BAB 16:Zombi Kilang Gandum
KERETA yang di naiki oleh Yana dan Harun tiba di perkarangan tapak apartmen terbiar Haunted Hills. Memang sukar untuk mereka mengesan keberadaan Muiz kerana tiada sebarang jejak pun yang di tinggalkan.
"Muiz!"Yana dan Harun berteriak beberapa kali ketika melilau di sekitar situ.
Tiada sebarang respon di perolehi.
"Mungkin kita boleh terus ke blok F je Yana. Lagipun dekat situlah muncul hal-hal yang tak masuk dek akal sebelum ni"cadang Harun.
Yana bersetuju.
Hendak tak hendak mereka terpaksa menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Lif pangsapuri terbiar itu sudah lama tidak beroperasi kerana ketiadaan bekalan elektrik. Sementara Lif misteri dalam bentuk binaan silinder berkaca itu pula hanya dapat di temui dengan cara memasuki ke rumah bernombor 713 di tingkat lima.
Ketika tiba di balkoni tingkat tiga blok F, Harun terperasan akan kehadiran suasana sejuk.
"Eh kenapa kat balkoni tingkat ni rasa lebih sejuk?"kata Harun.
Yana yang sudah mendaki hampir setengah tangga untuk ke tingkat seterusnya pun turun semula untuk memastikan kebenaran dakwaan Harun.
"Aah lah..nasib baik you perasaan perkara ni Run. There must be something going on here"kata Yana.
Dua wartawan senior itu meninjau di sepanjang balkoni tingkat tiga. Dan tinjauan tersebut tidak sia-sia kerana mereka temui wap ais yang amat sejuk keluar berkepul-kepul dari celah lubang bawah pintu salah sebuah rumah.
"Pintu tak berkunci pun!"kata Harun ketika menolak daun pintu rumah tersebut.
Seluruh ruang tamu rumah di lihat telah memutih dalam kesejukkan wap ais.
Yana terkejut bila mendapati suasana di dalam rumah terbabit mirip dengan rumah kediaman yang di huninya bersama anak-anak.
"Tak mungkin!"
Mereka pun meninjau lebih dalam.
"Yana! Engkau datang sini!"teriak Harun.
Yana yang sedang melihat-lihat ke dalam sebuah bilik tidur langsung bergegas pergi ke arah dapur sebelum tergamam melihat dua orang anaknya iaitu Hana dan Mirul sudah terkaku beku meja makan.
Hampir Yana hendak menjerit,namun mujur Harun menenangkannya.
"Sabar Yana..semua yang kita lihat depan mata ni bukan sesuatu yang nyata. Tengok ni.."
Harun menyentuh Mirul dan Hana yang sudah membeku itu. Walaubagaimanapun tangannya hanya seperti menyentuh ruang udara yang kosong sahaja.
Yana cepat-cepat mencapai kamera digitalnya dan mengklik keadaan yang sedang berlaku di depan matanya itu ke dalam bentuk foto.
Keadaan tiba-tiba berubah dan suasana kembali semula ke seperti sediakala. Bayangan dalam rumah kediaman Yana pun hilang lalu berganti dengan suasana sebenar di dapur rumah pangsapuri berkenaan.
Meja,kerusi dan kabinet dapur di lihat sudah begitu usang dan berdebu kerana rumah itu sudah agak lama terbiar tanpa ada yang menghuninya.
Mereka pun keluar semula dari situ.
"Mama!"
Yana tersentak apabila terdengar suara teriakkan anaknya Muiz. Budak lelaki itu di lihat telah berada di tingkat bawah dan seluruh tubuhnya seperti sedang di belenggu oleh suatu kepompong yang amat aneh.
"Muiz!"
Berlari Yana dan Harun turun dari bangunan blok F.
Budak lelaki itu menangis ketakutan.
"Jangan risau Muiz..yang penting mama dah jumpa Muiz"Yana sambil di bantu oleh Harun sedaya-upaya membebaskan Muiz dari kepompong tersebut.
Tiba-tiba Yana berasa seperti ada suara muncul dari dalam mindanya.
''Ingat..ini amaran terakhir! sekiranya kau masih berdegil mahu terus membongkar segala rahsia tentang tempat ni melalui artikel-artikel dalam akhbar tabloid tu,aku akan lakukan lebih dari sekadar penculikkan!"
"Mana?!"
Yana tertoleh-toleh dan mendongak ke sana-sini mencari-cari di mana kelibat misteri itu.
"Engkau kenapa ni Yana?"soal Harun.
"Suara telepati orang misteri tu muncul lagi. Dia bagi amaran supaya aku berhenti menulis artikel tentang Haunted Hills"balas Yana.
Tanpa di sedari,kelibat orang misteri itu rupanya sedang berdiri di balik tingkap dalam salah sebuah apartmen,namun kehadirannya gagal di kesan oleh Yana mahupun Harun. Walaubagaimanapun Yana sudah boleh menarik nafas lega kerana Muiz telah selamat di temui semula.
Sejak kejadian itulah hati Yana mulai rasa berbelah bagi antara mahu menyambung tugasan membongkar misteri dan menulis artikel berkaitan apartmen terbiar Haunted Hills atau berhenti sahaja meneruskan semua itu kerana bimbang ancaman dari orang misteri akan mengapa-apakan anaknya.
_________________
HUJAN malam itu turun agak lebat. Haziq singgah di sebuah kedai 24 jam untuk membeli cup coffee dan donat sosej kegemarannya. Sewaktu dalam perjalanan pulang memandu kereta,Haziq terperangkap dalam kesesakkan lalu-lintas.
Keadaan itu telah memaksa Haziq untuk melencong ke suatu laluan desa yang agak asing baginya. Seumur hidupnya belum pernah walau sekali pun dia lalu di situ.
Ia adalah sebuah desa yang sunyi-sepi. Hujan lebat dan suasana yang sejuk membuat perut Haziq berasa lapar. Sosej donat dan cup coffee yang di belinya tadi sekadar mampu di buat alas perut sahaja.
Mujur nun tidak jauh di hadapan Haziq ternampak sebuah warung kedai makan tepi jalan yang terang-benderang dan masih beroperasi. Terus di singgahinya.
"Makan apa Encik? minum?"pak cik tua bersongkok pemilik warung tersebut melayan Haziq.
"Aaa..pakcik bagi saya nasi goreng ayam dengan teh o suam je lah"kata Haziq.
"Baiklah"
Selain Haziq ada juga dua tiga orang pelanggan lain. Televisyen warung juga bersiaran dengan rancangan gusti.
Boleh tahan juga sedapnya nasi goreng ayam pakcik songkok itu. Di tambah pula dengan suasana hujan yang lebat, sejuk serta perut yang lapar,memang terasa nikmatnya.
Namun tiba-tiba ada seorang pelanggan bangun dan berteriak.
"Dah pukul sepuluh malam! Kalau kau orang masih nak melepak lagi..silakan..aku nak balik"katanya.
Para pelanggan lain pun bergegas bangun. Pak cik tua bersongkok juga tidak ketinggalan tergesa-gesa mengemas warung.
"Cepat sikit Encik..saya nak tutup kedai ni. Dah pukul sepuluh. Lambat-lambat nanti zombi tu muncul pulak"
"Zombi? Zombi apa pulak ni pakcik?"soal Haziq.
Pakcik tu pun toleh kiri kanan sebelum beritahu sesuatu kepada Haziq.
''Zombi kilang gandum!"
"Zombi kilang gandum?!"soal Haziq sebelum makanan tersembur keluar dari mulut lalu wartawan itu pun terkekek-kekek ketawa.
"Zombi ni fiksyen Hollywood je pakcik. Tak ada yang benarnya"Haziq membetulkan.
"Kalau kamu tak percaya,kamu tunggu kat sini dan lihat sendiri dengan mata kepala kamu. Lepas ni bertebaranlah mereka kat jalan-jalanraya tu"
"Kilang gandum tu apa halnya pulak pakcik?"
"Kilang tu letaknya kat hujung sana tu. Zombi-zombi tu datang dari sanalah. Penduduk tak berani nak berada di luar rumah lepas jam sepuluh malam"
"Menarik!"kata Haziq.
"Menarik kata kamu? Bahaya kalau mereka sebarkan virus nanti tak pasal-pasal ada pulak yang berjangkit"
"Pak cik jangan risau. Saya ni wartawan dari akhbar misteri. Memang kerja saya pun untuk membongkar perkara-perkara misteri macam ni"kata Haziq.
"Kalau macam tu terpulanglah pada kamu"
Hujan masih turun mencurah. Haziq duduk menanti di dalam kereta yang masih di parkir tepi jalan dekat warung tadi. Pakcik bersongkok sudah beredar pulang sejurus menutup warungnya.
Jam tangan asyik di toleh sejak tadi. Kelibat zombi seperti yang di dakwa oleh pakcik warung dan pelanggan tadi masih tak kunjung muncul jugak.
"Hish betul ke ada zombi ni?macam karut je. Aih..lebih baik aku pergi tinjau sendiri"
Enjin kereta pun di hidupkan.
Haziq memandu perlahan menuju ke arah hujung jalan di mana letaknya kilang gandum seperti di dakwa oleh pakcik warung.
ZUPP..ZAPP..ZUPP..ZAPP
Wiper berbunyi-bunyi saat mengelap curahan air hujan yang menimpa ke cermin kereta. Di saat lampu kereta Haziq membelah kepekatan malam yang berbalut kabus hujan itu lalu tersuluhlah beberapa kelibat orang sedang berjalan senget dan terhuyung-hayang.
Jumlah mereka hampir belasan orang. Mereka sedang berjalan mengarah ke kereta Haziq. Melihatkan wajah-wajah mereka yang liar bersama pakaian compang-camping begitu,Haziq sedikit-sebanyak mulai percaya dengan kata-kata pakcik warung dan pelanggannya tadi.
GULP!
Air liur di teguk. Bulat mata Haziq melihat gerombolan zombi-zombi itu. Tak bertangguh dia membuka kamera video digital dan merakamkan semua itu.
"Fuh! Memang langkah kanan betul bila aku tersinggah ke desa asing ni. Mana sangka rupanya kat sini ada kes misteri kemunculan zombi"kata Haziq.
BUKK! BAKK!
Para zombi dengan wajah liar itu menepuk tampar kereta Haziq. Mereka merenung wartawan itu dari luar tingkap dengan wajah yang liar dan lapar.
Klik! Klik! Klik! Klik!
Haziq tidak peduli apa pun yang zombi-zombi itu hendak lakukan. Baginya yang penting dia telah mendapat tugasan misteri baru untuk di ketengahkan dalam akhbar BONGKAR nanti.
"Arghhhhhhhh!!'
Salah satu zombi dengan wajah yang ngeri dan garang menderam di luar tingkap. Hampir-hampir Haziq ingin menekan pedal minyak dan beredar.
Share this novel