52

Other Completed 76851

"KAU kena cerita dengan aku semua tau? Dari A sampai Z! Tak boleh ada yang terlepas satu pun!"

"Cerita apa?" tanya Natrah, bermalas-malasan. Hari ini, dia malas nak berkongsi apa-apa cerita dengan Fatin. Dia lagi seronok memendam dahulu.

"Ek eleh! Cerita apa?" Fatin mengajuk cara Natrah bercakap.

"Tu.. tu.." Fatin memuncungkan bibir ke arah gelang emas di tangan Natrah. Berkilauan emas je dia tengok!

"Kenapa?" Natrah pamer aksi selamba.

"Kenapa kau tanya? Mana kau dapat gelang tu? Setahu aku, masa kita masuk ofis pagi tadi, kau tak pakai apa-apa kan? Lepas je dari jumpa dengan auntie mummy kau tu, terus naik seri tangan kau!" Fatin mengangkat tangan Natrah.

"Merepeklah kau ni!" Natrah tepis tangan Fatin.

"Merepek apa pulak? Betullah!"

"Aku ada magik" gurau Natrah dengan gelak tawanya.

"Magik nenek kau!"

"Nenek-nenek jangan main!" marah Natrah dengan riak comelnya.

"Yelah! Sorry" ujar Fatin. Langkah Natrah dibontoti sehingga ke pantri. Di situ, dia lihat Natrah sudah siap dengam secawan kopinya.

"Tapi seriuslah beb, kau tak nak share apa-apa dengan aku?"

Sekali lagi, langkah Natrah menuju ke meja kerja diekori.

"Nantilah aku share! Sekarang aku tak nak cerita apa-apa dulu"

"Janji?"

"Ye janji"

"SABTU ni kita overtime. Ada majlis kat hotel atok saya. Jadi kita semua kena siapkan kerja, buat deco dan sediakan segalanya"

Mendengarkan itu, semua tidak berani membantah. Baru saja nak berehat pada hujung minggu, tiba-tiba pula kena kerja! Nak melawan, mereka tak punya keberanian.

"Any question?"

Hamizan mengangkat tangan.

"Ye Hamizan?" tanya Eirfan.

Natrah di sebelah sempat dikerling. Dia perasan sejak hari pertama bekerja di situ, Hamizan dan Natrah selalu bersama. Bahkan lunch hour pun mereka sering dilihat bersama.

"Semua kena OT ke bos?"

Soalan Hamizan menyentakkan semua.

"Kenapa? Awak ada masalah untuk hari tu ke? Atau..." Eirfan berjeda. Pandangannya berkalih ke arah Natrah.

"Awak ada date dengan sesiapa?"

Melihat pandangan Eirfan, laju saja Natrah menunduk. Apa maksud Eirfan?

"Takde bos" Hamizan tersengih.

Pandangan Eirfan kembali ke wajah Hamizan.

"So kalau takde masalah, kenapa awak tanya?"

Hamizan menyepi. Raut Eirfan begitu serius. Nak angkat wajah pun jadi takut. Aura Eirfan mula mengisi ruang bilit mesyuarat itu.

"OT dan gaji bulanan dua hal yang berbeza. Kalau korang risau pasal hal tu, saya berani beri jaminan yang korang akan dapat bayaran yang memuaskan. Is that clear?"

"Yes bos!" Semua menyahut serentak.

"Okey, mesyuarat kita selesai. Semua boleh kembali bekerja"

Ruangan mesyuarat mulai riuh. Masing-masing mengemas apa yang patut dan sudah mulai beredar.

"Natrah!"

Langkah Natrah terhenti tatkala namanya dipanggil oleh Eirfan.

"You stay" arahnya tanpa memandang sedikit pun ke wajah yang sudah tampak kalut itu.

"Weii, aku keluar dulu!" bisik Fatin ke telinganya.

Setelah semua beredar, Eirfan bangkit dari kerusi dan bergerak menuju ke pintu. Dikuncinya pintu tersebut lantas duduk di hadapan Natrah yang sedang berdiri memandang lantai.

"Cantik sangat ke lantai tu sampai awak tak nak pandang muka saya?"

Teguran Eirfan memaksa Natrah mengangkat wajah. Dipaksanya senyum dengan hati yang tengah mamar.

"Tak payah nak senyum kalau rasa terpaksa!" perli Eirfan selamba.

Riak Natrah berubah. Macam mana dia tahu?

"Tadi awak jumpa mummy kan?"

Natrah laju mengangguk.

"Mummy cakap apa?"

Eirfan bangkit semula dari kerusi lantas menarik sebuah kerusi dan mengarahkan Natrah duduk di situ.

Natrah akur.

"Dia mintak maaf pada saya"

Eirfan tersentak. Dia tak menyangka mummy bertindak sejauh itu. Seingat dia, mummy hanya nak berjumpa dengan Natrah. Namun dalam diam dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, mummy sudah membuktikan keikhlasan dan keinsafannya.

"So awak maafkan?"

Natrah mengangguk kepala. Dia tak rasa berdendam itu sesuatu yang baik pada jiwa. Dia hanya ingin nak hidup tenang dan aman.

"Kalau saya tak maafkan dia, saya akan seksa hati saya sendiri. Sebab saya tahu, dendam tu tak baik. Hidup saya jadi huru-hara" Natrah seolah mengenang masa lalu. Hampir saja air matanya luluh di hadapan lelaki itu.

"Ya betul! Sehingga awak sanggup pisahkan seorang ayah dari anaknya. Dan awak juga tega pisahkan saya dari hubungan kita" tempelak Eirfan dalam nada yang serius. Dia benar-benar memaksudkannya. Jika Natrah terasa hati atau menyesal, dia tak peduli! Yang penting, Natrah harus tahu betapa dia terseksa selama perpisahan mereka.

Hati Natrah terasa ngilu. Dia tahu dan sedar kesilapannya itu. Dia juga sedang berusaha untuk memperbetulkan semuanya. Dia hanya perlu masa.

"Awak tak pernah tahu rasanya terpisah dari orang yang kita cintai. Saya simpan harapan untuk capai kebahagiaan dengan awak sebab saya tak pernah rasa semua tu dari kecik. Tapi awak dengan mudah memusnahkan semuanya dalam sekelip mata. Awak perlu tahu yang awak kejam pada saya"

Natrah terdiam. Dia tak tahu nak bereaksi bagaimana. Terlalu sakit untuk ditelan namun lebih sakit untuk diluah.

"Saya mintak maaf dengan apa yang dah berlaku. Saya takde niat nak buat awak macam tu. Saya terlalu muda masa tu. Saya serabut, keliru, saya tak boleh fikir dengan baik"

Natrah mengakui semua itu. Jika Eirfan terluka, dia juga sama. Mereka masing-masing memerlukan masa buat menyendiri untuk seketika waktu. Dan dia, perlukan lebih masa dan ruang!

Eirfan membisu. Dia tak daya nak menjawab semua hujah Natrah itu. Jika diam itu lebih baik, dia lebih rela seperti itu.

"Eirfan..."

"Saya ada kerja nak buat. Go back to your station"

Natrah terluka kerana dihalau sebegitu oleh Eirfan. Sakitnya terasa sehingga menusuk ke kalbu. Dia lihat mata itu berkaca namun tak menumpahkan setitik air mata pun.

SETELAH jam berinjak ke angka lima, Fatin dan Natrah sudah bersiap-siap untuk pamit. Kedua mereka sudah sampai di tempat parking.

Belum pun sempat nak masuk ke dalam kereta, anak mata Natrah tertangkap sesosok tubuh yang amat dikenalinya sedang berbual dan bergelak tawa dengan seraut wajah yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

Hatinya tiba-tiba rasa cemburu melihat kemesraan mereka bersama.

Tak habis-habis dengan perempuan. Dasar playboy! Haritu Soraya, sekarang siapa pulak?!

"Eh bos!!" tegur Fatin setelah Eirfan mendekati mereka. Di sisinya terlihat seorang gadis yang cantik sedang tersenyum kepada mereka.

"Nak balik ke?" sapa Eirfan dengan mesra. Dia sempat melirik ke arah Natrah yang agak kurang senang melihat mereka di situ. Dahinya mengerut menerima riak itu.

"Aah. Bos pulak?"

"Same here. Tapi nak kena hantar Camelia balik dulu"

"Camelia?" Fatin ulang tanya.

"Ohh lupa! Ni Camelia. Cam, these are my staffs. Natrah dan Fatin"

Mereka berjabat tangan dengan Camelia. Melihat kelembutan dan mulusnya kulit itu, Fatin tak habis-habis memuji dalam hati.

"Siapa Camelia ni bos?" Fatin lantang bertanya.

Natrah menyiku pinggang Fatin.

"Apa?? Aku nak tahu jelah!" bisik Fatin namun masih dapat didengari mereka.

"Eirfan tergelak. "She's an old friend of mine!"

"Maybe a new bride to be soon" seloroh Camelia pula dengan gelak tawanya.

Natrah pamer riak kurang senang. Wajahnya mencuka. Dia cemburu. Ya, betul-betul cemburu! Tak mampu dia nak nafikan perasaan itu.

"Takdelah! Cam ni suka bergurau" Eirfan menjernihkan suasana dan situasi sebenar. Dia tak mahu ada yang salah faham, lebih-lebih lagi Natrah.

"Bergurau apanya? Who knows right? Jodoh ni datang dalam pelbagai cara" sahut Camelia lagi. Agak malu apabila Eirfan seakan menolaknya di hadapan mereka.

"You know Cam? I want somebody who calms my heart and not eases my eyes!" perli Eirfan, merujuk ke arah cara pemakaian Camelia yang agak terbuka itu. Matanya sempat mengerling ke arah Natrah saat berbicara seperti itu.

Wajah Camelia merona. Pada saat-saat seperti itulah Eirfan mengenakannya.

"By the way, we gotta go. You guys, be careful"

Eirfan dan Camelia berjalan beriringan sambil rancak berborak. Natrah menghantar langkah mereka sehingga bayang keduanya lenyap dari situ.

"Jom beb! Kita singgah makan dulu. Laparlah!"

Omongan Fatin membawa Natrah kembali ke alam nyata. Dia segera masuk ke dalam kereta. Fatin dan makanan memang tak boleh dipisahkan! Makan je banyak, tapi badan sekeding tu jugak!

"MUMMY ada jumpa Ara ke tadi?" tanya Eirfan sesudah menunaikan solat Isyak berjemaah bersama keluarganya.

"Ada. I was so happy. Finally, dia maafkan mummy dan kita semua"

Datin Jenny sudah duduk di atas sofa. Eirfan duduk di lantai lalu merebahkan kepalanya ke riba mummy.

Datuk Elias dan Tuan Kassim duduk berhadapan mereka.

"Mummy tu happy sangat sampai tak henti bercerita dari pagi tadi" seloroh Datuk Elias. Dia tumpang ceria dengan apa yang diceritakan oleh isterinya.

"Nanti mummy nak jumpa Erman pulak. Mummy nak beli macam-macam untuk dia. Fan ada nombor phone Ara?"

"Ada. Mummy nak buat apa?"

"Adalah! Nanti pass ke mummy ye?"

"Yes bos!" Eirfan menurut perintah.

"Mummy dah janji kan? Nak tolong Eirfan. So I will keep my words"

"Laaa dua beranak ni dah plan? Tak bagitau I pun" Datuk Elias pura-pura merajuk.

Eirfan dan Datin Jenny sama-sama ketawa. Ketawa mereka bersambung pula dengan Tuan Kassim.

"Kamu ni dah tua-tua pun nak merajuk bagai!" tempelak Tuan Kassim. Dia ikut senang dengan perubahan ahli keluarganya. Sudah saling melengkapi, cuma menunggu yang di sana saja lagi.

"Yelah abang ni. Nak merajuk pulak. Bukannya kami tak nak ajak abang plan sama, abang tu lambat sangat. Kami dah nak sampai ke garis penamat, you masih lagi berkayuh. Mana taknya ketinggalan"

"Tapi I masih boleh mengejar kan?" Datuk Elias tak mahu mengalah.

"Yelah abang!" sahut Datin Jenny.

"Daddy lupa nak tanya Fan. Bila you nak pindah?"

"Pindah??" Mata Datin Jenny membesar. Dia tak tahu-menahu pun akan hal itu.

"Oopss!! Daddy tak ikut campur" Datuk Elias angkat kedua tangan tanda menyerah. Melihat pada riak kurang senang isterinya ,dia tahu dia kini sudah berada di garisan penamat. Jadi jalan terbaik adalah dengan mendiamkan diri saja.

"Kenapa Fan nak pindah? Tak cukup ke segala yang ada di rumah ni? Fan tak sayang mummy ke? Don't you need me anymore? Suka kan nak jauh dari mummy lagi, nak tinggalkan mummy lagi"

Nada suara Datin Jenny sudah berubah jauh. Dari riak marah, kini dia sedang tunjuk protes, merajuk!

Bicara mummy memaksa Eirfan mengangkat wajah. Dia kini sudah duduk di sebelah mummy dan memaut bahunya.

"Mummy, I have my own reason"

"Why then?"

"Can't tell you right now"

"See?? Suka main rahsia-rahsia dengan mummy"

Datuk Elias sudah ketawa.

"Sekarang siapa yang merajuk?"

Datin Jenny berdecit. Sajalah tu, nak kenakan kita balik!

"Trust me mummy! Okay?"

"But promise dengan mummy, selalu balik sini. Kalau tak balik, mummy merajuk dengan Fan!"

"Ye mummy"

Share this novel

Norzilawati
2025-01-15 10:47:54 

tq update.. loove ngan datin jenny.. comel


NovelPlus Premium

The best ads free experience