bacdh 'Terima Kasih Allah'

Drama Series 49696

"Uii banyaknya duit Sya."

Yusoff menadah dua tapak tangan ketika Khalisya mengeluarkan berkeping-keping not seringgit, dua tiga keping not lima dan not sepuluh ringgit dari kocek beg sekolahnya.

"Duit tabung Sya."

Jawab anak kecil itu dengan memek muka yang lucu dan comel kerana sedang sibuk dan bersungguh dengan duit-duitnya.

"Banyaknya. Nak buat apa?."

"Ayah tolong pegangkan ya. Sya tak boleh bawak pergi sekolah. Nanti balik ayah ambik Sya kan?."

"InsyaAllah... kenapa?."

"Kita pergi Alamanda boleh ye?."

"InsyaAllah... tapi kenapa? Sya nak beli apa?".

"Nak beli hadiah untuk Ibu."

"Birthday Ibu ke?".

Dia ingat tarikh lahir Khaleeda. Belum sampai lagi.

"Tak birthday pun. Sya saja nak happykan Ibu. Sya tengok Ibu asyik sedih aje sekarang."
"Agaknya sebab hari tu baju kesayangan Ibu terbakar."

"Laa... ye ke? Macam mana boleh terbakar?".

"Ibu tengah iron baju lepas tu nenek Kay panggil suruh Ibu buat apa ntah... Ibu balik semula tengok baju tu dah terbakar."
"Tu baju kesayangan Ibu sebab ayah Sya yang belikan."

"Ayah?".

"Ayah Sya. Ayah kandung Sya. Ibu cakap baju tu ayah kandung Sya yang belikan."

Ya ke?... padan muka! Kenanganlah sangat. Kan dah terbakar. Yusoff rasa suka pula mendengar barang pemberian bekas teman lelaki Khaleeda sudah rosak.

"Kesian Ibu. Malam tadi pun Ibu nangis. Sekarang Ibu asyik nangis aje. Sya nak happykan Ibu."

Khaleeda asyik menangis?. Bosan agaknya hidup sudah dikongkong. Dulu boleh keluar malam melayan jantan.

"Boleh ya Ayah?".

Yusoff tersedar kembali. Yusoff angguk dan tersenyum. Bersihnya hati anak kecil. Kasihan Khalisya tidak tahu perangai sebenar ibunya. Mujur anak ini Khaleeda tidak didik menjadi gedik seperti dia dahulu.

"Okay Sya. Sya kena cepat. Takut nanti cikgu tutup pintu pagar pulak."

"Okay Ayah. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam".

Khalisya salam tangannya kemudian turun. Yusoff tunggu sehingga kelibat Khalisya hilang ke dalam sekolah.

Seikhlas hati dia sangat sayangkan Khalisya seperti anaknya sendiri. Tak tahu kenapa dan bagaimana dia merasakan ada pertalian istimewa antara dia dan Khalisya.

@@@@@@@

Orangnya tak ada. Yusoff angkat tangan. Jam sekarang pukul sepuluh pagi. Rasanya Khaleeda di cafe.

Pagi tadi dia dengar May Rose menyuruh Khaleeda sendiri menghantar kuih-kuih talam ke cafe kerana May Rose ada temujanji dengan pelanggan di luar Putrajaya.

Yusoff buka almari pakaian. Pintu pertama baju Khalisya, comel-comel sahaja. Yusoff terbayang wajah comel anak tirinya dan dia tersenyum. Sungguh dia sayangkan Khalisya.

Kalau Khaleeda lari bawa Khalisya, akan dia cari hingga hujung dunia. Dua sosok itu dia yang punya! Jangan Khaleeda bermimpi untuk pergi dari dia lagi!.

Pintu kedua Yusoff buka. Tidak banyak baju bergantungan. Baju berlipat juga tidak banyak. Yusoff tarik pula laci di almari. Pakaian dalam Khaleeda, semuanya sudah lusuh.

Masih dia ingat ada satu hari dia terkoyakkan seluar kecil Khaleeda. Dia tertarik kuat kerana Khaleeda melawannya tidak mahu bersama. Yusoff tarik satu lipatan dan dia tahu itu seluar kecilnya. Berjahit panjang di bahagian pinggang.

Apalah perempuan ni. Miskin sangat ke? Kain buruk seperti ini masih disimpan!.

Habis teruskah semua duit Khaleeda?. Melampau sangat!. Bukankah gaji yang dibayar May Rose besar. Makan dan tempat tinggal ditanggung.

Oops...
Yusoff lupa dia memotong sebahagian gaji Khaleeda untuk kos tipu-tipu baik pulih kereta myvi May Rose.

Tapi...
Masih lagi banyak bakinya kerana makan, tempat tinggal dan bill ditanggung May Rose.

Semua disimpankah? Untuk apa? Untuk Khalisya? Atau mahu buat modal untuk melarikan diri dari dia!?.

Mengingatkan itu Yusoff rasa darahnya panas. Dia harus berjaga lebih untuk sebarang kemungkinan. Nanti dia akan kembur beg tangan Khaleeda untuk mencari tahu duit lebihan gaji isterinya itu.

Takutnya dia membayangkan pulang dari kerja, sosok Khaleeda dan Khalisya tiada di hadapan mata.

Tidak perlu dikembur koleksi baju Khaleeda. Sedikit sahaja. Yusoff sebenarnya mencari baju-baju seksi yang Khaleeda guna untuk aktiviti malam.

Sudah dibuangkah?. Betul agaknya cakap Lucy, selepas bertembung dengannya Khaleeda tidak mahu lagi buat kerja itu.

Sakit pula hati Yusoff. Teruk sangatkah persembahan dia?. Apabila terfikir seperti itulah yang buat Yusoff mahu berganas apabila mendatangi Khaleeda. Dia geram! Grrrr...

"Tuan cari apa?".

Yusoff yang berdiri menghadap almari yang terbuka tersentak. Tapi dia kawal rasa terperanjat itu. Masih cuba berlakon bersahaja membelek itu dan ini.

Kemudian selepas seketika barulah dia menutup pintu almari dengan gaya santai dan yang paling penting gaya penuh berlagak barulah dia berpaling.

Khaleeda berdiri di hadapan daun pintu bilik yang tertutup dengan wajah sebal tidak puas hati.

"Saja spot check. Kot lah you bawa masuk jantan masa semua orang tak ada."

Sampai sekarang kata ganti diri dia guna bersama Khaleeda berganti-ganti ikut mood.

Kadang-kadang aku engkau jika dia sedang teringat cerita perpisahan dahulu. Kadang-kadang saya awak. Ada masa berlagak dan geram dia ber I you seperti sekarang.

Wajah cantik itu bertambah sebal. Merah dahi dan pipi merona marah. Monyok sungguh air mukanya.

Tapi... tetap terlihat cantik dengan sepasang mata bundar yang memandangnya tajam menikam. Yusoff rasa kecur. Dua minggu kawan di bawah dipaksa berpuasa.

Khaleeda tidak menjawab. Dengan wajah masam mencuka sudah berpaling menghadap ke daun pintu. Mahu keluar dari bilik meninggalkan Yusoff.

"Oi! Oi! Nak pergi mana?."

"Cafe."

"Banyak cantik muka kau! pergi mandi!".

Khaleeda tidak berpaling. Tetap menghadap muka pintu yang masih bertutup tapi tangan sudah di tombol pintu. Tunjuk keras kepala.

"Aku kira sampai sepuluh... Satu, dua, tiga,..."

"Tuan ni kenapa!?. Jangan kacau Di boleh tak!?".

Berpaling menghadap Yusoff dan menjerit marah. Berani sungguh! Grrrr...

"Empat, lima, enam..."

Khaleeda hentak kaki sekali. Menarik tuala mandi di belakang pintu dengan kasar lalu menuju ke bilik air.

Yusoff tersenyum sinis. Tau takut...

Puas hati Yusoff. Tangan di bawa ke leher. Menanggalkan tali leher, baju dan seluar lalu menuju ke bilik air mengikut arah Khaleeda sebentar tadi.

Dulu, siapa suruh tak tuntut fasakh!.

@@@@@@@

Khaleeda rasa sangat tidak larat. Dia sesak nafas, tapi... mahu menolak Yusoff di atasnya pun dia sudah tiada tenaga. Rasa mahu pejam mata dan terus tidur sahaja.

Kenapa tak beralih ni? Dah sudah kan! Baringlah di sebelah. Mahu bersuara dia takut. Garang sungguh Yusoff hari ini. Macam disampuk jin.

Kadang-kadang dia suka juga cara ganas tapi bukanlah ganas seperti hari ini. Ini bukan ganas biasa, ini ganas berdendam. Agaknya kalau dia melawan lebih-lebih tadi mahu masuk ICU dia sekarang.

Dia sudah terlalai apabila Yusoff baru bergerak turun dari atasnya. Haaa... lega. Dapat dia bernafas dengan selesa.

Dia mahu tidur sekejap. Rasa tak larat sangat tapi...

"Eh! pukul berapa ni!?."

Yusoff tarik telefon bimbit di bawah bantal.

"11:59".

Kemudian menolak telefon itu ke bawah bantal lalu kembali memejam mata. Khaleeda buru-buru bangun mahu turun katil. Yusoff tarik tangannya.

"Nak pergi mana!?".

Garang menyoal dengan mata mencerlung besar.

"Ambik Sya sekolah."

"Eh! eh!, Abang pergi..."

Kelam kelibut Yusoff terjun dari katil menuju ke bilik air.

"Ab... bang?..."

@@@@@@@

May Rose terpaksa. Bukan dia suka sangat pun. Terpaksa berada di sini. Mahu pergi terus tak baik pula. Bimbang akan mengakibatkan perniagaannya dapat nama buruk.

Kaki-kaki gosip di kelilingnya ini bukan boleh ada silap sedikit, sekejap sahaja boleh menyebar cerita tanpa tapis. May berlagaklah, May sombonglah, lepas itu boikot dia.

Tadi dia keluar Putrajaya berjumpa pelanggan untuk kerja luar daerah hujung minggu hadapan.

Pulang Putrajaya singgah Alamanda mencari beberapa barang untuk butik. Terserempak pula dengan rakan-rakan sebaya zaman persekolahan.

Sekarang sedang bergosip macam-macam cerita tentang ramai orang. Termasuk bekas suaminya Zaril. Dia menyampuklah juga serba sedikit.

Dia sudah tutup cerita dulu. Buat apa mahu dicerita lagi. Semua sudah berakhir. Dia bersyukur sekarang sudah berjodoh dengan Yusoff.

"May! May! tu husband you kan."

Ziela mencuit tangannya menunjuk ke satu arah di luar restoran. May Rose menoleh. Memang betul Yusoff. Sedang memimpin tangan Khalisya.

"Yang mana?."

Tiga pasang mata lagi sudah meninjau-ninjau ke luar restoran mencari sosok yang diberitahu Ziela sebagai suaminya.

"Cuba you all teka yang mana?."

Ziela membakar suasana. Ramai tidak tahu perkahwinannya dengan Yusoff. Kerana dia bernikah di Paris ketika mengambil kursus singkat fesyen jahitan manik dan labuci selama setahun.

Yusoff menolongnya menamatkan buruan Zaril yang gila talak dengan pernikahan itu.

Zaril memang gila, hubungannya dengan Zaril dapat berakhir apabila melibatkan pihak polis dan urusan mahkamah yang panjang.

Malangnya selepas itu Zaril gila talak. Memburunya ke merata ceruk dia bersembunyi. Membawa cerita bohong ke sana sini. Ramai percaya cerita Zaril termasuk Mommynya dan rakan-rakan mereka.

Al hasil Mommynya salah faham dengan Yusoff. Berperasangka yang bukan-bukan. Sedang hakikatnya Zaril lah yang mahukan dia kerana harta peninggalan arwah bapanya, bukan Yusoff.

Yusoff dan dia sedang saling menolong. Dia menolong Yusoff melupakan masa lalu yang menyedihkan dan Yusoff juga menolong dia melalui hari-hari seterusnya dalam hidup ini dengan tabah.

Malangnya janji untuk hanya menjadi kawan menemani Yusoff menuju tua kerana Yusoff mahu setia dengan cinta yang tidak kesampaian tidak mampu May Rose tepati.

Walaupun dia tahu dia tiada apa kelebihan atau keistimewaan dan dia juga tidak mampu mengikat Yusoff dengan harta peninggalan arwah bapanya tapi May Rose tetap berharap dapat memunya hati Yusoff.

Yusoff bukan Zaril. Yusoff sendiri sekarang sudah menjadi orang berjaya. Sudah menghimpun harta yang semakin banyak walau masih muda. Dia sudah jatuh cinta pada Yusoff kerana peribadi Yusoff yang baik.

"Yang mana May?. Ziela ni main teka-teka pulak."

Riuh meja mereka kerana rakan-rakan yang lain tertinjau-tinjau dan tertanya-tanya.

"Yang botak tu ke?".

"Apa kelas kau nak paduk May dengan yang botak?".

Ziela masih membakar. May malas menjawab dia ambil telefon di atas meja dan menghantar pesanan kepada Yusoff.

'You, I kat restoran kiri you ni.'

Dari jarak mereka, dia nampak Yusoff menata telefon lalu memandang ke arah restoran. Berkata sesuatu kepada Khalisya yang kemudian ikut menoleh.

Mereka berdua menuju ke arah restoran. Ziela sudah tergelak suka. Tiga pasang mata yang lain membesar tidak percaya.

"Biar betul May. Kau pakai ilmu apa?".

Semakin dekat Yusoff yang tersenyum kacak mendekati meja mereka, semakin merepek soalannya.

"I pergi dulu ya. Lain kali kita borak lagi."

May mengangkat beg barang yang sudah dibeli tadi. Bangun dan bersalaman dengan ke empat mereka, kemudian melangkah menuju kepada Yusoff dan Khalisya.

May Rose rasa Khalisya sudah melengkapkan keluarga kecil idamannya. Ada dia, Yusoff dan seorang anak kecil yang comel, Khalisya.

Hidupnya boleh dikatakan sudah sempurna.

Terima kasih Allah.

Demi kesygn sume juling bijik mata sy. Jgn next check up doc tanya knpe mata stress sudah la. hahaha. tp tk dpt selalu ya bab bonus. huhu. bab ni uoll nk gewam kn sape. ucop bela Jin ye kwn2 sb tu lain mcm game dia hihihi. terima kasih sume kesygn follow bdk Dida n ucop rapat2. syg uoll

Share this novel

Linda Adnil
2024-09-27 21:43:59 

sesak dada hari ni..kesian Di.... hidup penuh liku dan duka...semoga ada pelamgi selepas hujan.... ucop kl tahu cerita sebenar... melaung.. nanggis air mata darah pun x guna.. masa tu doa lah banyak2 semoga hati Di terubat dan memaafkan... tapi Di memang baik...fikir perasaan org lain dr diri dia.

EfZet
2024-09-27 18:34:05 

thank u...ada bonus chapter....nak lagiiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience