*ADULT CONTENT*
*FILTER VERSION*
Dibelek kesan lebam disekitar leher dan dadanya semasa Dihya berdiri di hadapan cermin seusai mandi tadi. Wap hangat dari air mandi hangat masih tersisa di sekitar cermin kaca semasa Dihya menilik keadaan dirinya.
Kalau sikit tu tak apa la jugak!
Itulah, masa dia merungut Zane tidak luangkan masa bersamanya, dia jugak yang susah hati. Namun semenjak lamaran beberapa minggu yang lalu, sikap Zane berubah. Lelaki itu banyak menghabiskan masa dirumah. Melakukan kerja juga di rumah. Kalau ada meeting pun secara online. Kalau Keluar pun tak lama. Sejam dua lepas tu dah balik.
Bukan nak merungut kalau Zane berada di rumah lebih kerap. Masalahnya sekarang dia yang jadi mangsanya. Kalau sekali tak apa la jugak. Ini hampir beberapa kali dalam sehari dua tu. Siapa aje yang tahan!
Ini pun kesan yang sebelum ni pun tak sempat hilang, tambah yang baru. Mujur la dia tak keluar rumah. Kalau dia keluar rumah, mahunya tak malu kalau dipandang orang!
Kalau begini la ceritanya, dia sanggup ditinggalkan oleh Zane outstation dari terperuk di dalam rumah sepanjang hari dengan lelaki itu!
Dihya tutup pintu bilik air sewaktu suara dalam itu menegur.
"Lama betul dalam bilik air tu?Berendam ke apa?"
Melompat terkejut Dihya di depan katil apabila suara itu menegur dirinya. Bila dia palingkan kepala ke katil, dia melihat Zane sedang duduk melunjur dengan laptop dan helaian kertas di tangan.
Secara instinct, tangan dia naik memegang erat tuala yang membalut badannya ketika itu. Baru aje fikir pasal orang ni, dah tercegat depan mata.
Hish! Buat dia lemah semangat tau kalau lama-lama macam ni! Suka sangat munculkan diri tiba-tiba.
"Mana ada lama. Bila tuan balik? Saya ingatkan tuan takkan balik sebelum pukul 4 petang?"
"Dekat 20 minit tadi. Kerja settle awal. Balik la awal..." Zane menaip laju atas keyboard laptop di riba sambil tu. "Ingatkan kamu pengsan ke apa tadi dalam bilik air, sikit aje masa lagi saya masuk ke dalam tadi."
Tanpa berlengah Dihya dekati almari pakaian. Mengeluarkan set pakaian baru untuk dipakai. Risau pulak dia lelama tidak berbaju begini. Datang angin Zane yang tiba-tiba tu, mahunya dia jadi korban!
"Awal lagi ni, ke tuan nak makan malam awal?"
"No. It's okay. Lagipun ada something yang saya nak discuss dengan kamu..."
Dihya lekas-lekas mengenakan pakaian. Seusai itu dia gerak ke katil. Mengambil tempat di sebelah Zane yang sedang melunjur tanpa sempat mengeringkan rambutnya.
Dia tenung seketika wajah kacak itu. Macam biasalah, Dihya akan sentiasa terpana dengan ketampanan milik lelaki yang berbeza usia sebanyak 4 tahun ini. Mungkin kerana Zane lebih berusia darinya, lelaki ini kelihatan lebih menawan. Bila bekerja nampak serius. Bila tak buat apa-apa pun nampak serius. Susah sungguh nak tengok muka Zane tersenyum. "Apa dia halnya tu?"
"Kamu ingat tentang rancangan kita untuk dapatkan rawatan masalah deria rasa kamu tu?" Zane mengangkat kepala dari skrin laptop. Lelaki itu bertentang mata dengan Dihya.
"Mm. Bulan lepas sebelum saya masuk hospital. Kenapa?"
"Esok lepas kita daftar sijil perkahwinan kita di pejabat NRD, kita terus ke hospital. Saya dah aturkan temu janji untuk rawatan kamu tu nanti."ujar Zane. Dia capai tangan Dihya yang sudah tersarung dengan cincin Lamaran nya lalu dibawa ke dalam kedua belah tangannya.
Dihya mengedipkan mata. Ya tak ya. Dia lupa tentang hal ni. Zane ada beritahu yang Zane mahu mereka daftar dahulu perkahwinan dan dapat sijil perkahwinan mereka. Soal resepsi tu kemudian, apa yang penting selesaikan urusan yang wajib dulu.
Katanya, Zane mahu merahsiakan perkahwinan ini dari pengetahuan sesiapa demi menjaga keselamatan Dihya. Jadi sehingga Zane yakin keadaan sesuai, baru Zane maklumkan pada umum.
Yang mana Dihya tidak kisah kerana dia lebih suka kalau kewujudannya ini tidak diketahui oleh sesiapa. Yalah, siapa aje nak perkenalkan diri sendiri yang merupakan Mistress dan punca Zane bercerai. Orang tak tahu malu aje nak lakukan semua tu!
"Tak cepat sangat ke? Bukan ke penceraian tuan dengan Puan Astrid baru aje rasmi beberapa hari yang lepas."Dihya berkerut kening. Dia rasa teragak-agak.
"Dah kira lambat la ni Dihya. Nak masuk sebulan sejak saya lamar kamu." Zane meletakkan laptop ke tepi sebelum menarik Dihya naik ke atas pangkuannya. Lalu tubuh kurus itu dipeluk.
Terkejut dengan tindakan itu, Dihya langsung tidak sempat menolak sehingga wajahnya hampir bertembung dengan wajah Zane. Kedua-dua tangannya hinggap pada dada itu.
"Maknanya saya boleh keluar rumah?"Dihya menjungkit kening tinggi. Entah apa agaknya keadaan luar di sana? Sudah lama dia tidak menjejak kaki keluar dari penthouse Zane selepas balik dari hospital hari tu. Teringin pulak dia nak ambil angin.
"Sure. But only when you with me."Zane mengucup pipi Dihya. Bau haruman selepas mandi Dihya dihirup dalam-dalam. Bau yang sentiasa buatkan hatinya tenang setiap kali di cium." Kalau kamu nak, kita keluar dating lepas balik dari appointment doktor."bisiknya di tepi telinga itu pula. Tangannya pula sibuk merayap di bawah pakaian Dihya pada masa yang sama.
Tersentak Dihya. Dia membuntang mata apabila tangan sejuk Zane bersentuhan dengan kulitnya.
"Saya baru aje mandi ni!"rungut Dihya kerana berasa kegelian dek sentuhan Zane. Tangannya terus memegang lengan Zane untuk menghalang lelaki itu dari terus merayap.
Zane menggigit bilah bahu Dihya dengan manja sebelum ketawa.
"Elok la..."Zane menumbangkan mereka ke atas katil, membawa Dihya ke bawahnya. Tubuhnya di tampung dengan lengan kiri agar tidak menghempap sepenuhnya badan Dihya. "Dinner lambat lagi kan..."sengihnya dengan nakal.
"Tuan nak buat apa?"kedip Dihya memandang ke atasnya.
"Kamu rasa?"Zane tunduk hendak mengucup Dihya. Namun baru sahaja bibirnya hendak memaut bibir Dihya, tiba-tiba telefon di atas night stand berdering. Kepala Dihya pun ikut berpaling membuatkan Zane sebaliknya mengucup tepi bibir itu.
"Tuan...ada call tu."beritahu Dihya sekembali memandang ke atasnya. Pada masa yang sama dia lega kerana panggilan itu menyelamatkan dirinya dari Zane.
Untuk beberapa saat Zane pandang tidak puas hati ke Dihya, tidak menghiraukan telefon yang berdering tidak henti minta di jawab itu. Macam dah tak ada masa lain ke nak call!
"Kemudian aje la.." Zane tunduk hendak mengucup Dihya tetapi deringan telefon berkumandang sekali lagi. Mematikan pergerakkan dia serta merta.
Sementara Dihya hanya terkebil-kebil di bawah Zane. Tidak tahu hendak tergelak ke nak ucap terima kasih pada sesiapa aje yang hubungi Zane waktu itu.
Sebelum dia bangun, sempat Zane kucup kuat-kuat bibir Dihya lalu mencapai telefon itu dan duduk tegak menjawabnya. Kalau panggilan ni buang masa dia, memang kena pecat orang yang call ni! "Hello?" nada grumpy dia menyapa.
Sementara Dihya capai tuala yang terlepas dari tangannya tadi semula dan menyambung mengeringkan rambut. Sambil itu dia susun helaian kertas milik Zane yang ada di atas tilam bersebelahannya.
"Apa dia?" jawab Zane pada Kyren yang menghubunginya.
"Tuan Hayes nak berjumpa. Sepertinya beliau sudahpun tahu mengenai berita perkahwinan rahsia tuan..."maklum Kyren dalam panggilan itu.
Bersama renungan tidak berminat, Zane pandang ke depan sambil berkata.
"Aku busy. Pandai-pandai la kau bagi alasan dekat orang tua tu."
"Saya dah cuba. Tapi Tuan Hayes beritahu kalau tuan enggan menemuinya Tuan Hayes yang akan berjumpa dengan Tuan Samsoong. Kan tuan tak suka kalau Tuan Hayes bertemu dengan Tuan Samsoong, jadi beliau cuba gunakan Tuan Samsoong supaya tuan bersetuju untuk berjumpa dengan beliau."
Makluman itu membuatkan Zane mencarut di balik nafasnya. Dasar orang tua menyebalkan! Tak hidup agaknya kalau sehari tu tak menganggu hidup dia. Dah tahu dia taknak berjumpa, kenapa masih jugak nak memaksa? Suka kena maki dengan dia ke?
Baru sahaja Zane mahu membuka mulut hendak marah, tiba-tiba satu lingkaran lembut muncul dari bawah lengan lalu naik hinggap ke dadanya. Membuatkan Zane pandang ke kanan. Waktu itu juga Dihya menyandarkan kepala ke lengannya. Memandang Zane dengan riak ingin tahu dan mata bundarnya.
Lelaki itu terdiam seketika gara-garanya. Elok niat nak marah, terus tidak jadi.
"Fine. Beritahu dia sejam lagi aku ke rumah dia."beritahu Zane sambil menekap tepi wajah Dihya. Hah! Kalau bukan disebabkan panggilan telefon ni!
"Baik tuan."sambut Kyren.
Lantas Zane memutuskan panggilan itu. Telefonnya di campak ke tepi sebelum dapatkan Dihya semula. Dekat mana mereka stop tadi?
"Ada apa tu?"tanya Dihya apabila dirinya ditolak oleh Zane jatuh ke atas tilam semula.
"Kyren. Ayah saya nak berjumpa katanya."ujar Zane sambil menanggalkan baju t-shirt hitam dari badan.
"Dah tu kenapa tuan tak pergi?"pandang Dihya dengan gugup akan otot kekar di badan Zane yang dah tidak berbaju itu. Tak kira la berapa kali dia pandang, ianya takkan pernah buatkan dia berhenti dari berasa tergamam.
" Orang tua tu boleh tunggu, tapi bukan saya."sengih Zane dengan meleret.
Share this novel