ABMM : PROLOG

Romance Series 1950

SUATU petang di sebuah banglo mewah dua tingkat.

"Adik...Adikkkk...Kau pekak ke!!! Berapa kali aku nak panggil hah.." teriak mama di ruang tamu rumah banglo mewah dua tingkat milik papa.

"Maaf mama..adik tak dengar tadi sibuk siapkan kerja sekolah.." kataku sambil menundukkan kepala, tidak berani ingin menatapkan wajah mama yang sedang menyinga. Cuping telingaku menjadi mangsanya lagi.

"Ma...sakit tu ma..adik tak sengaja. Abang Riz nampak adik jatuh tadi masa berlari nak turun tangga, kalau mama tak percaya tengok lutut adik tu.. berdarah.." Abang Harriz menunjukkan luka di lututku.

"Kau ni kan, tak habis-habis nak menyusahkan aku lah..Riz tolong mama ambil ubat, bersihkan luka dia tu dan jangan lupa bubuh ubat..tapi ingat jangan beritahu papa, kalau tak nahas aku kerjakan kau orang berdua..faham!" jerkah Datin Sri Najma Alyana.

Mama terus meninggalkan kami di situ. Apabila kelibat mama sudah menghilang aku menangis semahu-mahunya. Abang Harriz pula naik risau melihat keadaanku. Dia memujukku penuh sabar dan dengan lembut dia mengusap rambutku yang panjang diikat dua.

"Ssshh..dahlah adik..jangan menangis lagi ya. Abang Riz ada, adik kan kuat, nanti menangis lama-lama mata jadi buta tau, nanti tak comel siapa nak kawan.." tangisanku terus terhenti, takut jika apa yang diperkatakan oleh abang Harriz menjadi kenyataan.

"Yelah...adik tak nangis lagi..adik ikut cakap abang.."

Aku terus membawa diri ke dalam bilik tidur setelah selesai abang Harriz merawat lukaku, tidak lama kemudian aku tertidur dengan sendirinya.

***

27 March 2010...

"Nayla..oh...Nayla..Apa yang jauh sangat kau menung tu..Ingat kat boyfriend ya.."

"Isshh..kau ni Syah, kalau tak usik aku satu hari tak sah hidup kau kan.."

"Well...you know me..apa yang kau menungkan tu..?" soalan yang sama Aisyah ulang lagi buat kedua kalinya.

"Takde apa-apa pun, cuma teringat masa zaman kecik-kecik dulu..teringat kat family..aku rindukan mereka semua.."

"Ooh..aku pun sama macam kau kadang-kadang tu, dahlah jangan kau nak mula buat cerita sedih, tak pasal-pasal banjir pulak bilik kita ni. Aku dah lapar ni, jom pergi makan kat cafe..hari ni aku belanja.." kata Aisyah sambil tepuk-tepuk perut rampingnya itu.

Aku lambat-lambat mengikuti langkah Aisyah meninggalkan bilik kami. Setelah sampai disatu-satunya cafe Muslim kampus kami, Aisyah memesan makanan dan minuman.

"Makanlah Nayla..apa yang kau tenungkan spaghetti tu, tak lapar ke? Setahu aku, kau tak makan dari pagi tadi kan? Ke..nak makan yang lain, aku orderkan.."

"Eh..takpe, aku makan yang ni je..tak payah nak membazir ok.." Aku menyuap spaghetti aglio olio itu perlahan-lahan ke mulutku, namun Aisyah hanya tinggal separuh lagi baki makanannya untuk dihabiskan. Laju betul minah ni makan.

"Woi..cik kak, cepatlah makan tu, tak kuasa aku nak tunggu lama-lama kat sini. Meluat aku tengok mamat-mamat poyo and buaya-buaya darat kat sini asyik cuci mata tengok kita dari tadi, ingat kita ni wayang free diorang ke.." air jus oren di dalam gelas disedut rakus.

"Issshh, kau ni..jangan perasan sangatlah, positif sikit. Nape ya anti sangat kau ngan kaum Adam ni..?" pingganku yang masih berbaki sudah aku tolak ke tepi.

"Dahlah kau..kalau nak jadi bahan tontonan free diorang up to you, i'm done now. Good bye, Nayla.." Aisyah sudah berdiri setelah menghabiskan makananku yang masih berbaki, tangannya sudah melambai tanda siap untuk beredar dari situ. Pantas betul dia buat kerja.

"Syah...!Kejaplah... kejaplah.. oii.. tunggu akulah ngok.." Lengannya yang putih gebu itu sudah aku paut.

"Hahahaha..tau takut, ingat kau suka, maklumlah jadi perhatian ramai.. Tengok tu hah, sampai juling-juling mata diorang tengok kita, tak bekerdip dari tadi, kalau aku korek satu-satu mata diorang ni, agak-agak mahu meletup aku punya assignment final exam tahun ni..."

"Syah...kau ni kan, kita ni pakar tulanglah, bukan pakar mata.." aku tampar lembut lengan Aisyah yang terdedah. Namun, bahuku pula dirangkul kasar gadis tinggi lampai ini. Dah serupa macam pasangan berkasih pula kami ni lagaknya.

Memang tidak dinafikan, kami berdua memang sangat akrab dan menjadi tumpuan kaum Adam di kampus ini. Mewarisi kecantikkan semulajadi daripada ibu masing-masing menjadikan kami rebutan kaum Adam di sini.Kadang-kadang, sampai naik rimas kami dengan perangai dan kelakuan mereka.

Bukan sikit-sikit surat layang, usikkan dan yang paling berani ada di antara mereka yang mengajak kami untuk mengadakan hubungan 'one night stand'. Padahnya, sia-sia mamat 'mat saleh' tu mendapat tamparan 'maut' dan ugutan daripada Aisyah untuk adukan perkara itu kepada pihak pentadbiran. Ada juga di antara mereka dibuang dari universiti ini akibat ulah lancang mereka sendiri.

Aisyah yang lebih mesra disapa Syah olehku memang dikenali sebagai seorang gadis yang mandiri, berani dan agak tegas. Mungkin, asalnya dia merupakan anak kepada bekas seorang anggota tentera menjadikan dia sebegitu. Ramai yang tertipu dengan raut wajahnya yang agak lembut dan bisa mencairkan hati seorang jejaka. Berbanding denganku, aku seorang gadis yang ajak manja, sensitif dan agak keanak-anakkan. Namun, setelah berteman dengan Aisyah sifat keanak-anakkanku seakan lenyap dalam hidup. Nasihat dan teguran Aisyah menjadikan aku lebih kuat untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

***

"Syah... oo..Syah...kau dah tidur ke..?" soal aku yang melihat Aisyah sudah berbaring di katilnya.

"Belum lagi..ada apa cik Nayla yang cantik jelita..?"

"Nak tanya sikit ni..jangan marah ya, kenapa kau anti sangat dengan lelaki, kau songsang ke hah? Hihihi.." Aku jadi tertawa memikirkan itu.

"Woi...agak-agaklah nak tuduh pun..kau ni, macamni ke bff..okey lah untuk pengetahuan kau, aku jadi macamni sebab aku ada kisah tak best ngan makhluk ni..dah banyak sangat aku dikecewakan, sampai sekarang tak boleh move on.." terang Aisyah, jauh dia termenung, wajahnya juga bertukar mendung. Dia mengeluh kasar.

"Oooh..kes patah hatilah ni..okey baru sekarang aku faham, tapi..takkan dah tak nak buka pintu hati tu, tak baik tau kita menyerupai lelaki.. Allah benci!"

"Aku tahu, tapi aku takde lah teruk sangat kan, cuma kasar tapi rambut aku still panjang lagi..hanya yelah tak macam 'gadis-gadis' macam kau, ayu.." tangan Aisyah belai rambut panjang ikalku. Macam selalu dia buat dekat aku.
"Erm...mm.." aku geleng kepala, sambil usap bahu rakan karib yang dah aku anggap sebagai saudara kandung aku sendiri.

"Erm, biarlah..aku tak fikir lagi, mungkin hidayah belum sampai, sekarang ni matlamat aku cuma satu, nak tamatkan pengajian and jadi student paling cemerlang, then..yang paling penting nak jadi doktor pakar bedah yang sangat berdedikasi dan nak selamatkan seberapa ramai pesakit kat luar sana, pasal jodoh ni biar dia datang sendiri jelah..Dah, aku mengantuk ni, esok kita ada kelas pagi, so aku nak tidur awal. Good night sweetie and sweet dream..." ujar Aisyah panjang lebar. Beberapa kali dia menguap menahan kantuknya.

"Okey, cik Aisyah..tidurlah dulu, sweet dream to you too..." bulat mata aku jadinya setelah Aisyah kucup pipi kiriku secara diam-diam itu.

Pengakuan Aisyah yang panjang lebar tadi sangat melegakan hatiku. Dan semangat Aisyah untuk menjadi seorang bakal doktor pakar bedah itu akan kujadikan pembakar semangat untuk merealisasikan impianku juga yang sama seperti dirinya itu.

***

Kini, tiba masanya untuk kami menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda setelah hampir 4 tahun di bumi asing kota London ini. Segala kenangan pahit dan manis akan kami semadikan dalam ingatan kami. Kehadiran papa dan kedua ibu bapa Aisyah pada majlis graduasi kami sedikit sebanyak menghapus kerinduanku terhadap mama. Layanan baik daripada walid Akmal dengan umi Amira merangkap ayah dan ibu kepada Aisyah terhadapku telah mengisi kekosongan selama ini yang sangat mendambakan belaian seorang ibu dan kasih sayang dalam sebuah institusi kekeluargaan yang lengkap.

"Papa...mama sihat pa..? Mama don't come to see adik..? Look.. papa, adik and Syah dah berjaya dapatkan ijazah kami..and yang paling best kami diiktiraf the best ten student's in Asia.."

Aku cepat-cepat maniskan wajah menutup rasa sedih yang mula bersarang di hati.

"I'm proud both of you.. sabar ya sayang, satu hari nanti pasti mama terima adik juga..jangan putus asa, teruskan doa yang baik-baik buat mama, semoga mama sayang adik macam dulu-dulu.." tangan kekar papa mengusap lembut belakang tubuhku yang dibaluti jubah konvokesyenku berwarna kuning.


"Baiklah papa..adik akan buat yang terbaik for mama..semoga mama terima semula kehadiran adik dalam family kita" aku cepat-cepat mengesat semula air jernih yang sempat membasahi pelupuk mataku. Aku tidak mahu papa melihat kesedihanku saat ini.

"By the way abang Riz mana..? Kata nak datang tapi batang hidung pun tak nampak dari tadi.." meliar sepasang korneaku mencari kelibat saudara kandungku itu.

"So sorry my dear, last minute abang Riz ada meeting kena handle.. urgent meeting, sepatutnya papa yang kena attend, tapi papa tak nak terlepas moments adik ni, sekali seumur hidup kan..then papa serahkan pada abang Riz.." jelas Dato' Seri Haiqal Alexander sambil menyerahkan jambangan bunga mawar segar yang digubah indah padaku.

"Thanks pa...adik appreciate that.. Jom papa kita ambil gambar.."

Aku merakamkan detik-detik indah itu bersama rakan karibku, Aisyah. Pelbagai aksi kami gayakan di setiap sudut pekarangan universiti itu yang kami kira sebagai tempat yang paling indah untuk mempotretkan kejayaan kami di bumi asing ini.

"Adik... Syah, sudahlah tu..tak penat ke dari tadi asyik bergambar.. papa dah nak balik hotel ni, esok flight papa pulang ke Malaysia semula..lagi seminggu adik balik Malaysia kan..?"

"Ya, pa... laa, kejap betul papa dah nak balik, ingatkan nak tunggu adik kita balik sama-sama.."

"Sorry sayang, tinggal dengan walid serta umi Syah ya.. kalau boleh memang papa nak stay..tapi papa tak sampai hati nak biarkan Riz handle bisnes sorang-sorang.. tak menang tangan abang kamu tu nanti.."

"Yelah...faham, papa memang busy orangnya, orang bisneslah katakan.." aku mula mencebik, tangan sudah aku bawa lipat ke dada.

"Janganlah merajuk princess papa ni, abang Haji Akmal..saya titipkan anak saya pada keluarga abang ya..saya kena beransur dah ni..princess, take care ok..i love you.." Dato' Seri Haiqal rangkul aku di dalam pelukannya dan dilabuhkan kucupannya tepat di ubun-ubunku. Aku salam dan kucup kekura tangan kekarnya penuh hormat.

"Bye..papa, papa pun jaga diri tau..hati-hati..." aku lambai tanganku pada Dato' Seri Haiqal Alexander yang sudah mula meneroboskan diri di dalam sebuah teksi limosin yang telah ditempah khas olehnya.

"Sudahlah tu, nanti balik Malaysia kau peluklah daddy kau tu..jomlah, time for packing the luggage, kesian tau umi dengan walid aku tu kau sidai mereka dari tadi.."

"Sorry, dah jom...!" aku garu kepala yang tidak gatal, lantas tersengih macam kerang busuk. Walid Akmal dan umi Amira hanya tersenyum melihat gelagatku.

***

Ketibaan kami di Kuala Lumpur Internasional Airport disambut mesra oleh keluarga saudara Aisyah yang telah menunggu lebih awal. Aisyah memperkenalkan aku dengan setiap seorang ahli keluarga saudaranya. Dari jauh aku terdengar teriakkan abang kandungku, Mohd Harriz Alexander bin Dato' Seri Haiqal.

"ADIK! Sorry abang Riz terlambat sikit"

"Abang Riz..ingat abang tak nak dah jemput adik"

"Janganlah merajuk, nanti hilang kecomelan tu..." aku tersengih, namun pelukan di pinggang abang Harriz masih kejap.

Terasa siku tajam milik Aisyah tepat mendarat di pinggangku. Gila perit!

"Ehmm..hmm..Nayla siapa ni, tak nak kenalkan ke?" Aisyah berbisik perlahan di telingaku.

"Oh...sorry lupa pulak..abang Riz kenalkan ni my bff, Aisyah..a.k.a Syah..and Aisyah ni my lovely brother, abang Riz.."

"Hai...I'm Nur Aisyah..panggil Syah je.."

Aisyah menghulurkan tangannya, namun agak teragak-agak Harriz mahu menjabatnya. Harriz hanya melemparkan senyumannya paling manis.

"Ops...sorry lupa bukan mahram yerk..dah terbiasa.."

Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih macam kerang busuk. Hai, dah cair ke minah ni dengan abang aku ni?

"Okeylah Syah, aku minta diri dulu, keep in touch okay, Nayla minta diri dulu umi Amira, abi Akmal.. nanti Nayla datang rumah. Umi tolong masakkan my favourite dish okay"

"Amboi banyak songgeh nampak? Okey Nayla, take care..kirim salam aku kat uncle Haiqal and your mom."

Setelah kami berpamitan, aku dan abang Riz meninggalkan airport terlebih dahulu.

"Abang Riz, so sorry..Nayla nak pergi ladies jap."

Harriz hanya tersenyum nipis dan mengangguk memberikan keizinannya. Setelah selesai urusanku di sana, aku melangkah agak tergesa-gesa sehingga terlanggar seseorang lantas terjatuh tepat di
atas tubuhnya!

Assalamualaikum dan hai semua..kembali bersiaran dgn buah tangan baharu...terimalah karya yg ke-12 drpd author. Bacaan secara UNLOCK CHAPTER...seperti biasa di awal-awal bab boleh dibaca secara percuma dan akan dikunci bermula di Bab yang ke-5..Happy reading semua..

Share this novel

AlZahra06
2025-05-05 13:27:25 

Best sis, tahniah bby baru...


NovelPlus Premium

The best ads free experience