Bab 48

Romance Series 39746

Pada waktu lunch, tania sudah menelefon abangnya untuk mengambilnya pergi makan. Semasa di dalam lif, tania dan talhah telah turun bersama lalu ditegur oleh tania

"Ermmm tania, you turun lunch dengan sape?"

"Ouhh, dengan my abang"

"Ouhh, kereta you mana?"

"Ouhh, kereta i masuk bengkel sebab ada problem sikit" terang tania

"Ouhh" tiba sahaja diluar. Terus kereta porcshe milik abang hud wujud di hadapan pintu utama. Tania melihatnya terus berjalan laju

"Eh takpelah, i pergi dulu. My boyfriend dah sampai. Bye" kata tania begitu kerana dilihat ada sayf di belakang talhah

Tania terus berlari lalu menuju ke kereta abangnya, abangnya keluar lalu membuka pintu kereta dengan memakai cermin mata hitam

"Mak aiiii, betul ke tu abang dia? asal macam boyfriend dia?? ishhh aku pulak jealous. Nampak handsome jugak eh? walaupun aku lelaki pun, aku nampak abang dia handsome" kata talhah lalu pergi menuju ke keretanya

"Sila jemput masuk, cik tania sofiana a.k.a fia" usik abang hud sambil membuka pintu keretanya

"Terima kasih encik doktor" perli tania lalu masuk ke dalam keretanya

Hud terus menutup, pintu dan terus ke bahagian pemandu. Mereka terus bergerak menuju ke destinasinya

"Abang"

"Yes?"

"Abang nak tahu tak, yang sayf tu dia kerja dekat sini"

"Hahhh!!! dia yang boyfriend tania masa degree dulu tu?"

"Iye la abang, dia lah. Sape lagi sayf yang abang kenal?"

"Ouhh, ye ye betul-betul. Tapi dia kerja sebagai apa?"

"Ouhh, sebagai engineer bawah talhah"

"Ouhh, engineer"

"Yup, and dia belajar sampai master je"

"Ouhh, banyak pulak tahu eh?? ke tania suka dia lagi?"

"Eh abang ni, tak ada maknanya tania nak suka dekat si mamat tempe tu"

"Ouhh, mamat tempe tania panggil dia"

"Haah, tempe basi"

"Ushhhh, makanan pulak dah. So now kita stop cakap pasal lelaki tu. Kita cakap pasal perut kita sekarang ni. Perut abang dah berbunyi ni, nak pergi makan dekat mana?"

"Pergi makan dekat restoren nasi ayam dara lah, dekat damansara tu. Orang kata sedap, kita pergi try nak?"

"Okay, tania...." tak sempat abangnya ingin bercakap sampai habis, terus dipotong oleh tania

"Eh abang belanja" kata tania lalu terus membuat muka comelnye

"Hemmm ye lahh, abang belanja" kata hud lalu terus pergi menuju ke destinasinya

Sayf yang melihat tania menaiki kereta itu, terus terkedu

"Ushhh, kalau la tu boyfriend guna porsche. Mesti anak dato' tak pun anak tan sri. Kaya pulak eh lelaki yang dia cari tu. Pandai dia cari peganti aku"

Sayf terus mengikuti kereta itu, sehingga ke destinasi mereka makan tengah hari

"Eh abang, kereta belakang tu. Macam kereta sayf je"

"Fia tahu kereta dia?"

"Tahu, selalu nampak. Abang apa kata kalau abang berlakon?"

"Abang berlakon?? nak berlakon apa?"

"Berlakon jadi boyfriend fia boleh?"

"Ouhh, boleh. Sampai bila?"

"Selagi sayf ada dengan tania"

"Okay, but abang pun ada kerja tau. Bukannya duduk rumah goyang kaki je dik. Kalau tak, sape nak bayar kereta ni?"

"Hehehe iye abang, iye. Tolong eh??? pleaseeeeeee" pinta tania sambil membuat muka comel

"Hem ye lah, dah la jomm keluar. Nanti lambat pulak"

"Okay" lalu mereka pun keluar bersama. Tetapi masa keluar abang tania terus ternampak sayf mengambil gambar melalui telefon bimbitnya, hud terus memberitahu adiknya

"Fia, dia ambik gambar kita" kata abangnya sambil memegang pinggangnya

"Biar je lah bang, kita teruskan lakonan macam orang bercinta"

"Okay, no hal"

Mereka pun terus masuk ke dalam restoren itu untuk menjamu selera. Sayf terus mengikuti mereka sehingga ke dalam restoren tersebut

Sampai di meja makan, hud menarik kerusi untuk adiknya "silakan my sweetheart"

"Awwww thank biy" jawab tania manja

Mereka pun duduklah berdepan, manakala sayf duduk di belakang tania. Sayf duduk disitu untuk mendengar perbualan mereka berdua

"Biy, susah kann i nak jumpa you lately ni?"

"Yeah, sorrylah my sweetheart. I busylah, banyak kerja dengan hospital tu. Ni time free i ajak you keluar lunch kann? i ambik and hantar you ke office"

"Itulah, but bukan selalu. But its okay, janji you dapat spend time masa dengan i harini pun. I dah okay sangat-sangat. Thanks biy" kata tania sambil memegang tangan abangnya itu

"Welcome sweetheart, anything for you" kata abang tania membalas perbuatan adiknya tadi

Sayf yang mendengarnya menjadi panas telinga, tetapi masih lagi mendengarnya sambil mengumpat

"Elehhh nak ber i you i you, geli aku dengar. Time dulu aku dengan dia pun, ber i you jugak. Tapi tak adalah sampai mysweetheart dengan biy bagai. Geli dohhhh"

"Biy, nanti malam. Kita keluar tengok wayang boleh?"

"Boleh je no hal, cerita apa?"

"Emmm i don't know. But ramai kawan i suggest suruh tengok cerita fast and furious 9"

"Hemmm okay, i pun suka tengok cerita lumba kereta camtu. Kalau macam tu, pukul 8 la kita jumpa. Boleh?"

"Boleh, no hal. Thanks tau biy"

"Nope sweetheart. Ehh makanlah, nanti lambat pulak you masuk office"

"Alright biy" kata tania lalu menyambung makan

Setelah selesai makan, mereka berborak kosong seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Langsung tidak mengendahkan orang sekeliling. Sayf hanya terus mendengar perbualan mereka sehingga tamat

"Biy, jomm hantarkan i masuk office. Dah nak habis waktu lunch ni" kata tania sambil melihat jam di pergelangan tangannya

"Okay" kata hud lalu terus membayar makanan mereka lalu terus menuju ke kereta

"Silakan sweetheart" kata hud sambil membuka pintu kepada adiknya

"Thanks biy" tania terus masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan. Di dalam perjalanan mereka bercerita habis tentang lakonannya yang lawak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience