PERTENGKARAN DI RUANG TAMU
Ruang tamu rumah semi-D yang dihias mewah itu menjadi saksi perbualan yang pada awalnya mesra antara Puan Zahira dan anak perempuannya, Arisya. Namun, dalam sekelip mata, suasana berubah tegang.
“Sya boleh pilih nak ambil separuh dekat sana dan sambung separuh lagi dekat sini, atau ambil terus full dekat sini.” Puan Zahira meletakkan sehelai kertas berisi maklumat jurusan undang-undang yang telah dia carikan.
Arisya meneliti butiran yang tertulis, keningnya berkerut. Dia kemudian mengangkat wajah, memandang ibunya dengan penuh persoalan.
“For what?” soalnya, tidak faham tujuan ibunya.
“For you, of course. Ibu nak Sya ada kerjaya sama dengan Arish. Lain bidang kuasa pun tak apa, asalkan jadi peguam,” jawab Puan Zahira dengan senyuman yang penuh keyakinan.
Arisya tersentak. Dia ketawa kecil, tapi bukan kerana gembira. “Serius? Sya dah habis belajar sebelum ni. Kenapa nak kena ambil lagi?”
“Itu bidang lain, tak penting pun. Lagipun Sya bukan ingat dah apa yang Sya study dulu, kan?” balas Puan Zahira, masih teguh dengan pilihannya.
Tangan Arisya mengepal. Dahinya dipicit perlahan, cuba mengawal diri. Namun, akhirnya dia menghembuskan nafas berat sebelum bersuara tegas.
“Tak nak!”
Langkah Arish yang baru pulang terhenti di muka pintu. “Assalamualaikum…” sapanya, namun suasana dalam rumah sudah terasa panas.
“Why? Susah sangat ke nak ikut cakap ibu? Ibu nak yang terbaik untuk anak ibu!” Nada suara Puan Zahira naik beberapa oktaf.
Arisya ketawa kecil sinis. “Terbaik untuk Sya… atau terbaik untuk ibu? Dari kecil ibu atur hidup Sya ikut kemahuan ibu! Dengan siapa Sya boleh berkawan, dekat mana Sya kena belajar, sampai dengan siapa Sya kahwin pun ibu yang paksa!”
Arish terkaku. Kata-kata Arisya… sah, dia sudah mula mengingati segalanya!
Ghan yang baru tersedar dari tidurnya akibat alahan segera bangun. Suara pertengkaran itu jelas sampai ke bilik. Dia melangkah keluar, wajahnya masih mamai tapi penuh kebimbangan.
“Selagi Sya anak ibu, selagi tu Sya kena ikut cakap ibu!” Suara Puan Zahira semakin tinggi.
Arisya tergelak kecil lagi, tapi kali ini air matanya bergenang. “Kenapa ibu tak doakan Sya mati je masa kemalangan dulu? Kan bagus kalau Sya mati!”
Tersentak semua yang ada di situ. Mata Ghan membulat. Arish pula menghela nafas panjang.
“Sya masih hidup ni maknanya Allah bagi peluang untuk Sya tebus balik dosa tipu ibu tukar jurusan dulu,” balas Puan Zahira tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Arish mengepal penumbuk. “You are too much, ibu!”
“Kamu diam!” tengking Puan Zahira, tidak mahu mendengar sebarang bantahan.
Arish tidak gentar. “Ibu dah janji dengan Along hari tu, kan? Dah lupa ke?”
“Ibu ada hak untuk mungkir janji. I’m your mother!” tegasnya, seakan-akan jawatannya sebagai ibu memberi lesen untuk bertindak sesuka hati.
Ghan yang hanya memerhati sejak tadi akhirnya bersuara perlahan. “Ibu sedar tak apa ibu cakap ni?”
Puan Zahira masih menambah kata, “ Kalau Sya tak ikut cakap ibu, Sya bukan..”
Belum sempat Puan Zahira menghabiskan ayat, Arish cepat-cepat memotong. “Stop it!” suaranya bergema. Dia memberikan isyarat mata kepada Ghan supaya membawa Arisya pergi dari situ.
Arisya tersenyum pahit. Air matanya mengalir perlahan. “Okey… I’m not your daughter anymore.”
“Sayang…” Ghan memeluk bahu isterinya. “Jangan cakap masa tengah marah. Jom…”
Dia merangkul pinggang Arisya dan menariknya masuk ke bilik sebelum lebih banyak kata-kata yang tidak sepatutnya terucap.
KEMARAHAN YANG MEMUNCAK
Arish masih berdiri di ruang tamu, memandang ibunya dengan pandangan penuh kecewa. “Apa masalah ibu ni?” soalnya, nadanya sarat dengan perasaan marah dan kecewa.
Encik Shamsudin yang sejak tadi mendengar dari ruang belakang akhirnya bersuara. “Masalah ibu kamu ni… dia berdendam dengan masa silam dia. Dia nak anak perempuan dia lalui apa yang dia lalui.”
Arish mengetap bibir. “Ya Allah… wake up, ibu. Ibu orang terpelajar. Kalau macam ni sikap ibu, Along tak akan kahwin sampai bila-bila!”
Dia menghentak tangan ke sofa. “Along tak nak isteri Along makan hati dengan sikap ibu!”
Tanpa menunggu reaksi, Arish mencapai kunci kereta dan terus keluar, membiarkan ibunya dengan ego dan kehendaknya sendiri.
Encik Shamsudin mengeluh berat, mendekati isterinya yang masih duduk di sofa dengan wajah tegang.
“Dahlah tu, Zahira. Sebagai orang terpelajar, awak patutnya jadi pemutus kepada rantaian turun-temurun yang membawa kesan buruk pada keturunan awak. Sedar tak anak kita cuma ada dua orang? Awak sanggup hilang dua-dua hanya kerana ego?”
Dia menggeleng perlahan. “Saya dah malas nak layan sikap awak.”
Encik Shamsudin turut berlalu pergi, meninggalkan Puan Zahira sendirian di ruang tamu. Mungkin dengan cara itu sahaja dia akan sedar betapa sikapnya telah merosakkan keluarganya sendiri.
SEMENTARA itu didalam bilik Arisya hanya duduk dibirai katil dan memandang ke lantai. Ghan menutup rapat pintu seraya mendekati Arisya yang langsung tidak mengangkat kepala.
“Sayang..” Ghan cuba untuk melihat wajah Arisya. Belum sempat Ghan menyambung kata, Arisya terus menyembamkan wajahnya didada Ghan.
Ghan kehilangan kata, dia sendiri masih keliru tentang situasi sebenar antara mereka. Belakang Arisya diusap perlahan dengan harapan mampu untuk tenangkan isterinya.
TING! Notifikasi telefon pintar Ghan berbunyi.
‘Arisya okey ke?’ [ Arish ]
‘Belum. Menangis je’ [ Ghan ]
‘Dia okey ke dengan kau?’ [ Arish ]
‘Maksud?’ [ Ghan ]
‘Betul la apa yang kau risau tu, Sya memang dah ingat. Itu punca dorang gaduh tadi, tapi selagi dia tak bunyi apa-apa dekat kau.. abaikan saja’ [ Arish ]
Ghan menelan liur saat membaca pesanan WhatsApp akhir Arish. Tangan Arisya digenggam, dia cuba berlagak seperti biasa.
“Sayang lapar? Kalau lapar jom kita makan dekat luar” Ghan mencuba nasib memujuk Arisya.
“Okey” jawab Arisya pendek.
“Dah, jangan menangis” pujuk Ghan menyeka air mata Arisya yang masih bersisa.
Arisya memandang anak mata Ghan tanpa berkelip.
“Kenapa sayang tengok abang macam tu?” Soal Ghan teragak-agak.
“Abang yang lapar kan?” Soal Arisya kembali. Selesai solat subuh suaminya terus tidur tanpa bangun makan disebabkan keletihan mengadap alahan yang masih belum reda.
Ghan tersengih. “Tak pe la.. sayang pun kena jaga waktu makan jugak untuk baby”
Arisya bingkas bangun mencapai tuala dan segera ke bilik mandi. Ghan hanya memerhati , debaran dihatinya tidak henti dari tadi.
Arisya mengajak Ghan untuk makan ditempat yang selalu dikunjunginya bersama Arish sebelum masing-masing melanjutkan pelajaran.
“Kenyang ke?” Soal Ghan melihat Arisya hanya makan set chicken grill bersama teh ais.
“Kenyang je lah” balas Arisya seraya menyedut minuman.
“Esok dah nak balik sana, sayang okey ke?” Ghan memandang Arisya yang masih mengunyah makanannya.
“Okey, kenapa?” Keningnya diangkat.
“Kot sayang nak spend time dengan ibu?” ujar Ghan teragak-agak. Risau tersalah cakap.
“Abang dengar kan tadi ibu cakap apa? Sya follow saja lah” balas Arisya mengeluh.
Ghan memandang tanpa kata. Tidak tahu untuk membalas.
“Tempat Sya disisi abang tapi kalau abang tak suka Sya boleh undur diri saja” tempelak Arisya.
“Eh, apa pulak tak suka…” ucap Ghan memandang Arisya.
“…I love you” sambung Ghan berbisik perlahan.
Arisya tersenyum. Sengaja dia menguji suaminya, dia tidak pasti Ghan sudah menyedari atau tidak tentangnya.
Share this novel