HFM 14 | | After Meet Up

Romance Series 73463

"Jadi pelantikan untuk jawatan executive director kamu adalah minggu hadapan?"


"Ya tuan."


"Memandangkan tiada sebarang artikel yang dikeluarkan oleh pihak media mengenainya, mereka mungkin bersependapat dengan kemampuan yang kamu tonjolkan. Sepertinya mereka secara terbuka tentang pelantikan kedudukan baru kamu di dalam organisasi kita. Maka untuk itu kamu perlu sedia maklum bahawasanya semua perhatian akan tertumpu kepada kamu Zane. "

Bersama renungan kosong tanpa reaksi, Zane diam termenung memandang cangkir berisi kopi panas hitam di dalamnya. Kepulangan wap masih berasap halus di permukaan. Memandangkan minuman itu baru sahaja di tuangkan oleh Maid sebentar tadi. Perbualan yang sudah menjadi kebiasaan setiap kali bertemu dengan lelaki itu langsung tidak menarik perhatian Zane. Mana la taknya,

Kalau muka dia aje bincang tentang jawatan dan kuasa,

Asal nama dia aje bincang tentang wang dan pengaruh,

Mana la Zane tidak kebosanan. Topik dan hal yang sama aje yang nak di bualkan.

Tak boleh ke bincang hal selain bisnes dan kerja?


"Kalau begitu, ianya pasti waktu yang sibuk untuk kamu tangani Zane." tambah Tuan Damius lagi sebelum menghirup kopi panasnya.

Pagi itu Zane berada di kediaman keluarga datuknya. Iaitu pemilik syarikat Samsoong Enterprise. Tuan Damius Samsoong. Lelaki berusia 78 tahun. Berupa paras kemas, berjambang putih sekitar wajah. Rupa parasnya juga saling tidak tumpah seperti Zane, cuma sudah berusia. Sejak bersara dari menjadi presiden syarikat lelaki itu telah meluangkan masa senang beliau dikediaman mewahnya. Beliau merupakan bapa kandung kepada Encik Hayes.

Pada awalnya ayah Zane yang menjadi calon untuk menjadi presiden tetapi disebabkan pengaruh Zane lebih luas dan berkuasa, maka Zane yang dilantik menjadi presiden syarikat sementara ayahnya hanya menjadi CEO syarikat. Namun disebabkan ada pembubaran dalam organisasi, maka kini Zane bakal mengubah jawatannya dari presiden kepada executive director syarikat mereka. Yang mana menjadi punca kenapa Zane dipanggil untuk bertemu dengan Tuan Damius.

Kenapa Zane dipanggil untuk menemui orang tua itu?

Ya sudah tentu la kerana ingin di beri amaran oleh Tuan Damius Samsoong sendiri mengenai masalah tingkahlaku terkenal Zane itu.


"Jadi, saya harap masalah 'displin' kamu itu tidak akan memberi kesan kepada mana-mana imej korporat. Cuba sesenyap yang mungkin. Kamu tahu apa yang saya maksudkan, Zan?"

Zane balas tatapan Tuan Damius dengan rentak yang sama sepertimana lelaki tersebut merenung tajam ke arahnya.


"Masalah disiplin?"cangkir berisi kopi panas itu dicapai. Zane hirup sedikit sebelum menyambung kata." Adakah yang tuan maksudkan itu adalah jangan ke hulu dan hilir bersilih ganti tukar pasangan? "

Dengan keras Tuan Damius berdehem, keningnya mencerlung tidak suka dengan jawapan Zane itu. Kalau ikutkan kehendak hati memang tidak ingin dia menjadikan Zane sebagai pewaris tunggalnya. Namun disebabkan hanya Zane sahaja yang mampu menguruskan syarikatnya lebih baik dibandingkan dengan anak-anaknya yang lain, Tuan Damius terpaksa memilih Zane Hayes. Hanya Zane aje yang memiliki kemampuan dan kebijaksanaan yang boleh mengekalkan prestasi syarikatnya.

Tuan Damius sedia maklum dengan perangai cucu lelakinya yang satu ini. Sikap kuat memberontak dan suka berfoya-foya Zane sangat terkenal dalam keluarga mereka ini. Sampaikan Tuan Damius tiada kata-kata lain yang dituturkan setiap kali bersemuka dengan Zane.


"Ingat Zane, setiap perbuatan dan kelakuan kamu itu mewakili keluarga saya. Jadi berhati-hati ketika berkelakuan. Lagipun, bila-bila masa aje, saya boleh cari calon lain untuk menggantikan kedudukan kamu itu."


Zane berdengus kecil. Hujung bibirnya terjungkit sinis. Renungannya menjadi gelap." Kalau tuan bercakap tentang anak-anak tuan yang lain serta cucu yang tuan miliki, berapa ramai aje yang berada di sisi tuan selain hendak tikam tuan dari belakang? Tuan patut berterima kasih kepada saya kerana saya satu-satunya orang dalam keluarga ni yang masih menyokong tuan dan pertahankan nama baik syarikat ni bukan musnahkannya. "

Dalam diam Tuan Damius mencengkam kepalan penumbuk di bawah meja. Pandangannya masih mencerlung.


"Dari apa yang saya dengar, ayah saya mahukan saya lahirkan Pewaris agar dapat digunakan bagi melemahkan pengaruh tuan dalam Samsoong Organization tu nanti. Dan saya ada juga dengar khabar angin anak-anak tuan yang lain sedang merencana untuk ambil alih beberapa anak syarikat yang ada. Sementara cucu-cucu tuan yang lain sibuk menghabiskan harta. Saya cuma tertanya-tanya apa agaknya akan terjadi kalau tuan menggantikan tempat saya dengan seorang daripada mereka?"

Berketik rahang Tuan Damius dibuatnya. Lelaki itu begitu berang dengan kenyataan Zane itu. Dia terlampau marah hinggakan tiada kata dapat dia luahkan. Berani betul budak mentah ini mencabar dia!


"Jadi apa kata tuan, duduk diam dan berehat di rumah ini menjadi ayah dan datuk yang baik pada cucu kesayangannya yang satu ni. Tanpa masuk campur apalagi beri amaran kepada dia." senyum Zane sewaktu menekap dada merujuk dirinya sendiri sewaktu bercakap.


"Dasar budak tak guna! Susah sungguh nak dengar kata! " gumam Tuan Damius perlahan dengan nafas naik turun hendak hilang sabar.

Zane kembali menghirup minumannya dengan sisa senyuman dibibir.


"Zane, atuk beritahu semua ini demi kebaikan kamu. Bukan hendak mengatur cara kamu jalani hidup kamu tu. Boleh tak dalam sekali tu dengar, jangan membantah? "

Cangkir yang dipegang tadi diletakkan perlahan ke piring kecil di situ. Lantas Zane mengerling ke wajah tua Tuan Damius. Melihat betapa ikhlasnya orang tua itu memesan, dia tiada pilihan lain selain melepaskan hela mengalahnya. Kadang-kadang dia benci dengan sikapnya yang satu ini. Mudah mengalah!

Lagipun diberitahu atau tidak, dia tetap dengan keputusannya.


"Fine. As you wished. I've given up on everything wether it's sleeping around or being in a relationship with others. You no need to worry anymore."

DENGAN kesal rambutnya dikuak ke belakang bersama hela nafas ditarik dalam fikiran yang tepu menjadi lapang sebaik melangkah keluar dari kediaman datuknya itu. Pening betul kepala dibuatnya. Ada saja hal yang hendak diiuskan kepada dia. Memangnya datuk dia tu dah kebosanan sangat ke sampai segala hal mengenai dirinya perlu di pantau?

Tepi kepala dipicit perlahan oleh Zane. Keningnya berkerut pada masa yang sama.


"Perlu ke saya dapatkan panadol untuk tuan? "


"Tak perlu. Hal kecil aje pun. Bukannya boleh buatkan aku pengsan." butang blazer dibetulkan oleh Zane sambil itu.

Kyren dan Zane jalan seiringan merentasi laman rumah untuk ke kereta yang telah diparkir hadapan laluan utama laman tersebut.


" Saya dengar suara marah-marah Tuan Damius. Adakah beliau mengetahui tentang Cik Dihya?"


"Kalau datuk aku tahu mengenai hal tu, aku bukan setakat terima amaran aje dari beliau..."


"Saya pun rasa macam tu."


"Apa yang kamu rasakan tu?" satu suara lelaki yang dalam menegur dari belakang Kyren tidak semena.

Tersentak dengan sapaan itu, Kyren dan Zane sama-sama berpaling ke belakang dengan pantas. Encik Hayes sedang berdiri di situ memandang mereka berdua.


"Ah.. Tuan CEO. Selamat siang tuan." sapa Kyren.


"Selamat siang Kyren. Lama kita tak berjumpa." senyum Encik Hayes dengan mesra. Namun senyumannya memudarkan setelah bertentang mata dengan Zane. "Ingatkan kamu takkan jejak kaki ke rumah ini lagi semenjak ayah minta kamu untuk menemui kami Zane. Masih tak habis-habis lagi dengan kepala angin kamu tu?"


"Have you ever heard, that if you keep put pressure on the glass it might be be shattered into pieces."

Encik Hayes ketawa.


"Phew.... Mujur ayah bukan sebuah kaca tapi batu bata."


"Ya... Sekeras batu bata sedegil tu jugak perangai ayah."Zane menjulang mata kejengkekan sebelum berpaling semula ke hadapan untuk menuju ke arah kereta.

Encik Hayes mengekori langkah Zane. Dia berjalan disamping anak lelakinya itu. Lalu menyambung semula perbualan mereka.


"Apa yang datuk kamu katakan tadi kepada kamu?"


Zane mengetap gigi. Dia tidak berniat hendak menjawab soalan itu. Tetapi ada hal yang buatkan dia terkutik untuk bersuara. "Sibukkan saja urusan ayah tu elok-elok. Tak perlu cuba untuk ambil tahu tentang urusan saya."


"Zane.... Berapa lama kamu akan terus bersikap begini dengan ayah?" senyuman Encik Hayes melebar. "Jangan kamu fikir kamu di lebihkan dengan datuk kamu, kamu boleh besar kepala kepada ayah."

Dengusan kecil lepas dari Zane. Dia tersengih mengejek mendengar komen itu.


"Kalau ayah taknak saya bencikan ayah, ayah perlu berhenti lakukan perkara yang saya bencikan." Zane tiba di tepi kereta.

Dengan lekas Kyren bantu membuka pintu seat belakang kereta untuk Zane..


"Kalau kamu sudi serahkan syer dan kedudukan kamu di Samsoong mungkin ayah akan pertimbangkan."Encik Hayes perhatikan Zane tunduk masuk ke dalam kereta sewaktu berkata.


" Good luck for that. "sengih Zane dengan mengejek sesaat sebelum pintu kereta di tutup.

Nanti Tinta akan tambahkan lagi tau dekat CHAPTER ni. So reread balik ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience