BAIDM - BAB 4 - ASYRAF IS BACK

Romance Series 572

"Apa sahaja anak sial tu cakap kat orang tua ni sampai dia berani bantah aku?"

"Berani orang tua ni lawan aku sekarang. Ini mesti budak sial tu punya angkara. Kalau tak, takkanlah Jeff berani bantah keputusan aku?" bebel bonda sambil mengepal penumbuknya.

"Nanti kau, anak sial! Aku tahu nak buat apa kat anak tak sedar diri macam kau!"

"Apa yang bonda bebelkan tu?" suara maskulin seseorang menyapa gegendang telinga membuatkan Datin Sri Marina memusingkan tubuh.

"Eh, anak bonda dah balik?"

"Hurm..." pendek jawapan Maliki seraya menghenyakkan tubuh ke sofa mahal yang diperbuat daripada kulit berjenama mewah.

"Gila tak penat, bonda." balas Maliki dengan mata tertutup akibat terlalu letih.

"Biasalah, kerjakan. Iki nak air? Bonda minta Mak Mah buatkan." Iki panggilan manja buat Maliki yang merupakan anak bongsu di dalam keluarga.

"Eh, tak payahlah bonda. Tadi, Iki dah minum kat cafe dengan member."

"Minum kat cafe?"

"Ha'ah."

"Bonda tak sukar Iki buang masa dengan budak sebarangan."

"Tak, bonda. Ini semua kawan rapat Iki masa kat universiti dulu."

"Yelah, bonda faham. Tapi, jangan sampai kawan-kawan tu mengenakan Iki. Bonda tak nak kawan-kawan Iki ambil kesempatan kat Iki. Iki, kan berduit. Bonda takut dorang ambil kesempatan je..."

"Bonda, janganlah fikir kolot sangat. Kawan-kawan Iki tu, tak macam yang bonda fikirkan. Dorang semua baik. Waktu Iki susah, doranglah yang tolong."

"Iki susah? Bila Iki susah? Kenapa bonda tak tahu?" tak karuan bonda mendengar kata-kata si anak bongsu.

"Bonda mana ambil berat hal anak-anak bonda? Bonda sibuk nak kejar kekayaan je..."

"Iki cakap apa ni?"

"Dahlah, bonda! Malas Iki nak cakap benda ni. Nanti, Iki juga yang bonda salahkan."

"Iki..."

"Iki nak masuk bilik. Nak rehat." balas Maliki tanpa memandang wajah bonda yang tegang.

"Maliki! Iki!" Maliki tidak endahkan jeritan bonda yang memenuhi ruang tamu rumah agam itu.

"Apa kena dengan orang dalam rumah ni, hah? Menyusahkan!" bentak bonda dengan dengusan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Maria!" Maria tergamam mendengar suara yang cukup dia kenali sehingga ke hari ini. Langkah kaki terhenti. Dada berdebar kencang.

"Suara itu..."

"Maria..." terkedu Maria melihat kelibat manusia yang pernah dia sayangi, dia cintai sepenuh hati sebelum ini berdiri tegak di hadapannya dengan berpakaian segak dan masih kellihatan tampan. Air liur ditelan berpasir.

"Maria sayang..." mata Maria tidak berkerdip memandang seraut wajah milik lelaki yang pernah bertahta di hatinya sebelum ini.

"Maaf, I nak cepat." Maria berura-ura mahu melangkah pergi sebaik tersedar dari lamunan.

"Mar, please. Bagi I peluang..."

"Maaf, tuan salah orang."

"Tak, I tak salah orang. I tahu, you Maria, atau perlu ke I panggil you dengan nama penuh you, Jasmaria Binti Datuk Sri Jeffrey." terhenti terus langkah Maria mendengar nama penuhnya yang sudah lama tidak dia gunakan disebabkan nama itu diberikan oleh bondanya.

Hanya Maria yang berbeza nama dengan adik-beradik lelakinya. Yang lain bermula dengan huruf M mewakili nama bonda. Sedangkan dirinya, diberi nama seperti nama orang asing, bermula dengan huruf J, yakni permulaan nama abah.

"Maria, please. Dengar cakap I."

"Apa lagi yang you nak ni? Tak cukup ke kejadian hampir dua puluh tahun yang lalu?" Maria teruskan langkahnya.

"Mar, please stop for a while!" terhenti langkah Maria bila lengannya dilelar. Dengusan dilepaskan.

"Jangan sentuh I!" bentak Maria sambil menepis kasar tangan Asyraf.

"Sayang..."

"Stop calling me sayanglah!" bentak Maria dengan jelingan tajam. Tangan dilipat ke dada tanpa menoleh walau seinci pun ke arah Asyraf.

"Fine. I tak panggil you sayang. But, please, jangan ignore I." tersungging bibir Maria.

"You ingat you siapa nak bagi I arahan?"

"Mar, you've change a lot..." bibir tersungging.

"I berubah sebab you sendiri berubah, kan?"

"Bukan itu maksud I, Mar."

"Then? You nak cakap sebenarnya, Raff? I banyak kerjalah."

"I miss you so much, Mar."

"Bullshit! Go to hell dengan rindu you!"

"But, it's true, Mar. I miss you a lot." Maria tersengeh sambil gelengkan kepala sedikit.

"Rindu? Hampir dua puluh tahun yang lalu, masa kejadian tu berlaku, you tak cakap pun semua tu kat I. I tanya you satu soalan mudah, pun you tak berani jawabkan? So, you expect apa, Raf?" ada getaran pada suara Datuk Maria.

"Mar, dengan ikhlas hati, I mohon kemaafan dari you. I tahu dah terlambat untuk I pohon kemaafan dari you. I cuma nakkan kemaafan dari you."

"Fine. I maafkan you. Puas hati?"

"Bukan begitu, Mar. I tahu you tak ikhlas nak maafkan I." keluhan berat Maria lepaskan.

"You rasa, dengan apa yang you dah buat pada I, mudah ke I nak maafkan you, Asyraf Affiq?" Asyraf menatap seraut wajah yang masih dia rindukan sehingga ke saat ini. Perasan dengan renungan Asyraf, cepat-cepat Maria kalihkan wajah.

"You rasa, I pasrah dengan apa yang you dah lakukan pada I? You tinggalkan I seorang diri hanya kerana nak jaga hati keluarga you. You ikut segala kemahuan keluarga you tanpa memahami apa yang I rasa." ada getaran pada suara Maria.

"Mar, selama bertahun-tahun I cari you, Mar. I cari you di merata tempat. I nak you terima I. I nak minta maaf dari you. I betul-betul rasa bersalah, Mar. Hidup I tak tenang selama bertahun lamanya."

"Huh! Memanglah tak tenang. You dah mainkan hati dan perasaan orang yang setia dengan you selama ini." sindir Maria.

"Dan, hari ini, Allah makbulkan doa I. I really miss you, Maria..." Maria tertawa kecil.

"Rindu? You jangan nak buat gilalah. Pergi hadap isteri you! I tak nak wife you datang sini tuduh I rampas laki dia pulak."

"Mar, I... I nak kita kahwin..." terjegil mata Maria mendengar kata-kata Asyraf yang baginya tidak masuk akal.

"You dah gila ke? You tinggalkan I sendirian selama bertahun-tahun. You jumpa I hari ni semata-mata nak ajak I kahwin? Buang tabiat ke?"

"Kalau itu yang you fikirkan, silakan. You boleh cakap apa sahaja. I buang tabiat ke, I gila ke. Yang pasti, I nak you kahwin dengan I. Fullstop!"

"Gila!" Maria berura-ura mahu melangkah pergi.

"Maria, nanti dulu!"

"Sekali lagi you sentuh I, you tahulah apa akibat dia..." serta-merta Asyraf lepaskan cengkaman tangannya di lengan Maria yang mencerlung tajam ke arahnya.

"I minta maaf, Mar. I nakkan jawapan dari you."

"My answer is no! Pergi balik pada wife you. Jangan sampai dia tahu you jumpa I. I takkan bagi muka lagi pada sesiapa yang cuba jatuhkan maruah I. Ingat tu!" jari telunjuk dituding tepat ke wajah Asyraf.

"Mar, please. I just need you, Mar. I tak bahagia."

"Tak bahagia? You tak bahagia, bukan masalah I. Dah jadi suami isteri kena pandailah cari bahagia."

"I tak bahagia, Mar. I sedar, kebahagiaan I hanya dengan you." Maria pecah ketawa. Asyraf hanya mampu memandang dengan hati yang sebal.

"Oh, come on. You dengan wife you berkahwin atas aturan keluarga. Kedua-duanya kaya-raya. Hartawan. Apa alasan you yang you tak bahagia dengan wife you?" sindir Maria sambil sambung ketawa.

"Mar, demi Allah, Mar. I tak pernah lupakan you selama ini. Tidak pernah walau secebis kenangan antara kita. I terlalu rindukan you, Maria. Terlalu..."

"Dahlah. Jangan nak mengarut. I ada meeting. I tak pernah kerja sambil lewa. I tak pernah datang lambat pada mana-mana mesyuarat. Dan, I rasa you pun tahu perangai I, kan?" lambat Asyraf anggukkan kepala.

"So, may I go now?"

"I just need your answer, Maria."

"Jawapan I tetap sama. I takkan berkahwin dengan you walaupun you dah menduda atau apa sahaja alasan you. Fullstop!"

"I need to go."

"I really hope to meet you again."

"In your dreams." balas Maria sebelum berlalu. Asyraf hanya mampu melihat belakang Maria yang sedang berlalu pergi meninggalkan dirinya.

"I really miss you, sayang..." Asyraf melangkah pergi dengan langkah longlai.

"Hai sayang..." Maria tertoleh.

"You?!" naik seoktaf suara Maria bila kelibat Asyraf berada di hadapannya.

"You kenal ke dengan Datuk Maria, Raf?"

"Lebih dari kenal, datuk..." Maria menjeling tajam.

"Datuk Maria, kenalkan ini, Tuan Asyraf Affiq, shareholder baru dalam projek mega kita." ujar Tan Sri Ismail seraya memperkenalkan Asyraf Affiq pada Maria.

"I kenal lelaki ni, tan sri." balas Maria.

"Maaf, I tak bersalaman dengan lelaki bukan mahram." ujar Maria sebelum Asyraf menarik tangannya.

"Sorry, I have to go."

"Asyraf, lain macam je..."

"She's my ex-girlfriend."

"No wonder..."

"But, I tengah berusaha nak dapatkan Maria semula."

"Serius? You dah kahwinkan?"

"Lelaki boleh kahwin lebih dari seorangkan, tan sri?"

"Wow, besar impian you..." Asyraf dan Tan Sri Ismail ketawa besar. Asyraf memasang impian besar untuk merebut cinta Maria walau apa pun yang berlaku.

"Tapi, Maria tu tak mudah nak didekati. Kata orang, jinak-jinak merpati. Makan ditangan, lari bila didekati."

"Tak kena dengan caranya, larilah merpati tu, tan sri. Bila dah ditambat, ikat dengan cepat. Jadi, takdelah merpati tu lari."

"I'm impress with you, young man..." bahu Asyraf ditepuk perlahan bersama gelak ketawa.

"I wish you good luck. Sebab, ramai dah try nak dapatkan Maria. Tapi, tak semudah yang disangka. Baru je nak ajak dinner bersama, Maria dah tolak awal-awal. Ramai yang kecewa."

"Serius, tan sri?"

"Ya, Raf. I pun dah try. Tapi, tak mudah nak lenturkan hati seorang Datuk Maria."

"Tan sri pun?"

"I try untuk anak I. Duda, anak dua. Tapi, awal-awal, Maria dah tolak tanpa bertemu dengan anak I."

"Macam tu sekali..."

"Apa nak cakap lagi, Raf. Mungkin, Maria pernah lalui kesakitan yang maha dahsyat sampai dia tutup pintu hati dia pada lelaki."

"Tan sri sindir I ke?"

"Sorry, kalau you terasa, Raf. Perempuan ni sebenarnya, pencinta yang setia. Tapi, sekali dia dah terluka akibat dikhianati, tak mudah nak lembutkan hati dia lagi. Dan, tak mudah nak kembalikan kepercayaan dia."

"I akan berusaha untuk dapatkan kembali cinta Maria. I nak lihat wajah Maria tersenyum seperti dulu. Itu janji I, tan sri."

"All the best to you, Raf..." ujar Tan Sri Ismail.

"Argh!" Maria bertembung dengan seorang lelaki di pintu masuk lobi bangunan tempat dia bermesyuarat ketika cuba melarikan diri dari Asyraf yang cuba mengejar Maria.

"Auch! Allahuakhbar..." tergolek seorang lelaki sebaik dilanggar Maria.

"Ma...maafkan I. I...I tak sengaja. Mari, I tolong." Maria cuba membantu lelaki dihadapannya bangun dari lantai tangga.

"Hati-hati, cik. Nasib saya yang terjatuh. Kalau cik yang terjatuh, macamana?" soal lelaki muda dihadapan Maria.

"I...I betul-betul minta maaf. I tak sengaja. I nak cepat tadi."

"Nak cepat tu, saya faham. Tapi, cik kena hati-hati. Tangga ni. Bahaya untuk perempuan cantik macam cik." Maria rasa berbahang di wajah. Lelaki muda di hadapan Maria, sibuk mengemas barangannya yang berterabur di lantai.

"Err, you okey ke?" lelaki muda itu membelek-belek lengan kiri dan kanan.

"Eh, darah!"

"Takpe, cik. Sikit je ni."

"Tapi, lengan you berdarah. Kita ke klinik, ya."

"Takpe, takpe. Sikit je ni."

"Jangan macam tu. I tak nak terhutang budi pada sesiapa."

"Cik tak terhutang budi dengan saya pun. Cik jaga diri. Hati-hati kalau berjalan. Saya okey je."

"Jangan macam tu, please. Saya bayar semua." tergeleng-geleng kepala lelaki muda tu bersama sengehan.

"Cik, saya tak apa-apa. Jangan risau. Saya takkan tuntut apa-apa kat cik. Ini luka kecil je."

"Err, please. I rayu sangat. Nanti, luka you lambat baik." keluhan dilepaskan perlahan.

"Baiklah. Kali ni, saya ikut cakap cik."

"Terima kasih."

"Sama-sama."

"Kita ke klinik di sebelah bangunan ni, ya?"

"Saya ikut je..."

"Macamana?" soal Maria sebaik lelaki muda itu keluar dari bilik pemeriksaan.

"Alhamdulilah. Takde apa yang serius. Cuba cedera ringan je."

"Alhamdulillah. Lega I dengar. Sekejap, I bayar bil."

"Shafiq Shazman?" terdongak lelaki muda di hadapan Maria.

"Saya. Tapi, cik..."

"I, Maria."

"Okey, Cik Maria. Cik Maria boleh panggil saya Fiq atau ikut suka Cik Marialah nak panggil apa. Saya tak kisah." Maria tertawa kecil dengan usikan Fiq.

"Ke...kenapa pandang saya macam tu?"

"Cik Maria ketawa tu, comel je. Saya suka tengok." serta-merta terhenti gelak ketawa Maria. Berbahang wajahnya saat ini.

"Err, saya kena balik ni. Nak masuk kerja."

"Kerja? Tadi tu?"

"Err, siang hari saya despatch atau runner. Hantar dokumen seperti yang diarahkan."

"Oh..."

"Malam pula, saya fitness trainer."

"You buat dua kerja?"

"Ya, cik. Saya cari rezeki lebih."

"You tak penat ke?"

"Selagi saya mampu, saya buat. Dah tak larat nanti, saya rehatlah. Buat satu kerja je..."

"You nak kerja dengan I?"

last free chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience