Series
19392
DI dalam sebuah bilik yang sunyi, hanya bunyi nafas tergesa-gesa yang kedengaran. Lila berdiri di tepi katil, matanya merah setelah menangis terlalu lama. Dia berjalan menghampirinya dan merayu dengan Bevanka Joshua yang sedang berdiri dengan sikap angkuh di tepi tingkap sambil merokok.
āTolonglah Joshua, kita boleh selesaikan perkara niā¦ā
Joshua ketawa sinis, wajahnya tidak menunjukkan sebarang simpati. Dia berpaling menghadap Lila. Asap rokok yang disedut, dihembus ke wajah Lila. Lila mula berundur ke belakang sedikit.
āKau ingat aku peduli, Lila?ā
Suaranya dingin, seperti ais.
āKau memang tak berguna. Perempuan murahan. Aku dah bosan dengan kau. Kau boleh berambus sekarang!ā teriak Joshua lantang sehingga suaranya bergema di dalam bilik tersebut. Lila yang sedang menangis di hadapannya langsung tidak dipedulikan. Baginya, wanita itu langsung tiada nilai dalam hidupnya.
āJoshua, aku merayu. Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau tapi tolong jangan buang aku. Aku tidak boleh hidup tanpa kau. Ki⦠kita betulkan hubungan kita, ya?ā
Joshua melangkah perlahan-lahan dan semakin merapati Lila. Dia mencapai dagu Lila dan memaksa wanita itu untuk menatap wajahnya.
āLila⦠Lilaā¦ā
Kali ini Joshua tersenyum sinis.
āKau dengar sini, Lila. Aku dah tak mahukan kau. Kau tu cuma beban. Tak ada siapapun akan peduli kalau aku tinggalkan kau.ā
Dia melepaskan cengkamannya dengan kasar menyebabkan Lila terundur ke belakang.
āJoshua, aku cintakan kau. Selama ini apa yang kau nak, aku setia lakukan tetapi kenapa sekarang kau nak buang aku? Sebab kau dah ada perempuan lain?ā
Tanpa membalas kata-kata wanita itu, Joshua menolak Lila ke katil dengan kuat, membuatkan dia terhentak di atas tilam. Belum sempat Lila bangun, Joshua menggenggam kedua-dua pergelangan tangannya dengan kuat, menekannya ke bawah. Lila cuba melawan tetapi kekuatannya tidak cukup.
āStop it! Aku sakitlah!ā
Lila meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi Joshua menambahkan tekanan, menyebabkan kesakitan lebih terasa.
āDiamlah!ā
Joshua menjerit dengan lantang. Wajahnya berubah garang. Matanya yang terbeliak membuatkan dia kelihatan menakutkan.
āKau patut bersyukur aku masih biarkan kau hidup sampai sekarang. Kalau bukan sebab kau ni dah banyak tolong aku, aku dah lama buang kau.ā
Joshua melepaskan tangan Lila dengan kasar lalu menolaknya jatuh ke atas lantai lalu dia memandang Lila dengan jijik.
āKau ni cuma sampah! Jangan harap aku akan kutip kau semula!ā
Lila bangun dan duduk bersandar pada katil, memegang tangannya yang lebam dan sakit.
āJoshua, tolong⦠jangan buat beginiā¦ā
Suara Lila hampir tidak kedengaran, tangisannya teresak-esak.
āPengawal, bawa betina ni keluar daripada sini dan pastikan dia tidak muncul lagi di depan aku!ā
Dua orang pengawal yang sedang berdiri di tepi pintu bilik segera mendekati Lila. Tangannya ditarik dan diheret sehingga ke muka pintu bilik.
āLepaskan! Lepaskan aku! Kau jangan ingat kau akan bahagia, Joshua. Aku bersumpah yang hidup kau akan merana sampai kau mati! Kau tidak akan bahagia! Kau akanā¦ā
Pang!
Wanita itu rebah sebaik sahaja dipukul oleh salah seorang pengawal. Joshua yang sedang berdiri agak jauh, mula berjalan mendekati mereka. Dia duduk di hadapan wanita itu. Dagu wanita itu digenggam kuat.
āKau dengar sini. Aku bagi kau dua pilihan, kau pergi secara senyap atau aku musnahkan muka kau?ā
āKau memang lelaki tak berguna. Kau ingat senang-senang nak tinggalkan aku. Aku akan laporkan kepada pihak polis apa yang kau lakukan selama ini!ā
Tulang geraham Joshua bergerak-gerak menahan rasa geram selepas mendengar amaran Lila. Rasa marahnya semakin membuak-buak.
āBerikan aku pisauā¦ā
āIni, tuan.ā
Salah seorang pengawal menghulurkan sebilah pisau kepada Joshua. Dia menyambut pisau itu sambil tersenyum.
āA⦠apa kau nak lakukan? Ja⦠janganā¦ā
Terketar-ketar suara Lila menyoal apabila melihat pisau yang berkilauan di tangan Joshua. Dia tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran lelaki itu.
āJoshua⦠tolong⦠letakkan pisau ituā¦ā
Dengan suara yang perlahan, Lila cuba tidak membuat Joshua lebih marah.
Joshua bangkit perlahan-lahan, memusingkan pisau itu dengan jari-jarinya.
āLetakkan? Kenapa? Kau takut?ā
Dia mendekati Lila yang masih duduk di atas lantai.
Lila mengesot ke belakang. Mencari ruang untuk melarikan diri.
āJoshua, jangan buat macam ni. Kita boleh berbincang. Tolonglahā¦ā
Air matanya semakin deras mengalir. Masih berharap dapat melembutkan hati Joshua.
Joshua menghampiri Lila dan dalam gerakan pantas, dia menekan pisau itu ke leher Lila, membuatkan Lila terkaku. Pisau yang cukup tajam itu menyebabkan leher Lila calar kecil dan berdarah.
āKau ingat aku bergurau?ā
Suara Joshua berbisik di telinga Lila dengan nada yang penuh ancaman.
āKau dah buat aku muak, Lila. Aku dah tak perlukan kau lagi.ā
Lila menggigil. Dia berusaha untuk tidak bergerak supaya pisau itu tidak masuk lebih dalam lagi.
āJoshu, tolong⦠aku tak akan ganggu kau lagi. Aku akan pergi⦠tolong jangan apa-apakan akuā¦ā
Joshua menarik pisau itu sedikit tetapi kemudian dengan kasar menarik tangan Lila lalu mencucuk lengannya dengan hujung pisau. Lila menjerit dalam kesakitan. Darah mula keluar melalui luka itu. Joshua tersenyum puas melihat darah itu seolah-olah dia menikmati penderitaan yang dialami oleh Lila.
āKau patut diam dan dengar cakap aku dari awal.ā
Dia mencengkam rambut Lila lalu mengacukan pisau itu ke arahnya sekali lagi.
āSekarang, aku akan pastikan kau tidak lari lagi.ā
Lila menangis dan cuba melawan tetapi dia terlalu lemah untuk melarikan diri. Joshua tidak menghiraukannya dan dengan perlahan-lahan dia menekan pisau ke lengan Lila sekali lagi, menyebabkan lebih banyak darah yang keluar.
āArghhh! Joshua, hentikan! Aku minta maaf. A⦠aku akan buat apa saja yang kau nak!ā
Rayunya dengan tangisan yang teresak-esak. Berharap Joshua akan berhenti.
āMaaf kau dah tak ada makna sekarang.ā
Tanpa amaran, satu tamparan kuat hinggap ke wajah Lila, membuatkan dia rebah ke lantai. Kepalanya terhentak, dan tubuhnya tidak bergerak.
āBawa perempuan ni keluar!ā
Joshua mengarah tegas, matanya tajam menikam ke arah pengawalnya.
āKau tahu apa yang perlu dibuat, kan?ā
Suara Joshua rendah tetapi penuh dengan ketegasan, seperti satu arahan yang tidak boleh disanggah.
Pengawal itu mengangguk tanpa sebarang tanda keraguan. Tiada soalan yang perlu ditanya.
āTahu, tuan,ā jawabnya ringkas, suaranya mantap seolah-olah sudah terbiasa dengan perintah seperti itu.
Joshua tidak berkata lebih. Dengan hanya satu arahan berupa anggukan kepala, dia memberi isyarat agar mereka segera melaksanakan tugasan itu. Tanpa membuang masa, pengawal tersebut bergerak pantas. Tubuh Lila yang tidak sedarkan diri diangkat dengan penuh berhati-hati. Langkah-langkahnya hampir tidak bersuara, meninggalkan bilik itu bersama beban yang telah diberikan kepadanya.
Joshua berdiri sejenak, matanya tajam memandang pintu yang kini tertutup rapat. Setelah pasti semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia kembali ke tempat duduknya. Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak kecil di atas meja, jari-jarinya yang panjang mula menyalakan api pada hujungnya.
Asap putih mula berkepul, membentuk lingkaran-lingkaran halus di udara. Wajahnya tetap dingin, tanpa ekspresi, seolah-olah apa yang baru saja berlaku hanyalah urusan biasa. Namun di sebalik kedinginan itu, ada sesuatu yang mengerikan tersembunyi dalam matanya.
Share this novel