Bab 4

Romance Series 33764

“EH!”

Nigina kutip balik tualanya dan cepat-cepat membalut badan. Selalunya, Tengku Saif takkan masuk ke kamar tidur seawal ni. Kenapa dia ada di situ sekarang?

“Kenapa tak tidur lagi?” spontan soalan tu terkeluar dari bibirnya. Ah, menyesal! Inikan rumahnya, suka hati dialah nak tidur pukul berapa pun.

Tapi Tengku Saif tak menjawab. Di tangan kirinya telefon yang menyala. Sesekali berkelip-kelip tanda notifikasi masuk. Mata Tengku Saif berpindah dari Nigina kembali ke skrin telefonnya. Jarinya laju menaip.

Hm, chat dengan oranglah tu. Entah-entah dengan Mustika. Apa-apa jelah…

Nigina pun sambung urusannya. Dia menyarung baju tidur, berjalan ke meja solek dan memulakan routine skincarenya macam biasa.

Cuma kali ini, gerakan cukup perlahan. Dia sengaja ambil masa lebih. Sesekali, dia menjeling Tengku Saif pada pantulan cermin. Lelaki tu masih khusyuk dengan telefon. Bila dia nak tidur ni?

Dari serum sampai pelembab wajah. Lepas tu, face mask. Nigina intai lagi.

Fuh, tidur pun.

Barulah dia tanggalkan face masknya dan laju-laju mengemaskan barangan skincarenya yang lain. Dengan perlahan, Nigina mendekati birai katil.

Macam ninja pergerakannya. Tak ada bunyi langsung. Dia menjinjit kaki dan mencapai hujung selimut. Dia angkat dengan perlahan kerana tak mahu ganggu tidur lelaki itu. Satu demi satu kaki masuk di bawah selimut. Macam nak tidur dengan beruang kutub! Kalau salah langkah kena baham. Nigina intai wajah Tengku Saif. Nampak gaya, dia betul-betul dah lena. Selamatlah…

Nigina cuba untuk lena, tapi bunyi halus pendingin hawa mengganggunya. Nigina tak akan boleh tidur kalau ada satu bunyi sekalipun. Semalam pun, semasa hujan lebat dan guruh, dia susah nak tidur. Jadi dia tidur dengan wajah cukup tertekan.

Tapi ada satu masalah yang lebih besar. Lampu! Dan suisnya betul-betul di sebelah Tengku Saif. Urgh, kenapa nasibnya mesti begini?

Katil itu pula bersaiz raja, jadi agak jauh kalau nak hulur tangan dan tekan suis. Nak tak nak, Nigina kena bergerak sedikit rapat dengan lelaki itu kalau nak tutup suis.

Bermulalah misinya untuk menekan suis lampu tanpa mengejutkan beruang kutub tu. Dia pandang wajah Tengku Saif lagi. Tak ada dengkuran halus pun, tapi nafasnya steady. Dia sikit pun tak bergerak.

“Dah lena ni… Confirm.”

Nigina mengesot rapat ke arah Tengku Saif tanpa keluarkan sebarang bunyi. Tak seinci pun menyentuh lelaki itu. Dia panjangkan tangannya untuk mencapai suis lampu di sebelah Tengku Saif.

“Wow, are you really desperate?”

Nigina terpempan. Tangannya masih di udara.

“Sanggup rapat dengan abang, untuk apa? Duit extra?”

Tangannya tak sempat ditarik semula, tapi dah ditangkap oleh Tengku Saif.

“Saya…” Nigina terdiam sejenak. Betullah, dia perlukan duit extra. Boleh dia bayar balik hutang dengan Atifa tadi. Buat apa nafikan, kan?

“Abang… Saya ni memang isteri abang. Kalau abang nak pun, saya tak tolak walau abang tak nak bayar sekali pun… Tapi, kita dah ada perjanjian. Kalau abang…”

“Lupakan jelah,”

Tengku Saif berpusing dan tutup lampu. Tangan Nigina dilepaskan. Nigina jadi terkedu.

“Dah, tidur!” Tengku Saif memang kejam. Dia tolak saja Nigina ke hujung katil, lepas tu tarik seluruh selimut ke tempat tidurnya, tinggalkan Nigina sehelai sepinggang.

Nigina pun kembali ke tempat tidurnya dan waktu itu rasa sejuk mula menggigit. Lututnya dirapatkan ke perut, cuba mencari kehangatan. Badannya betul-betul di hujung katil menjauhi Tengku Saif. Mungkin kerana terlalu penat dan stres. Dia terus terlena.

Zzz…

PUKUL tiga pagi.

Matanya masih terbuka luas. Kenapa dia pulak yang tak boleh tidur?

Dah berapa kali Tengku Saif berubah posisi tidur. Kiri kanan, meniarap, terbalik, terlentang. Matanya tetap segar-bugar.

Jam di dinding terus berdetik. Tengku Saif hanya merenung siling. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia cuba untuk kembali tidur.

“Eh?”

Ketika menoleh ke kanan, hidungnya bersentuhan dengan… Hidung Nigina. Tengku Saif terkejut.

Bila masa perempuan ni ada dekat sini? Setahu dia, Nigina tidur di hujung katil, betul-betul di hujung. Mungkin kerana kesejukan, badannya dah beralih ke kawasan tengah tilam untuk mencari kehangatan.

“Hm…” Nigina terus bergerak dan bergerak dalam lenanya. Sehinggalah dia cukup rapat dengan sumber kehangatannya, barulah dia berhenti. Dia betulkan pula posisi untuk tidur yang lebih selesa.

Jantung Tengku Saif pula yang berdetak laju. Sekarang, dia pulak yang tak boleh bergerak langsung. Kepala Nigina di atas lengannya, dan kaki dia? Melingkari badan Saif…

Tengku Saif cuba bertenang. Dia merenung Nigina yang masih digamit lena. Wajahnya memapar emosi yang bercampur baur.

Agak lama mereka dalam posisi begitu. Akhirnya, Tengku Saif bangun dengan cukup perlahan dan tolak tubuh Nigina ke tepi. Dia kini duduk di hujung katil, bersedia untuk sarungkan selipar dan tinggalkan kamar mereka.

“Abang…”

Tangan Nigina meraba-raba kawasan tilam yang kosong. “Pergi mana…” soalnya mamai. Tengku Saif membeku di situ. Dia ketapkan giginya, mahu terus berlalu. Tapi badannya berkata lain.

Tengku Saif menyusup semula ke dalam selimut dan berikan kehangatan yang Nigina inginkan. Dia cuba tidur lagi.

Gagal!

Pada waktu yang sama juga, Nigina yang separa lena mula mencari posisi selesa semula. Tangan dan kakinya bergerak, tanpa sengaja terhidupkan suis yang tak sepatutnya.

Badan Tengku Saif mengeras. Penumbuknya dikepalkan. Tengku Saif cukup kenal badannya. Dari lepas mandi tadi dia dah bertahan, kenapa sekarang???

Tengku Saif menoleh ke arah Nigina yang masih lena.

“OH, kakiku yang malang…” Nigina duduk di hujung katilnya dengan lemah. Dah dua hari dia kurang berehat akibat ‘exercise’ tengah malam.

Apa salahku…

Nigina tak terus bangun dari duduknya. Dia tunggu bunyi kaki lelaki tu betul-betul menghilang. Tak lama itu, ada bunyi deruman enjin yang semakin menjauh. Barulah Nigina dalam hela nafas lega.

Kalau ikutkan, dia nak ambil cuti hari ni untuk berehat. Tapi mengenangkan amukan bosnya semalam, Nigina batalkan niat itu. Dia agak menyesal kerana terlepas marah kepada klien yang penting. Walaupun Mustika sememangnya layak dilempang, tapi perempuan gedik itu tetap pelanggannya. Dan dia sebagai seorang yang profesional, tak berhak berkasar dengan kliennya.

Kalau insiden ini berulang, Nigina akan kehilangan kerjanya di Shades Studio!

“PUAN, ini…”

Nigina mengangguk dengan perlahan. Wajahnya muram. Macam biasa, usai sarapan, Puan Dija hulurkan segelas air kosong dan pil perancang untuk dia telan selepas itu.

Nigina pun bertolak ke pejabatnya macam biasa. Tapi, macam ada sesuatu yang belum selesai. Sesuatu yang agak penting, tapi dia terlupa nak minta.

"Ah! Yalah…"

Nigina menepuk dahi sendiri ketika sudah berada di depan lif pejabatnya.

“Aku lupa nak minta upah ‘exercise’ malam tadi…”

Nigina segera mengeluarkan telefon dan mula menaip pesanan ringkas kepada kontak ‘Saif Adam Beruang Kutub’.

[Abang, nanti jangan lupa bayar upah malam tadi ya.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience