Bab 3

Romance Series 24222

“RAISA INARA BT DATO IDLAN.”

Kini di tangan Farid mempunya maklumat peribadi Inara seperti yang Reza Akasyah minta.

“Berumur 24 tahun. Baru saja tamatkan pengajiannya dan sekarang bekerja sambilan di pasar raya sebagai cashier,” ujar Farid. “Dia…”

“Kejap?” Reza Akasyah menahan Farid dari terus sambung melaporkan maklumat Inara padanya. “Dato Idlan?” Reza angkat kening.

Farid angguk. “Ya, Dato Idlan iaitu bakal bekas bapa mertua tuan,” ujar Farid.

Reza Akasyah terkejut pada awalnya tapi mula mengukir senyuman. Sekarang dia lebih jelas kenapa Inara menjadi mangsa untuk perangkapnya.

“Cik Inara anak tunggal dari hasil perkahwinan Dato Idlan dengan bekas isterinya iaitu Puan Intan yang merupakan seorang perfume maker.”

Reza Akasyah makin berminat mendengarnya.

“Dato Idlan bercerai dengan Puan Intan semasa Cik Inara berusia 10 tahun sebelum berkahwin dengan Datin Nora. Kalau diikutkan Cik Inara dan Cik Nelisa merupakan adik-beradik tiri.”

Reza Akasyah angguk faham kemudian bersuara. “Macam mana hubungan Inara dengan Nelisa?”

“Saya dapat tahu Cik Inara jumpa Cik Nelisa malam tadi sebab nak minta bantuan jadi mungkin Cik Inara fikir Cik Nelisa baik dengan dia selama ni.”

Jadi malam tadi Inara bertemu dengan Nelisa lalu kakak tirinya memasang perangkap padanya? Memang betullah semua ini Nelisa punya rancangan.

Nelisa fikir dia sudah cukup bijak dengan memadamkan semua rakaman CCTV sedangkan wanita itu tidak tahu dengan siapa dia berhadapan sekarang.

Salah seorang pembantu rumah Reza Akasyah yang diupah oleh Nelisa sendiri telah buka mulut hasil ugutan Reza Akasyah.

Farid yang melihat Reza Akasyah mendengar penuh minat tentang Inara buatkan dia berasa hairan dengan majikannya itu. Ini adalah pertama kali Reza Akasyah menyuruh dia cari maklumat tentang seorang wanita.

Reza Akasyah bukanlah jenis berminat ambil tahu tentang perempuan di luar sana kerana tumpuannya hanya fokus pada syarikat sahaja.

“Suruh Pak Abu bawa Inara ke sini. Aku nak jumpa Inara,” arah Reza Akasyah sambil beri isyarat Farid keluar dari pejabatnya.

“Inara.” Reza Akasyah menyebut nama wanita itu bila sudah bersendirian.

Inara mungkin rasa tak kenal siapa Reza Akasyah tetapi dia…

“Kenapa you tak kenal I, Nara?”

Wajah polos Inara malam tadi masih berada dalam ingatan Reza Akasyah.

INARA buka pintu rumah dengan lemah. Hari ini emosi dan fizikalnya terlalu letih. Dia masih tak percaya yang apa yang berlaku dalam hidupnya sejak malam tadi.

Semalaman berada dengan seorang lelaki asing dan hari ini terjebak dengan skandal yang memalukan hasil pengkhianatan seseorang yang disangka baik dengannya.

“Lisa, kenapa kau berpura-pura selama ni?” soal Inara bersendirian.

Inara tak nampak alasan lain yang buatkan Nelisa sanggup khianat dia jika memang kakak tirinya itu berpura-pura baik selama ini.

“Kau gila apa, Lisa? Perangkap aku dengan tunang kau sendiri?”

Cakap pasal tunang Nelisa buatkan Inara bertambah tidak senang hati.

“Apa salah aku?” rintih Inara yang kecewa kerana diperlakukan sebegitu.

Saat Inara melayan perasaan tiba-tiba dia menerima panggilan dari hospital. Wajah takutnya jika pihak hospital memaklumkan keadaan ibunya makin teruk berubah lesu bila diberitahu oleh pihak hospital supaya menjelaskan bayaran rawatan ibunya yang masih terunggak lagi.

Inara buka dompetnya. Duitnya hanya cukup untuk perbelanjaan sehingga hujung bulan saja sebelum menerima gaji. Jadi macam mana dia mahu jelaskan bayaran hospital yang tertunggak itu sedikit demi sedikit.

Sebab itu malam tadi Inara berjumpa dengan Nelisa untuk minta bantuan kewangan tapi lain pula yang jadi. Inara masuk perangkap Nelisa sampai dibenci semua orang sekarang ini.

“Ibu…Nara minta maaf,” ujar Inara dengan sayu. Rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga dan beri rawatan pada ibunya yang sedang sakit itu.

Inara termenung kerana tidak tahu apa yang harus dia lakukan setelah berusaha keras selama ini tapi tetap dia diuji tanpa henti.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu buatkan Inara tersentak. Dahinya berkerut kerana pelik siapa pula yang datang ke rumahnya waktu begini.

Inara cepat-cepat buka pintu dan melihat seorang lelaki separuh umur yang tidak dikenalinya berdiri di hadapanya. Lelaki itu berbadan besar namun tidak menakutkan sebaliknya, wajahnya kelihatan mesra.

“Ada apa encik datang rumah saya? Encik cari siapa?” tanya Inara dengan wajah hairan.

“Maaf saya ganggu, cik. Saya, Pak Abu. Pemandu Tuan Reza. Pak Abu disuruh tuan jemput Cik Inara. Tuan Reza mahu jumpa dengan cik,” ujar Pak Abu dengan sopan.

Tuan Reza? Maksudnya Reza Akasyah? Bagaimana lelaki itu tahu di mana tempat tinggal dia, fikir Inara.

“Hmmm….macam mana Pak Abu tahu rumah saya?” tanya Inara dengan sedikit berjaga-jaga.

Wajah Pak Abu tetap mesra sambil cuba jelaskan pada Inara dengan sabar. “Itu hal kecil je, Cik Inara. Tuan Reza tak perlu susah-susah cari tahu mana cik tinggal.”

Inara agak takut mendengarnya. Lagi pula Inara memang tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Dia tidak mahu mengingati kejadian yang menimpanya malam tadi.

“Maaf, encik. Saya tak kenal encik walau encik bagi tahu siapa encik. Jadi saya takkan ikut orang yang saya tak kenal,” ujar Inara dengan tegas.

"Tapi Cik Inara..."

Belum sempat Pak Abu habiskan ayatnya, Inara dengan segera memotongnya. “Maaf, encik,” ujar Inara dengan pantas sambil cuba menutup pintu rumahnya.

Pak Abu tahu dia tidak boleh memaksa Inara ikut tanpa kerelaannya kerana memang wajar pun seorang wanita perlu berhati-hati.

Namun Pak Abu juga tidak boleh pulang dengan tangan kosong. Jadi dia segera menahan pintu rumah Inara sebelum tertutup rapat.

“Cik,…Tuan Reza ada tinggalkan name card dia untuk cik. Pak Abu harap cik boleh hubungi beliau jika cik berubah fikiran mahu jumpanya,” ujar Pak Abu sambil menghulurkan kad perniagaan kepada Inara.

Inara berasa lega kerana lelaki separuh umur itu tidak memaksanya untuk ikut bersama jadi dia menerima kad tersebut tanpa berkata apa-apa.

“Pak Abu pulang dulu, cik.”

Inara angguk dan melihat Pak Abu melangkah pergi.

Inara memandang kad nama yang berada di tangannya dengan perasaan kosong.

Reza Akasyah, CEO RK Holding.

Inara terfikir apa yang sebenar lelaki itu mahu daripadanya?

Lelaki itu juga mahu persalahkan dirinya kerana telah merosakkan hubungannya dengan Nelisa?

Fikiran Inara terganggu dengan bunyi notifikasi telefon pintarnya.

Tertera mesej dari pihak hospital yang menghantar jumlah bil tunggakan rawatan ibunya.

Sekali lagi Inara mengeluh lemah.

Hospital sudah menjadi rumah kedua bagi Inara dan ibunya jadi sudah tentu pembiayaan hospital makin bertambah.

Inara tak boleh putus asa untuk beri rawatan sebaiknya pada ibunya kerana melihat ibunya sembuh adalah impiannya selama ini.

Tiba-tiba kad nama yang disimpan tadi menarik perhatiannya.

Patut ke Inara bertemu dengan Reza Akasyah?

Atau patut ke Inara minta bantuan daripada lelaki itu?

Mungkin agak melampau Inara mahu minta bantuan daripada orang yang tak dikenali tapi apa lagi yang patut dia lakukan dalam keadaan terdesak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience