Bab 3

Romance Series 16182

"Uda..."

"Ada apa umi? Masih nak bertanya tentang bakal menantu ka?"soal Jebat. 

"Eh tak...tak,"hairan. Selalunya, hampir setiap hari bertanya tentang bakal 'isteri' yang tak muncul-muncul lagi.

"Ada apa-apa ka yang umi nak uda buat?"

"Uda boleh temankan umi ke majlis kahwin anak kawan umi, tak?"

"Bila tu? Kalau hari biasa memang tak boleh."

"Umi pasti uda boleh sebab hari itu adalah hari yang luar biasa."Jebat mengeluh perlahan. Perlu ka, waktu sekarang uminya buat lawak antarabangsa?

"Hari apa tu, umi?"

"Hari Jumaat."

"Ada ka orang kahwin hari Jumaat, umi? Sempat pulak diorang nak uruskan majlis,"soal Jebat hairan. Adakah dia yang tak tahu dunia luar? Adakah dia tak sedar memang ada majlis kahwin hari Jumaat?

"Eh, tak. Bukan hari Jumaat tetapi hari Ahad."

"Mana satu yang betul ni, umi?"

"Hari Ahad minggu depan, uda. Jadi...boleh temankan umi tak? Uda kan cuti hari tu."

"Adik-adik tak nak ikut?"soal Jebat.

"Diorang malas. Umi tahu uda kan suka pergi majlis-majlis macam ni"ujar umi kepadanya.

"Bila pula uda suka majlis macam ni, umiku sayang?"

"Alah...uda kena pergi. Barulah ada orang nak datang majlis kahwin uda nanti. Lagi satu ambil aura-aura positif dekat majlis kahwin nanti."

"Macam-macam umi ni. Ayah ikut tak?"

"Ayah tak ikut. Dia ada kerja sikit."

"Uda, nak pinjam motor,"ujar Mikail iaitu adik kepada Jebat sambil menuruni tangga membuatkan percakapan dua beranak itu terhenti seketika.

"Hah! Kerja, keluar! Cuba duduk rumah sikit. Kamu nak ka, umi kunci kamu dalam bilik?"bising umi melihat anak bongsunya itu.

"Umi, adik baru nak keluar tau. Dah seharian adik terperap dalam bilik tu."

"Itulah umi dah pesan. Cari kerja sementara tunggu keputusan uni. Jangan fikir nak berjoli saja."

"Adik tak beli apa-apa pun. Adik hanya nak pusing-pusing taman rumah kita ni."

"Habis tu takkan nak pakai baju macam tu. Dengan beg bagai. Nak ride bagitahu,"sampuk Jebat. Macamlah dia tak tahu. Kerja tak lekat dekat rumah. Dua tiga hari baru nampak batang hidung.

Berbeza dengan adiknya yang kedua. Diam dan hanya belajar dalam biliknya. Itu pun satu juga, susah nak berkomunikasi.

"Dah. Pergi masuk bilik. Umi tak nak adik ikut kawan-kawan adik tu. Umi dah pernah pesan, pilih kawan yang bawak kita ke arah kebaikan bukan kemusnahan."

"Tak ada faedahnya keluar jalan-jalan macam tu. Cuba adik cari kerja, cari pengalaman,"bebel umi. Anak bongsunya itu kadangkala tak boleh dibawa bincang. Suka ikut sedap hati dia saja.

"Okay...fine."Mikail terus melangkah masuk semula ke dalam biliknya.

"Tengoklah. Umi banyak kali pesan dekat ayah. Jangan ikutkan sangat adik tu."

"Sabarlah umi,"ujar Jebat menenangkan uminya.

"Ni, kamu nak pergi mana?"ujar umi sambil pandang atas bawah anaknya itu. Segak semacam.

"Uda ada kerja sikit dekat restoran tu. Lepastu nak jumpa dengan Dato' dan bincang tentang pengambilan pekerja baru."

"Oooo....pekerja baru. Kalau ada yang berkenan nanti bawa jumpa umi, ya?"

"Apa pulak umi, oiii? Tak adanya uda nak bercinta dekat tempat kerja tu. Sorry, ehh."

"Hurmm...melepas lagi. Umi tunggu lama tau, bila lah anak umi ni nak bawa seorang wanita melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah ni."

"Umi...kan umi dah bagi tempoh. You have to wait."

"Ya lah. Umi nak pergi sembahyang zohor sekejap. Bawak kereta tu, elok-elok,"pesan umi.

"Okay. Uda pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam,"dia menyambut huluran salam anaknya itu.

************************************

"Hari ini... seperti kamu semua sedia maklum, kita akan kedatangan tetamu yang terhormat. Jadi...saya nak kamu semua menjalankan tugasan kamu dengan sempurna seperti yang sudah kita bincangkan,"ujar Jebat tegas.

"Baik chef."

"Dim...bantu saya untuk selesaikan our entry dan main dish. Lis dengan Miza,"seru Jebat.

"Yes chef!"

"The two of you, boleh pergi ambil bouquet dekat dalam kereta saya. Dan letak dalam pasu yang ada pada setiap meja."

"Yes chef!"sahut mereka berdua serentak.

"Yang lain, you may start now,"arah Jebat.

"Yes chef!"masing-masing mula serius menjalankan tugas mereka. Kerana kali ini akan menentukan sama ada prestasi mereka semakin baik atau sebaliknya.

"Lis...esok akan ada pekerja baru kan?"soal Miza. Mereka berdua menjalankan tugasan seperti yang diarahkan oleh Jebat. Tangan mereka sibuk menyusun beberapa tangkai bunga ros ke dalam pasu yang tersedia.

"Haah. Tapi dia akan duduk dekat kitchen. Bukan macam kita ni"

"Eh, kau. Bagitahu lah yang kau jealous kan?"

"Kenapa pulak?"soal Lis hairan.

"Ya la...tak dapat juga nak masak bersama pujaan hati,"usik Miza membuatkan Lis berdehem sambil melihat sekeliling. Nasib hanya tinggal mereka berdua.

"Slow sikit suara kau tu."

"Macam lah diorang tak tahu yang kau suka dekat chef Maleeq,"ujar Miza membuatkan Lis terus menutup mulutnya.

"Ish kau ni. Berlapik lah sikit,"bisik Lis.

"Tak betul ka apa yang aku cakap ni?"

"Betul tu memang betul. Tapi tak payahlah cakap kuat-kuat. Kau tahu kan yang chef tak suka kita buat benda lain sambil buat kerja."

"Iyolah. Kau teruskan lah kerja ni. Aku nak susun napkin pula,"ujar Miza kemudiannya berlalu pergi.

"Aku sukakan dia tapi...."Lis mengeluh perlahan. Dia takut kalau dia luahkan, dia tak yakin yang dia masih akan bekerja di restoran itu lagi.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi loceng di pintu tanda ada orang yang mendatangi restoran. Matanya terus terpandang pada satu sosok yang cukup dia kenali.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, encik,"ujar Lis perlahan.

"Maleeq ada?"soal lelaki itu. Lis menganggukkan kepalanya.

"Ada. Sekejap saya panggilkan dia untuk encik,"ujar Lis. Dia kemudian terus berlari kecil memanggil Jebat yang sedang sibuk berurusan di dapur. Tidak lama kemudian,

"Kenapa tiba-tiba datang sini?"soal Jebat.

"Tak boleh ka aku datang dekat sini? Ini bukan restoran kau pun."

"Okay. Fine. Sekarang kau datang sini mesti ada sebab. Aku tak rasa yang kau saja nak jumpa dengan aku."Kamal menganggukkan kepalanya.

"Memang pun. Tapi bagilah aku duduk dulu. Nak spill the tea pun susah kalau berdiri tengah-tengah alam ni."

"Jom, ikut aku,"ujar Jebat. Dia terus melangkah bergerak ke dalam satu bilik kecil yang menempatkan barang-barang peribadinya.

"Ada apa yang kau nak cerita dekat aku sebenarnya?"

"Aku terjumpa dengan 'dia',"ujar Kamal membuatkan Jebat terdiam.

maaf atas kekurangan untuk chapter kalini....hope you all still enjoy it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience