BAB 31

Romance Completed 344019

IAN tersentak dan terjaga dari tidur. Dia seakan terdengar suara Sara menjerit meminta tolong. Adakah dia bermimpi?

Diperhati sekeliling. Rupa-rupanya dia masih berada di ruang penumpang belakang kenderaan. Dan kereta itu masih bergerak dikendali pemandunya mengelilingi sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Tujuan mereka sedari tadi adalah untuk mencari di mana Sara berada.

Ian meraup tapak tangan ke muka. Gusar, resah, risau. Semuanya bercampur aduk. Entah mengapa tidak tenang hatinya memikirkan Sara. Walaupun ada rasa marah, namun dia lebih bimbangkan keadaan isterinya. Apakah Sara baik-baik saja?

“Zam, cuba kau pergi area Ampang pulak. Mana tau kalau dia ada di sana.” Ian memberikan arahan lalu disambut anggukan oleh pemandunya.

Petang tadi selepas dimaklumkan bahawa Sara melarikan diri, dia bergegas menuju ke lokasi terakhir Sara dilihat. Sebelum itu sempat ditengking dan dimaki-hamun dahulu para pembantunya yang gagal menjalankan tugas sehingga Sara terlepas dari jagaan.

Ian kemudian meminta untuk melihat rakaman CCTV di semua lokasi terakhir Sara. Namun, hanya beberapa rakaman sahaja yang memaparkan kelibat Sara. Setelah itu bayang Sara tidak kelihatan lagi.

Hembusan nafas yang kasar kedengaran. Perasaannya tidak keruan selagi tidak melihat wajah Sara. Sudah dicari di semua tempat yang berkemungkinan Sara akan kunjungi, namun tetap jua tiada.

Salahnya juga kerana melayan Sara dengan buruk. Pastilah itu menjadi salah satu sebab Sara melarikan diri. Haish.

Sedang Ian ligat berfikir tentang hal berkaitan Sara, telefon pintarnya berbunyi. Satu panggilan daripada ‘private number’ terpapar di skrin. Dalam reaksi tertanya-tanya Ian menjawab panggilan tersebut.

“Yes?”

“Bro, apa khabar?” Suara di sebelah sana menyapa.

Ian mengerutkan dahi. Siapa pula yang ‘bro-bro’ dengan dia ni? Kebiasaan hanya teman-teman rapatnya sahaja menyapa dengan panggilan tersebut.

“Siapa ni?”

“Kau tengah cari isteri kau kan? Well, dia ada dengan aku. Kalau kau mahukan dia, kau boleh datang sini ambil.”

Saat itu riak muka Ian berubah.

“Kau siapa?! Macam mana isteri aku boleh ada dengan kau? Kau jangan main-main dengan aku!” Bentak Ian berang.

“Apa pula main-main. Sara Alyka nama isteri kau kan? Kejap aku send gambar dia kat telefon kau.”

Tiga saat kemudian seperti yang disebutkan suara itu, satu mesej masuk ke telefon pintar Ian. Foto Sara dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta mulut bertampal plaster terpapar di skrin.

Mata Ian membuntang. Perasaannya bertukar tidak keruan. Nafasnya bergerak laju. Terasa ingin terbang sepantas kelajuan cahaya ke sana waktu ini untuk menyelamatkan cinta hatinya.

“Dah tengok? Betul kan itu isteri kesayangan kau?” soal suara di sebelah sana bersama tawa. Sengaja mahu menambah sengsara Ian.

“Hoi! Kau jangan berani apa-apakan isteri aku! Aku bunuh kau nanti!!!”

“Kalau kau nak isteri kau selamat, kau datang sini cepat. Aku akan send location kejap lagi. Oh, lagi satu. Kau datang seorang. No escort, no police. Kalau aku tahu ada sesiapa ikut kau atau kau report polis, aku tak teragak-agak nak letupkan kepala isteri kau ni sekarang!” Suara itu mengugut.

Ian terasa nafasnya kian sesak. Saat ini dia cuma terbayangkan wajah Sara.

“Kau siapa?! Aku bermusuh apa dengan kau?! Don’t you dare to touch my wife!!”

“Kau akan tahu siapa aku bila kita berjumpa nanti.”

“Kau…!”

Tutt… tutt… tutt…

Belum sempat Ian habis bercakap, talian sudah ditamatkan.

“Arghhh!!”

Berang dan berapi. Marah menguasai diri. Siapakah orang yang berani menculik Sara?? Adakah salah seorang musuhnya?!

Sebentar kemudian satu lagi mesej masuk ke telefon pintar Ian yang menunjukkan lokasi sebuah tempat. Ian pantas mengarahkan pemandunya berhenti di tepi jalan.

“Zam, kau berhenti tepi tu.”

Ian kemudian meminta pemandunya turun manakala dia mengambil alih kenderaan tersebut dan memandu sendiri menuju ke lokasi seperti yang dinyatakan di dalam mesej diterima tadi. Semoga dia dapat segera tiba di sana sebelum penjahat misteri itu melakukan apa-apa terhadap Sara.

DALAM suasana pekat malam, Ian tiba ke destinasi yang dituju. Agak jauh perjalanannya seketika tadi. Tempat ini terletak di luar ibu kota dan agak terpencil dari jalan utama.

Kereta yang dipandu berhenti di hadapan bangunan seakan gudang lama. Ian keluar dari kenderaan lalu berjalan menghampiri pintu masuk gudang tersebut. Sempat diperhati sekeliling. Sunyi sahaja.

Kedatangan Ian sudah dinantikan apabila pintu masuk dibuka dari dalam dan beberapa orang lelaki bersama senjata api di tangan muncul. Mereka menarik tubuh Ian dengan paksa sebelum membuat pemeriksaan jika lelaki itu ada membawa sebarang senjata.

Ian tersentak ketika melihat pistol yang diacukan ke arahnya. Baru menyedari bahawa musuh yang perlu dihadap ini bukan orang biasa-biasa. Mungkin ‘ketua gangster kawasan’.

Tapi, siapakah orang itu? Dia bermusuh kerana apa? Dan kenapa mereka menculik Sara? Sedangkan tiada sesiapa tahu dia dan Sara sudah bernikah kecuali orang-orang bawahannya sahaja. Semua persoalan itu saling berselirat di minda Ian.

“Mana Sara?!”

Ian tak dapat bersabar lagi. Dia ke sini semata-mata untuk mendapatkan Sara. Sebetulnya dia masih ragu-ragu benarkah Sara berada di situ?

Sebaliknya kesemua lelaki yang berkawal itu diam tanpa jawapan. Mereka kemudian mengarahkan Ian untuk berjalan ke satu sudut.

Dan seperti yang Ian jangkakan lelaki yang menghubunginya melalui telefon tadi muncul tidak lama kemudian. Saat wajah lelaki itu menyapa pandangan, dahi Ian berkerut. Dia seperti pernah melihat lelaki ini.

Mengiringi bersama orang-orang suruhan lelaki itu pula adalah Jesrina. Gadis itu mengukir senyuman sinikal ke arah Ian.

“Hai, Ian. Still remember me?”

Sapaan Jesrina membuatkan hati Ian panas menggelegak. Masakan dia boleh lupa. Gadis inilah yang pura-pura jatuh cinta terhadapnya dahulu. Realitinya Jesrina punya agenda kotor untuk menjatuhkannya. Baru mengetahui bahawa Jesrina bersubahat dengan lelaki ini.

“Mr Ian Khalif, thanks for coming,” ucap Umar dalam senyuman sinis. Memang sudah lama dia nantikan detik ini.

“Kau siapa?! Mana Sara?!”

Sebaliknya Umar sengaja melengah-lengahkan keadaan. Mahu mendera perasaan Ian.

“Kau tak ingat siapa aku? Kita pernah berjumpa a few months ago. Cepat betul kau lupa.”

Ian semakin berang apabila pertanyaannya berkaitan Sara tidak diendahkan lelaki ini.

“Tak kisahlah kau siapa. Tak penting pun. Aku cuma nak tahu di mana Sara?! Mana kau sorok isteri aku?!”

“Aku boleh nampak kau memang sayangkan Sara. Akhirnya ada perempuan yang mampu ‘tundukkan’ ego kau kan?” Umar menyindir.

Ian mendengus nafas. Lelaki di hadapannya ini memang sengaja membuatkan dia hilang sabar.

“Hoi! Kau jangan buang masa aku boleh tak?! Pulangkan Sara pada aku!!”

Melihat Ian semakin marah, Umar tersenyum suging.

“Okey-okey. Sebelum tu biar aku kenalkan diri aku dulu. Aku Umar Danial. Kau mesti tak pernah dengar nama aku kan. Tapi, kalau kau dengar nama Umaira Dania tentu kau ingat.”

Kening Ian bertaut. Dia cuba memerah fikiran. Dan seketika kemudian, dia dapat mengingati sesuatu. Yes, wajah pemilik nama itu tergambar di ingatan.

“Maksud kau Dania? So, apa kaitan kau dengan dia?”

Kali ini Umar bergerak menghampiri Ian. Dia berdiri bertentangan lelaki itu. Lalu merenung tajam ke dalam mata Ian.

“Aku abang Dania. Dia adik kembar aku.”

Ohhh. Okey. Ian mengangguk-angguk. Walaupun maklumat itu tidak penting pun. Hubungannya bersama gadis bernama Dania itu sudah lama tamat. Bertahun-tahun yang lalu.

“So? Kau nak bagitahu apa sebenarnya? Aku dan Dania dah lama putus. Kami dah tak ada apa-apa kaitan.” Bersahaja Ian membalas.

Reaksi Ian membuatkan Umar berang. Kesabaran yang dipendam selama ini tidak mampu ditahan lagi. Lantas terus direnggut kolar baju Ian dengan kasar.

“Of course kau ada kaitan, Ian Khalif. Kau punca utama adik aku mati. Dania bunuh diri disebabkan kau!!”

Saat itu lidah Ian kelu. Baru mengetahui apa yang berlaku terhadap bekas teman wanitanya itu. Mereka berdua pernah menjadi pasangan kekasih dua tahun lalu. Tapi, seperti selalu Ian tidak pernah ambil serius dalam setiap perhubungan.

Setelah bosan bersama Dania, Ian bertindak memutuskan hubungan mereka. Walaupun Dania datang merayu-rayu namun tidak dipedulikan. Bagi Ian, semua perempuan sama sahaja. Tiada yang menarik pada pandangannya waktu itu.

“Dania terlalu mencintai kau. Tapi kau sia-siakan cinta dia. Kau anggap dia tempat untuk melampiaskan nafsu kau semata-mata. Dania tak dapat terima bila kau tinggalkan dia macam tu aje. Dia alami depression berbulan-bulan. One day dia ambil ubat tidur overdose. Masa keluarga aku jumpa dia terbaring dalam tab mandi. Jasad dia dah tak bernyawa. Dan di tangan dia waktu tu tengah pegang gambar dia bersama kau.”

Ian benar-benar tersentap dengan apa yang baru diceritakan Umar. Dia tidak pernah menyangka gadis itu akan mengambil tindakan sedemikian.

“Tapi, itu bukan salah aku.” Ian cuba menidakkan kaitan dirinya dengan apa yang berlaku kepada Dania.

“Bukan salah kau?! Ha, ini makan kau!” Umar semakin menyinga. Lalu dilayangkan satu penumbuk ke muka Ian.

BUK!

Kepala Ian terteleng ke kiri akibat tumbukan itu. Dia hampir-hampir terjatuh. Mujurlah masih dapat mengawal tubuhnya.

“Woi!! Aku dan Dania dah lama putus. Aku tak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku pada adik kau!!” Ian membentak semula dalam marah.

Kata-kata Ian hanya membuatkan emosi Umar kian memuncak. Dia melepaskan tumbukan kedua dan seterusnya. Dihenyak batang tubuh Ian melepaskan semua rasa amarah dan dendam yang tersimpan selama ini.

Jesrina yang berdiri berhampiran mereka sekadar memerhati aksi kedua lelaki itu sambil berpeluk tubuh. Dia tidak perlu masuk campur di dalam pertarungan tersebut.

Bagaimana pun, Ian tidak mahu mengalah. Dia membalas semula setiap tumbukan dan sepakan Umar. Tidak semudah itu dia akan mengalah. Yang terakhir dicekak kasar batang tengkuk Umar dengan jemari kekarnya.

“Aku datang sini bukan nak gaduh dengan kau. Aku cuma nak ambil isteri aku. PULANGKAN SARA PADA AKU!!” Suara teriakan Ian bergema di depan muka Umar.

Orang-orang bawahan Umar bersama senjata masing-masing mengelilingi mereka. Bersedia untuk bertindak terhadap Ian. Namun, Umar meminta mereka bertenang. Dia mahu selesaikan hal ini sendirian bersama Ian.

“Kau lepaskan aku dulu. Aku akan bawa Sara kepada kau,” ujar Umar.

Perlahan-lahan pegangan tangan di leher Umar dilepaskan. Namun, riak marah masih terpamer di wajah Ian. Perasaannya tidak keruan selagi tidak melihat wajah Sara.

Umar kemudian memberi arahan kepada salah seorang bawahannya. Dan seketika kemudian orang yang dinantikan Ian muncul di ruangan tersebut.

Tubuh Sara yang tangannya terikat ke belakang dibawa masuk. Saat melihat wajah Ian, entah mengapa perasaan Sara bertukar sebak. Tidak menyangka doanya agar Ian datang menyelamatkannya dimakbulkan.

“Ian.”

“Sara!”

Lega hati Ian ketika dapat menatap kembali wajah cinta hatinya. Dia melangkah ingin mendapatkan Sara. Sebaliknya dihalang oleh orang-orang bawahan Umar.

“Apa yang kau nak lagi? Lepaskan Sara!!” Ian berteriak.

Tanpa menghiraukan teriakan Ian, Umar menghampiri lalu mengacukan muncung pistol di tangannya ke kepala Sara.

“Nope. Belum masanya aku lepaskan dia. Aku nak kau rasa macam mana sakitnya aku kehilangan orang tersayang. Dan sekarang kau akan lihat perempuan kesayangan kau ni mati di depan mata kau!”

Riak muka Sara bertukar ketakutan. Dia menggeleng dalam tangisan. Tidak mahu mati di tangan lelaki itu. Manakala Ian turut sama panik dengan situasi itu. Tak akan dibiarkan Sara menjadi mangsa dalam kemelut pergaduhannya bersama Umar.

“Fine. Blame me for eveything. Yes, aku yang bersalah atas apa yang berlaku pada Dania. Aku minta maaf. But, please. Lepaskan Sara. Dia tak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku.” Ian mengalah demi nyawa Sara yang menjadi taruhan.

Serentak itu Umar tertawa. Begitu juga Jesrina. Gembira melihat lelaki paling angkuh Ian Khalif akhirnya memohon dan merayu-rayu seperti ini.

“Aku akan lepaskan Sara. Tapi, sebagai pertukaran kau akan stay di sini. Kita akan discuss berkenaan hak milikan saham dalam Almatraz Holdings.” Umar mengutarakan usul. Sikap tamaknya kian terserlah. Memang itu yang dimahukan sejak dulu.

Dahi Ian berkerut. Tiba-tiba pula lelaki ini bertukar ke topik berkaitan saham dalam syarikat keluarganya pula. Tapi, tak kisahlah. Apa yang diutamakan Ian waktu ini adalah soal keselamatan Sara.

“Okey. Apa saja untuk puaskan hati kau. Now, lepaskan Sara!”

Bersetuju dengan permintaan Ian, Umar membuka ikatan di tangan Sara dan melepaskan perempuan itu.

Sara memandang ke wajah Ian dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia tidak mahu meninggalkan Ian. Namun, dalam masa yang sama mahu menyelamatkan nyawa sendiri.

“Ian…” ucap Sara dalam rasa bersalah.

“Go, Sara! Just go!” Ian memberi arahan meminta Sara pergi segera.

Biar pun sepanjang hari ini Ian sibuk mencari di mana Sara berada. Malah, berang dan marah apabila didapati Sara hilang kerana melarikan diri. Tapi, saat ini demi rasa cintanya dia hanya mahu melihat Sara selamat.

Akur dengan arahan Ian, Sara melangkah pergi tanpa sebarang halangan. Sempat dipandang buat kali terakhir ke wajah Ian. Juga wajah dua orang yang mengkhianatinya iaitu Umar dan Jesrina. Pasti Sara tak akan lupakan momen yang telah membuka matanya sendiri tentang siapa yang jahat dan siapa yang baik selama ini.

Sebaik keluar dari gudang lama tersebut, dalam suasana pekat malam yang gelap tiba-tiba Sara terasa mulutnya dipekup dari belakang dan tubuhnya ditarik seseorang ke dalam semak.

Permulaan Sara ingin menjerit. Namun, niatnya terhenti apabila mendengar suara bisikan dari orang yang menariknya.

“Sshhh… saya Leon, assistant Tuan Ian. Just stay calm. Kami datang untuk selamatkan Tuan Ian dan Puan Sara. Kami tahu Tuan Ian ke sini melalui ‘tracker’ yang dipasang dalam kereta yang dia pandu.”

Mendengar tutur kata lelaki itu, Sara menarik nafas lega. Dia kenal lelaki ini. Inilah juga lelaki yang menculiknya atas arahan Ian tempoh hari. Kini situasinya berbeza. Lantas Sara menceritakan apa yang berlaku di dalam bangunan gudang lama tersebut kepada Leon.

“Puan Sara tunggu di sini. Sekejap lagi ada kenderaan akan bawa puan keluar dari sini segera. Kami akan masuk untuk selamatkan Tuan Ian.”

“Tolong bawa Ian keluar dengan selamat ye.” Sara menitipkan pesanan kepada Leon.

Leon mengangguk faham. Dia kemudian berhubung melalui orang-orang bawahan Ian yang lain yang sedang berjaga dan bersedia di sekeliling bangunan gudang tersebut melalui alat perhubungan khas.

Bagaimana pun, ketika orang-orang bawahan Ian sedang bergerak menyusup masuk ke dalam gudang tersebut, satu bunyi letupan kuat seakan kesan tembakan kedengaran.

BANG!

Sara terperanjat dan tergamam. Siapakah yang terkena tembakan? Adakah Ian? Tidak!!

Share this novel

Amyra
2024-01-28 20:08:32 

bila nak update ya sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience