Saat Fea hendak membuat pembayaran,
"Nanti dulu"
Fea dan Daniel yang sudah berdiri di hadapan kaunter pembayaran menoleh.
Dua orang pegawai polis berjalan menghampiri mereka berdua sambil seorang pegawai lelaki itu menilik layar handfone sebelum memandang semula ke arah mereka berdua.
"Cik Fea Reynard?" soal salah seorang pegawai tersebut.
Mulut Fea seolah-olah terkunci rapat. Dia memandang sekilas ke arah Daniel. Tatapan mata lelaki itu seolah-olah memberi seribu satu makna yang tersirat yang dia sendiri mengerti apakah makna disebalik tatapan itu.
Sewaktu Hardin menghubungi Daniel tadi, lelaki itu sempat mengugut Fea. Jika dia mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, nyawa Fiona dalam bahaya.
"Maaf, saya rasa encik berdua salah orang" jawab Fea dengan wajah yang tenang.
"Boleh saya minta identiti kad?"
Pertanyaan itu membuatkan Fea kering darah. Jantungnya seolah terhenti buat sementara waktu.
Mahu atau tidak, dia terpaksa menurut walaupun setelah itu bakal mendedahkan segalanya.
'Oh Tuhan, bantulah hambamu ini' doa Fea dalam hati.
Fea menoleh sekilas ke arah Daniel seolah-olah mahu minta pertolongan.
Fea mengeluarkan purse dari dalam beg tangannya. Dan dalam masa yang sama,
"Pencuri!!!!!! Tolong..tolong..!!, beg saya kena ragut!!" jerit seorang wanita sambil menunding jari ke arah seorang lelaki yang mengenakan hoodie hitam berlari turun ke arah tangga.
Kedua pegawai yang berada disitu segera mengabaikan dua pasangan dihadapan mereka tadi lalu mengejar peragut tersebut.
Fea menarik nafas lega tapi dalam masa yang sama, dia mengutuk perbuatan Hardin. Kalau tidak kerana dia memikirkan ugutan dan akibat yang bakal menimpa sahabatnya Fiona, sejak tadi lagi dia sudah bocorkan rahsia mereka.
Hujung bibir Daniel terangkat. Dia sebenarnya dari awal lagi sudah memikirkan konsikuensinya. Jadi, segala persiapan dia lakukan lebih awal.
Dengan langkah perlahan, dia berjalan menghampiri wanita yang diragut tadi.
Tangan kanannya menyeluk saku blazernya lalu menghulurkan sampul coklat berisi 5 ribu US Dollar kepada wanita tersebut.
"Terima kasih Encik" ucap wanita itu terharu.
Daniel tersengih sebelum bersuara,
"Kamu perlu berterima kasih kepada Puan Besar disebelah saya, dia yang berikan imbalan ini kepada kamu"
Fea yang mendengar langsung terpinga. Telinganya mula terasa panas. Jika tidak memikirkan keberadaan wanita itu dihadapannya sekarang, sudah tentu lelaki disebelahnya ini makan kaki.
"Benarkah?" soal wanita itu terharu.
"Terima kasih Puan Besar, terima kasih. Semoga Tuhan merahmati kehidupan Puan Besar dan melindungi Puan Besar dari kejahatan manusia seperti tadi." ucapnya sambil menunduk, mencengkam erat tangan Fea.
Fea?
Dia sekadar mengulas senyum tawar seraya memasang muka kelat kearah Daniel.
Tanpa aba-aba, dia melangkah pergi dari situ dengan seberapa segera.
Jadi, wanita tadi diupah oleh Hardin? Bermakna, peragut tadi juga.....
Fea mengeluh seraya menggeleng kesal. Jika dia tahu itu hanyalah permainan Hardin, dari awal lagi dia mengaku yang dia adalah Fea Reynard.
'Tidak! Kau tak boleh pentingkan diri kau, Fea. Fiona sekarang berada dalam bahaya.' Hanya itu sahaja yang mempu memberinya semangat dan kekuatan untuk menentang Hardin kelak.
"Sayang dah pulang"
Belum surut lagi rasa amarahnya kepada lelaki itu, sekarang ini dengan wajah yang tidak bersalah, Hardin datang menyapanya sambil mengucup ubun-ubunnya.
'Siapa yang beri kebenaran!?' bentak hati Fea. Segala organ dalam tubuhnya sudah menggelegak. Hanya menunggu ia meletup sahaja.
Fea mahu menolak, namun saat melihat keberadaan Madam Shue disitu, dia segera mematikan hasratnya.
"Dapat tak Fea?" soal Madam Shue risau.
Fea mengangkat satu paper bag bersaiz sederhana lalu dilayangkan kepada Madam Shue.
"Dapat, mama" ujarnya sambil tersenyum.
"Fea naik dulu, nak mandi"
"Fea dah makan?" tanya Madam Shue perhatian.
Fea terdiam sejenak. Keperihatinan Madam Shue sedikit sebanyak menyejukkan hati Fea.
'Bukan macam si bebal ni' bentak Fea.
Fea menggeleng seraya tersenyum kelat. Mana mungkin dia sempat makan diluar jika dirinya sentiasa diawasi. Saat dia ke tandas mall tadi juga, Daniel tunggu di muka pintu. Hello, itu tandas wanita. Gila!
"Hmm, yelah. Nanti turun, kita makan sama-sama ya" ajak Madam Shue lembut seraya satu tangannya menyisip lembut helaian rambut Fea yang lurus dengan perlahan dan penuh kasih sayang.
Dia bernasib baik kerana Madam Shue tinggal disitu juga. Jika dia hanya tinggal dengan lelaki bebal ni, entah apa yang akan terjadi pada dirinya, dia sendiri tidak dapat jangkakan.
*
Semua mata tertumpu pada skrin komputer.
Rahang Drake mengeras saat susuk wanita yang dia lihat sekarang ini benar-benar adik kandungnya.
"Mana mungkin Tuan tidak kenal, wajah wanita ini persis seperti foto yang tersebar. Ini adalah adikku" luah Drake kesal.
Kedua pegawai tadi mengeluh kesal. Mereka tidak menyangka, tadinya mereka telah digula-gulakan.
"Jika benar itu adalah adik Tuan Drake, mengapa dia cuba selindungkan identitinya yang sebenar?" soal pegawai itu ragu.
Drake berjalan mundar mandir sambil diperhatikan Taylor, Andrew, Samuel dan juga beberapa kakitangan polis yang lain.
"Saya kenal Fea. Dia bukan wanita yang pendek akal. Segala apa yang dia lakukan itu, pasti ada sebab yang tertentu." Drake mengangguk setuju dengan pendapat Taylor.
"Hah, tadi sewaktu disana, Tuan ada lihat Fiona? Wanita dalam gambar yang berdiri disamping Fea tu?" Kini giliran Taylor bersuara.
Kedua pegawai tadi menggeleng serentak.
"Tidak ada. Seperti mana video dalam CCTV ini, sama juga diluar. Hanya mereka berdua, tidak ada yang lain" balas pegawai itu yakin.
Drake menatap Taylor sebelum beralih memandang ke arah Andrew dan Samuel.
Dia seolah-olah terfikirkan sesuatu.
"Bagaimana kalau Fiona sekarang ni berada ditempat yang berasingan?"
Sekali lagi, semua mata tertumpu ke arah Drake.
Dahi Drake berkerut. Dia cuba memikirkan beberapa kemungkinan yang terjadi.
"Fea tidak akan sembunyikan kebenaran. Dia wanita pemberani. Tapi tindakkannya kali ni, seolah-olah mahu menutup sesuatu" fikir Drake keras.
"Pap!" Taylor mengetik jarinya.
"Salah! Ayat yang sebetulnya, Fea sedang melindungi seseorang" pintas Taylor.
"Fiona!!" jawab Drake dan Taylor serentak.
Mereka sudah dapat kesimpulan dalam semua tindakan Fea kali ini. Ya, Fea terpaksa buat semua ini demi Fiona. Tapi kenapa, dimana Fiona?
*
"Mana awak sorokkan Fiona?" Fea bersandar tepat di bingkai pintu pejabat Hardin di tingkat 3 dalam ruangan mansion tersebut. Kedua tangannya terlipat dihadapan dada sambil menatap tepat ke wajah lelaki bebal dihadapannya.
"Sayang.. apa yang sayang cakapkan ni, hmm?" bicara Hardin lembut sambil melepaskan pen ditangan lantas menatap wajah cantik Fea.
Fea tersenyum mengejek.
"Tak perlu nak berlakon. Rahsia awak berada dalam genggaman saya sekarang. Dan kalau awak tak nak rahsia awak ni bocor ke pengetahuan mama, lebih baik awak cakap dimana Fiona sekarang!" Fea sudah buntu. Ini sahaja cara yang ada untuk dia tahu dimana dan bagaimana keadaan sahabatnya itu. Dia berharap ugutannya terhadap lelaki bebal ini berhasil.
Hardin tersenyum lembut. Perlahan dia bangun, melangkah perlahan menghampiri Fea sambil kedua tangannya diletakkan ke dalam saku seluar slacknya.
Satu tangan Hardin terangkat lalu ditekan kedinding tidak jauh dari sisi kepala Fea. Wajahnya menunduk menyetarakan kedudukan wajahnya dengan Fea lalu bersuara lembut
"Hurm..my wife nampaknya dah cuba belajar sesuatu, hebat! I like it!" suaranya sambil mendekatkan bibirnya di telinga Fea.
"Tak perlu nak berdrama, terus terang saja!" bentak Fea geram.
Hardin menatap dalam ke arah bola mata Fea. Tatapannya tajam tetapi penuh dengan kelembutan yang mempunyai beribu makna tersirat.
Satu tangan Fea terangkat lalu mencengkam leher kemeja Hardin sehingga membuatkan jarak wajah antara mereka hanya sekitar beberapa sentimeter sahaja.
"Kalau benar mahu memperisterikan ku, perlakukan dengan benar" Fea cuba memancing. Tatapannya beralih ke arah lain saat mengucapkannya.
Tatapan lelaki itu semakin tajam dan dalam. Dia cuba hadam maksud kata-kata wanita yang teramat dicintainya itu sebelum hujung bibirnya terangkat.
"Jangan risau, anggap semuanya telah selesai" suaranya garau.
Fea menoleh.
Tanpa aba-aba, Hardin lantas mengucup bibir Fea tanpa wanita itu sempat mengelaknya.
Kucupan itu berlarutan hampir 10 detik namun, langsung tiada respond dari Fea. Dia seolah-olah merelakan sahaja lelaki itu mengucup bibirnya demi 'Fiona'.
'Inilah saatnya' suaranya dalam hati.
Bersambung....
Adakah Fea ada rencana lain untuk mengalihkan perhatian Hardin atau dia punya perancangan lain untuk membebaskan dirinya dan Fiona dari cengkaman lelaki itu?
Share this novel