"Daddy ni, kenapa attack Qhalish?"
"Bukan daddy nak attack kamu, Qhalish. Tapi nak sedarkan kamu yang mana intan yang mana permata. Jangan disebabkan perangai bekas isteri kamu yang lupa diri tu, kamu nak bencikan semua orang kampung. Kamu sendiri pun ada salahnya."
"Apasal pulak Qhalish yang salah?"
"Kamu tu mudah sangat ditipu. Pantang nampak perempuan cantik, yang menggoda, terus kalah. Sudahnya, kamu ditinggalkan begitu je. Dah terang-terang dia nakkan harta kamu je. Nasib baik mommy daddy ada. Kalau tak, mati kering kamu dalam rumah tu..."
"Tapi, Qhalish dah ceraikan diakan?"
"Ceraikan dia? Itupun selepas mommy daddy brainwash kamu. Kalau tak, sampai ke sudah kamu tak nak lepaskan dia. Sayang konon..." Sindir daddy.
"Lepas tu mengamuk, bencikan orang lain, hamburkan kemarahan pada orang lain sebab perangai bekas isteri kamu tu. Kamu yang tak pandai sebenarnya, Qhalish..." Tambah daddy lagi.
"Qhalish tak sengaja, daddy..." Sugul wajah Qhalish.
"Tak sengaja? Mudah betul kamu bagi alasankan?"
"Daddy, betul. Qhalish tak sengaja..."
"Baik. Lepas ni jangan nak buat muka dengan Fia. Jangan nak tunjuk perangai samseng kamu tu kat Fia. Fia tu bukan kaki mengadu. Tapi, kalau daddy dapat tahu kamu kenakan Fia daddy takkan teragak-agak nak pecat kamu dari syarikat. Ingat tu!"
"Daddy, takkan sampai macam tu kot?"
"Suka hati daddylah. Syarikat daddykan?" Qhalish tayang muka toya.
"Ya, daddy. Qhalish ingat pesanan daddy."
"Fia tu ikutkan ada orang nak. Tapi, dia menolak."
"Lar, dah ada orang nak, kenapa ditolak?"
"Dia nak sambung belajar. Bukan semua orang kampung tu tak pandai. Fia tu budak bijak. Daddy dah janji nak bagi dia bekerja dengan kita bila dia dah habis belajar nanti."
"Boleh ke..."
"Tengok tu!" Cantas daddy sebelum sempat Qhalish menghabiskan ayatnya.
"Belum apa-apa dah bagi bad impression. Syarikat daddy, suka hati daddy nak bagi siapa bekerja dalam syarikat ni. Is that clear, Qhalish Qhaleef?"
"Yes, daddy..."
"Good. By the way, jangan nak main sergah je Fia tu nanti kalau datang rumah. And one more thing, Nia tu dah selesa dengan Fia. Jangan nak rosakkan keadaan pulak." Tegur daddy membuatkan Qhalish mengerutkan dahinya.
"Maksud daddy, budak Fia tu dah lama kat rumah tu?"
"Kamu dah berapa lama tak balik rumah daddy?" Qhalish membetulkan kolar kemejanya bila disoal daddy.
"Dah lebih sebulan, Qhalish. Lebih sebulan. Budak Fia tu pun dah lama kat rumah tu. Nia tu hari-hari tidur dengan Fia. Ada kamu ambil tahu hal anak kamu? Ada kamu call Nia?"
"Ada, daddy."
"Bila last time kamu call Nia? Cakap dengan daddy..." Qhalish hilang kata.
"Nia tu budak cerdik, Qhalish. Tiap kali dia merengek nak cakap dengan kamu, Fialah yang pujuk dia kata kamu sibuk dengan kerja. Budak tu rindu kamu. Tapi kamu? Sibuk sangat dengan hidup kamu berfoya-foya tak tentu arah. Kononnya nak hilangkan stress kamu..."
"Ma...mana ada... Qhalish..."
"Engku Qhalish Qashaf, daddy ni bukan budak-budak tau. Daddy ni banyak mata-mata, Qhalish. Daddy pekakkan telinga je bila orang bercakap pasal kamu. Yang peliknya, hanya kamu je yang sering diperkatakan orang sekeliling. Qharizh dan Qaseh, takde pulak orang mengadu apa-apa..."
"Ah, dorang ni busy body je..."
"Ini bukan soal busy body. Kalau video kamu berfoya-foya dengan perempuan yang bukan mahram kat kelab, dihantar ke telefon daddy, kamu rasa daddy boleh berdiam diri ke?"
"Gambar-gambar kamu berduaan dengan perempuan seksi, bertebaran dihantar ke rumah, kamu nak daddy diamkan diri je? Kalau mommy kamu tengok, macamana? Kamu bayangkan kalau Nia yang tengok gambar tu, apa reaksi Nia?" Qhalish beriak selamba bersama kepalan di tangan.
"Jangan fikir orang tak kenal kamu, Qhalish. Jangan ingat mulut-mulut netizen ni takkan bercakap pasal kamu. Sekarang ni semuanya berada di hujung jari, Qhalish." Qhalish menekur ke lantai.
'Sial! Siapa pulak yang sebarkan gambar aku ni?' Gumam Qhalish.
"Macam nilah, Qhalish. Kalau kamu dah berkenan dengan seseorang, bagitahu daddy. Biar kami pinangkan perempuan tu untuk kamu."
"Eh, Qhalish belum terfikir nak kahwin pun!"
"Habis tu, sampai bila nak buat maksiat? Umur kamu dah semakin meningkat, Qhalish. Malulah sikit pada adik-adik kamu. Fikir sikit pasal reputasi daddy dan syarikat..."
"Qhalish minta maaf, daddy..."
"Maaf aje takkan merubah apa-apa, Qhalish. Mommy kamu tu dah banyak bersabar dengan karenah kamu. Dulu, masa nak kahwin dengan bekas isteri kamu tu, mommy kamu bantah. Tapi kami turutkan juga sebab kamu dah suka sangat. Sudahnya, apa jadi? Budak kampung tak sedar diri tu buat taik dalam keluarga kita." Qhalish melepaskan keluhan. Daddy dah buka semula sejarah hitam hidupnya.
"Daddy bukan nak mengungkit, Qhalish. Tapi jangan jadikan orang lain sebagai alat untuk kamu lepaskan kebencian kamu pada Mikayla. Ceh! Mikayla konon. Nama, Maimunah, tukar Mikayla." Omel daddy seraya tertawa kecil. Qharizh simpan senyum mendengar kata-kata daddy mengenai bekas kakak iparnya.
"Orang lain tak salah. Yang salahnya, bekas isteri kamu tu. Tak tahu bersyukur. Kufur nikmat." Qhalish sedar apa yang dikatakan daddy benar belaka.
"Kamu dulu bukan macam ni, Qhalish. Kamu berubah disebabkan Mikayla. Jadi, tolonglah, Qhalish. Berubah, Qhalish. Kalau kamu tak berubah dari sekarang, silap haribulan hidup kamu binasa. Hilang kawan, hilang keluarga nanti. Nanti Nia pun tak nak dengan kamu lagi."
"Jangan cakap macam tu, daddy. Jangan doakan Qhalish macam tu."
"Daddy tak doakan anak-anak daddy macam tu, Qhalish. Daddy tegur kamu supaya kamu sedar kesilapan kamu. Kita ni sebagai manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan kekhilafan. Selagi kita bernama manusia, kita akan terus diuji dan diuji. Daddy tak nak kamu menyesal kemudian hari, Qhalish."
"Qhalish janji, Qhalish akan berubah. Qhalish akan berubah ke arah yang lebih baik."
"Baik. Daddy pegang kata-kata kamu. Jangan sekadar berjanji aje Qhalish."
"Qhalish cuba, daddy."
"Baiklah. Daddy percayakan kamu, Qhalish."
"Kamu berdua boleh balik ke bilik kamu. Tapi, ingat Qhalish, Fia ada kat rumah daddy. Jangan buat kacau kat rumah daddy kalau tak nak mommy kamu pulak yang sekolahkan kamu."
"Ya, daddy."
"Call anak tu dulu. Jangan sampai Nia tu dah lupakan kamu nanti."
"In shaa Allah, Qhalish takkan biarkan Nia macam tu, daddy."
"Hurm..." Qhalish beredar dari pejabat daddy dengan langkah longlai sebelum Qharizh membontotinya.
"Riz..." Tegur Qhalish.
"Ya?"
"Maafkan along..."
"It's okay. Riz faham..."
"Thanks, bro..." Qharizh angguk kepala sebelum berlalu meninggalkan Qhalish. Qhalish melepaskan keluhan. Pintu pejabat dikuak sebelum dihempas sedikit kuat.
"Sialan! Siapa pula berani nak sebarkan cerita pasal aku ni? Jahanam!" Telefon bimbit dicapai sebelum nombor telefon seseorang dicari.
"Yes, bro. Long time no see..."
"Mike, tolong aku..."
"Kau kalau call aku, mesti ada masalahkan?"
"Ala, tolonglah. Kata kawan..."
"Yelah. Time susah baru nak cari aku. Kawan konon..."
"Sorry, Mike. Tapi, kali ni, aku betul-betul ada masalah."
"Tell me. Apa masalah kau kali ni?"
"Macam ni... Aku..."
*********************
"Hurm... Apa cerita daddy kamu ni, Nia? Tak ingat anak agaknya..." Omel mommy, Puan Sri Aina Ashfa sambil mengelus rambut pendek Nia.
"Daddy tak cayang Nia, kan tok mi?"
"Jangan cakap macam tu, sayang. Acik Fia cakap apa hari tu? Daddy Nia, sibukkan? Daddy cari rezeki untuk sekolahkan Nia nanti..." Pujuk Fia.
"Tapi, tawan-tawan Nia, daddy doyang terja juya. Ada je..." Fia kulum senyum.
"Nia pun tahu, Fia..."
"Nia, Niakan budak baik. Kalau budak baik, dia mesti faham yang daddy Nia kerja nak cari rezeki untuk keluarga..." Pujuk Fia lagi.
"Tapi, Nia indu daddy Nia. Daddy dah yama tak bayik cini. Daddy tak ndu Nia ke?"
"Siapa cakap daddy tak rindukan Nia?" Nia menoleh tatkala terdengar suara daddynya.
"Daddy!" Nia terus menerpa ke arah Qhalish yang segak berdiri dengan kot di tubuh sasanya. Fia yang kurang senang berada di situ, terus menghilangkan diri ke arah dapur.
"Rindunya kat anak daddy ni..." Bertalu-talu kucupan dihalakan ke seluruh wajah Nia.
"Daddy ni. Ish, nanaklah. Habis muka Nia..." Nia mengesat wajahnya dengan tapak tangan.
"Amboi. Dah pandai tolak daddy ya? Daddy rindu Nia..."
"Ya, Nia pun indu daddy. Nanaklah cium macam ni. Mayulah oyang tenyok daddy iyum Nia cam ni..." Omel si comel. Qhalish kulum senyum.
"Niakan anak daddy. My baby girl..."
"I'm not a baby anymore, daddy. Nia dah becar,yah..."
"Oh really? Anak daddy dah besar?"
"Ha'ah. Nia dah becar. Nanaklah kiss cam tu. Abis muka Nia..."
"Amboi, mulut tu. Tak padan dengan pelat..." Ejek Qhalish dengan tawa kecilnya.
"Daddy ni, yayat,yah. Tatap Nia peyat..."
"Betulkan Nia pelat..."
"Kot ya pun, tak payahlah nak cakap anak tu macam tu. Kamu pun dulu pelat juga, Lish." Celah mommy.
"Adan muka daddy. Hahaha... Daddy pun peyat yugak..." Ejek Nia sambil ketawa.
"Mommy ni. Janganlah pecah rahsia..." Usik Qhalish sebelum mengucup kekura tangan dan pipi mommynya.
"Daddy tenokyah. Janggut daddy. Napa daddy tak 'sef'? Dah tak encem..." Nia mengusap pipi dan dagu Qalish yang sudah ditumbuhi bulu-bulu halus dengan tapak tangan kecilnya.
"Eee... Gelilah... Nanaklah dekat daddy..." Nia berusaha menolak wajah Qhalish dengan tapak tangan bila Qhalish menggomol Nia dengan janggutnya.
"Bertuahnya anak daddy ni..." Rambut Nia diusap.
"Kamu ni kenapa, Qalish? Tak terurus. Macam baru mati bini je..."
"Bukan mati bini. Baru hilang bini..." Mommy menjeling tajam.
"Ingatkan dah tak reti nak balik ke rumah ni lagi..." Sindir mommy tatkala Qhalish mengucup kekura tangan dan pipi mommy.
"Sorry, mommy. Qhalish sibuk sangat..."
"Yelah tu, sibuk. Macamlah mommy tak tahu kamu tu busy ke kelab..."
"Mommy, ada Nia ni..."
"Tahu pun. Buat anak tu kecil hati, kecewa, takde pulak rasa bersalah bagai..."
"Mommy, Qhalish betul-betul minta maaf. Qhalish tak sengaja nak biarkan Nia sendirian macam ni."
"Daddy napa dah yama tak tenok Nia? Daddy tak cayang Nia eh?"
"Jangan cakap macam tu, sayang. Daddy sayangkan Nia. Daddy cuba sibuk sikit." Pipi Nia dikucup sekilas.
"Tapi, tawan-tawan Nia tatap, kalau daddy mommy dah nanak jumpa Nia, maknanya mommy daddy dah tak cayang Nia..." Berubah suara Nia.
"Nia. Mommy dengan daddy dah berpisahkan? Daddy dengan mommy dah takde apa-apa kaitan lagi. Tapi, daddy janji, daddy takkan biarkan Nia sendirian..."
"Yelah tu. Ni pun dah lebih sebulan kamu tak balik rumah ni, tak tengok anak. Apa cerita?"
"Sorry, mommy. Qhalish..."
"Apa lagi alasan kamu, Qhalish? Apa lagi alasan kamu nak bagi? Nia ni bukan budak kecil lagi, Lish. Nia dah besar, dah faham sangat dengan apa yang dah berlaku di sekeliling dia..." Cantas Puan Sri Aina Ashfa.
"Qhalish minta maaf, mommy. Qhalish sibuk. Banyak projek yang berjalan sekarang ni." Bohong Qhalish.
"Tak payahlah kamu nak tipu mommy, Lish. Mommy ni bukan bodoh, bukan pekak. Mommy tak buta lagi, Qhalish."
"Jangan ingat mommy diam, mommy setuju dengan apa yang kamu lakukan..."
"Nia... Suruh Acik Fia buatkan air, ya..."
"Otey, tokmi..." Nia berlalu ke arah dapur mencari kelibat Fia.
"Acik Fia! Acik Fia! Tokmi cuyuh buyat air!" Jeritan si comel memenuhi ruang dapur rumah.
"Qhalish jangan lupa yang mommy ada saham dalam syarikat daddy. Bermakna, segala yang berlaku di luar dan dalam syarikat, mommy tahu." Qhalish hanya diam tidak terkutik.
"Apa nak jadi pada kamu, Qhalish? Kamu tak sayang diri kamu? Kamu tak sayangkan anak kamu, Nia? Tak sayang mommy daddy?"
"Mommy, Qhalish sayang semua."
"Kalau sayang, kenapa buat benda yang tak sepatutnya, Qhalish? Mommy ni tahan sabar je dengan perangai kamu, Qhalish. Adik-adik kamu tak macam ni pun perangai dorang. Kamu seorang ni je, yang lain dari yang lain."
"Mommy, rambut sama hitam, kan?"
"Tapi, tak bermakna kamu boleh katakan yang hati kita semua tak sama? Kamu, Qharizh, Qaseh semua anak mommy, anak daddy. Satu induk. Tapi, kamu ni, perangai lain sangat."
"Buanglah perangai bongkak tu, Qhalish. Jangan sombong sangat. Jangan nak tunjuk baran ngan ego kamu tu."
"Bila pulak Qhalish baran, mommy? Ego? Mana mommy dapat semua ni?" Omel Qhalish seraya tertawa kecil.
"Sudah-sudahlah tu, Qhalish. Jangan jadi hipokrit. Mommy ni letih nak dengar rungutan orang pasal kamu..."
"Rungutan apa pula ni, mommy? Qhalish tak ganggu orang pun."
"Tak ganggu orang? Kamu herdik orang. marah orang sana sini. Buang staff, pecat staff, gantung kerja. Kamu fikir kamu dah cukup hebat ke Qhalish?"
"Ah, mommy ni. Dari mana mommy dengar benda mengarut ni? Mommy jangan dengar cakap orang lain..."
"Daddy tu, orang lain ke, Engku Qhalish?" Qhalish telan air liur.
"Jangan nak ajar mommy, Qhalish. Mommy ni dah makan garam dulu dari kamu."
"Ini mesti Qharizh ngan Qaseh yang mengadukan, mommy?"
"Jangan menuduh sebarangan kalau tak nak mulut kena cili!"
Enjoy reading...
Share this novel
habis la asyik kena sekolah je kau qalish ..tu la mulut jahat lagi.. bercakap xpandang kiri kanan hihihi