Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Luth dan Noah masih aktif bermain bola keranjang bersama ahli bola keranjang yang baru. Kedengaran jeritan demi jeritan beberapa pelajar perempuan apabila Luth dan Noah berjaya menjaringkan gol. Mereka berdua sangat popular di kalangan pelajar perempuan.
Nuha sedang duduk di sebelah Zara menghadap gelanggang bola keranjang. Zara pula sedang ralit membelek setiap helaian novel.
"Ya Allah, lambatnya dia orang berdua ni, aku rasa macam nak terberak dah ni." Nuha melepaskan keluhan yang tidak berpuas hati.
"Kalau kau nak berak, pergi berak dekat tepi longkang tu, mudah dan cepat." ujar Zara. Mata masih fokus membaca novel yang bertajuk Siapa Sangka Terjatuh Cinta.
Nuha hanya menggulingkan bebola matanya. Dia sudah penat menunggu. Kelihatan Luth dan Noah menuju ke arah mereka berdua. Terdapat beberapa orang pelajar perempuan menghulurkan air mineral dan kain tuala kepada mereka.
"Air mineral dengan tuala ni khas untuk abang Luth dan Noah" ujar salah seorang budak perempuan." Cool gile waktu abang Luth dengan Noah jaringkan gol tadi." pelajar perempuan yang lain mula menyampuk.
"Terima kasih darling darling saya semua, tapi awek saya marah kalau terima semua ni." Noah menolak secara baik. Sebenarnya Noah manalah ada awek. Masih solo lagi.
"Korang semua pergilah bagi air mineral dengan tuala ni dekat ahli yang lain ya, sebab saya dah ada semua ni" ujar Luth dan kenyitkan matanya pada pelajar perempuan di situ dan berlalu pergi. Semua tayang muka sedih dan kecewa.
Kaki mereka berdua laju sahaja melangkah ke arah Nuha dan Zara. Nuha dan mula tayang muka cemberutnya, Zara pula masih tenang membaca novel.
"Weh pendek tolong kesat peluh aku ni." Selamba Luth mencampak kain tualanya pada muka Nuha.
"Nak aku kesat ya, baiklah aku tolong kesatkan ya sayang." Nuha ambil kain tuala dan terus tonyoh dengan geram pada wajah Luth.
"Nah.. Ambik kau! Nak sangat kan aku kesatkan." Dengan perasaan yang geram, Nuha mengesat peluh di wajah Luth dengan kasar.
Luth terkejut dengan kelakuan Nuha yang agak kasar. "Woi pendek!" habislah calar muka aku yang hensem ni!" Luth terus merampas kain tualanya dari tangan Nuha.
"Lain kali, aku nak balik terus, aku tak nak dah tunggu korang berdua, panas tahu tak." Nuha memuncungkan mulutnya.
Noah menarik mulut muncung Nuha. "Rilekslah Nuha. Nanti aku belanja kau ais-krim magnum kegemaran kau." Noah memujuk kembarnya. Nuha dan Noah adik beradik kembar yang lahir pada bulan yang sama, cuma selang masa beza 60 minit sahaja. Mempunyai rupa paras yang sangat tampan dan comel. Kedua-duanya memiliki anak mata yang berwarna hitam pekat, hidung yang sederhana mancung dan berkulit cerah. Mereka berdua mempunyai perbezaan ketinggian yang sangat ketara.
Tinggi Noah 180cm manakala Nuha pula 150cm. Mereka berdua nampak seperti bukan adik-beradik kembar. Hubungan mereka tersangatlah rapat.
"Tak payahlah nak pujuk Nuha tu. Zara rileks je tunggu kita." ujar Luth yang sedang melabuhkan punggungnya di sebelah Zara.
"Zara, kau boleh ke join kita orang study hari ni? Daddy kau tak marah ke balik lewat?" Soal Noah. Noah merangkul bahu kembarnya Nuha.
"Aku dah minta izin daddy aku, lepas maghrib nanti driver aku datang ambil aku dekat rumah korang." Tenang sahaja Zara menjawab.
"Okaylah ,jomlah gerak sekarang. Korang berdua busuk masam. Tak tahan dah aku dengan bau peluh korang." Nuha menutup lubang hidungnya.
"Bau yang busuk masam ni lah, yang jadi pujaan gadis-gadis dekat sekolah ni tau." Luth meraup kasar rambutnya yang basah disebabkan peluh.
"Perasan gila mamat ni." balas Nuha dengan geram.
"Bukan perasan tapi fakta."
Noah dan Zara hanya tersenyum lihat mereka berdua. Mereka berempat terus pulang menaiki bas ke rumah Noah dan Nuha untuk membuat homework bersama.
Share this novel