Jam di dinding sudah masuk 10 malam semasa Dihya baring di sofa menonton televisyen. Selimut yang dibawa keluar dari bilik tidur menutup sebahagian kakinya. Dua buah bantal berada di belakang kepala. Sejak habis makan malam tadi dia sudah bertapak di situ.
Sekali lagi Dihya menguap. Air mata mengantuk turun dari tepi mata. Disebabkan dia tidak tidur seharian semalam, matanya yang berat ini sudah merayu hendak ditutup tirainya.
Namun Dihya memaksa dirinya untuk terus berjaga. Sebab siapa dia begini? Ya kerana tuan kesayangan dia la. Siapa lagi. Ikutkan hati memang sudah terbaring kejung tidak sedarkan diri dia sejak sejam yang lepas atas katil mahalnya tu.
Siaran langsung drama CSI bermain di skrin televisyen gergasi langsung tidak dapat menghilangkan rasa mengantuknya. Malah makin berat matanya terasa hendak terkatup.
Dengan malas Dihya bangun dari perbaringan. Mata terarah pada pintu masuk. Berapa lama Zane nak suruh dia tunggu ni? Gerutunya di dalam hati sudah mahu melontar tantrum. Kalau dah sibuk sangat tak boleh ke Zane call atau maklumkan pada dia jam berapa lelaki tu akan pulang?
"Hisy!"peduli la situ. Zane nak balik ke nak apa ke terpulang. Dihya terus menumbangkan badan semula ke sofa marah-marah. Dia sudah tidak tahan lagi untuk menunggu Zane pulang. Pandai-pandai la kejutkan dia nanti kalau balik ke apa. Selimutnya dipeluk rapat ke dada semasa Dihya baring mengiring membelakangkan televisyen.
Tidak sampai 10 saat selepas itu Dihya memejamkan mata, dia sudahpun terlena. Membuatkan keadaan ruang tamu itu sepi, suara sayup yang kedengaran dari siaran tv langsung tidak mengisi suasana suram ruangan itu.
Flashbacks
"DIHYA, TOLONG ayah ya. Ayah tak tahu nak mintak tolong dekat siapa lagi ni..." Encik David merayu pada anak gadis berusia 17 tahunnya itu.
"Berapa banyak yang ayah dah berhutang kali ni?" kening Dihya mencerlung marah. Tangannya mengepal erat genggaman.
"Tak banyak mana pun. Cuma 2k aje."
"Apa?2k? Ayah... Rumah kita ni pun tak sampai harga tu. Dari mana ayah nak Dihya cari duit?"
"Kamu jadi la host girl ke apa. Dengan muka kamu macam ni sesiapa akan sanggup bayar lebih dari 2k untuk satu malam."
Dihya tercengang. Dia tenung wajah tidak terurus Encik David dengan perasaan jijik dan tidak sukanya. Tidak ibunya. Tidak ayahnya. Sikit pun tidak menyenangkan hati dia. Memangnya dalam kepala mereka ni cuma hutang dan dadah aje ke?
"Taknak. Ayah tau tak apa budak-budak dekat sekolah cakap pasal Dihya? Mereka semua panggil Dihya pelacur sebab dia orang tahu Dihya kerja dekat kelab sebagai host!?" Ayahnya tidak tahu betapa menakutkan pekerjaan itu. Sudah lah dia di bawah umur, kalau dia tak tahu macam mana nak jaga diri, dengan mudah dirinya di ambil kesempatan. Dan orang tuanya ini dengan mudah demand supaya dia bayarkan hutang lelaki ni!
"Nak buat macam mana, dah mak kau sendiri pelacur. Aku kahwin dengan dia pun sebab aku nak duit dia je. Entah-entah kau ni pun bukan anak kandung aku. Entah anak jantan mana dia sangkut!" cebik Encik David dalam keadaan mabuk ketika itu.
"Tak kira. Dihya takkan tolong ayah bayar semua hutang tu. Kalau ayah nak, cari duit sendiri. Dihya ada exam esok! Ada banyak yang Dihya nak ulang kaji!"
"Buat apa kau belajar? Budak hingusan jalanan macam kau ni takkan ke mana-mana! Apalagi ada kehidupan senang. Ingat sikit latar belakang kau tu. Tak kira kau pandai macam mana sekalipun, bagus macam mana sekalipun kehidupan kau... Kalau dah berdarah pelacur dan penagih dadah. Sama aje! "ketawa Encik David sebelum meneguk rakus minuman memabukkan itu.
Tanpa amaran selepas itu, Encik David mencekak belakang rambut Dihya yang diikat satu itu lalu ditarik gadis itu ke arah pintu keluar.
"Apa ni! Ayah lepaskan lah!"gelut Dihya melawan hendak melepaskan diri dari cengkaman ayahnya itu.
"Aku tak peduli! Kau kena jugak ikut aku. Jadi host girl malam ni. Kumpul duit banyak sikit!"
END of flashback
BERSAMA DEGUPAN JANTUNG yang menyakitkan di dalam dada, Dihya tersentak dari lena sebelum bangun dalam keadaan melunjur di situ. Deru nafasnya naik turun sebelum dia tersentak sedar dari terkejutnya. Bila dia melihat sekitar, dirinya dikejutkan dengan keadaan sekeliling yang sudah berubah.
Seingat dia sebelum tertidur tadi dia ada di ruang tamu. Tapi kenapa boleh ada dalam bilik tidur pula?
Dihya tunduk, dia memandang dirinya yang sudah di selimut kemas bawah comforter. Sejak bila dia ada penyakit tidur berjalan pulak ni?
KLIK!
Bunyi pintu terbuka menyentak bingung Dihya serta merta. Masih dalam keadaan mamai Dihya pandang ke arah penghadang di hadapan katilnya dengan debaran di dalam dada.
Disebabkan dia sudah tahu siapa yang masuk ke situ, Dihya tidak memikirkan sesiapa lagi kecuali orang itu. Mata mereka serta merta bertentangan.
ZANE MERENUNG KE arah Dihya di atas katil itu setelah berdiri di situ. Membuatkan Dihya dengan muka bangun tidur dan mata bulatnya membalas tatapan Zane tanpa sedar.
Kata-kata Kyren siang tadi terngiang-ngiang dalam kepala Zane. Sehingga sekarang Zane masih tidak habis fikir. Suratan apa yang tertulis untuk mereka ini? Bagaimana segalanya boleh berlaku secara kebetulan begini?
Bagaimana Dihya dan dia boleh kembali bertemu dalam keadaan begini?
"Pukul berapa sekarang ni?"tanya Dihya terkebil bingung tidak tahu hendak apakan lagi di atas katil tatkala Zane mendekat ke arahnya dengan renungan dalam seperti itu.
"3 pagi."dingin mendatar nada Zane ketika itu di telinga Dihya.
"Tuan balik pukul berapa?"dengan letih Dihya melepaskan keluhan. Mesti Zane marah sebab dia tak tunggu lelaki itu pulang. Rambut panjang yang tidak diikat itu dikuak ke belakang sebelum di membetulkan kedudukan kepada bersila di atas tilam itu.
"Baru aje tadi."jawab Zane. Lelaki itu baru sahaja pulang selepas luangkan masa di kediaman datuknya. Oleh kerana dia tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan Dihya, Zane ambil keputusan untuk berehat sekejap di situ. Tak sangka pula dia terlelap. Bila sedar aje terus dia gegas ke rumah. Masa itu Zane tidak expect yang Dihya akan menunggunya sehingga lewat begitu. Tanpa diduga rupanya dia disambut dengan Dihya sudah terlena di atas sofa ruang tamu. Berapa lama agaknya Dihya tunggu dia?
Dengan renungan ternanti-nanti Dihya tenung wajah bercemberut Zane. Lelaki itu hanya diam berdiri dekat situ memandangnya. Membuatkan Dihya yang merasa tidak senang duduk di situ. Patut ke dia lari, atau keluar dari situ?Debaran dalam dada semakin menjadi-jadi tatkala hatinya berasa tidak tentu hala.
Riak wajah itu jelas kelihatan seperti tidak puas hati. Entah, Apalagi yang tidak di puaskan hatinya lagi ni? Belum surut-surut lagi ke marah tu?Detik hati Dihya semasa memerhatikan Zane.
Tanpa mengatakan apa-apa Zane naik ke atas tilam itu sebelum bersila sebelah kaki menghadap Dihya.
Dihya apalagi, berasa awas sejak tadi langsung tidak mengalihkan pandangannya dari Zane. Dia perhatikan aje gerakan geri Zane. Kenapa? Ada apa? Berhenti pandang dia macam tu. Bercakap la bukan diam aje. Kalau ada yang tak di puas hati kan lagi, beritahu. Bukan diam dan pandang dia macam ni. Buat dia berdebar aje!
Dia mahu memulaukan Zane, tetapi apabila Zane begini, dia takboleh tahan diri dari bertanya. Sebab kelakuan Zane sering buatkan dirinya tertanya-tanya. "Kenapa tuan cari saya?Kalau tak ada yang penting, kita bercakap esok pagi aje. Saya betul-betul tak ada tenaga nak bertekak dengan Tuan tengah pagi buta macam ni."ujar Dihya perlahan. Wajahnya diraup letih. Matanya yang berat masih mahu ditutup.
Untuk beberapa saat, Zane hanya duduk di situ memandang Dihya. Wajah itu ditenung dalam balik cahaya malap dari lampu sebelah katil. Walaupun tidak terang tapi dia dapat melihat dengan jelas renungan kelam di mata itu. Dia ingatkan Dihya membencikan dirinya jadi gadis ini pasti tidak akan menunggu dirinya. Tetapi tidak. Gadis ini tetap menunggunya sampai terlelap.
Ianya buatkan Zane berasa serba salah tanpa lelaki itu sedar.
"No. We need to talk now."Zane menekap tepi wajah Dihya dengan sebelah tangan di saat matanya masih menilik raut wajah mamai itu.
Akibat tapak tangan Zane sejuk, secara refleks Dihya menahan nafas dengan kuat dek sentuhan lembut itu. Terus terpujuk rajuknya. Entah kenapa dia tidak mahu menolak atau mengelak dari Zane sedangkan dia patut cuba memadamkan perasaan sukanya ini bukan semakin suka.
Namun perubahan pada tingkah laku itu masih buatkan Dihya tertanya-tanya. Apa yang dah berlaku pada hari ni sampaikan Zane datang menemui dia dalam keadaan susah hati begini?
Bersama renungan tidak berminatnya, Dihya membalas tatapan itu dengan keluhan letih. Zane nak minta maaf pada dia ke? "Tentang apa?" Kalau betul Zane nak minta maaf, bagaimana pelan dia untuk berhenti sukakan lelaki ni pula? Goyah la pendirian dia nanti kalau Zane memujuk dia.
"Did I hurt you bad?"bisik Zane sambil itu. Ibu jari mengusap-ngusap pipi berlebam Dihya. Wajah yang bersih tanpa cela itu akhirnya terluka lagi kerana dia. Hatinya yang sebu sejak tadi semakin menyesakkan dada.
Mata Dihya bergerak-gerak menilik wajah yang ada di depan mukanya itu. Memang jelas kelihatan kekusutan di wajah Zane. Risau ke lelaki ini padanya? "Sikit je?Semua ni hal kecil untuk saya. Lagipun dari kecil lagi saya biasa dipukul. Tamparan tuan tak seberapa dengan apa yang saya dah lalui."luka fizikal dia ni tak sesakit hinaan Zane pada dia.
Kening Zane berlapis. Mata itu kelihatan seperti mahu menangis tetapi tiada air mata yang bertakung.
Membuatkan Dihya secara nalurinya turut menekup tepi muka Zane. Diusap perlahan pipi itu. Dia yang disakiti tapi kenapa Zane yang kelihatan seperti sedang dalam kesakitan? "Ada yang dah berlaku pada tuan hari ni?"
Pada masa itulah, Zane memejamkan mata lalu menyandarkan pipi yang disentuh Dihya itu pada tapak tangannya. Hatinya yang lara terpujuk dek sentuhan itu.
Ya. Ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya ini! Dan dia dah tahu apakah sebabnya.
What a strange heart it is?
Dia terlalu ego untuk menerima sesiapa dalam hidupnya kerana takut disakiti. Hingga dia merancang untuk menyakiti sesiapa yang ada di dalam hidupnya supaya dirinya dibenci.
Namun takdir telah merancang yang lebih baik untuknya. Zane tidak dapat lari lagi dengan kenyataan yang dia sudahpun jatuh cinta. Akhirnya dinding yang dia kawal dengan ketat telah runtuh hanya kerana kehadiran gadis bernama Dihya Maelani.
Mistress dia.
Okay. Dah betulkan balik. Baru rasa tak kekok sangat bila di baca.
Share this novel
tlg sambung lg..best sgt xsbr dh ni