Bab 47

Romance Series 39746

"Apa lagi muslihat dia lepasni?? aku kene lebih hati-hati bila dia dengan tania. Tak boleh jadi ni, kene suruh talhah pantau tania selalu ni" kata datin maryam sambil menuju ke biliknya dan terus membaringkan dirinya

Tan sri anaqi pun menegur "Awak ke mana lama sangat nak masuk bilik?"

"Saya ke bilik talhah tadi" jawab datin maryam jujur

"Lahhh kenapa dengan talhah?"

"Dia saje nak borak-borak dengan saya pasal tania tadi" kelentong datin maryam

"Ouhh, talhah ada bagitahu awak ke yang dia suka kan tania?"

"Ada, itu yang lama tu"

"Ouhh, baguslah kalau macam tu. Saya bukan apa, saya tak berkenan kalau dia dengan ariana"

"Ouhh, sebab apa bang?"

"Entah, tapi abang dapat rasakan yang taufiq tu dah ada seseorang. Tapi abang tak tahu lah benda ni betul atau tak"

"Kenapa bang?"

"Abang ada nampak, taufiq dengan seorang perempuan dekat luar. Minum makan pun bersuap. Nak kata kawan macam pelik, tapi kalau girlfriend mungkin ya"

"Abang nampak tak muka perempuan tu?"

"Tak, perempuan tu membelakangi"

"Ouhh, tapi abang tak berkenan dengan perempuan tu"

"Kenapa?"

"Sebab pakaian dia dengan cara hidup dia terlebih sosial. Abang tak nak menantu macam tu"

"Ouhh, tapi abang pun berkenan dengan tania kan?"

"Haah, sebab tu kalau boleh. Abang nak satukan talhah dengan tania je. Tapi tu lah, talhah dan bertunang"

"Itulah bang, takpelah bang. Saya nak tidur dulu saya dah mengantuk"

"Aikkk, nak tidur dah?? baru nak bergurau senda. Tak nak bergurau?" kata tan sri anaqi sambil mengusik isterinya

"Ishhh abang ni, orang nak setelkan masalah anak. Dia sibuk nak bergurau senda. Gatal punya orang tua" marah datin maryam

"Hahahahahahahhahaha okaylah okay, tidurlah. Tak payah layan abang dah" merajuk tan sri anaqi

"Allah, ye lah ye lah. Abang peluk saya"

"Okay" laju sahaja tan sri anaqi memeluk isterinya lalu tidur bersama

Pada pagi keesokannya, talhah seperti biasa datang ke pejabat awal untuk bersarapan dengan tania. Tetapi harini tania dihantar oleh abangnya kerana keretanya masuk ke bengkel

"Abang thank tau sebab abang dah tolong hantarkan tania sampai office"

"Alright, you welcome. Nanti nak balik bagitahu 10 minit awal. Kalau tak, tunggu lah lambat"

"Okay-okay, ouhh abang lupa nak bagitahu. Nanti waktu lunch abang datang ambik eh? nak lunch dengan abang, boleh?"

"Boleh je, tak ada masalah. Lunch pukul berapa?"

"Eemmm pukul 1.45 abang datang tauu. Tania turun pukul 2. So abang datang tania dah tunggu dekat bawah"

"Okay, boleh je. No hal, nanti call abang. Takut abang lupa pulak"

"Okay" kata tania lalu keluar daripada kereta dan terus menuju ke lif untuk menaiki ke biliknya

"Wowwwww, boyfriend hantar ke?" tanya sayf ketika itu talhah baru sahaja masuk ke dalam lif

"Kalau boyfriend hantar pun, apa salahanya?"

"Ouhh, sejak bila you couple dengan dia?"

"Sejak i phd"

"Ouhh, boyfriend you kerja apa?

"Doktor pakar penyakit berjangkit"

"Ouhh, pandai jugak eh you cari peganti. Doktor pakar not bad"

"Yes, daripada engineer kannnn?" perli tania lalu pintu lif pun terbuka di tingkat 3. Sayf terus keluar daripada lif dalam keadaan marah. Talhah yang dengar perbualan mereka itu terus menanyakan sesuatu

"Tania, you ada boyfriend?"

"Nope"

"Tadi tu?"

"Sape? sayf ke?"

"Tak, yang you bercakap dengan sayf tu"

"Ouhh, that my brother. Dia yang doktor pakar penyakit berjangkit tu"

"Ouhh, why you bagitahu sayf yang abang you tu boyfriend you?"

"Sebab dia busybody, so itulah padahnya. Kene tipu, padan muka"

Talhah hanya mengelengkan kepalanya, lalu mereka terus menuju ke biliknya, talhah mengikut tania sehingga ke dalam biliknya

"Aiii opocot!!!" terkejut tania, hampir sahaja tersadung kakinya tetapi sempat disambut oleh talhah lalu terduduk di atas kerusi, manakala tania berada di atas riba talhah. Terus terdiam dan tidak berkelip mata

"Sayang, sayang, sayang" talhah kejutkan tania

"Hahhhhh!!! apa dia?"

"You tak nak bangun ke? ke memang suka duduk atas riba ni?" tanya talhah

"Eh, sorry sorry" terus kelang-kabut tania bangun lalu membetulkan bajunya

Terus talhah memandang tania yang malu-malu itu. Dengan mukanya yang semakin memerah, talhah menyilangkan kakinya

"Tania" panggil talhah lembut dan mengoda

"Yes" jawab tania

"You okay ke?" tanya talhah mengoda sengaja ingin mengusik tania, dilihat comel bila pipi merah-merah begitu

"I'm okay, i betul-betul minta maaf. I tak sengaja nak terduduk atas riba you. I langsung tak ada niat, i tak terfikir langsung pasal tu. I minta maaf, i betul-betul minta maaf" terang tania jujur kerana takut dimarahi oleh talhah

"I tak marah pun, i tahu you tak sengaja. I yang terlampau rapat ikut you, sebab tu bila you pusing. Kaki you tersadung, sorry tania"

Tania hanya menganggukkan kepala, sambil menundukkan kepalanya dan bermain dengan jarinya

Talhah merapatkan dirinya kepada tania, tangannya bergerak lalu cuba untuk memeluk tania daripada belakang. Tetapi talhah sempat menyedari akan perbuatannya itu hampir melanggar prinsip hidupnya. Terus dijauhkan diri daripada tania

"Ermmmm, tania. I'm so sorry about that. I tak sengaja nak terkejutkan you. I minta maaf sangat-sangat. I keluar dulu" talhah terus keluar meninggalkan tania yang malu-malu disitu

"Ishhhhh, ya Allah apa yang dah berlaku ni?? kenapa aku nak peluk dia??? ya Allah tak baiklah. Apa hal la aku tadi tu?? ya Allah kau lindungilah aku daripada buat perkara yang tak baik tu ya Allah. Kau kuatkanlah imanku supaya nafsuku tidak jauh tersasar" doa talhah di dalam biliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience