terkedu melihat kemunculan Rhett diiringi oleh Dato’ Razif, melangkah segak di karpet merah menuju ke arah Deila yang pada ketika itu ditemani oleh Tok Teh.

Rhett Raffendy!

Sukar mahu tepis persona lelaki ukiran surga itu. Muncul segak bergaya memakai tuxedo serba putih, rambut tersikat kemas ke belakang, wajah pula terlihat sangat flawless mengalahkan wajah Deila hasil tangan mak andam.

PERFECT!

Deila benar-benar terpukau! Sampai tak mahu kelipkan mata saat pandangan dia dan Rhett bertaut.

Rhett juga terlihat sangat tergamam memandang Deila yang begitu anggun memakai gaun serba putih, dengan mahkota berkilau bersama sehelai veil di kepala.

Pasangan yang sama cantik, sama hebat pesona yang terpancar. Buat semua hadirin memandang kagum. Saat Rhett berdiri di hadapan Deila sambil hulur tangan, semua hadirin tahan nafas. Berdebar lihat penyatuan dua makhluk tuhan paling sempurna itu.

Deila menyambut huluran tangan Rhett. Dengan jemari keduanya bertaut erat, mereka melangkah menuju ke pelamin yang terhias indah.

Perkahwinan kedua kalinya untuk mereka berdua. Perasaan jauh berbeza jika dibandingkan dengan perkahwinan pertama. Rhett tak mampu kawal diri, hampir setiap saat menjeling Deila selepas mereka duduk bersebelahan di kerusi pelamin.

Deila hanya tunduk memanjang. Bukan dia tak sedar kerlingan bertubi-tubi dari Rhett, dia buat tak nampak lantaran debaran hebat melanda jiwa.

“Del… are you okay?”

Ah, sudah! Mamat di sebelah ni buat suara terpaling romantislah pulak! Deila angguk bila terusan dijurus anak mata Rhett.

Sabar, Del! Jangan buat hal depan Tok Teh dan tetamu. Deila ingatkan diri kerana ikut rasa hati, mahu saja dia cucuk sepasang mata yang asyik buat dia bertingkah serba tak kena itu.

Dan-dan Rhett semakin galak mahu menyakat bila lihat Deila serba tak kena tingkahnya.

“Del, no worries. Saya kan ada.” Laju jemari Rhett memaut jemari Deila di atas riba. Deila tersentak. Rhett dijeling tajam.

Deila merentap jemarinya. Rhett tidak mahu kalah. Dia rentap balik lalu dia letak di atas ribanya. Semakin bulat mata Deila memandang Rhett.

“Saya okay. Kau boleh lepaskan tangan saya.” Sambil kata, Deila paksa senyum. Sedar ramai yang memandang. Rhett balas dengan senyuman terpaling manis di muka bumi.

“Kau tak okay, kau nampak sangat gemuruh. Saya pun sama. That’s why kita kena saling support each other. Dah kahwin kan? Wajib macam ni.”

Deila ketap rahang. Sampai bergeser gigi geraham menahan geram.

“Lepaskan tangan saya sekarang, Rhett.” Deila tekan suara, paksa senyum sampai nampak gusi di depan Rhett.

“Saya rasa gemuruh. Saya perlukan sokongan isteri saya. Salah ke?”

Marak berkilat mata Deila saat Rhett bawa jemari dia ke bibir lalu Rhett kucup mesra. Rhett buat tak nampak amarah yang terpancar dari sepasang mata Deila malah dengan berani ukir sengih beruk depan Deila.

Oh, nak sangat bikin romantis kan? Batin Deila mendengus, geram sangat! Baik, biar dia tunjuk apa itu romantis. Wajah bengang Deila spontan berubah. Memandang Rhett dengan manja menggeletis. Rhett terpegun. Beberapa saat mata tak berkelip merenung Deila.

Deila menghadiahkan senyum terpaling manis, sebelum menarik jemari Rhett ke bibir. Perlahan, bibir bersalut gincu dari warna peach lembut Deila melekap di atas tapak tangan Rhett. Kelam kabut Rhett teguk air ludah, risau kalau sampai meleleh dari celah bibir.

“D-Del…” Gagap terus seketul Rhett akibat perbuatan Deila. Bertambah gugup bila Deila lempar renungan makhluk tuhan paling seksi. Rabak teruk tembok pertahanan Rhett.

“Auch! Del!”

Argh, Deila yang licik!

Rhett menyumpah dalam hati sebelum dia kelam kabut menarik tangannya dari pegangan Deila. Atas tapak tangan merah kebiru-biruan dicop oleh barisan gigi Deila. Berkedut wajah tampan Rhett menahan sakit.

Dalam kesakitan, Rhett paksa diri untuk balas senyuman penuh aura penjahat Deila. Cuba untuk tidak endahkan rasa sakit berdenyut-denyut akibat gigitan ganas Deila.

“Sayang, sabar sikit boleh tak? Tunggulah sampai kita masuk bilik dulu.” Sakit-sakit pun, masih tak jera mahu usik Deila. Merah padam wajah Deila dengar usikan Rhett.

“Ya, sayang. Tengah sabarlah ni…” Sambil letuskan tawa sumbang dalam keterpaksaan, Deila jawab.

“My wife… you’re so sweet… urgh!” Rhett meringis apabila Deila picit lengan dia dengan kuat. Tak cukup dengan itu, sebuah cubitan maha pedas hinggap di lengan. Hampir bercantum hujung kening Rhett menahan rasa pedih.

“I mean not so sweet, wife! You are so savage, Del. Sakit, sayang!”

Deila hadiahkan jelingan tajam sebelum kembali ukir senyum paksa. Kemain manis senyum yang dilempar ke arah tetamu, tapi buat dia… Hanya sinis tak berperasaan. Rhett mengeluh dalam hati.

Deila lebih dulu menapak naik ke dalam bilik pengantin kerana keletihan. Sementara Rhett masih berada di tingkat bawah, melayan sanak saudara yang turut memeriahkan rumah agam selepas selesai majlis di dalam dewan hotel. Deila bukan pergi macam tu je, dia sudah meminta diri dengan sopan. Lagipun, tok juga yang usulkan supaya dia naik dulu untuk berehat. Tok juga sedar Deila nampak sangat penat.

Deila melabuhkan punggung di bucu katil. Seluruh badan terasa sengal selepas seharian duduk di pelamin. Dia bercadang mahu bersihkan diri dan rehat sekejap sebelum dia kembali ke tingkat bawah dan melayan tetamu yang masih bersisa.

Belum sempat Deila angkat punggung mahu ke kamar mandi, pintu bilik ditolak secara terkocoh-kocoh. Rhett buru-buru masuk sambil tayang sengih sengetnya. Mencanak bulu tengkuk Deila bila lihat sengih bermakna Rhett.

Tanpa kebenaran mahupun dipinta, Rhett terus labuh punggung di sebelah Deila. Laju Deila mengesot, tidak mahu Rhett duduk terlalu rapat dengan dia. Rhett kerling geram lalu tarik punggung merapat ke arah Deila. Mereka saling berbalas jelingan.

“Penat?” Sambil sengih tayang gusi, Rhett tanya. Kesepian yang mencengkam buat Rhett bertambah kekok dan rasa gemuruh. Lebih baik dia usik Deila.

“Dah tahu nak tanya lagi? Saya bukan robot, tak reti rasa penat.” Deila jawab kasar. Wajah dipaling jauh-jauh. Tak nak pandang wajah maintain kacak itu biarpun mata Rhett sudah kelihatan sedikit layu kerana keletihan.

“Terima kasih…” Tersentak sampai terenjut bahu Deila apabila Rhett memaut bahunya lalu dia urut perlahan-lahan. “Kerana sudi jadi isteri saya semula, Del.”

“Tak payah buat macam ni.” Deila cuba tepis tangan Rhett menjauhi bahunya tetapi Rhett tidak mahu lepaskan malah terusan mengurut dan buat tak faham penolakan Deila.

Deila tarik nafas panjang. Tak dinafikan, dia rasa selesa dengan urutan Rhett. Tengkuk yang terasa sengal perlahan menyurut. Tanpa sedar, Deila hela nafas penuh kelegaan. Rhett tersenyum memandang. Tak sangka dengan cuma perbuatan kecil, dia berjaya buat Deila tenang.

“Lega?”

Deg! Dada dilanda debaran maha ganas. Argh! Kenapa perlu keluarkan suara romantis menggoncang jiwa wanitanya, duhai Rhett Raffendy?! Deila tidak beri sebarang respon.

“Nak mandi bersama tak?” Rhett tak putus asa, terus cuba menggoda Deila yang malar dingin beku macam bongkah ais itu.

“Mandi bersama, tidur bersama… pokoknya semua kita buat bersama. Itu resepi untuk buat hubungan suami isteri bertambah erat.” Rhett merapatkan wajah ke telinga Deila lalu bisik dengan suara serak basah. Laju Deila tolak wajah Rhett menjauh lalu bingkas berdiri setegak tiang lampu di tepi jalan.

“Jangan nak mengada! Dulu, masa saya masih tergila-gilakan kau, ada kau niat nak buat semua bersama ke? Takde, Rhett! So, jangan nak me… urgh! Rhett!”

Terkejut gila Deila apabila Rhett meluru lalu mencekup mulut dia dengan tapak tangan.

“Del, please… kita lupakan kisah lalu. I’ve learned my lesson and I promise, I’ll do better this time. Can you at least have a little faith in me?”

“Rhett, lepaskan saya!” Deila merenggut pergelangan tangan Rhett. Tanpa disangka, Rhett pusingkan tubuh Deila lalu dia peluk erat dari arah belakang. Deila terkejung. Tegang urat saraf akibat terperanjat.

“Rhett!”

“Saya tak paksa selagi kau tak sedia, Del. Cuma… saya rindukan kau. Saya rindu layanan mesra kau macam dulu. Dapat peluk kau macam ni pun, saya dah rasa puas hati sangat. Please don’t push me away, Del. I really really miss you.”

Rhett mengeratkan pelukan. Tak dia pedulikan rontaan Deila. Wajah dibenam di tulang bahu Deila, menghirup haruman yang terbit dari tubuh Deila, menikmati kehangatan tubuh Deila… bertapa dia rindukan semua itu!

“Urgh!!!”

Deila yang kejam! Langsung tak bagi isyarat nak lancarkan serangan. Terbelalak biji mata Rhett apabila celah kelangkangnya ditusuk oleh tempurung lutut Deila. Hampir juling mata menahan rasa sakit berdenyut-denyut di bahagian sensitifnya. Deila taklah guna sepenuh tenaga pun. Tapi dah namanya kawasan sensitif, dijentik pun sakitnya tetap menusuk.

Rhett terundur beberapa langkah, dengan menarik Deila bersama sebelum betis melanggar bucu katil. Rhett rebah membawa tubuh Deila bersamanya di atas katil pengantin.

Deila kembali meronta dengan ganas. Rhett tetap tak mahu lepaskan pelukan. Dengan mudah, Rhett pusingkan kedudukan mereka. Deila yang kini sudah berada di bawah tubuhnya dengan pantas dikunci pergerakan. Mati terus rontaan Deila.

“Rhett!” Deila jerit nyaring. Pantas Rhett cekup mulut Deila.

“Psyt! Tok mungkin sedang curi dengar di luar bilik.”

Deila tergamam. Buntang mata memandang Rhett. Muncung Rhett terarah ke pintu.

“Tengok bawah pintu tu. Tak nampak ke ada bayang-bayang bergerak?”

Laju bebola mata Deila bergolek ke arah yang Rhett maksudkan. Pipi spontan tercemar dengan tompok merah. Apa ni? Tok Teh ni kan…argh!!! Rhett tersenyum-senyum bila lihat Deila mulai gelabah.

“Aren’t we supposed to kiss right here, right now?” Goda Rhett. Dah alang-alang mereka berdua terbaring di atas katil pengantin kan? Rugilah tak buat aktiviti ringan suami isteri. Marak mata Deila menatap Rhett.

“Jangan nak menggatal.” Marah Deila dengan suara tertahan.

“Sayangnya… dah terlanjur dalam keadaan macam ni… kau tak rasa romantis sangat ke keadaan kita sekarang?”

Amboi, pancingan Rhett ni kan! Sayangnya yang dipancing itu punya hati sekeras Tembok China. Sukar diranapkan, apatah lagi semenjak dilukai teruk oleh Rhett. Semakin keras, semakin ganas jadinya!

“Sweet sangat kan?” Deila tanya dengan suara manja. Senyum licik diukir. Mati terus senyuman macho Rhett. Ah, minah ganas ni kan! Dia kena lebih berhati-hati. Deila suka serang hendap! Laju sebelah tangan Rhett turunkan, mahu melindungi harta paling berharganya.

“Macam nila, Rhett. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai isteri. Tell me, kau nak layanan macam mana pada malam pengantin kita ni?”

Rhett besarkan bukaan mata. Teruja dengar bicara Deila, dalam masa yang sama, ada bau-bau bahaya. Dia takkan terpedaya kali ini!

“Rhett, kenapa diam ni? Nak cancelkan aktiviti malam pengantin kita? Or nak teruskan?” Sambil kata, satu persatu butang kemeja yang membungkus tubuh sasa Rhett ditanggalkan. Rhett telan air ludah. No, takkan tewas!

“Serius, Del?” Rhett mulai dilanda debaran lain macam saat Deila belai dadanya yang sudah terdedah.

Damn!

Rhett menyumpah dalam hati apabila Deila mendaratkan bibir di dada tanpa seurat benang pun milik dia itu. Nafas mulai berubah. Kasar dan berterabur.

“Del… don’t test me okay?” Rhett mati-mati kawal diri. Tak mahu nampak gelojoh. Dia tahu Deila tak mungkin serah diri macam tu je. Pasti ada muslihat.

“Test you? No, Rhett, no! Kau nak ke tak? Buat keputusan sekarang.”

Peluh dingin merecik bila lihat Deila menarik turun zip gaun pengantin yang terletak di tepi ketiak.

“D-Del… jangan macam ni. Kau saja nak uji saya kan? Please… saya tak kuat, Del…”

Rhett, Rhett! Tadi kemain gatal. Bila Deila tunjuk taring, tau pulak menggelabah.

“Okay, then! Cancel!” Tubuh Rhett yang menindih tubuhnya Deila tolak kasar. Rhett terduduk. Mulut melopong. Wajah tampak sangat tak puas hati.

“No, Del! On, on Del! I’m ready… Let’s do it!” Rhett menerpa dengan pantas bila lihat Deila bangun dan mahu turun dari katil.

Terkejut punya pasal, Deila ayun kaki, tepat menusuk ke perut Rhett.

“DEILA!!!”

Rhett tergolek jatuh ke bawah katil. Gedebuk bunyinya, macam nangka busuk. Frust punya pasal, Rhett bergolek-golek di atas lantai, siap tendang angin, melepaskan geram yang mencanak-canak sambil mendengus dengan suara tertahan.

“Rhett! Del! Korang okay tak ni?!!!”

Spontan keduanya kejung bila dengar suara Tok Teh memanggil di sebalik pintu bilik, siap ketuk daun pintu bertubi-tubi. Kelam kabut Deila melompat turun dari katil lalu terkocoh-kocoh lari mendapatkan Rhett. Gara-gara lari tak pandang kiri kanan, hujung gaun pengantin tersangkut di bucu katil.

KRAAAK!

Seraya dengar bunyi terkoyak, Deila hilang kawalan tubuh. Meluru sebatang tubuhnya ke depan.

“Del!”

Rhett hanya mampu pasrah saat tubuh Deila rebah, menghempap tubuhnya. Hampir serentak mereka berdua melepaskan jeritan.

“Kenapa?!!!” Daun pintu hampir terhempas ke dinding akibat ditolak kasar dari luar.

Buru-buru Tok Teh masuk dengan wajah panik. Deila hampir mahu benam wajah di dada Rhett bila lihat tok tergamam memandang mereka berdua.

Dengan keadaan Rhett hampir tak berbaju juga baju Deila yang koyak rabak, baring berpelukan di atas lantai… terciduk oleh tok! Ada ke yang lebih memalukan dari itu?

Senyuman sampai telinga tok benar-benar buat Deila mahu hempas muka di lantai. Malu!

“Tok! Mana boleh main terjah je ke bilik orang?!” Rungut Rhett, langsung tiada riak malu pada wajah. Hanya Deila yang mati-mati mahu sembunyikan wajah merah bak udang panggangnya.

“Dah pintu tak kunci, jangan salahkan tok! Yang korang terjerit-jerit macam mahu berbunuhan tu dah kenapa? Buat tok risau je.”

Deila renung Rhett dengan tatapan seorang pembunuh upahan. Rhett sengih sumbing. Bukan sengaja. Gara-gara tak sabar tadi, dia sampai terlupa mahu kunci pintu.

“Tok keluar dululah. Jangan lupa kunci pintu “

Argh, tok ni kan!

Selepas tok menghilang di sebalik pintu, Deila buru-buru bangun lalu kunci pintu.

“Del, kita belum selesai lagi!”

“Shut up, Rhett! Kau bunyi lagi sumpah saya jahit mulut kau!”

Ganasnya mak ai!!! Tak sweet langsung Miss Pepero milik dia ni. Rhett hanya mampu mengeluh. Masih baring atas lantai dalam keadaan melentang, Rhett raup wajah.

Melepas!

Share this novel

Hashim
2024-09-01 19:52:41 

Alaa lama dah xupdate xda ending kel

Zai Zai
2024-08-24 01:11:20 

lagi

MandakZ
2024-08-21 20:08:54 

otw hihi, sorry atas kelewatan


NovelPlus Premium

The best ads free experience