Bagus juga macam ni. Yusoff duduk sahaja menikmati hidangan sarapan paginya. Budak ni nak balas jasa entah apa, tak tahulah Yusoff. Sejak baik demam melayan dia macam Yusoff putera raja lagaknya.
Bukan dia mahu tunjuk baik atau ada niat tersembunyi atas pertolongannya tempoh hari. Sebenarnya itu reflek semulajadi dia.
Mungkin kerana lama menjaga arwah mama yang sakit. Dia sudah biasa dengan situasi seperti itu, cepat sahaja badannya bergerak menyelesaikan urusan jika melibatkan kecemasan dan sakit pening.
Budak itu datang membawa secawan kopi panas. Diletakkan dengan cermat di hadapannya. Terhenti seketika suapan nasi goreng kampung Yusoff.
Untuk dua minggu ini baru dia sedar lama sungguh dia tidak menikmati masakan rumah sesedap ini dan duduk dalam suasana makan setenang sekarang.
Budak ini tidak temberang ketika berkata dia masak sendiri untuk makan. Sudah dua minggu Yusoff di sini memang air tangan budak ini yang terbaik sejak kehilangan rasa air tangan arwah mama.
"Malam ni Abang nak makan apa? Di boleh tolong masakkan."
Okay!...
Dia ceritanya macam ni... Yusoff bukanlah suka sangat nak melayan perangai orang. Dari dulu memang itu sikap dia, tak ada buat-buat atau berlakon tapi... kalau dah orang layan dia baik begini tak kan lah pula dia nak berlagak kan.
Lagipun dia fikir kalau lama dia kena hidup dengan budak ni macam mana dia nak berurusan jika dia letak tembok. Betul tak?
Jadi... memanglah dia sudah bercakap-cakap dengan budak ni sejak kes si Khaleeda ni demam dan dia menolong tempoh hari.
"Abang..."
Eh!.
"Masaklah apa-apa... saya semua makan."
Si budak itu tersenyum. Memang masalah senyuman budak ni. Harap-harap dia tak jatuh bodoh dengan kecantikkan budak ni seperti budak-budak lelaki lain di sekolah.
Dia bukan Malaikat. Dua minggu dia dijamu senyum manis dan layanan lemah lembut sebegini bimbang hatinya dipotong berdarah.
Tak mungkin dia akan dibenarkan memiliki budak ini oleh pasangan orang kaya. Maklumlah namanya sahaja perkahwinan janji. Kalau dia kalah, silap hari bulan dia merana.
Jangan cari penyakit Usop!.
Buktinya?.
Sudah dua minggu dia di sini, pasangan itu tidak pernah mahu berbual dengannya. Sekadar angguk kepala dan berlalu ke bilik mereka atau angguk lagi menuju pula keluar dari rumah.
Dengan budak itu masih perang dingin agaknya, tak pernah Yusoff nampak mereka bertegur sapa dan duduk berbual-bual.
Yalah, salah budak itu bukan kecil seperti memecahkan pasu mahal ibunya tetapi melibatkan maruah keluarga. Mana taknya ibu bapanya bertindak demikian.
@@@@@@@
"Kenapa?"
"Nak salam."
Khaleeda teragak-agak daripada tadi menghulur tangan. Agaknya Yusoff pelik dengan gelagatnya sebab itu suaminya bertanya.
Sudah dua minggu Yusoff di sini baru hari ini Khaleeda berani melakukan impiannya, bersalam dengan Yusoff sebelum pergi bekerja.
Yusoff hulur tangan, Khaleeda sambut sopan dan mengucup kekura tangan Yusoff. Dia tayang senyum manis ketika meletakkan botol bekalan air kosong ke dalam bakul motorsikal suaminya.
Tidak berkelip mata Yusoff memandang. Agaknya Yusoff fikir dia buang tabiat dengan permintaannya itu.
"Di biasa siap masak makan malam dalam pukul lima setengah atau enam. Abang balik makan ye. Di tunggu."
Tiada sahutan, Yusoff sekadar mengangguk kemudian menghidupkan enjin motorsikal dan menunggang pergi.
Alhamdulillah.
Hubungan dia dengan Yusoff tidaklah seperti pengantin baru yang lain tapi tidak juga menyedihkan. Awalnya bimbang juga Yusoff akan melayan dia seperti zaman sekolah.
Yusoff itu sebenarnya biasa sahaja orangnya. Dia cuma tidak suka bercakap kosong. Jika ada soalan dan isu, baru dia berbunyi. Itu pendapat awal Khaleeda untuk dua minggu ini. Entahlah, mudah-mudahan begitulah.
Hmm... nak masak apa ye untuk Yusoff malam ni?.
@@@@@@@
Aishh!
Relax boleh tak? Jangan tunjuk perangai tak semenggah sangat Sop!
Eh! tak pernah la harinya jadi tak tentu arah seperti hari ini. Tadi masa bekerja di jalan sudah dipujuk hatinya supaya bertenang. Supaya dia boleh menghantar pesanan telefon memberitahu tidak boleh pulang ke rumah kerana banyak tempahan.
Saja je nak kekalkan perangai stone dia.Tak mahulah budak tu fikir dia sudah ditakluki.
Malangnya tidak berjaya. Tubuh dan hatinya benar-benar berkerjasama hari ini. Hati teruja sehingga badan sudah tidak boleh buat kerja dengan tenang. Tiba-tiba sahaja dia sudah memakir motorsikalnya di rumah.
"Abang dah balik?"
Mak!
Terkejut Yusoff kerana masih menimbang tara, orang yang membuat dia gundah gulana sudah di depan mata.
Beg galas di bahu sudah di ambil, kemudian botol air di dalam bakul motorsikal pula di ambil. Bibir itu senyum sahaja ketika tangan bergerak. Bulat mata Yusoff memerhati. Macam mana hatinya tak huru hara jika dilayan sebegini dari sang isteri.
"Jom masuk Abang. Di dah siap masak. Abang nak mandi dulu ke atau nak terus makan?".
Degupan jantungnya laju sungguh. Pagi tadi dia sudah pasak hatinya, tak akan mengalah dengan godaan budak ini.
Menjelang tengah hari kepalanya berfikir lain dan setiap jam seterusnya pasaknya semakin goyah dan petang sudah tanggal terus entah ke mana.
"Abang?..."
Ada air liurnya melelehkah? Budak ini dengan mukanya yang cantik, tersenyum manis, bercakap lemah lembut... dengan rambut panjang yang masih lembab tersisir cantik, berbaju t-shirt ketat berwarna biru dan berseluar legging hitam juga ketat dengan... potongan badan yang...
"Abang okay?".
Tak! tak okay!. Semua sebab kau!.
"Ermm... ya okay. Pening sikit, panas sangat hari ni."
"Ye ke? Demam tak?"
Sudahlah suaranya lembut gemalai. Tangan dengan jari runcing itu pula sudah melekap di lehernya. Kau rasa?!. Budak ni nak bunuh dia ke?!.
"Jomlah masuk. Abang mandi dulu, panas agaknya. Nanti Di bawa panadol untuk Abang."
Okay... serius!. Kalau dia tak terkesan, dia Sajat!
Masalahnya dia sempurna dan yang menjadikan hatinya positif mendorong ialah kerana budak ini halal untuk dia. Tak salahkan jika dia tanpa sedar mengikut saja cakap budak ini.
@@@@@@@
Khaleeda menoleh ke belakang ketika mendengar pintu bilik air terbuka. Segera dia menoleh ke arah lain kerana darah sudah menyerbu ke mukanya.
Jangan salahkan dia! crush sejak dulu berdiri di hadapannya hanya berlilit sehelai tuala yang rendah di pinggang.
"Sorry, ingatkan tak ada orang." Yusoff.
"Maaf... Di nak bagi panadol ni."
Sepapan panadol Khaleeda hulur ke tangan Yusoff.
"Terima kasih."
"Sama-sama. Sekejap airnya Abang."
Khaleeda bersegera ke meja belajar mengambil gelas yang sudah di isi air kosong.
"Hmm... tak apalah Di. Saya dah mandi pening dah hilang."
"Oh! Alhamdulillah... Ermm, Abang nak makan sekarang? Abang dah solat ke?".
"Sebelum balik tadi dah singgah solat."
"Makan sekarang ye?".
"Boleh juga. Saya pakai baju kejap."
"Okay, Di tunggu kat bawah ye."
Yusoff mengangguk. Khaleeda beri senyum manis. Suaminya tunduk sambil memandang kekura tangan yang saling di cengkam.
Kenapa? tak suka ke? Dia melebih-lebih sangat ke?.
@@@@@@@
Adoi!.
Apa kena dengan aku ni. Memang bahayalah senyum budak ni!.
Setiap jam dan hari yang bergerak, hatinya yang disimen sudah retak sedikit demi sedikit ketebalannya. Tidak mustahil dia melutut dengan layanan manis Khaleeda kepada dia.
Tak salahkan?. Tolonglah seseorang beritahu dia tidak salah kan jika dia jatuh suka kepada Khaleeda.
"Duduklah Abang."
Pakej menarikkan bangku untuk Yusoff duduk.
"Abang nak kuah banyak ke sikit?"
"Sedang."
"Cukup tak udang ni Abang?"
"Cukup."
Mereka makan dalam senyap. Setiap kali pandangan bertembung Khaleeda sua senyuman manisnya. Dia punya manis taraf potong kaki!.
Setiap kali nasinya tinggal sesuap budak itu menambah suku senduk lagi. Dua tiga kali begitu rasanya habis juga nasi seperiuk dia seorang sahaja yang makan.
Si isteri, aduh... isteri ye Sop?.
Dia makan sedikit sahaja, lauk sayur sahaja di ambil. Agaknya sebab tu kulitnya cantik gebu mulus amat... Aduhai! parah dah kau ni Sop!.
"Air Abang."
Pantas sahaja air sudah di depan mata bila dia tersedak kerana fikirannya yang bukan-bukan.
"Terima kasih."
Ketika budak itu mahu menambah lagi, Yusoff segera menahan. Meletup juga perutnya dengan hidangan Khaleeda ini. Sedap dan pakej layanan hotel lima bintang.
Yusoff angkat pinggannya ke sinki tapi budak itu menahan. Yusoff buat tak endah, tak kanlah dia mahu menjadi orang yang tidak bersyukur. Sudah dimasakkan lagi mahu duduk tidak menolong.
Sudahnya mereka sama-sama berdiri di sinki mencuci pinggan. Dia cuci khaleeda membilas. Dia menoleh Khaleeda tersenyum.
Okay! Dia lelaki yang punya hati dan perasaan. Layanan terbaik ini datang dari isteri yang sah dinikahi!.
Boleh tak semua ni jadi dia punya sebenar-benarnya?.
Share this novel