“Mak minta duit sepuluh ringgit.” Hakimi bersuara ke arah ibunya yang sedang tekun membuat adunan kuih di dapur.
“Kau ni ..asyik minta duit dengan mak jer.. bila lagi kau nak kerja Hakimi?” Mak Senah mula membebel.
Hakimi hanya mampu memekakkan telinganya. Semasa mulutnya sedang membebel panjang, Mak Senah masih sempat menghulur sekeping not bewarna merah kepada Hakimi. Tak sampai hati melihat anak bujangnya itu seperti seorang peminta sedekah.
“Terima kasih mak,” ujar Hakimi sambil tersengih.
“Kau nak ke mana pulak?” Mak Senah melihat Hakimi yang mula melangkahkan kakinya untuk beredar.
“Nak keluar jumpa Mail kejap mak.” Jawab Hakimi jujur. Sememangnya dia tidak mahu berbohong pada emak. Memang agak jarang dia berbohong pada emaknya. Kecuali semasa di sekolah dulu. Itu pun kes dia menghisap rokok dengan Mail. Tetapi akhirnya Mak Senah dapat tahu. Setelah dia dipanggil berjumpa oleh Pengetua akibat kesalahan merokok di dalam tandas sekolah.
Dia bersiul-siul riang melangkah keluar dari bahagian dapur sehingga ke laman rumah. Dicapai motor Yamaha EX5 yang diparkir di garaj hadapan rumah. Enjin motosikal dihidupkan memecahkan keheningan pagi yang telah menginjak ke jam 10.00 pagi.
Dipulaskan throttle motor secara berulang-ulang kali. Hakimi menunggang secara perlahan-lahan di atas jalan yang dilapisi dengan batu-batu granit.
Hanya beberapa meter melepasi laman rumahnya, dia menoleh ke kiri arah rumah Pak Lang Amat. Dari rumahnya menuju ke jalan besar, dia terpaksa melintasi rumah Pak Lang Amat yang berjarak lima hingga ke enam meter dari laman rumahnya.
Hanya rumahnya dan rumah Pak Lang Amat yang berdekatan di antara satu sama lain. Dibelakang rumahnya adalah kebun-kebun getah dan hutan. Rumah para penduduk di Kampung Buah Lambat amat jauh di antara satu sama lain. Geografi kampung ini sedikit berbukit dan di penuhi dengan kebun-kebun getah. Penempatan penduduk disini polar berselerak mengikut pelajaran geografi yang dia pernah belajar di sekolah menengah dahulu.
“Hakimi berhenti sekejap,” telinga Hakimi dapat menangkap suara lunak merdu yang melaung memanggil namanya.
Dia memberhentikan motosikal betul-betul di belakang kereta Perodua Alza milik Amira.
Terkocoh-kocoh Amira meluru ke arahnya. Kain batik disingkapnya sehingga menampakkan betisnya bak bunting padi. Mata Hakimi sempat menjeling ke arah betis yang putih melepak itu. Hakimi sedikit terpesona.
“Kenapa Kak Mira?” soalnya kepada Amira sambil mengawal arah pandangan matanya.
“Kimi nak kemana?” soal Amira sambil membetulkan tudungnya yang berwarna coklat.
“Nak ke kedai Pak Usop depan sana, kenapa kak ?” jawab Hakimi.
“Kak Mira nak minta tolong Kimi, gas umah akak ni dah habis. Boleh tolong belikan,” Pinta Amira.
“No problem kakak yang comel, tong gas kat mana?” Balas Hakimi sedikit mengusik.
“Comel lah sangat ye. Tong ada kat dapur,tolong ye.” Amira mengejek seraya dia mengangkat tangan ke hadapan bahunya.
Amira memberi isyarat tangan supaya Hakimi mengikutnya. Hakimi turun dari motosikal dan tanpa banyak bicara membuntuti Amira ke dalam rumahnya.
Alangkah indahnya punggung yang bulat dapat aku belai dan usap, sepanjang langkah ke dalam rumah mata Hakimi merenung tepat ke arah punggung Amira yang dilapisi oleh kain batik bewarna coklat kemerahan.
Kau raba je punggung dia, best tu. Bisik satu suara dari dalam dirinya. Namun dia masih lagi berupaya menahan dirinya daripada bertindak di luar dari tata susila.
“Wah, gagahnya Kimi ni,” Amira mengusik Hakimi yang sedang mengangkat tong gas yang kosong dari dapur ke atas motosikal Yamaha.
“Kak, sekejap lagi saya datang balik,” Hakimi terus menghidupkan motosikalnya dan meninggalkan pekarangan rumah.
Amira amat menyenangi sikap ringan tulang anak muda itu. Baginya Hakimi seorang yang mudah menghulurkan sebarang pertolongan. Malah ayah dan emaknya sering meminta tolong kepada Hakimi, malah pemuda itu tidak lokek untuk membantu mereka sekeluarga.
Tiba pada jalan bertar, Hakimi memecut motosikalnya sambil cuba mengimbangkan kedudukan tong gas yang berada di belakang. Hanya lima minit masa pecutan dia telah tiba di sebuah rumah kedai runcit yang berjeriji besi. Seorang lelaki tua berkopiah putih muncul berjalan terhincut-hincut.
“Kimi, kau kerjalah dengan pakcik balik.. pakcik nak pakai pembantu .. kau tengoklah kaki pakcik ni seringkali sakit,” Pak Usop bersuara.
“Kenapa dengan kaki tu?”
“Gout.” Jawab Pak Usop bersahaja.
Hakimi hanya membulatkan mulut apabila mendengar penyakit Pak Usop. Bukan dia tak mahu berkerja dengan Pak Usop. Tetapi bila memikirkan sikap bakhil Pak Usop membuatkan dia rasa malas dan tawar hati.
“Nantilah Pak Usop, balik nanti saya tanya mak saya dulu ye. Lagipun mak tengah sibuk minta tolong hantar kuih la, hantar tempahan baju orang lagi..” Hakimi cuba mencipta alasan.
Pak Usop sekadar mengangguk-anguk kepalanya. Dia mengambil wang daripada Hakimi lalu dikiranya satu per satu. Orangnya terlalu teliti terutama berkaitan dengan duit.
Selesai membeli sekotak rokok John White dan menukar tong gas di kedai Pak Usop. Dia menghidupkan enjin motosikalnya yang menggunakan butang starter disebelah kanan.
“Stop, stop… relakslah bro,” suara Mail yang kuat menghalang motosikalnya. Tubuh gempal Mail berada tepat di hadapan tayar motosikal. Entah dari mana si mamat gemuk ini muncul. Hajat hati mau dia langgar si gemuk di hadapannya.
“Isk, lu ni bro.. Wa busy ni, angkat ini tong gas maa..lepas wa hantar ini tong gas..wa gerak ke rumah lu..” Hakimi mengajuk pelat cina.
“Wa dan Jimie ada barang baik punye, lu nak tengok..” Mail mengangkat keningnya beberapa kali.
“Wah itu sudah bagus, nanti aku pergi rumah kau lepas ni.”
“Wooo... Tak boleh, bro..Itulah masalahnya, umah Wa tarak clear maaa… Wa punye kakak ada balik umah wa, nanti kantoi... Susah le... lu punya rumah clear ke?” Balas Mail sambil menyalakan rokok di bibirnya. Mail dan Jimie merupakan rakan-rakan sepermainan dari sekolah menengah.
Hakimi memang agak rapat dengan Mail walaupun sikap Mail seperti bodoh-bodoh alang namun sifat setiakawan Mail boleh dipuji. Berbanding dengan Jimie yang mempunyai sikap yang sangat nakal dan degil. Itulah kawan-kawan Hakimi yang masih setia bersamanya di kampung.
“Ok. Dalam pukul satu kau datang umah aku, rasanya mak dan adik aku takde kat rumah masa tu,” Hakimi membuat janji. Mail mengangguk tanda bersetuju sebelum dia memecut motornya ke jalan raya.
Kemudian Hakimi kembali menunggang motosikal untuk menghantar tong gas ke rumah Amira.
Sampai di perkarangan rumah Pak Lang Amat, kelihatan Amira begitu ralit mengelap kereta. Dia terbongkok-bongkok membersihkan badan keretanya itu. Kain batik yang dipakai tersingkap tinggi sehingga paras lutut. Melihat betis gadis itu yang gebu, Hakimi hanya mampu menelan liur sambil matanya tidak lekang merenung tepat pada betis yang terdedah itu.
“Amboi akak, rajinnya basuh kereta.. Hantar kedai lagi senang,” tegur Hakimi sambil menongkat motosikalnya. Tong gas bewarna hijau diturun menjejak ke lantai porch yang bersimen.
Amira yang duduk menonggeng berpaling ke arah Hakimi yang terkial-kial mengimbangi antara badannya dengan motor. Dia perasan yang Hakimi merenung betisnya yang terdedah. Perlahan-lahan dia melurutkan kain batik ke bawah untuk menutupi betisnya.
“Kimi tolong letak kat dapur ye,” pinta Amira.
Hakimi terkocoh-kocoh mengangkat tong gas dan terus kedapur. Selesai dia meletakkan tong gas kembali di tempat asalnya, dia kembali keluar untuk mendapatkan motosikal.
“Mana Pak Lang dan Mak Lang? Tak nampak pun mereka.” Soal Hakimi apabila dia mendapati kelibat dua orang tua itu tidak kelihatan.
Share this novel
mantap cerita nya