Pintu besi bawah tanah kawasan gudang terbiar terbuka ke dalam sewaktu sekumpulan lelaki bersut berjalan masuk melaluinya. Lalu muncul lelaki terakhir di belakang sebelum mereka semua berdiri di tepi sekeliling seorang lelaki yang telah diikat tangan ke belakang.
Keadaan lelaki itu kelihatan tidak terurus, kotor dan basah kerana peluh diseluruh badan. Dia juga tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sahaja. Terdapat luka disekitar pergelangan tangan dan lebam di sluruh badan. Wajahnya pula sudah lagi tidak dapat dikenalpasti lagi kerana kecederaan yang di alami padanya.
Sambil menangis tersedu sedan, Encik David cuba memandang orang yang menangkap dia tapi matanya yang bengkak dan berdarah itu had kan jarak penglihatannya. Tambah-tambah keadaan bilik itu yang kurang pencahayaan. Makin sukar untuk Encik David untuk nelihat. "Siapa kau orang semua ni? Kenapa kau orang buat aku macam ni?" rintihnya dalam kesakitan.
Bersama renungan dingin, Zane di situ hanya berdiri di hadapan Encik David. Langsung tidak mengatakan apa-apa.
"Aku dah cakap aku akan bayarkan semua hutang-hutang tu. Kenapa kau orang tak nak percaya!" nangis Encik David lagi dengan susah payah kerana bibirnya sedang bengkak dan pecah. Dan setiap kali dia bercakap liur meleleh keluar tidak terkawal.
Encik David tidak tahu apa yang sedang berlaku pada dirinya ketika itu. Ingatannya juga kabur tentang kejadian sebelum dia di culik lalu di pukul sebelum dikurung dalam tempat ini. Apa yang Encik David tahu, mungkin mereka yang menculik dirinya ini adalah orang-orang yang di telah berhutang dengan.
"Dengan apa? Selain hutang keliling pinggang, harta apa aje yang kau miliki sekarang untuk bayar hutang kau tu David?" tanya Zane tidak lama kemudian. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar.
"Anak aku... Aku ada anak perempuan....dia boleh bayarkan hutang-hutang tu...aku boleh jadikan dia sebagai cagaran. Kau boleh lakukan apa saja pada dia."
Berkerik gigi Zane tatkala rahangnya terketap. Perasaannya panas keberangan tidak semena. Ucapan Encik David yang tiada sedikit pun rasa simpati atau bersalah semasa mencadangkan hal itu membuatkan darahnya menggelegak marah.
Jadi Zane turut tidak merasa bersalah dengan keputusan dia untuk menculik dan menyakiti lelaki itu. Malah dia berasa lega kerana dia adalah orang yang menjumpai Dihya bukan orang lain.
Lalu muncul seorang pengawal dengan beg kertas di tangan tidak lama kemudian. Pengawal itu berjalan masuk melalui pintu di sebelah kanan ruangan di situ. "Tuan. Barang yang tuan pesan sudahpun saya sediakan."tunduknya semasa berdiri di sebelah Zane.
"Kau tahu, cakap tentang anak perempuan kau, ada sesuatu yang aku dah sediakan."Zane menyeluk tangan ke dalam beg kertas yang dipegang pengawal tadi lalu mengeluarkan satu gulung reben darinya.
Lalu dia bercangkung di situ. Reben tadi di ikat pada sekeliling kepala Encik David. Buatkan ia seakan membungkus satu kotak hadiah. Yalah, nak berikan hadiah pada seseorang kita perlu wrap hadiah dengan elok dan cantik, kan. Barulah orang tahu keikhlasan kita bila memberikan sesuatu pada seseorang.
"You should thanks for your own daughter. Because of her you still alive till today."bisiknya sebelum bangun dari situ." Masukkan dia ke dalam bagasi."arah Zane semasa dia berpusing ke belakang dan berjalan ke arah pintu keluar.
MUG BERISI teh panas diletakkan ke bawah sebelum Dihya pandang lelaki yang sedang mengunyah epal sambil membaca sesuatu dalam dokumen yang sedang di pegang sejak tadi. Sepinggan epal yang dipotong dalam bentuk arnab berada di atas riba di alihkan ke atas meja kopi sebelum Dihya bersimpuh di atas sofa itu untuk memandang Zane.
Bila diperhatikan baru Dihya menyedari side profile Zane kelihatan lebih menarik untuk dipandang. Dari kening yang hitam lebat, bulu mata yang lentik, bridge hidung yang tajam, bibir yang menonjol dan rahang yang kemas semuanya perfect. Tapi kalau dilihat lebih lama ada parut halus di tepi kening kanan. Seperti parut luka yang lama.
"Hadiah?"soalnya semula selepas dengar makluman dari Zane tadi.
"Mm."angguk Zane.
"Kenapa tiba-tiba?"
Zane mengangkat mata dari bacaan lalu memandang Dihya di sebelahnya,atas sofa itu. Wajah bersih itu ditatap seketika dengan dalam. "You didn't try to run away and listen well. It's good to give some rewards you know."
Dengan renungan minat dan sukanya, Dihya memandang setiap pergerakkan Zane ketika lelaki itu bercakap.
"Hadiah apa? Adakah ianya sesuatu yang boleh di makan? Kalau ianya makanan saya tak boleh katakan tidak untuk tu. Tapi kalau tuan nak berikan saya perhiasan rasanya saya terpaksa tolak."
"Saya tahu. Ianya bukan barang perhiasan. Jangan risau. Dan saya yakin kamu mesti akan sukakannya."Zane berpaling ke Dihya lalu melingkarkan tangan ke sekeliling bahu Dihya lalu menarik tubuh kurus itu merapat ke sampingnya.
"Betul ni? Kalau macam tu saya tak sabar nak tahu." Dihya turut menyandar ke badan Zane dengan manja.
"Is that make you happy?" tanya Zane sambil bermain dengan rambut Dihya di belakang badan itu.
"Mm."angguk Dihya." Apapun hadiah tu nanti, saya akan suka. Terima kasih tuan."dongaknya ke tepi memandang wajah Zane.
Pandangan mata Zane menjadi gelap tatkala menatap raut wajah bersih itu. Ucapan Dihya buatkan dia semakin tidak sabar untuk melihat reaksi Dihya nanti."You can look forward to it."
Dihya melingkarkan pelukan disekeliling rusuk Zane sebelum merehatkan kepala di ceruk leher itu. Sementara Zane kembali menyambung bacaannya pada dokumen tadi.
DUA ORANG BUTLER berjalan menyusuri laluan kecil menuju ke arah greenhouse bersama dulang ditatang atas tangan masing-masing. Mereka kemudian masuk ke dalam ruangan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan pelbagai jensi aneka bungaan.
Setiba mereka di situ hidangan dalam dulang yang dibawa tadi di susun kemas atas meja dimana puan besar mereka sedang duduk melihat skrin telefon. Tanpa menunggu wanita itu memberi arahan, minuman terus dituangkan ke dalam cangkir.
"Hai, hai....hello big sis!" satu suara ceria menyapa tidak lama kemudian.
Tidak menghiraukan sapaan itu, Astrid menyilang kaki sebelum capai cangkir minumannya.
"Oh my goodness ...you really wear yellow?" sapa Sarah semasa mendekati Astrid di bangku dalam rumah hijau kediaman keluarga wanita itu. "Don't you know yellow color will make you look more older?"
Sambil menghirup kopi dalam cangkirnya, mata tajam Astrid menjeling ke arah Sarah sewaktu gadis tersebut mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya. Komen tersebut sedikit pun tidak dihiraukan.
"Jangan buang masa aku. Kenapa kau hubungi aku untuk berjumpa?" kata Astrid.
"Damn girl... Calm down. Jangan la nak rushing. Orang baru aje sampai kan. At least cuba la tanya khabar ke, apa cerita ke... Ini terus aje straight to the point."seloroh Sarah sambil memetik jari beri arahan pada butler di situ untuk hidangkan minuman dia.
Astrid membuat muka. Entah kenapa dia berasa jengkel dengan kehadiran Sarah di sini. Sedangkan Sarah tidak lakukan apa-apa yang salah pun pada dia. Mungkin semua itu kerana Sarah adalah adik Zane. Disebabkan Sarah ada kaitan dengan suami menyakitkan hatinya itu, apa saja yang melibatkan Zane buatkan Astrid trigger.
"Cut the act out. Just say what you want." tegas Astrid.
"Okay.. Fine.. Fine. Itupun nak garang-garang ke. Tak chill la Kak Astrid ni..." Sarah sengaja buat-buat merajuk semasa menarik muncung tak puas hatinya. Sedangkan dia sebenarnya berasa gembira dan teruja yang amat sangat.
Masakan tidak. Sarah dari awal lagi sudah merencana segalanya sebelum bertemu dengan Astrid. Malah dia menghubungi Astrid pun kerana dia terlintas satu idea yang menarik selepas pertemuannya dengan Dihya beberapa hari yang lepas.
You know, like kill two bird with one stone!
Kenapa pilih satu kalau ada dua.
"Kak Astrid tahu kan yang Abang Zane ada mistress baru?"mula Sarah menabur arang di atas bara api.
Wajah Astrid mulai keruh. Tatapan matanya juga dingin. Jari jemarinya perlahan-lahan mengepal.
"Kak Astrid tahu yang mistress tu duduk di kediaman peribadi Abang Zane?" Sarah tambah lagi seakan menuang minyak ke atas api yang marak. Dan dia berasa begitu tergeletek dengan reaksi tegang Astrid ketika itu. Hendak ketawa pun ada.
"Apa yang kau cuba nak cakapkan ni? Kalau kau datang sini cuma nak sakitkan hati aku, baik kau-"
Cepat-cepat Sarah memotong. "Saya tahu siapa perempuan tu."sengihnya dengan meleret setelah itu.
"Apa?"Astrid tergamam.
Sarah mengangguk-angguk.
"Yup. Saya berjumpa dengan mistress abang Zane tu. Dan akak nak tahu, abang Zane siap letakkan pengawal keselamatan di depan pintu masuk kediaman dia. Semata untuk jaga mistress dia tu."Sarah beritahu dengan beria. Cuba memancing Astrid masuk ke dalam perangkapnya.
Rahang Astrid berketik. Riaknya seakan hendak meledak. Rona merah mulai kelihatan disekitar leher dan wajah itu.
"Siapa nama perempuan tu?"
BINGO!Tepat pada sasarannya. Soalan yang dinantikan oleh Sarah sejak tadi akhirnya tiba juga. Bersama senyuman penuh muslihatnya Sarah berkata. "Kak Astrid nak tahu? Boleh. Tapi ada satu syarat." kalau dia boleh gunakan Zane kenapa tidak Astrid. Dengan ini dia tidak perlu susah-susah bekerja untuk mencari wang.
"Apa syaratnya?" Astrid tidak peduli apa-apa lagi. Kalau Sarah tahu siapa perempuan simpanan baru Zane kali ini, lebih mudah kerja dia nanti untuk hapuskan perempuan tu. Lagi cepat perempuan tu berhambus dari hidup Zane lagi bagus!
"Belikan saya apartmen impian saya. Abang Zane janji akan belikannya untuk saya tapi oleh kerana dia terlalu sibuk dengan mistress kesayangan dia tu, sampai ke hari ni dia tak belikan. Jadi kalau Kak Astrid nak tahu, itu syaratnya."beritahu Sarah.
"Fine. Sekarang beritahu aku siapa nama perempuan tu."setuju Astrid tanpa berlengah. Ianya bukan hal besar untuk dia berikan. Apartmen aje pun.
Share this novel