Bab 15

Romance Series 39793

"Emm hello, sape ni?" tanya tania pelik apabila di dengar suara di dalam talian tu lain

"Hello, ni taufiq abang kepada talhah" kata taufiq sambil menjeling ke arah talhah

"Ouhh, encik taufiq. Sorry sebab saya tak kenal. Tapi ada apa telefon saya ya? Maaf kalau saya bertanya" jawab tania lembut

"Ouhh, takpe. Ni talhah sebenarnya dia nak bagitahu sesuatu dekat awak" terus terangkat kepala talhah terkejut riak mukanya

"Apa benda tu encik taufiq?"

"Sebenarnya, talhah dia......" tak sempat taufiq nak menghabiskan ayat talhah telah merampas telefon dahulu

"He hello tania" gagap suara talhah

"Iye mr talhah ada apa yang nak bagitahu i tu?"

"Emm tak, i cuma nak tanya you. Kaki you dah okay ke?" tanya talhah sambil menunjukkan penumbuk ke arah abangnya. Abangnya hanya jelingkan mata sahaja lalu sambung makan

"Ouhh, kaki i. Emmm much better. Kenapa?" tania hairan. Adakah ini perangai sebenar bossnya? atau ini hanya lakonan semata-mata?

"Ouhh, takpelah kalau macam tu. I tak nak ganggu you rehat. So anything else just call me, okay?" pesan talhah

"Okay boss, bye, assalamualaikum"

"Bye, waalaikumsalam" talhah baru sahaja mahu memusingkan badannya, tiba-tiba abangnya wujud. Terjatuh talhah dibuatnya

"Opocot muka kau hijau" kata talhah sambil memegang dadanya

"Ouhh, melatah jugak adik aku rupanya" kata taufiq sambil duduk di sofa dan membuka televisyen

"Dah kau tetiba wujud belakang aku macam tu kenapa?"

"Saje nak dengar kau borak apa dengan dia? dah la cakap ber i you i you. Sampai muka kita yang kacak ni dia kata hijau" kata taufiq sambil menilik mukanya di cermin, mana la tahu tiba-tiba betul hijau jadi toyol pulak

"Padan dengan muka kau, sape suruh pergi curi-curi dengar perbualan aku" kata talhah sambil bangun dan mengosok punggungnya "dan lagi satu, aku dengan dia memang cakap i you dekat office lagi eh. So tak ada apa-apa" talhah terus beredar ke dapurnya semula

Talhah menyambung makannya lalu mengemas meja makan. Selesai itu, talhah naik ke bilik untuk membersihkan diri sebelum bertolak ke rumah tania. Hampir 30 minit talhah bersiap lalu turun ke bawah dengan minyak wangi yang kuat

"Pehhh, kuat betul bau minyak wangi yang kau pakai eh? daripada atas sampai bawah aku bau. Kau nak santau dia ke apa?" kata taufiq sambil mengibas-gibas tangan di depannya untuk menghilangkan bau minyak wangi itu

"Eh tak ada maknanya, jauh sangat niat kau tu. Aku pakai biasa je la, tu la pagi-pagi tidur bila matahari atas kepala baru nak bangun" kata talhah sambil memegang bekas tapawey berjalan menuju ke pintu dan mengambil kunci kereta di dalam mangkuk

"Ouh......... ye eh? Arghh biarlah. Pape pun good luck. Semoga berhasil la eh? kalau tak berhasil cuba lagi"

"Hemm ye la, K bye" kata talhah lalu berlari anak menuju ke keretanya

"Eh dia K je dekat aku? punye la cepat nak jumpa buah hati tu" kata taufiq lalu menutup pintu rumah

Setelah hampir 15 minit perjalanan, talhah tiba di kediaman rumah tania. Ini kali kedua dia hadir je rumah tania cuma pada waktu pagi sahaja. Ada guard yang menjaga rumah tersebut. Sebelum masuk ke perkarangan rumah tersebut, talhah ditahan untuk soal siasat

"Assalamualaikum, encik ni siapa?"

"Waalaikumsalam, cik tania ada dekat rumah?" tanya talhah semula

"Eh kita tanya dia, dia tanya kita balik" kata guard itu lagi seorang kepada rakannya

"Emmm............ saya tanya encik, encik ni siapa?"

"Ouhh, saya kaw.... ehh bukan-bukan saya boyfriend cik tania"

"Ouhh, boyfriend rupanya. Sekejap saya call tanya cik tania dulu untuk kepastian. Nanti saya bagitahu encik balik ya?"

"Okay, baik"

"Agak-agak aku boleh masuk ke tak eh? dah la aku cakap boyfriend dia. Kalau-kalau dia tak bagi, tak pun dia terus cakap tak kenal. Habislah aku, basi nasi goreng aku nanti" kata hati talhah

"Emmm encik? encik?" panggil salah seorang jaga itu

"Ahhh? yes?"

"Encik nama apa?"

"Ouhh, ahmad talhah bin anaqi"

"Ouhh, baik-baik. Sekejap ya"

Guard itu berpusing lalu mengangkat telefon untuk menelefon tania

Tiba-tiba telefon tania berbunyi. "Aikk guard call?" kata tania dalam hati

"Hello"

"Hello cik tania, maaf saya menganggu ke?"

"Tak, kenapa ya?"

"Maaf cik tania, saya nak bagitahu ni. Ada boyfriend cik tania nak jumpa dengan cik ni"

"Boyfriend? saya tak ada boyfriend"

"Namanya encik ahmad talhah bin anaqi"

"Ouhh, dia rupanya"

"Dia boleh masuk ke cik tania?"

"Boleh, saya izinkan"

"Baiklah cik tania"

"Encik boleh masuk, cik tania izinkan"

"Okay" lalu pintu pagar yang besar secara automatik terbuka. Kereta talhah melucur masuk ke perkarangan kawasan rumah tania

Tania terdengar bunyi loceng, lalu tania mencapai tudung lalu menuju ke pintu. Dilihat dan sejambak bunga yang besar menutupi wajah lelaki itu

"Yes, mr talhah"

"Aipp!, no call me mr bila luar waktu office. Lupa eh?"

"Ouhh, yeahh sorry"

"This is for you" kata talhah sambil menghulurkan bunga tadi dan bekas tapawey

"Thanks for the flowers, and ni untuk apa?" tanya tania hairan dan melihat tapawey

"Ouhh, itu. I masak nasi goreng. Saja buat lebih, niat memang nak bagi dekat you. Try la, kalau sedap komen. Kalau tak sedap pun komen"

"Ouhh, okay. But you...... pandai masak?" tanya tania kepada talhah ragu-ragu

"Mestilah i pandai masak. I suka tolong orang masak tambah-tambah lagi my mom"

"Ouhh, btw........ Why you calling i semalam?. Sorry i tak jawab sebab my phone off tak ada bateri"

"Ohh......... emm nothing just tersalah tekan je"

Mereka saling berpandangan buat seketika..........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience