bacdh 'Explain!'

Drama Series 55610

"Doktor... saya nak minta tolong."

Masuk sahaja seorang doktor dan seorang jururawat ke dalam wad menempatkan Khalisya segera Khaleeda bersuara.

Terhenti pergerakkan tangan doktor yang mahu menulis sesuatu di atas helaian kertas report ditangannya.

"Ya puan."

"Baru sekejap ni ada suami saya, nama dia Muhammad Yusoff bin Yushak. Dia pergi ke department derma darah. Dia nak donate darah untuk Khalisya."

"Eh, kan saya dah cakap derma darah dari ibu bapa tak boleh... Pendermaan darah ke waris terdekat termasuklah ibu bapa kepada anak boleh melemahkan sistem imun anak. Apabila berlaku alloimunisasi HLA kepada penerima darah dari keluarga terdekat ini akan menyebabkan mereka berisiko tinggi menghidap penyakit GVHD (graft versus host disease). Jangan ambil mudah ianya boleh bawa kematian."
"Awak tak cerita pada suami awak ke? atau awak tak percaya cakap saya?".

"Bukan, bukan. Bukan macam tu... saya ada masalah agak complicated dengan suami. Dia... dia tak tahu Khalisya anak dia."

"Oh, kenapa macam tu?... Maaf cakap, saya memang tak patut masuk campur hal rumah tangga puan tapi janganlah buat macam tu... Anggaplah awak ambil nasihat saya dari segi pendapat doktor perubatan dan seorang bapa. Kalau jadi masalah kesihatan macam ni kan dah jadi rumit."
"Berbincanglah baik-baik sebagai orang dewasa dan bertanggungjawab menjadi ibu bapa. Kesian anak."

Khaleeda sudah terkulat-kulat malu. Diceramah percuma oleh doktor. Rasanya hari ini memang harinya. Dia kena cerita juga semuanya.

"Baik doktor. Saya minta maaf. Terima kasih."

"Saya masuk ni sebenarnya nak beritahu platelet darah Khalisya sudah naik ke paras normal. InsyaAllah tak perlu masuk darah. Cuma kita masih kena pantau untuk dua tiga hari lagi. Drip air masih tak boleh off. Yang mula masuk tu sebab kurang air. Denggi ni ubat yang membantu sebenarnya air dan paracetamol aje. Sampai hari ni denggi tak ada ubat khusus. Sebab itu denggi ni wabak berbahaya yang lebih baik dicegah dari diubat."

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor."

Doktor menulis sesuatu di atas kertas laporan di dalam fail. Kemudian meminta diri untuk keluar.

Pintu sudah tertutup tapi kemudian terbuka kembali. Masuk Yusoff dengan wajah yang tegang.

"Explain!".

Suaranya datar dan keras.

@@@@@@@

Dari jauh di koridor yang panjang ini Yusoff nampak seorang lelaki berjubah doktor dan seorang jururawat masuk ke dalam bilik Khalisya.

Yusoff lajukan langkah mahu segera sampai ke sana. Mahu juga dia mendengar sendiri penerangan doktor tentang tahap kesihatan Khalisya sayang.

Sampai di hadapan pintu Yusoff pulas tombol dan menolak sedikit tapi terhenti apabila terdengar suara Khaleeda.

Permintaan Khaleeda pada awalnya mengundang sedih di dalam hati Yusoff. Sampai hati Khaleeda tidak mahu dia menderma darah kepada Khalisya. Marah sungguhkah Khaleeda dengan layanan dia selama ini sehingga bercakap begitu.

Jawapan doktor pula memberi dia satu pengetahuan baru. Selama ini dia fikir derma darah dari keluarga terdekat adalah yang paling baik rupanya dia silap.

Selanjutnya apabila Khaleeda terangkan kenapa sebabnya dia rasa mahu meletup terperanjat di situ. Apa semua yang dia dengar ini?.

Baru semalam dia tahu satu rahsia. Yusoff fikir itu rahsia paling besar dan memeranjatkan tapi hari ini ada lagi berita tergempar sampai ke telinganya. Khalisya anak dia!

Drama apa sedang Khaleeda rancang ini. Khaleeda sedang buat apa ini. Mahu mengugut diakah?

Yusoff susun beberapa perkara jika Khaleeda sedang mencari untung... Tiada! Doktor sendiri cakap boleh merbahayakan kesihatan anak.

Mahu ugut dia? selama ini Khaleeda tegak seolah dia yang bernama Yusoff ini dengan Khalisya tiada hubung kait. Khalisya berbintikan Abdul Rahman.

Mahu dia kekalkan status Khaleeda sebagai isterikah? Sebelum ini hanya ada dendam dia tidak dibenarkan berada di hati Khaleeda dan Khaleeda rela sahaja dia dengan sikap membenci. Seringkali pula meminta perpisahan.

Jadi apa?.

Teki-teki di fikiran terputus apabila pintu bilik wad di tarik dari dalam. Keluar doktor dan jururawat tersenyum sekilas kepadanya lalu melangkah pergi.

Yusoff pulas tombol pintu yang sudah tertutup untuk membukanya lalu melangkah masuk ke dalam.

"Explain!".

Dia bingung sekarang. Berita Hamizah semalam dan berita dari Khaleeda hari ini. Apa cerita sebenarnya?.

"Ayah dah balik?".

Suara mengantuk Khalisya membantutkan langkahnya mendekati Khaleeda. Dia ubah arah kaki ke tepi katil Khalisya.

Duduk di bangku bersebelahan katil di situ lalu segera meraih tangan yang tidak dipasang branula.

"Ya sayang. Ayah dah balik."

"Sya rindu ayah."

"Ayah pun rindu Sya. Rindu sangat."

Yusoff kucup kekura tangan Khalisya. Kemudian bangun separuh dan memeluk tubuh kecil yang terbaring di atas katil. Perasaannya sebak.

Benarkah...?

Benarkah cakap Khaleeda tadi Khalisya ini anaknya?. Jika benar alangkah... ruginya dia untuk tujuh tahun umur anak ini yang dia dinafikan hak oleh Khaleeda sebagai seorang ayah.

Rasa sesal menjalar di dalam hatinya. Khaleeda harus ada alasan paling kukuh untuk semua rahsia ini.

@@@@@@@

Oleh kerana ibunya tidak mahu dia yang menghantar pulang ke rumah di pusat bandaraya Kuala Lumpur jadi dia terus sahaja balik ke Putrajaya.

Sampai di rumah tiada sesiapa di banglow itu. Senyap sunyi sahaja dan tiada tanda-tanda Yusoff atau Khaleeda ada pulang ke rumah.

Khaleeda dia tahu sedang berada di hospital menjaga Khalisya sayang yang sedang sakit, tapi dia tidak pasti di mana keberadaan Yusoff.

Di pejabatkah atau di hospital melawat Khalisya seperti pesan yang dia tinggalkan ke pejabat Yusoff untuk minta disampaikan kepada suaminya itu.

May Rose segera mandi dan menyalin pakaian. Harus segera mendapatkan Yusoff untuk bercerita tentang Mommynya. Biar Yusoff tahu semuanya, jadi jika Mommynya tiba-tiba datang mengamuk tidaklah suaminya terperanjat.

Jika mahu ke hospital harus melalui pejabat Yusoff dahulu jadi ada baiknya dia singgah dahulu ke sana. Jika Yusoff berada di pejabat bolehlah dia ajak menemankan ke hospital melawat Khalisya sambil berbincang hal salah faham Mommynya.

"Boss tak ada Miss May. Pagi tadi aje Boss dari airport dia ada singgah sekejap hantar barang dan dokumen penting lepas tu terus balik."
"Tu Encik Saadon, agaknya dia tau Boss dekat mana sekarang."

May Rose ikut berpusing memandang belakang mengikut arah tunjuk kakitangan Yusoff. Seorang lelaki sederhana tinggi datang menghampiri.

"Miss May cari Boss ke?. Boss pergi hospital."

"Oh ye ke. Okaylah kalau macam tu. Terima kasih ya."

May Rose segera mahu berlalu tapi ditahan lagi Encik Saadon yang meminta dia mengirim sebuah telefon bimbit baru menggantikan telefon bimbit Yusoff yang sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi.

@@@@@@@

Lama Yusoff melayan Khalisya berbual. Banyak sungguh cerita anak itu mahu dikongsi sepanjang ketiadaannya.

Kemudian menyuap Khalisya makan tengah hari. Nampak berselera Khalisya makan. Khaleeda yang hanya sekali sekala menyampuk memberitahunya Khalisya hilang selera makan dalam seminggu ini.

Apabila jururawat masuk ke dalam wad untuk memberi ubat dan membuat pemeriksaan, Yusoff segera keluar untuk menunaikan solat di surau hospital kerana dia tidak sabar mahu berbual panjang dengan Khaleeda selepas itu.

Sesudah solat, ketika dia masuk ke dalam wad Khalisya sudah tidur semula. Dia tinggalkan pesan kepada jururawat bertugas untuk menolong memantau keadaan Khalisya.

Kemudian segera dia mengajak Khaleeda turun ke lantai bawah dan memilih di sudut yang agak tersorok untuk berbincang panjang.

"Now explain."

Yusoff duduk tegak memandang ke hadapan. Tidak memandang kepada Khaleeda yang duduk di sisi.

"Sya anak Tuan."

"Tak payah nak Tuan sangatlah Di. Abang tengah geram ni. Jangan buat Abang lagi geram dengan Di."
"Abang tau Abang banyak buat salah dengan Di tapi... merahsiakan perkara sebesar ni memang tak patut!".
"Khalisya bukan caranya untuk Di balas kesalahan yang Abang dah buat."

Yusoff rasa mahu menangis. Sabar Sop. Kasihan Khaleeda. Bukankah semalam kau kata mahu berbincang baik-baik dengan Khaleeda supaya isteri ini mahu bercerita kisah sebenarnya.

Tapi cerita hari ini... lebih besar dari cerita Hamizah dan kisah Hamzah!.

Yusoff tarik nafas panjang dan lepas keras. Kasihannya Khalisya...

"I'm sorry Sayang. Please Di... ceritalah yang sebenarnya. Abang nak tau. Tolonglah."

Khaleeda kedengaran mengeluh panjang juga. Dia yakin Khaleeda lebih sesak dadanya hidup menyimpan cerita sepanjang tujuh tahun.

"Sehari lepas nikah Di tinggal sorang dekat rumah. Mama dan Papa outstation. Malam tu Di sakit perut. Di pergi hospital dan baby tu dah tak ada."
"Masa Abang sampai tu yang Abang tolong Di demam, sakit... Di baru balik dari hospital semalamnya."
"Di ingat lepas mama dan papa balik memang Di nak beritahu semua orang baby dah tak ada tapi... Di gunakan Abang..."
"Di takut bila membayangkan apa tindakan mama dan papa kalau tau baby dah tak ada masa tu."
"Mama dan Papa tak sayang Di. Tak layan Di. Di tak ada kawan. Tak dibenarkan berkawan. Tak mustahil mereka akan kurung aje Di dalam rumah lepas pisahkan Di dengan Abang kalau tau baby tu dah tak ada."
"Bila Abang ada sekurang-kurangnya Di ada seseorang buat kawan bertegur sapa walau cuma bercakap sikit-sikit."
"Manalah Di sangka hubungan kita boleh berkembang macam tu... Di... Di sayangkan Abang."
"Malangnya Di tak sangka Papa pisahkan kita dan kes dadah semakin memburukkan keadaan..."

Abang pun sayangkan Di sangat-sangat!. Sampai sakit, sampai murung!.

"Bila Di tau Di pregnant?".

"Hari kita jumpa dekat pejabat Abang Khai."

"Tapi kenapa Di tak nak terima Abang masa tu kalau tau Di mengandungkan anak Abang!?".

Yusoff rasa mahu marah kerana ralat kehilangan masa tujuh tahun terawal umur anaknya Khalisya.

"Lepas Abang balik Di pengsan. Abang Khai hantar pergi hospital, masa tu baru tau."

"Tapi Di tetap tak nak beritahu Abang! tak nak terima Abang!."
"Khairul cakap sebab Abang Yun ugut Di, sebab tu ke!?".

Sekarang Yusoff mahu marahkan Yunus pula. Sampai hati Yunus!. Dia ada perhitungan dengan Yunus pula selepas ini.

"Bukan... Abang Yunus tak salah. Dia cuma nak Abang berjaya. Di pun nak Abang berjaya."
"Abang please boleh tak sudah?, boleh tak tamatkan semua ni?. Abang dah pergi dan Abang dah balik pun. Abang dah berjaya."
"Di pun dah berjaya berterus-terang dengan Abang..."
"Pertama kali dalam hidup, Di rasa lega. Rasa lapang fikiran dengan semua tekanan dan rahsia yang Di terpaksa pikul ni."
"Please Abang bagi Di tenang. Kalau Abang rasa ralat hari ini... boleh tak Abang cuba pejam mata dan bayangkan berada di tempat Di?".
"Di lagi sakit abang..."

Yusoff toleh Khaleeda di sisi. Basah wajah manis yang pucat dan nampak penat itu dengan air mata. Kasihannya kesayangannya ini.

Yusoff raih Khaleeda masuk ke dalam pelukkannya. Erat dakapan Yusoff bersama air mata jantannya.

Betul kata Khaleeda dia kecewa bercinta sahaja sedangkan Khaleeda kecewa berbagai sudut.

Dianiaya Hamzah, sikap Mama dan Papanya, dakwaan mengedar dadah mereka lagi. Meneruskan hidup dan tanggungjawab pada Khalisya.

"Abang nak tanya satu lagi... kenapa Di hidup susah macam Khalisya cerita? Kenapa tak guna duit 50K yang Abang beri tu?. Atau Di tak ambik sebab Di tak sudi?".

"50K?".

Wajah Khaleeda terlihat keliru.

"Abang Yunus tak ada beri Di 50K ke?".

Khaleeda terdiam dan menggeleng. Yunus tak ada beri!?. Betul ke kolam ikan Yunus dari duit 50K itu!?

"Tak apalah Abang. Di... kita, dah sampai hari ini, masa sekarang. Boleh tak kita jangan kenang lagi hari dulu?".

Khaleeda yang nampak kusut dan penat memintanya begitu. Ya sekarang dia akan diamkan.

Nanti dia mahu hitung panjang dengan Yunus. Kenapa buat dia begitu?. Kenapa tidak amanah?. Kenapa Yunus tidak menolong dia seperti mana dia sentiasa bersedia menolong Yunus.?. Kenapa? Kenapa?.

Yusoff leraikan pelukan. Mengucup sekali hujung kening Khaleeda. Sama-sama duduk tegak semula memandang ke hadapan.

Di sana, di hadapan sana...
May Rose memandang mereka tanpa berkelip mata dan bergerak.

smlm cm ada mslh sistem kn. atau sy yg Salah cara tk tau la. tp smlm mmg kelam kabut sb kejar masa. nk pg rewang. anak sedara kwen. mgkn esok tk de up ye. ni kjp lg pn nk pg rewang lg. terima kasih kpd sume Komen dan mse yg diluangkn. wpn Sy tk jwb Komen ttp sume tinggalkan komen utk bacdh ni. tqvm kesygn sume. syg uoll

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience