MAJLIS perkahwinan Nur berlangsung secara sederhana dan hanya beberapa orang yang rapat dengan Mak Uda sahaja datang menghadiri majlis pernikahan aku. Raya tahun ini benar-benar membunuh semangat raya Nur. Mana tidaknya dia terpaksa menjadi suami isteri kepada lelaki asing.
Awalnya Nur menganggap tahun ini merupakan tahun yang penuh rasa bahagia bersama lelaki lembut kesayangannya Junaidi namun siapa sangka semuanya hanya mimpi yang tidak kesampaian. Makin mengerikan Nur terpaksa bernikah dengan lelaki misteri di bulan puasa.
"Nur, pengantin lelaki dah sampai. Tok kadi dah suruh Nur keluar."
Nur bangun menarik tangan mak Junaidi ke dalam bilik. Tubuhnya disandar ke pintu.
"Mak Ton, Nur tak nak nikah boleh tak?"
"Tak nak nikah? Biar betul Nur?"
"Mak Ton, Nur tak nak kahwin dengan orang yang Nur tak kenal! Nur nak kahwin dengan Jun anak Mak Ton bukan dengan lelaki misteri ni."
"Jangan nak merepek Nur. Malu Uda awak nanti. Cepat keluar. Pengantin tunggu tu. Bising tok kadi nanti."
Tangan Mak Ton diramas-ramas dengan harapan wanita seusia Mak Uda ini dapat membantunya. Apa yang ada di fikirannya sekarang mahu mencari akal melarikan diri. Hanya itu yang bermain di benak fikirannya sejak berbuka semalam.
"Pengantin lari bulan puasa. Isyh, malu nanti muka aku," rungut batin Nur.
"Dah kenapa termenung. Cepat keluar!"
Sengaja Nur melangkah perlahan-lahan agar majlis lambat bermula. Mulutnya terkumat kamit menghilangkan rasa gemuruh dan gelisah. Peristiwa hari ini lebih teruk dari bulan-bulan yang lalu.
"Nur, jangan sampai Mak Ton bagitahu Uda apa awak buat sebelum ni. Uda tahu nanti mesti Uda marah."
Membulat mata Nur mendengar ugutan Mak Ton. "Apa ni tiba-tiba up kisah dulu. Mak Ton jangan pernah sekali pun buka aib saya ke Mak Uda."
"Cepat ke depan kalau dah tahu bersalah. Orang semua tunggu awak."
Nur berdecit. Berani sungguh Mak Ton menggugutnya sejak kantoi depan mata Mak Ton ketika di pasar borong dulu.
Selang beberapa saat tubuhnya ditolak beberapa orang mak cik yang datang entah dari arah mana melajukan langkahnya.
"Tahu la pengantin. Tak payah nak kepit sangat jalan tu. Kalah siput pula dah," sindir salah seorang daripada mereka.
"Eh, ewah! Mak cik sorang ni boleh pula dia samakan aku dengan siput?" bebel Nur dengan perlahan.
"Duduk dulu ya pengantin perempuan. Tok nak selesaikan bakal suami awak dulu."
"Tak sabar nak bersuami budak ni. Bulan puasa nikah. Tak pernah dibuat orang."
Berdesing telinga Nur mendengar suara halus tetamu menyindirnya. Nur hanya memilih untuk diam dan mematung sambil tersenyum tawar.
Saat tok kadi mengajukan soalan kepadanya Nur hanya tunduk dan mengangguk. Fikirannya melayang memikirkan siapa sebenarnya bakal suaminya yang telah menguruskan semua hal nikah dengan begitu pantas tak sampai sebulan?
"Aku terima nikahnya Nur Jasnita Binti Rukimi dengan mas kahwin RM 3500 tunai."
Sepantas kilat Nur memanggung wajah apabila mendengar suara lelaki yang hampir luput dimakan hari. Suara lembut itu pernah mengganggu ruang pendengarannya dulu dan kini muncul lagi di hadapannya.
"Suara tu?" bisik batin Nur.
Terteleng Nur mahu melihat wajah bakal suaminya namun ditolak Mak Ton.
"Elok sikit perangai tu. Duduk sopan, awak tu pengantin."
"Mak Ton, sekejap! Nur kahwin dengan siapa ni?"
*
"Awak jangan... saya tumbuk awak nanti."
"Nur."
"Saya kata jangan!"
"Abang tak boleh lupakan awak Nur. Abang salah dan terlalu ikutkan perasaan abang. Abang minta maaf sayang."
"Kisah pula saya. Siapa suruh awak tipu saya? Siapa sayang awak, perasan."
Syawal menunding jari ke arah isterinya dengan senyuman meleret. "Tipu sunat sayang. Tak salah pun. Bulan puasa ni jangan asyik marah jea batal puasa sayang nanti."
"Dah batal makan jea la. Eee... saya tak nak raya dengan awak sotong."
"Awak tak nak abang sotong tapi dengan Jun boleh pula menyotong?"
"Eee... Jun lain, awak lain. Suka hati saya la nak menyotong ke nak menyambal pun."
"Apa yang lain sayang... Jun tu pun sama dengan abang. Sayang suka perempuan ya?"
"Ke situ pula dia. Saya tak terima awak sebab awak tak nak terima anak saya."
"Nur jangan macam ni. Abang buat semua ni sebab atuk call abang. Dia nak balik Malaysia. Atuk siap pesan lagi dia nak beraya dengan cucu menantu dia."
"Atuk ke awak yang sebenarnya cari saya? Macam tu baik saya kahwin dengan atuk daripada kahwin dengan orang yang tak ada tulang tapi hati batu. Ikut suka mulut nak bebel, nak bercakap. Ingat saya ni apa?"
"Jangan macam tu sayang. Muda sangat sayang nak jadi nenek abang. Nur Jasnita sayang, abang janji yang abang tak buat lagi. Nanti bila abang buat abang janji lagi. Abang rasa sayang bila marah lagi cantik daripada abang."
"Saya serius awak!"
"Abang pun serius. Mana tidaknya abang boleh dengan sayang sekarang."
"Abang ingat kahwin ni mainan ya."
"Abang tahu sayang marahkan abang. Abang minta maaf sangat."
Malang sungguh hidup Syawal bila ceraikan Nur tanpa sengaja. Jika bukan disebabkan panggilan telefon daripada atuk nak beraya bersama cucu menantunya sudah pasti hingga sekarang dirinya tidak dapat memiliki Nur.
Pelbagai usaha dia lakukan namun tidak berhasil. Syukurlah Jun banyak membantunya dalam misi mendapatkan isteri raya.
"Awak tahu tak sebab awak kaki saya jadi macam ni."
"Nur, abang nak minta maaf selama ni tak pernah buat sayang bahagia. Abang sanggup buat apa jea asalkan sayang terima abang sebagai suami sayang semula."
"Apa jea?"
"Ya apa jea tapi jangan pelik-pelik macam dulu."
Senyuman nakal muncul di ulas bibir Nur sekarang. Berpusu-pusu idea-idea jahat masuk dalam fikirannya saat ini.
"Kita suruh dia buat bubur lambuk, anyam ketupat, bakar lemang lagi-lagi... hah! Pasang panjut. Yes, yes!" bisik batin Nur.
Terteleng Syawal melihat Nur senyum sendirian dan disulami mimik muka yang penuh dengan emosi. Sesekali Nur ketawa kecil sendirian.
"Sayang, sayang okay tak ni?" soal Syawal dengan riak wajah pelik.
"Tak ada apa. Ingat, awak dah janji dan saya harap awak jangan merungut ya Encik Suami."
*
"Siapa dia sayang?" Nada suara Syawal mendatar. Gula-gula getah di dalam mulutnya dikunyah dengan perasaan marah dan benci dengan lelaki bersama Nur tadi. Pulut di dalam tapis diletakkan di depan Jun kasar.
"Dah nak raya esok kau tak kenal siapa dia?"
Sengaja Junaidi menambah perasa pedas ke dalam hati abang sepupunya.
"Dia ayah Haqiqi."
Syawal terdiam sekejap.
"Ayah Haqiqi? Maknanya dia bekas suami sayang? Patutlah Haqiqi beria tak bagi sayang beraya dengan abang. Sayang nak beraya dengan ayah Haqi?"
"Salah ke aku beraya dengan Nur? Sebelum ni aku memang beraya dengan Nur walaupun tak tinggal bersama. Betul tak Nur?" sampuk Emir.
"Eh, tak salah pun. Boleh, boleh. Silakan. Sayang you kidding me again? Jangan cari abang lagi sayang," balas Syawal dengan nada kesal.
Syawal beredar meninggalkan isterinya dan yang lain di situ.
Berderai tawa Emir dan Junaidi apabila Syawal pergi dalam keadaan marah. Tidak sampai sedetik Nur menarik songkok Emir dan melibas ke bahu Emir kuat. Kakinya menyepak betis Emir melepaskan amarah.
Semoga terhibur. Salam Ramadhan untuk semua yang datang singgah di sini. Maaf zahir dan batin. Sucikan hati bersihkan jiwa. Gagal dalam hubungan bukan bererti kalah. Hidup ini perlu dinikmati tanpa pandang ke belakang.
Share this novel