BAB 2

Romance Completed 78168

TUBUH yang disaluti blazer kelabu yang disepadani pula dengan kemeja dalam beige lembut menuruni VellFire hitam metalik itu.

Lalu kaki yang dibalut pula panty hose warna senada dengan kulitnya putih mulus selain skirt paras paha melangkah penuh keyakinan di atas beberapa anak tangga.

Berdetakan bunyi sepatu tumit tinggi berjenama Saint Laurent saat menghentak simen. Manakala Vellfire itu pula sudah pun meluncur pergi.

Dan akan datang semula pada waktu makan tengahari atau pun dipanggil. Pintu kaca terbuka sendiri dan CEO SPLEANDOUR EMPIRE UNITED itu terus menyambung langkah setelah kacamata hitam dari jenama Panthere De Cartier Sunglasses ditanggalkan lalu diselitkan pula tengah-tengah kemeja.

Kesemua staff yang ada serta sedang lalu di depannya, menundukkan kepala tanda hormat kepada pengarah eksekutif syarikat terkemuka itu.

Seperti biasa setelah sampai di depan pintu lif. Bodyguard yang menekannya. Dia senantiasa mengikuti wanita berkerjaya itu sama ada di luar bangunan syarikat mahu pun di luar.

Ini termasuklah sekali sewaktu 'pleasure time' wanita itu dengan koleksi anak-anak ikannya. Namun dia sekadar berkawal di luar sahaja ataupun di dalam kereta.

Di dalam lif, Dato' Putri memandang ke arah jam tangannya. Waktu dia tiba pada hari ini sedikit lewat kerana kesiangan dan kelelahan dikerjakan oleh Danish.

Rambutnya juga tidak disanggulkan dan dibiarkan berjuntaian tetapi hujungnya dia gulungkan agar bergelombang bagi menutupi beberapa kesan merah yang sudah dia samarkan juga dengan bedak asas.

Setelah tiba di aras tertinggi bangunan, Dato' Putri dan bodyguard terus melangkah ke arah bilik masing-masing.

Seperti biasa, Maya pembantu peribadi kepada Dato' Putri akan tampil ke bilik CEO untuk menyatakan jadual pertemuan dengan client.

Duduk saja di atas kerusi, Dato' Putri terus mengangguk sebagai isyarat untuk Maya pembantunya itu, bersuara tentang jadual hari ini.

"Baiklah. Hari ini pada pukul tiga dan empat petang, Dato' ada temujanji di Renaissance Hotel dan Crown Hotel. Pertama dengan Dato' Jacky mengenai perbincangan usahasama tempohari kemudian yang second pula client baru... Tan Sri Fuad."

"Oh I see... Tan Sri Fuad? Mengenai apa tu ya?" Soal Dato' Putri sedikit ternaik keningnya bila mendengar nama baru itu.

"Aha, dia client terbaru kita. Syarikat dia teringin nak bergabung dengan syarikat kita dalam menjayakan iklan terbaru kita tu..."

"Oh iya, bercakap soal iklan awak dah call Sofie's Agency? I need male model. Quite long hair, tough as usual and dare to sexy and quite erotic pose. You know right, now kita tengah nak promosikan our latest men's perfume dan sporty boxer?"

Maya terangguk-angguk dia memahami.

"Hmm... is it need couple or one only, Dato'?" Tanya Maya untuk kepastian sebelum dia membuat panggilan kejap nanti.

"Minta Sofie sent email ke I beberapa female model yang dia rasa ada potential. And for the male model no need because I yakin pilihan dia tepat," ujar Dato' Putri hanya ingin melihat barisan model perempuan saja.

"Baiklah Dato' jika tak ada apa-apa lagi pesanan Dato' I keluar dahulu and make a call," pamit Maya bersama dengan buku schedule di dakapan, menunduk hormat.

Dato' Putri sekadar menggunakan isyarat jarinya saja. Dan selepas pembantu peribadinya itu keluar, dia terus menghidupkan laptop.

Biar pun bangunan ini, merupakan wasiat keluarga namun setelah dia mengambil alih. Banyak perubahan yang sudah Dato' Putri lakukan bukan saja pada nama syarikat.

Laptop yang sudah terjanakuasa semula itu. Dia terus memegang tetikus untuk mengklik fail kewangan syarikat kerana perkara itu dia paling utamakan semasa bekerja namun tidak masa 'pleasure' nya.

Dato' Putri paling pantang jika ada berlakunya pecah amanah dalam syarikat. Oleh kerana itulah, dia sangat menitik beratkan soal keluar masuk wang syarikat.

Tajam mata galaknya tanpa ada sebarang kanta lekap mahu pun solekan mata, sekadar loretkan alis kening dan celak mata itu menatap nombor-nombor di paparan skrin.

"REN! Mari ke sini sekejap!" Sofie memanggil salah-seorang model lelaki kegemarannya. Dia ada sesuatu ingin dibincangkan dengan pemuda berambut panjang tersebut.

Ren Zendrik tersenyum pada ketua agensi setelah tiba. Sofie mengarahkan supaya dia duduk sebentar. Ren Zendrik akur lantas menarik kerusi sambil mata menatap satu dokumen bercetakan nama Splendour Empire Model.

"Ada apa kak?" Ren Zendrik terus menyoal sambil rambut paras bahunya itu dia ikatkan secara sedikit messy ala-ala wolf cut.

"Kenalkan dengan jenama pewangi dari syarikat Spleandour?" Sofie juga menyoal balik sambil dokumen perjanjian serta proposal yang baru dia cetakan itu, diangkat.

"Mestilah kenal dan tahu kak. Why ada latest ke?" Ren Zendrik sedikit teruja mendengarnya. Dia juga merupakan penggemar haruman lelaki syarikat yang sama taraf dengan YSL serta Gucci itu.

"Yup, they got newest men's fragrance and latest boxer. So they'll nak cari one faces untuk menjadi model boxer dan two faces untuk haruman. So, agenci decide nak you and Kyla as a model. How? Lumayan job kali ni..." Sofie setelah menyoal terus saja menolak agreement letter yang mempunyai empat helaian itu, ke arah model lelaki yang masih baru dalam dunia permodelan namun sangat-sangat profesional dalam menjalankan penggambaran.

Ren Zendrik membuka lalu membacanya dengan teliti. Sofie berharap sangat agar model pilihan dia yang ini bersetuju sepertimana Kyla.

Ren Zendrik mendongak. Sofie terangkat kening isyarat bagaimana.

"Well not bad. Bila ni? Takut bertembung pula dengan shoot lain nanti," soal Ren Zendrik dengan tenungan lamanya pada wajah bermekap tipis Sofie Edrenne.

"Tunggu CEO nya inform pada I. Don' t worry lah you I tak adjust timing nanti. Sure tak akan bertembung dengan mana-mana schedule pun. Lagipun, I rasa lambat lah lagi. Apa-apa I akan inform you. Just now I need your confirmation and whether agree or not with this?"

"Kak, boleh tunggu sekejap tak?" Ren Zendrik menerima gegaran di pahanya. Menandakan ada panggilan masuk membuatkan dia terpaksa bangun seraya menunjuk isyarat mahu menjawab panggilan.

Sofie hanya tersenyum seraya mengangguk. Dia pun sedang tak ada apa-apa hal jadi, bolehlah dia menanti pemuda kacak itu menamatkan panggilannya.

"Sya pulak. Haish! Ingatkan ada important calling. Nak tak nak, terpaksalah jawab," bebel Ren Zendrik bila telefon sudah berada di tangan.

"Hello baby. Jom tea time nak? I dah kat depan agensi you ni? Lagipun one week start tomorrow I kena attend some seminar at Desaru. Rindu nanti..." Ujar suara manja Datin Frisya.

"Dah sampai?" Ren Zendrik bersuara sedikit terperanjat. Dia menepuk-nepuk dahi tanda rimas.

"Hei, why sound macam terkejut sangat ni sayang? No. No. Ingat... apa janji you dekat I?" Sahut Datin Frisya pula tetap dengan suara manjanya sambil terkebam-kebam bibir di cermin setelah menyapu tambahan lipstik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience