Bab 62

Drama Series 37973

SEORANG wanita sedang menaiki Sportbike Honda CBR 250RR itu berderum laju di sebatang jalan yang agak sunyi dan berbukit. Sejak kejadian dia diculik oleh Mikhael itu, banyak yang berubah pada dirinya. Jasmine menjadi semakin senyap dan semakin membawa diri sendrian.

Dan jarang juga dia berhubung kembali bersama Levent Neslisah.

Dia kecewa, yang dia mahukan Cikgu Edzril Shahnya semula, bukan syaitan bertopeng manusia seperti Levent. Disebabkan lelaki itu lah hidupnya dalam bahaya, mahkotanya diragut oleh lelaki lain.

Keselamatannya yang sudah berada di titik bahaya membuatkan jasmine tersepit. Jujur dia mahu meninggalkan TLB, tetapi atas dasar untuk diri sendirilah dia perlu kembali pada kelab durjana itu. Sekurang nya dia akan dilindungi.

They will save me no matter what. Yes of course they will! They put me in danger!

Motosikal itu laju melepasi beberapa rumah agam yang lain sampailah masuk ke satu jalan yang lurus dan dikelilingi oleh hutan yang sunyi. Di hujungnya terdapat sebuah rumah yang gah berdiri dihiasi oleh pagar hitam yang tinggi dan garang.

Apabila sampai sahaja di depan pagar itu, Jasmine membuka visornya dan memandang ke arah kamera tersembunyi. Kemudian pagar tadi terbuka dengan sendirinya di bahagian laluan motosikal. Terus sportbike itu menderum masuk.

Kamera itu mempunyai teknologi face and iris scanning. Jadi bukan semua orang akan dapat memasuki rumah gergasi itu. Hanya ahli tertentu sahaja. Walaupun ahli bawahan juga sudah untuk menyelam ke dalam, hanya boleh berkumpul apabila pagar dibuka pada hari tertentu sahaja.

Wanita itu masuk ke dalam kotak parking di bawah bumbong bersama dengan deretan superbike yang lainnya. Dia menanggalkan helmet dan glove lalu dia tinggalkan sahaja dia tas sportbikenya.

Wanita itu berjalan sambil melihat rumah agam yang gah tiga tingkat berwarna putih itu. Rumah ini jauh dari tempat awam dan tersorok, orang sekeliling menyangka ini rumah asset peribadi orang-orang kaya.

Apabila sampai sahaja di pintu yang tinggi itu. Jasmine mula menekan kod nombor dan menekap cap jari di scanner. Kod dan identiti Jasmine muncul di dalam skrin dan pintu terbuka.Lalu Jasmine melangkah masuk dan membiarkan pintu itu tertutup dengan sendirinya.

Langkah kakinya berat, teringat pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini. Tidak menyangka yang dia terpaksa menghadap kegilaan ini sampai bila-bila.
Wanita itu membetulkan handbagnya sambil berjalan menaiki tangga hingga ke tingkat satu, tingkat bawah menempatkan slot awam untuk ahli TLB yang lain, tingkat pertama semi privasi di mana bilik ahli Quinn ditempatkan dan tingkat kedua ialah di mana bilik kerja sulit Quinn dilakukan.

Terkejut Jasmine melihat Robert yang bersandar di rail tangga sambil menekan sesuatu di skrin telefon yang entah apa. Kemudian wajah lelaki itu di angkat dan tersenyum kepadanya.

“How you doing bunny?” Robert hanya menatap Jasmine yang berbaju kurung bunga-bunga merah jambu dengan potongan baju kurung lama yang tidak terlalu fit dan tidak terlalu longgar itu. Rambut wanita itu dilepaskan sahaja di bahu dan wajahnya fresh dengan solekan. For real her face just same like Miss Indira. I missed her.

“Good.” angguk Jasmine lemau.

“Yang lain dah sampai ke?” tanya Jasmine sebelum meneruskan pendakian tangga.

“Belum lagi. Ada lagi dua orang tak sampai.” maklum Robert.

“Kau berbaju kurung ni dari mana?” Soal Robert menjongket keningnya.

“Baru balik kerja.” Tipu Jasmine.

“You should quit Jasmine. Aku tak tahu siapa pula yang kidnap kau nanti.” Robert menggeleng kecil.
Jasmine buat tidak endah. “Aku bukan kaya macam kau nak berhenti kerja Rob.”

Robert ketawa kecil, menuruni tangga menghampiri Jasmine, dia menarik rambut Jasmine lembut dan mencium bau rambut wanita itu. Bauan watermelon itu amat memikat Robert.

“Smells so nice.” Ucap Robert.

“Don’t touch me.” Jasmine mengundur langkahnya daripada lelaki tinggi lampai itu. Tidak boleh dibayangkan, tinggi Jasmine hanya paras bawah dada Robert sahaja, lelaki ini lebih tinggi daripada Levent dan Isaac.

Lama Robert terdiam dan merenung Jasmine. Aku tak boleh la pandang budak ni lama-lama. Teringat kutukan mantan haih.

“You really steal the view Roses, I can’t get over you.” geleng Robert.

Jasmine terdiam dan berkerut. Rose? Aish mesti dia teringat ex dia ni..

“I’m not Miss Indira.” jeling Jasmine.

Robert tertawa sedikit, dia tersenyum apabila Jasmine memahami maksudnya tetapi bukan itu yang dia mahukan. Sampai bila nak taburkan duit dan puaskan nafsu yang sementara?

“Sidechick bersepah der, kutip jela buat bini.” Cebik Jasmine.

“Sidechick tak sesuai buat bini dik.”

“Sebab apa? Sebab bekas orang? Apa beza kau dengan diaorang?”

“What would u say if I want you?”

Jasmine membuat muka kegelian. “Bro stay away from me, aku ni tunang kawan kau.”

“Tunang je. Belum jadi bini lagi.” Selar Robert nakal.

Jasmine tercengang. Apa Robert sudah gila? Entah kenapa aku rasa dia dekat dengan aku sebab muka aku macam Rose je. God..

“Cari yang sebaya please. Tak pun pergi kat Rose kau semula.”

Robert senyum kecil. Tidak mungkin Rose akan kembali ke pangkuannya.

“Tak salah pun aku choosy nak yang muda sebab aku ada duit. Meanwhile perempuan muda sekarang sangap nak duit tak kerja malas. So I’m the savior.” Robert berkata dengan berlagak.

Jasmine menggeleng kepala. Memang diakui Robert masih tampan walaupun umur sudah menjangkau empat puluh lebih. Dan dia setuju dengan statement Robert, wanita muda zaman sekarang hanya menggunakan tubuh untuk memancing wang.

“Then mesti ramai je budak sengkek nak kat kau kan? Why not just choose them? Kalau memilih juga sampai mati lah tak kahwin. Awak tu dah nak expired.”

Kening Robert naik apabila dia mendengar ayat ‘dah nak expired’ dari Jasmine. “I can drive you much worse than Starboy dick until you cant walk. You better watch out bunny.”

Jasmine terdiam. Wajahnya berbahang merah dan malu.

“Kau baru try Jawa dengan Turki je. Kau tak cuba Euro lagi.” sinis Robert.

Sebenarnya Robert agak tertarik kepada Jasmine sejak kali pertama lagi, mungkin kerana dia nampak bayang Rose dalam diri wanita itu. Tetapi mujur sahaja wanita itu milik Levent Neslisah, jika tidak pasti sahaja akan dia dapatkan menjadi pengganti.

Dan sebenarnya Robert juga dapat tangkap yang adakalanya mata nakal Jasmine juga memandang ke arahnya, dia bukan perasan tetapi sudah ada pengalaman, masakan wanita muda seperti Jasmine juga ada yang bernafsu dengan orang yang berumur sepertinya.

“Jasmine, naik.” suara Levent Neslisah tegas memecah kesunyian di tangga.

Jasmine terdiam memandang Levent yang sudah mencuka itu mengangguk. Dia terus berlalu dari situ.

Levent memandang Robert dengan tajam, mata kecilnya garang memandang Robert. Dia menuruni tangga dan berdiri dekat dengan Robert. “Kau cari betina lain tak boleh ke? Takkan tak faham dia aku punya?”

“Kau bukan pandai jaga pun. Takkan sampai kena rape dengan Mika?” sinis Robert.

Levent Neslisah geram, dia mengepalkan penumbuknya. Wajah putih itu mula bertukar menjadi merah dan hangat. Seolah-olah Robert memperlekehkan dia. Levent akui yang dia salah pencaturan lalu menyebabkan Jasmine diperlakukan sehina itu, tetapi adalah tidak mungkin untuk dia membiarkan jasmine berada dalam bahaya buat kali yang kedua. Dah kenapa orang tua ni?

“Nak perempuan muda je. Dah tua pun gatal. Sedar diri tu Robert, kubur tu memanggil.” Levent bersuara kasar.

“Kita berdua ni sama je Vent. Kau versi muda aku. Aku tak pernah halang apa yang kau nak buat. Kadang sampai menyusahkan aku dan semua orang. Kau tu bukannya baik sangat pun, main perempuan jugak, sampai kantoi dengan jasmine.
Aku tak tahu macam mana dia boleh bagi peluang lagi kat lelaki macam kau. Entah-entah dah tau nanti pun gatal macam aku.”

Robert ketawa menggeleng. Entahlah kadang kala dia seperti tidak sekepala dengan Levent. Walaupun mereka berjaya membuat teamwork yang baik tetapi adakalanya mereka berbeza pendapat dan saling bergaduh.Levent dengan jiwa mudanya manakala Robert dengan pengalaman hidupnya.

Dada Levent Neslisah mula berombak. Dia benar-benar tercabar dengan kata-kata lelaki tua itu. Di ikutkan mahu sahaja dia menghabiskan Robert sekarang juga, ettapi dia tidak mahu perasaannya menghancurkan diri sendiri. Levent kenal cara Robert, lelaki tua itu akan melibatkan orang lain atau Jasmine.

Sebenarnya ahli yang paling bimbang Levent berdepan ialah Robert. Lelaki tua itu berkuasa, malahan lebih daripada dirinya tanpa orang lain sedari. Boleh dikatakan dalam diam Levent insecure dengan kehadiran lelaki tua itu sejak awal lagi.

Levent nampak kebolehan yang menakutkan ada pada Robert , orang lain tidak nampak.
Dan Levent tahu yang suatu hari nanti Robert akan menunjukkan taring. Tidak sangka harinya sudah bermula.

“Aku tak nak gaduh dengan kau sebab perempuan Rob.” Nafas Levent mula tidak teratur. Dia terasa agak terganggu dengan ayat Robert. Sepertinya sudah diagak yang lelaki tua ini mempunyai agenda tersendiri.

“Sejak bila Starboy serius dengan seorang chinggey ni?” Soal Robert memerli.

“Manusia berubah Rob. Buaya macam aku pun ada hati. Bukan macam kau.” Levent membuat muka.
Mata biru itu memandang mata kelabu Levent dengan cukup tajam. Kemudian Robert tersenyum mempamerkan taringnya. “Kau takut ke hmn?”

Levent tersentak memandang senyuman itu, satu senyuman yang sering kali Robert hadiahkan pada musuh sebelum menghabiskan nyawa mereka. Ah that smiled, we doomed. “Pfft. In your dream.”

“She love you kid. Dia bagi peluang kedua pada kau, dan aku harap kau tak sia-siakan dia lagi. Dan kau tak perlu takut dengan aku. Kalau dia setia, datang lah elok macam mana pun, hati dia tetap pada penyangak macam kau. We cannot please people to love and stay. Remember that.” nasihat Robert dihiasi dengan perlian.


BARISAN sepuluh ahli Quinn sudah pun duduk di kerusi masing-masing kecuali Bonnie yang berdiri di depan skrin layar putih di depan. Bonnie menggunakan remote kecil untuk mengawal slaid skrin. Kali ini mereka mendapat kes yang agak lumayan untuk diselesaikan. Penjahat nya tidaklah susah mana untuk ditumpaskan tetapi mangsanya adakala bodoh seperti lembu.

Kenapa hanya sepuluh? Kerana Dragon tidak turut serta. Lelaki itu juga memang ahli kuat Quinn, tetapi Dragon ada empayar lain yang perlu di jaga sama. Begitu juga dengan Isaac, workaholic general manager.

“Jasmine, we are very happy you came back alive.” Senyum Bonnie pada Jasmine.

Jasmine hanya mengangguk kosong.

“Okay hello Quinn’s. Kali ini kita dapat satu kes yang… Rasanya ada kes yang lagi mencabar kita pernah handle tapi bayaran kali ini agak lumayan. Kes ni dilaporkan under Datin Sri Jamilah Puteh setelah dia ditipu oleh seorang kasanova. Clients Isaac as usuall.

Datin Sri Jamilah hilang satu anak syarikatnya, dua rumah banglo dan satu sportcar. Jadi mission kali ini untuk track kasanova tu.” Bonnie mula menceritakan misi pada kali ini. Aku tak tahu lah macam mana Isaac boleh dapat semua client ni, dia memang kawan dengan orang bermasalah ke?

“Haih, inilah perempuan, senang sangat cair dengan mulut lelaki, lesap semuanya.” Geleng Aizat sempat membahan.

“Maybe sebab datin sri tu janda, so dah gersang memerlukan belaian lelaki. So yeah faham jela.” Bonnie membuat muka.

“So kasanova mana tu? Bukan Mexico kan?” Soal Zetsu bertanya kepada Bonnie.

“Kau ni..” cebik Bonnie. Menyempat buat lawak.

Bonnie menekan remote di tangannya dan skrin putih itu terpampang lah wajah seorang lelaki dalam usia lewat 30-an. Orangnya kacak dan berwajah baik sahaja air mukanya, berkulit kuning langsat dengan kening tebal. Senyumannya juga manis.

“This dude.” Aizat memandang gambar lelaki itu.

“You know him?” Soal Bonnie memandang Aizat.

BERSAMBUNG….

Notes: Selamat hari Isnin semorang. Hajahajhaj.
Terima kasih baca LV. So korang syak apa psal Robert? Jahat kan? Rose dia kacau, Jasmine dia nak try, Sekar pun dia dump.

Jumpa di chapter seterusnya. ;)

Share this novel

Nordiana Kasmir
2024-08-06 20:56:35 

120 Sis

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience