Bab 79

Romance Series 39793

Pada pukul 10 pagi mak andam telah hadir ke rumah mereka untuk menyiapkan mereka. Pada pukul 11.30 pagi tania dan talhah sudah siap dengan pakaian pengantin dengan bertemakan warna royal blue keemasan

"Sayang, jomm" talhah menarik tangan tania lalu memeluknya

"Apa ni biy?"

"Nak kiss sayang" kata talhah lalu mendekatkan mukanya ke arah tania

"Biy, you ni. I janji malam ni, bukan sekarang"

"I nak kiss je sekarang, boleh?"

"No lah, you ni. I dah makeup cantik-cantik kann? nanti hancurlah makeup i, mahal you bayar haritu kan?"

"Yeah, i know. Tapi you makeup simple pun still cantik sayang" kata talhah sambil tangannya mencari zip baju isterinya itu. Tania yang merasakan hal itu, terus mencubit tangan talhah

"Auchh! sakitlah sayang. You ni kan sayang, ketam no 1 eh"

"Dah tangan tu gatal sangat, nak buka baju orang"

"You ni sayang, kedekut haji bakhil lah. You anak bakhil ke?"

"You ni, i bagitahu dengan papa baru tahu. I turun dululah, i bagitahu papa" kata tania lalu terus membuka pintu dan menuruni tangga. Talhah ditinggalkan dibelakang

"Papa, papa" panggil tania. Kelang-kabut talhah mengejar tania supaya tidak memberitahu tentang tadi

"Sayang noo lah, i usik you je tadi"

"No, i nak bagitahu papa jugak" ugut tania lalu terus menuju ke arah papanya yang sedang berdiri disebelah pintu

"Ada apa tania?"

"Papa tania nak bagitahu sesuatu ni"

"Apa dia?"

"Papa sebenarnya talhah kann....."

"Papa sebenarnya talhah nak bawak tania pergi berbulan madu dengan oversea" kelentong talhah

"Ouhh, baguslah tu. Ingatkan apa lah tadi"

Talhah terus menarik semula tangan tania dan bercakap dengannya

"Sayang kan i dah cakap, i main-main je tadi. You janganlah bagitahu papa"

"Okay, i minta maaf kalau you terasa. But betul, niat i hanyalah main-main je tadi. I tak sengaja, jujur i cakap" kata talhah lalu mencium tangan tania

"Takpelah, i saje je nak usik you je" kata tania sambil memeluk leher talhah

"Alah-alah drama tv3 pulak dah. Tahulah baru kahwin semalam. Nak beromantik pulak, dalam bilik lah. Nak buat free show tak ada sape nak tengoklah, tak ingin" kata hud

"Sibuklah abang ni, suka hati oranglah. Elehh abang jealous lah tu"

"Tak ada masa nak jealous, waste my time" kata hud lalu terus menuju ke kereta keluarganya

Talhah dan tania masih lagi di dalam rumah, sehinggalah mama menegurnya

"Allah allah, kita selesaikan dulu majlis bersanding tu. Nanti lepastu nak beromantik ke, nak bersweet ke apa ke suka hatilah. Mama dengan papa tak kacau dah"

"Okay mama" kata talhah lalu terus memimpin tangan tania menuju ke keretanya dan memandu sehingga tiba ke dewan persandingan

Keluar sahaja daripada kereta, talhah terus memimpin tangan tania dan menuju ke dewan. Setibanya mereka masuk, bunyi kompang yang dimainkan secara tradisional sehinggalah ke atas pelamin. Majlis bersanding itu bermula dengan renjisan air mawar sehingga ke sesi bergambar

"Tahniah tania dan talhah dah kahwin korang, semoga jodoh kekal hingga ke jannah and dapat baby yang comel-comel tau"

"InsyaAllah thanks sebab sudi datang. Eh berapa bulan dah ni?"

"Dah nak masuk 5 bulan kan sayang?" panggil wani menanyakan dekat suaminya

"Eh dalam perut dia, tapi tanya kita pulak dah" usik afiq

"Okay, takpe. Malam ni you masak sendiri and you tidur sorang-sorang" merajuk wani

"Okaylah, honey. I gurau je" pujuk afiq

"Ayokk, afiq. Wani dah merajuk, pandai-pandailah setel eh?"

"Wehh, babe baby kau ni lelaki ke perempuan?"

"Geng ayah dia"

"Ouhh, okaylah tu"

"Itulah, eh weh babe. Aku dah balik dulu, dah lambat ni. Tahniah tauu"

"Okay, thanks babe. Sudi datang jauh-jauh"

Wani dan afiq tengah pulang ke rumah, manakala tania dan talhah masih didewan itu sehingga majlis bersanding tamat pada pukul 5 petang

Mereka pulang dalam keadaan kepenatan, tiba sahaja dirumah tania terus ke biliknya dan berehat seketika sehingga tidak sedar sudah pukul 7.30 minit petang

"Eh ya Allah macam mana, aku boleh tertidur ni? talhah mana eh?" kata tania dalam mamainya lagi lalu terus mengapai kain tuala dan menuju ke bilik air

Setelah 30 minit di dalam bilik air, tania siap dan keluar untuk menunaikan solatnya yang tertinggal tadi. Setelah itu, barulah tania turun ke bawah untuk mencari kelibat suaminya itu. Dilihat talhah sedang berborak dengan abangnya dan sudah menukar pakaiannya, bermaksud talhah sudah memasuki bilik tetapi mengapa tidak mengejutkannya?

Tania menuju ke arah mereka yang sedang berborak dan duduk disebelah talhah

"Eh dah bangun sayang?"

"Dah la, biy yang tak kejutkan. Biy masuk bilikkan tadi?"

"Haah, tapi tengok sayang tengah tidur. Biy biarkan je la, nampak macam penat sangat"

"Hemmm bertuah punya laki"

"Sayang malam ni on kan?"

"Tak kita off malam ni"

"Eh kenapa pulak? kan sayang dah janji semalam"

"Suka hati kita lah nak on off pun, dah la nak pergi tengok mama dekat dapur. Lagi banyak faedah"

Hud mengangkat bahunya tanda tidak tahu, manakala talhah yang monyok

"Mama, tania nak tolong boleh?'

"Kamu nak tolong apa nye, semua dah siap"

"Ouhh, hehehe, tolong buat air boleh?"

"Hemm ,pergi lah buat tu"

Tania pun pergi membuat air untuk makan malam, setelah itu. Mama memanggil hud dan talhah serta suaminya sekali untuk makan malam

Setelah selesai makan malam mereka semua terus naik ke bilik masing-masing untuk berehat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience