Bab 1

Romance Series 1774

IMANI SOPHIA termenung nanar menatap belakang tubuh suaminya yang tidak berbaju. Selepas bersama, suaminya sentiasa berpaling membelakanginya. Tidak seperti pasangan lain, yang saling memberi pelukan hangat dan mesra.

Izz Zaquan. Lelaki yang menikahinya atas dasar perjodohan empat tahun lalu. Perkahwinan yang berlaku kerana papa Izz Zaquan berhutang budi dengan arwah datuk Imani Sophia. Setelah datuknya meninggal dunia, mereka dinikahkan.

Mungkin Dato Irsyad takut Imani Sophia tinggal bersendirian kerana dia tidak punya sesiapa lagi selepas ibu bapanya meninggal dunia ketika masih kecil. Imani Sophia membesar hanya dengan kasih sayang datuknya sahaja.

Awalnya Izz Zaquan menolak tetapi rayuan Dato Irsyad yang sedang sakit membuatkan Izz Zaquan tidak mampu membantah.

Selama empat tahun perkahwinan, Imani Sophia sedar sangat yang suaminya memang dingin terhadapnya. Dia cuba untuk tidak kisah sangat, mungkin memang itu perangai asal Izz Zaquan. Walaupun jauh di sudut hatinya, ada juga harapan untuk merasai kemesraan seperti pasangan lain.

"Abang...?" bisik Imani Sophia lembut di telinga Izz Zaquan sambil menyentuh bahu suaminya itu.

"Hmmm," balas Izz pendek, memang begitulah suaminya. Imani Sophia tarik nafas dalam-dalam sebelum memanggil lagi.

“Abang….” Kali ini Imani Sophia merapatkan bibirnya makin dekat di telinga Izz Zaquan. Ada sesuatu yang dia perlu berbincang dengan suaminya itu memandangkan Izz Zaquan tidak pernah ada masa untuk diajak berbual.

Jadi Imani Sophia beranikan diri ambil peluang sekarang.

“A..ba….” Belum sempat Imani Sophia memanggil suaminya sekali lagi tiba-tiba Izz Zaquan berpusing lalu mensasarkan bibirnya sehingga Imani Sophia hilang kata-kata dengan ciuman pendek itu.

“Why?” Izz Zaquan menyoal sambil kening terangkat. “You tak puas ke I end cepat tadi?”

Berona merah wajah Imani Sophia mendengar kata-kata Izz Zaquan. Bukan dia memanggil suaminya itu disebabkan perkara itu. Namun belum sempat Imani Sophia jelaskan, Izz Zaquan terlebih dulu mensasarkan lehernya sehingga Imani Sophia rasa kegelian bila bibir suaminya itu bermain-main di lehernya sehingga dadanya.

Dengan sedikit kewarasan yang ada sebelum Imani rasa hanyut dengan sentuhan Izz Zaquan, dia cuba menghentikan tangan suaminya yang sudah jauh merayap di celah pahanya.

Izz Zaquan angkat wajahnya memandang Imani Sophia bila terasa tanggannya di halang oleh isterinya itu.

Mereka merenung antara satu sama lain.

“Bukan you tak puas ke?” soal Izz Zaquan dengan sengaja kerana selama ini dia tidak pernah fikir akan kepuasan isterinya itu bila mereka bersama memandangkan Imani Sophia tidak pernah merungut. “Kalau you tak puas, cakap jelah. You bukan patung.”

Imani Sophia menghela nafasnya. Izz Zaquan benar-benar mahu mengujinya.

“Sampai bila kita nak macam ni?” soal Imani Sophia pula.

Izz Zaquan angkat kening. Tidak faham soalan isterinya. “What do you mean?”

“Sampai bila kita nak bersama tanpa hasil?”

“Hasil? I puas dengan you, you puas dengan I. Bukan ke tu hasil yang baik?” balas Izz Zaquan tanpa perasaan.

“Dah 4 tahun abang. Sampai bila kita nak merancang? Abang betul-betul tak nak anak ke?” tanya Imani Sophia lembut kerana pada awal perkahwinan mungkin dia faham kehendak Izz Zaquan yang mahu merancang tapi sekarang dia mula tak faham dengan jelas niat suaminya itu.

Izz Zaquan terus bangun dari menindih badan Imani Sophia kerana dia paling tak suka bila isterinya mula membuka topik yang satu itu.

“Abang tahukan lepas dari 5 tahun, tempoh penggunaan implanon tu akan tamat. Sekarang dah 4 tahun, Imani pasang Implanon sebab nak cegah hamil macam abang suruh. Ada setahun je lagi. Tak boleh ke…”

“Habis setahun tu, pasanglah yang baru. Apa yang susahnya. Bukan suami you tak mampu tanggung kos benda tu.” Potong Izz Zaquan selamba kemudian berbaring semula membelakangi Imani Sophia.

Imani Sophia mengeluh berat. Mudah betul Izz Zaquan cakap sedangkan Imani Sophia yang tanggung semuanya.

Bukannya Imani Sophia tidak mengalami kesan sampingan dari hasil pemasangan Implanon yang merupakan sejenis alat kontraseptif hormon untuk cara mencegah kehamilan selama empat tahun usia perkahwinan mereka yang mengguriskan hatinya.

Berat badan Imani Sophia pernah naik sehingga badannya berisi sampai kakak iparnya memerli bentuk badan dia yang kononnya tidak pandai menjaga badan sebagai wanita yang sudah bersuami.

“Bini orang lain badan kembang sebab beranak, yang you ni tak beranak pun tak pandai jaga badan. Buat malu Izz je dapat bini macam you ni.”

Pedih hati Imani Sophia bila kena sindir dengan Zulin iaitu kakak iparnya satu ketika dulu.

“Abang lebih dari mampu tapi buat apa kita nak buang duit,” ujar Imani Sophia lembut.

Izz Zaquan pekakkan telinga saja. Dia tidak berminat nak bertekak dengan Imani Sophia pasal anak. Apatah lagi termakan kata-kata pujukan isterinya itu.

"Mama datang tadi. Dia tanya bila kita nak ada anak," ujar Imani perlahan. Sebenarnya, dia sendiri sudah bosan bercakap soal ini. Dia tahu bagaimana reaksi Izz Zaquan tapi dia tak boleh berdiam diri bila didesak Datin Zaiton setiap kali bertemu.

Bukan Datin Zaiton tahu penyebab utama anak menantunya belum ada rezeki berikan cucu sulung untuknya.

“Mama siap ada bagi jamu suruh Imani minum,” sambung Imani Sophia lagi yang tak putus asa nak bercakap dengan Izz Zaquan tentang hal anak. “Abang tahu tak, rasa jamu tu pahit sangat tau.”

Izz Zaquan bangun daripada baringannya dan terus menyarung semula pakaian. Sebelum dia keluar dari bilik, sempat dia mengingatkan sesuatu pada Imani Sophia.

“You sendiri tahu syarat perkahwinan kita dan you pun dah setuju. So, ingat sampai bila-bila selagi you bergelar my wife.” Tanpa menoleh sedikit pun, Izz Zaquan terus keluar dari bilik.

Imani Sophia hanya mampu diam melihat suaminya pergi. "Sampai bila nak macam ni, bang?" bisiknya perlahan, penuh rasa sedih.

Tidak mahukan zuriat adalah syaratnya. Waktu itu Imani Sophia akur kerana menyangkakan mungkin perkahwinan tanpa cinta ini membuatkan suaminya untuk merancang terlebih dahulu tapi sekarang sudah empat tahun mereka bergelar suami isteri.

Selama ini Imani Sophia terpaksa tanggung semua tekanan sendirian. Dituduh mandul oleh orang sekelilingnya. Empat tahun bukan tempoh yang singkat. Empat tahun dia simpan rahsia sebenar. Semua penghinaan ditelan sendiri demi menjaga kehendak suaminya yang tidak mahu anak dalam perkahwinan mereka.

Imani Sophia menatap kosong tempat tidur di sebelahnya. Izz Zaquan langsung tidak kembali ke bilik mereka sehingga ke pagi. Mungkin suaminya marah padanya.

Dengan hati berat, Imani Sophia bangun untuk membersihkan dirinya. Selesai mandi, dia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Walaupun hati masih terguris, dia tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience