BSP - BAB 2 - SELEWENG

Romance Series 3321

"Rissa, panggilkan Encik Ikhwan. Suruh dia masuk ke pejabat I, sekarang!" Interkom dimatikan sebelum sempat Rissa menjawab.

"Ni marah pasal apa pulak ni? Aduh, boss aku ni..." Omel Rissa sebelum menekan nombor interkom Ikhwan, selaku pengurus kewangan.

"Tuan Ikhwan, datuk nak bertemu sekarang. Urgent!" Ujar Rissa.

"Ah, sudah! Apa lagi ni?"

"I tak tahu. Cepat sikit. Kang mengamuk lagi datuk..."

"Okey, okey. I datang sekarang."

Tok! Tok!

"Come in!"

"Datuk..."

"Duduk, Tuan Ikhwan..."

"Terima kasih, datuk." Wajah serius dan ketat Arjuna dipandang sekilas. Jujur, bergetar seluruh tubuh tatkala wajah ketat itu berada di depan.

"Begini, Tuan Ikhwan..." Masih ada rasa hormat Arjuna pada mereka walaupun dia bergelar boss kerana kebanyakkan pekerja-pekerja di syarikat lebih berusia dari Arjuna. Air liur ditelan kesat.

"Boleh terangkan pada saya, apa sebenarnya yang berlaku ni?" Fail nipis diletakkan di hadapan Tuan Ikhwan dan dibuka helaiannya.

"Maaf, datuk. Saya kurang pasti apa yang berlaku. Tapi, saya sedia maklum kesilapan yang ada dalam fail kewangan ni selepas diberitahu beberapa pegawai mengenai kesilapan mereka ketika mengaudit tempoh hari."

"Apa maksud Tuan Ikhwan? Saya kurang faham." Tuan Ikhwan menelan air liur yang berpasir.

"Saya minta maaf banyak-banyak, datuk. Saya sudah dimaklumkan pegawai yang bertugas mengenai amaun yang berubah di sini." Ibu jari Tuan Ikhwan dihalakan ke kertas yang dimaksudkan.

"Cuba terangkan pada saya, Tuan Ikhwan. Saya tak boleh terima kesilapan ini sebab amaunnya terlalu jauh berbeza dengan amaun yang ada dalam fail saya. Tuan tahukan menjadi kepantangan saya jika kesilapan yang sama berulang. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan kewangan." Tegas Arjuna.

"Saya faham, datuk."

"Jadi, saya minta sangat Tuan Ikhwan berterus-terang dengan saya, apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa amaun ni jauh berbeza?" Keluhan dilepaskan.

"Saya minta maaf, datuk."

"Saya bukan nak dengar maaf dari Tuan Ikhwan. Saya nak tahu kebenarannya. Apa yang berlaku sebenarnya?"

"Datuk, saya dah tegur Puan Ameena tentang perbezaan amaun dalam fail kewangan ni. Tapi..."

"Puan Ameena jamin yang dia akan selesaikannya sendiri?"

"Benar, datuk. Saya dah berulangkali terangkan pada Puan Ameena. Tapi, Puan Ameena tetap dengan keputusan dia. Dia janji akan selesaikannya sendiri." Terang Tuan Ikhwan. Arjuna melepaskan keluhan berat bersama raupan di wajah.

"Datuk, saya minta maaf. Saya tak boleh nak tentang Puan Ameena bila puan tak henti mengatakan ini syarikat milik keluarga. Apa yang mampu saya perkatakan lagi, datuk?"

"Saya faham, Tuan Ikhwan. Begini, Tuan Ikhwan. Saya minta sangat selepas ini, jangan benarkan Puan Ameena untuk menandatangani apa-apa dokumen pengeluaran dan kemasukan duit. Semuanya kena melalui saya, walaupun amaunnya sikit."

"Baik, datuk."

"Dan, berkaitan Puan Ameena, saya sendiri akan selesaikan dengan beliau."

"Baik, datuk. Saya faham."

"Terima kasih, Tuan Ikhwan."

"Terima kasih kembali, datuk. Saya keluar dulu."

"Silakan, tuan." Tuan Ikhwan mengangguk sebelum melangkah keluar.

"Alhamdulillah." Tuan Ikhwan menghela nafas kelegaan sebaik pintu bilik Datuk Arjuna ditutup.

"Kenapa, tuan? Macam berat je..."

"Takdelah berat sangat. Alhamdulillah. Datuk nampak semakin tenang sekarang."

"Puan Ameena buat hal lagi ke?"

"Apa lagi, Rissa? Nak ditegur, dia melenting. Balik-balik dia cakap, ini company bapak dia. Kita ni pekerja makan gaji je, Rissa."

"Faham, tuan. Takpe. Datuk tahu apa nak dibuat tu."

"Harap-harap macam tulah. Nak cakap lebih-lebih, saya tak layak."

"Faham sangat tu..."

"Saya kembali ke pejabat dulu, Rissa."

"Silakan, tuan." Tuan Ikhwan berlalu meninggalkan Rissa.

"Haish. Susah betul bekerja dengan boss perempuan ni. Banyak masalah." Omel Rissa.

"This is too much, papa! Papa tengok sendiri apa yang Kak Meena dah buat? Ini bukan kali pertama, papa. Dah kali ketiga duit keluar lebih dari amaun yang ditetapkan. Dan kali ni, lebih dari dua puluh ribu Kak Meena keluarkan duit! Banyak tu, papa..." Arjuna menghenyakkan punggung ke sofa kulit dengan keluhan kasar.

"Semakin melampau si Meena ni." Ujar papa usai meneliti setiap kertas kewangan yang telah dibelek beberapa kali.

"Juna dah tegur sebelum ni. Kak Meena janji takkan lakukan kesilapan yang sama. Dia buat juga. Sorry papa, kali ni, Juna tak boleh bersabar lagi. Papa suruh dia ganti atau Juna akan pecat menantu kesayangan papa tu!" Tegas Arjuna.

"Juna dah tak boleh tahan lagi. Semakin lama semakin melampau. Kerja tak buat. Asyik mengular je. Asal tanya, dia keluar. Tengok sitelah. Jumpa clientlah. Padahal dia bukan site manager pun. Dia kerja bahagian purchasing kot..."

"Juna, biar papa settlekan." Tan Sri Ammar melangkah ke meja kerja sebelum menghubungi Puan Ameena secara personal.

"Yes, papa?"

"My office. Now!!!" Bentak papa.

"Aduh... Ni mesti si Junalah ni..." Omel Ameena sebelum melangkah laju ke pejabat Tan Sri Ammar.

Tok! Tok!

"Come in!" Pintu bilik dikuak. Ameena menjengulkan kepala.

"Masuk! Apa yang terintai-intai kat luar tu!" Bentak papa.

"Sorry, papa..." Puan Ameena menjeling ke arah Arjuna yang mencerlung tajam ke arahnya.

"Ada apa, papa panggil Meena ni?"

"Ini apa, Meena? Cakap dengan papa. Mana hilangnya duit syarikat ni?"

"Ma...na apa, papa?" Arjuna tersengeh.

"Meena, ini kali ketiga papa dapat tahu kamu keluarkan duit tanpa pengetahuan papa dan Juna. Apa nak jadi dengan kamu ni, Meena? Kenapa kamu tak jujur?"

"Ala, papa... Bukan banyak pun. Sikit je..."

"Sikit kepala hotak, akak!"

"Jaga bahasa kamu, Juna!"

"And behave yourself too, Kak Meena! Akak dah lebih tiga kali keluarkan duit tanpa pengetahuan Juna dan papa. Dan amaun yang akak keluarkan tu bukannya sedikit. Dah hampir seratus ribu ringgit!"

"Betul ke, Juna?"

"Ya, papa. Ini buktinya..." Fail kewangan ditunjukkan pada papa.

"Tengok sendiri, Meena. Apa alasan kamu kali ni?" Ameena menundukkan wajah.

"Kali ni, sorry. Juna akan buat apa yang sepatutnya Juna buat."

"Apa maksud kau, Juna?"

"Akak bayar balik semua hutang ni atau Juna akan pecat akak bersama suami kesayangan akak yang tak berguna tu!" Bentak Arjuna.

"Jangan kejam sangat, Juna."

"Kejam? Akak keluarkan duit syarikat tanpa pengetahuan Juna dan papa semata-mata untuk mewahkan suami tak guna akak tu, tak kejam ke, kak?" Ameena mencerlung tajam ke arah Arjuna.

"Apa yang dia buat sampai akak jadi bodoh macam ni? Bukan sedikit tau amaun yang akak keluarkan tu!"

"Eleh, Juna tu mana tahu apa. Takde keluargakan?"

"Takde keluarga, tak bermaksud Juna tak berbelanja. Sekurang-kurangnya, Juna tak mudah diperbodohkan pasangan Juna! Dia ada gaji, akak pun diberi gaji yang mahal. Tak cukup lagi ke? Bukannya ada anak pun sampai nak berbelanja mewah!" Sindir Arjuna.

"Kau jangan kurang ajar!"

"Juna takkan kurang ajar kalau akak tak menyusahkan kami!"

"Beginilah, Meena. Papa bagi masa sehingga hujung bulan ni. Bayar semua duit yang Meena dan Kamarul gunakan atau kalian berdua akan dipecat dan kes ini papa akan bawa ke pengetahuan pihak polis." Ujar papa seraya menyandarkan tubuhnya ke kepala sofa mahal.

"Papa! Takkan papa sanggup nak berlaku kejam pada anak sendiri?!"

"I have too, Meena. Kali ni Meena dah melampau! Dek pasal Kamarul, Meena sanggup tipu papa, tipu mama dan tipu Juna!"

"Meena terpaksa, pa. Ini semua arahan Kamarul."

"Huh! Lepas ni kalau si Kamarul tu suruh sain surat cerai, surat pertukaran nama saham pun, akak sain je. Biar padan muka akak!" Ejek Arjuna.

"Kau diamlah!" Marah Meena sambil menjeling tajam.

"Kamarul tu suami kamu, Meena dan pekerja bawahan papa dan adik kamu, Juna. Papa dan Juna boleh lakukan apa sahaja termasuk memecat kamu berdua kalau kalian dah banyak kali melakukan kesalahan yang sama."

"Papa, Meena ni anak papa. Takkan takde perasaan kasihan pada Meena, pa?"

"Kasihan? Kamu buat masalah ni sampai tiga kali, kamu kasihankan papa?" Ameena menundukkan kepala.

"Kamu sewenang-wenangnya gunakan wang syarikat untuk berlagak dan tinggikan gaya hidup kamu." Arjuna tersengeh.

"Nak hidup mewah, gunakan wang kamu sendiri. Bukan curi duit syarikat!" Bentak Tan Sri Ammar.

"Meena, ukur baju di badan sendiri, Meena. Kalau kamu ikut rentak berlagak kamu dan Kamarul, sampai bila-bila pun, kamu takkan pernah puas buat kesilapan yang serupa." Tan Sri Ammar melepaskan keluhan.

"Papa kecewa dengan kamu, Meena. Kamu mudah sangat diperdaya Kamarul. Sejak awal kamu berkenalan dengan Kamarul, papa memang tak berkenan. Kamu beria-ia katakan yang Kamarul lelaki yang baik. Tengok sekarang, apa dah jadi?" Ameena terdiam seribu bahasa.

"Papa serahkan jawatan pada Kamarul sebab kamu, Meena walaupun hakikat sebenarnya, dia tidak berkelayakkan langsung. Kamu beria-ia pujuk papa untuk melantik Kamarul sebagai pengurus. Tapi, apa yang dia dah buat? Kerja sambil lewa, datang ikut waktu sendiri, tak jujur, tak amanah!"

"Papa..."

"Begini, Ameena. Sepertimana yang kamu dengar tadi apa yang Juna katakan, itulah keputusan papa."

"Tapi..."

"Keputusan papa, muktamad!"

"Papa, tolong Meena, pa. Bagi Meena peluang."

"Peluang apa lagi, kak?"

"Tolonglah akak, Juna. Akak janji akak akan bayar semua."

"Dengan cara apa?" Ameena mati diksi. Air liur ditelan berkali-kali. Arjuna menoleh ke arah papa sebelum papa menganggukkan kepala.

"Begini, Kak Meena..." Arjuna melepaskan keluhan.

"Ini keputusan Juna yang terakhir." Meena mendongak memandang ke arah Arjuna.

"Juna akan tukarkan Kak Meena ke bahagian lagi dan untuk Kamarul, Juna akan pindahkan dia ke cawangan lain dan Juna akan turunkan pangkat dia ke eksekutif." Terjegil mata Ameena.

"Dan, gaji kalian akan dipotong setiap bulan sehingga habis hutang kalian pada syarikat."

"Papa, tolong Meena, pa..."

"Sorry, Meena. Bagi papa, itu keputusan yang adil buat Meena dan Kamarul. Fair and square."

"Tapi..."

"Take it or leave it..." Celah Arjuna dengan sengehan.

"Pertukaran tu akan berkuatkuasa serta-merta. Juna akan minta Tuan Sheikh dan Puan Batrisyia untuk sediakan surat pertukaran secepat mungkin bersama perubahan gaji."

"Dan, Juna minta tolong sangat-sangat, kali ni bekerja dengan lebih jujur dan amanah sebab Juna takkan bagi peluang jika berlaku kesilapan lagi selepas ini. Ingat tu!" Tegas Arjuna sebelum berlalu.

"Papa, Juna keluar dulu." Tan Sri Ammar mengangguk sebelum Arjuna melangkah keluar tanpa menoleh ke arah Ameena.

"Papa tak boleh tolong Meena?"

"Sorry, Meena. Juna is the boss. Papa hanya penasihat walaupun papa pemilik syarikat ni." Ameena melepaskan keluhan bersama dendam yang tersirat.

'Kau jaga, Juna. Kau cabar akak kau sendiri. Aku akan pastikan kau menerima balasan...' Gumam Ameena sambil melangkah keluar dari pejabat Tan Sri Ammar dengan dendam yang membara.

**********************

"What? Are you serious?"

"You ingat I ada masa ke nak bergurau dengan you, Kamarul oi..."

"You anak papa kot. Takkan papa tak boleh nak tolong you?"

"Tolong apa lagi, Kamarul? Dah berapa kali you suruh I keluarkan duit syarikat? You ingat Juna tu buta ke? Kalau sekali, takpe lagi. Ni dah lebih tiga kali, eh tak...empat kali I guna duit syarikat tau..."

"Ala, bukannya kita lari pun dengan duit tu..."

"You cakap sedap jekan? Yang kena, I tau. You... Sembang je lebih."

"Ala, yang. Rilekslah. Juna ngan papa tu, gertak je. Bukannya betul pun apa yang dorang kata. Tak payah takutlah..." Pujuk Kamarul sekadar menyejukkan hati sendiri. Hakikat sebenarnya, Kamarul amat berharap apa yang dikatakan isterinya, hanya omongan kosong.

"Huh! Nanti dah dapat surat pertukaran, you rilekslah sangat. I dah tak nak campur lagi." Ameena beredar dari pejabat Kamarul.

"Cish! Sial punya budak! Berani kau nak turunkan pangkat aku! Nanti kau. Kau belum kenal siapa Kamarul Khalif!" Tangan digenggam erat bersama dendam yang bersisa.

"Ah, telefon ni, time nilah nak berbunyi..." Ikon hijau digesek.

"Hello, baby..." Sempat Kamarul mengintai ke luar, bimbang ada pihak yang tiba-tiba mengganggu tugasnya.

"Hello, sayang..."

"Kenapa call I time kerja ni? Kan I dah cakap, I akan call you nanti."

"I rindulah, sayang. You cakap nak datang rumah I. I tunggu dari pagi tadi."

"Baby, you tahukan, I bekerja, sayang."

"Ala, you takkan tak boleh bagi alasan macam biasa?"

"Boleh tu memang boleh. Tapi, sekarang ni, ada masalah sikit. Sekarang I dah tak bebas macam sebelum ni."

"Apa maksud you, sayang?"

"I dah ditukarkan ke cawangan lain."

"Ala, kenapa jadi macam tu?"

"Entahlah, baby. Ni semua adik ipar I punya kerja. Dia jealouslah tu, I keluar site. Tu yang dia tukar I ke cawangan lain tu..." Tipu Kamarul.

"Hurm... You nak I tolong you ke, sayang?"

"Ni yang I sayang you ni... I nak you pikat adik ipar I. Dia ni, duda tau. Duit banyak. I tahu you tentu berminat dengan duda banyak duitkan?"

"Ish, you ni. Kenapa cakap I macam tu? Kalau I minat duda, I akan cari duda bukan you, tau..." Ada bunyi rajuk pada suara kekasihnya. Kamarul ketawa besar.

"Okey. I minta maaf, okey. Nanti lepas kerja, I datang jumpa you, okey baby? Nanti kita bincang rancangan kita."

"Okey, sayang. Jangan lupa, tau."

"Okey, baby."

Bab 1-4 free reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience