bacdh ' Buang Tebiat'

Drama Series 55610

Pintu bercat kuning sudah semakin pudar terang kuningnya. Warna yang arwah mama pilih ketika mahu menyambut Aidilfitri, lima tahun yang lepas.

Arghh! Kenangan sangat!.

Nampak pintu mesti ingat pesan mama...

"Bismillah..."
"Assalamualaikum."

Perlahan sahaja. Lebih kepada supaya tidak meninggalkan pesan mama. Mudah-mudahan ada kebaikan mama dapat di alam sana kerana ilmu yang mama tinggal dia amalkan.

Salamnya selama ini tidak pernah ada yang menyambut walau penghuni ada di dalam rumah. Tiada apa yang istimewa lagi di rumah ini selain kenangan yang takut hilang jika ditinggalkan.

Yusoff buka pintu peti sejuk yang sudah nampak berdaki tebal. Hmm... sabarlah peti sejuk, dah nasib kau. Botol plastik air mineral bersaiz 125L Yusoff tarik keluar.

Argh! Ni yang dia sakit hati!.

Semalam baru dia jerang air, tunggu sejuk kemudian isi di dalam botol dan simpan dalam peti supaya balik sekolah dapat minum air sejuk.

Tiga botol dia isi. Dua sudah kosong tapi botol kekal dalam peti sejuk, yang satu ini hanya tinggal suku!.

Sakit kepala, sakit hati serumah dengan Yunus dan Wati. Entah bila makhluk Allah dua orang itu mahu berubah menjadi lebih baik. Sikit pun jadilah!.

Kreeekkk!

Ada yang baru keluar dari bilik air. Pintu tu pun kesian, dah rosak. Bunyinya agak seram jika di sunyi malam hari. Yunus agaknya kerana kereta arwah mama ada di hadapan pintu pagar.

Purrrrrr!!!

Bersembur air suku botol yang Yusoff minum melihat sosok yang selamba keluar dari belakang.

Dengan tuala kecil sangat. Ditarik ke atas tak naik ditarik ke bawah tak turun untuk tubuh gempal itu. Memang hilang akal sungguh si Wati berjalan di hadapannya.

Yusoff alih pandangan. Dari ekor mata dia perasan Wati berhenti di tepi meja makan kemudian membongkok mengutip sebatang sudu.

Astaghfirullahhalazim!!!.

Yusoff tak tunggu lagi. Pusing kiri pura-pura tidak nampak sosok si Wati dan cepat-cepat keluar ke pintu hadapan.

Sempat Yusoff ambil sehelai t-shirt dan seluar trek yang baru disidainya di ampaian anjung rumah subuh tadi sebelum ke sekolah.

Adoi!.
Apa kenalah si Wati tu. Buang tebiat ke!?.

@@@@@@@

"Kejap, kejap,... dah bangun ni. Kejap."

Melayang-layang langkah Michan menuju ke pintu rumah. Ketukan bertalu-talu mengejutkan dia dari tidur lena.

"Aik! kenapa tak call?"

Sosok Khaleeda yang berpotongan cantik berdiri di hadapan pintu yang terbuka luas.

"Ce kau tengok handphone berapa ratus kali missed call?".

Sambil melangkah masuk Khaleeda menjawab.

"Uuu... ratus eh?. Aku tertidur la Di."

"Kau tidur petang!? patutlah pelupa."

"Apa tu?"

"Mi goreng mamak. Tadi tak sempat makan kan. Nanti tak boleh tidur malam terkenang-kenang."

"Ingatkan kau goreng... mi kau lagi sedap Di."
"Boleh pulak kau keluar lagi, Mama kau mana?"

"Alahh... dia balik kan kejap aje. Dia dah buat kerja penting dia marah-marah aku dia keluar la semula. Hari ini double killed aku kena. Papa pun balik joint mama bebel-bebelkan aku."

"Sorry la Di."

"Bukan salah kau la Mi. Kalau kawan aku orang lain pun sama aje. Diaorang memang nak bunuh aku perlahan-lahan. Nak biar aku mati sunyi, mati murung."

"Sini!"

Michan paut bahu Khaleeda yang tinggi banyak daripadanya yang bersaiz rendang. Mereka berpelukan seketika. Michan tahu Khaleeda berlakon kuat sedang hakikatnya kawan baiknya itu sangat terluka.

Tiada siapa boleh dapat semua. Dia ada adik beradik tapi tetap tak sempurna. Cuma hidup dia tidak sesunyi Khaleeda kerana ayah dan abangnya cukup mengambil berat dan sentiasa bercakap mesra cuma masing-masing sibuk dengan tuntutan hidup yang berat.

@@@@@@@

"Esok pagi kau amek aku tau."

Ketika turun daripada motorsikal Yusoff yang diboncengnya, sempat Hamzah mengingatkan. Motorsikal Hamzah di bengkel, esok baru boleh siap dibaiki.

"Okay."

Hari ini Yusoff kerja sambilan di pusat cuci kenderaan tempat Hamzah bekerja. Kelam kelibut lari dari rumah petang tadi sampai dia terlupa mengambil beg menyimpan makanan untuk pergi bekerja.

Sudahnya dia ke tempat Hamzah bekerja mengendeng kerja sambilan di situ. Mujur kereta memang banyak dan pengurus Hamzah memang memerlukan bantuan.

"Abang!"

Yusoff dan Hamzah serentak menoleh.
Hamizah dan... si mata bundar. Hmmm... budak tu tak ada baju fesyen lain ke?.

"Di... nak balik ke?"

Hamzah menyoal. Khaleeda senyum nipis dan mengangguk.

"Naik apa?"

"Ni nak order grab."

"Dah pukul sebelas Di... bahayalah naik grab."

Yusoff melihat sahaja kelaku Hamzah yang sambil bercakap mata atas bawah memandang pemakaian si mata bundar. Risau barangkali.

Yusoff sudah menghidupkan enjin motorsikal tapi teringat pula harus memastikan keberadaan Yunus sebelum pulang ke rumah.

Enjin motorsikal Yusoff matikan semula, mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada Yunus.

"Sop!"

Yusoff angkat muka sedikit kepada Hamzah sambil tangan masih menaip pesanan.

"Tolong hantarkan Dida."

Yusoff buat tak layan. Dia tahu Hamzah sangat maklum dengan perangainya. Jarang sekali dia mahu masuk campur masalah orang lain jika belum sampai melibatkan urusan hidup dan mati.

"Tolonglah Sop. Bahayalah Dida naik grab time macam ni."

"Kenapa baru nak balik? Mak bapak dia mana?"

Tanpa mengangkat muka Yusoff menyoal. Malas melayan.

Hamzah garu kening. Dia tidak pernah bercerita kisah Khaleeda kepada Yusoff sebab dia maklum sangat perangai Yusoff.

"Sekali ni je Sop. Untuk aku, please."

Hamzah maju ke hadapan mukanya berbisik perlahan. Yusoff merengus. Malas betullah kena macam ni.

"Kali ni aje!"
"Alamat!"

Hamzah beritahu alamat Khaleeda. Yusoff hidupkan enjin sekali lagi. Badan tegak tanpa bercakap apa-apa. Hamzah arahkan khaleeda naik membonceng Yusoff. Khaleeda tidak banyak soal hanya menurut sahaja.

@@@@@@@

"Awak pantau sikit dengan siapa anak dara awak berkawan tu Idah."

Terhenti pergerakan tangan Faridah daripada memasang tali pinggang keselamatan. Hamdan bercakap sambil tangan menghidupkan enjin kereta.

Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam dan mereka baru sahaja mahu pulang.

Mereka menghadiri jemputan jamuan makan malam seorang rakan perniagaan.

Ah, ini mesti sambungan cerita petang tadi. Dia geram sangat nampak kelibat budak perempuan itu bersama Khaleeda hingga terbawa sampai ke rumah.

Ya, sampai ke rumah dia masih bebel-bebelkan Khaleeda hingga tidak perasan Hamdan juga pulang sebentar ke rumah seperti dia.

Bukan dia tidak mahu Hamdan tahu kelakuan buruk Khaleeda tapi dia tidak suka jika Hamdan menyalahkan dia jika ada sesuatu hal daripada si anak. Faridah ada ego sendiri jika dikatakan terkurang bagus dalam mengurus hidupnya.

Rumahtangga mereka bukanlah sempurna dan bahagia. Hubungan dia dengan Hamdan memang tidak cemerlang. Tiada sengketa, tapi sudah tiada juga kemesraan seperti awal-awal perkahwinan.

Dia seorang yang tidak sukakan drama jadi sekarang dia sudah sampai titik umur untuk 'okay' sahaja dengan perkahwinan ini.

Apa sahaja yang memungkinkan sengketa dia cuba hindarkan. Faridah cuba bergembira dengan cara yang dia sendiri memilihnya dan dia mahu kekal begini.

Khaleeda sepatutnya bukanlah urusan berat buat mereka kerana mereka sudah mendidik anak itu supaya menurut sahaja.

Anaknya yang satu itu harus tahu peraturan yang sudah mereka berdua suami isteri sentiasa pasakkan dalam fikiran si anak. Khaleeda mesti sedar diri!...

Hanya sahaja urusan kewangan dan perniagaan yang diusahakan bersama jadi mereka masih kekal berkait.

Dia pernah memberitahu Hamdan di awal perkahwinan mereka dia mahu dua perkara. Pertama, tidak mahu ada masalah kewangan dan kedua, dia tidak mahu dikhianati.

Hamdan kotakan permintaannya tapi ada pengorbanan yang harus mereka pijak untuk kekal tegap dengan hidup sifar masalah duit serta saling setia...

"I taulah..."

"Nama saya naik untuk gelaran Datuk... mungkin birthday Agong tahun depan."

Wow!

Faridah berpaling memandang Hamdan yang sedang memandu dengan berita yang baru dia terima.

Tidak silap keputusan Hamdan mengajaknya menamatkan perkhidmatan dan memulakan perniagaan farmasi sendiri. Kemudian memulakan pula perniagaan kosmetik dengan jenama mereka sendiri.

"Jadi... kita kena jaga nama. Jangan ada cerita bukan-bukan, sampai nama boleh hilang dari senarai penerima pingat." sambung Hamdan.

"Macam mana you buat?".

"Adalah orang yang saya kena lobi. Bukan sikit... banyak!"
"Sebab tu kena jaga nama."

Sehabis bercakap Hamdan menoleh kepadanya sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan meneruskan pemanduan dengan tenang.

Boleh tidurkah dia malam ini?.

tqvm yg sudi bce. pls komen dan follow ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience