Bab 4

Romance Series 108646

“MASUKLAH.” Sara ketawa dengan perangai manja Mia yang suka melekat dengannya. Hari ini adalah hari bertemu dengan ibu bapa bagi sekolah tadika Mia. Mia mahu Sara ada seperti tahun-tahun yang lepas.

“Nanti mama jemput Mia tau,” kata Mia untuk mengingatkan Sara.

Tergelak kecil Sara. “Ya, sayang.”

Sebentar tadi hanya Luqman dan Maria saja yang masuk ketika bertemu dengan guru sekolah. Sara malas mahu mencetuskan kontroversi atau masalah di situ. Dia hanya memandang dari jauh.

Tapi tidak sangka pula Mia berlari mendapatkannya.

“I kena naik dengan you tau nak ke pejabat sebab tadi ke sini kan I tinggal kereta kat rumah you,” kata Maria dengan manjanya.

Luqman langsung tidak menjawab. Dia hanya memandang Sara yang sedang melambai Mia. Mata mereka bertembung namun Sara hanya buat tidak tahu seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Maria.

Sara terus melangkah mendapatkan keretanya. Memang sengaja dia pergi asing sebab tidak mahu ada dalam drama murah ini.

“Sara?”

“You, jomlah,” panggil Maria dan sekali gus menahan Luqman untuk mengejar Sara.

Sara terus memandu keluar dari kawasan sekolah itu. Saat sudah jauh dia mengintai dari cermin pandang belakang. Kelihatan kereta suaminya juga telah beransur dari sekolah Mia.

Dadanya digosok perlahan. “Tak ada apa-apa, Sara. Semuanya okey.”

“Mungkin dia bukan jodoh kau. Dia cuma bodoh je.” Sara memberi kata-kata semangat untuk dirinya. Kalau bukan dirinya sendiri, siapa lagi orang yang tepat untuk bagi semangat kepada diri sendiri?

Dengan tenang dia memandu melalui kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok yang besar membuatkan kawasan itu sangat redup dan berangin. Sambil itu membuatkan dia teringat tentang dirinya yang sejak kecil tinggal di rumah anak-anak yatim. Dia tidak pernah tahu siapa ibu bapa kandungnya.

Dari kecil lagi hidupnya sudah pandai berdikari. Dia harus mencari kebahagiaannya sendiri. Salah satu alasan kenapa dia bersetuju berkahwin dengan Luqman adalah kerana dia ingin memberikan kasih sayang seorang ibu kepada anak Luqman iaitu, Mia.

Dia tahu bagaimana suramnya hidup tanpa ada sosok ibu dalam kehidupan.

SESUDAH sampai saja di rumah, Sara terus menyepak bonet belakang kereta Maria. Geram sungguh hatinya. Tak dapat sepak tuan dia, dapat sepak kereta pun tak apalah. Kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ahhh, leganya dah sampai rumah.”

Kelihatan rumah seperti baru dikemas oleh orang gaji di rumah itu. Tugas Sara tidaklah berat cuma akan memastikan semua persiapan untuk Luqman dan Mia tersedia dan apa saja berkaitan Luqman dan Mia memang Sara akan sediakan.

Dalam 20 minit Sara berbaring di atas sofa sambil melayari laman sosial dia terdengar bunyi kereta masuk ke pekarangan rumah.

“Siapa tu?”

Krak!

Pintu utama rumah dibuka dari luar. Ternyata suaminya.

“Kenapa? Ada barang tertinggal ke?” tanya Sara yang sudah mula duduk di sofa yang dia baring tadi.

Luqman hanya diamkan diri dan terus duduk di sebelah Sara.

“Mana Maria? Diakan bayang-bayang you.”

Berdecit mulut Luqman.

Sara pandang Luqman seperti tidak percaya. Takkan balik rumah semata-mata rindukan dia?

“Lupa minum kopi tadi?” tanya Luqman kepada Sara yang mengesyakinya kerana balik ke rumah.

Tanpa bantahan terus saja Sara menuju ke dapur dan mengambil secawan gelas air saja malas nak membancuh kopi kemudian dia membawa ke hadapan.

“Ni, air you.”

Luqman terus menangkap pergelangan tangan Sara dan menarik Sara duduk di atas pangkuannya. Terkejut Sara diperlakukan begitu dan air telah tumpah pada baju Sara dan percikannya terkena juga pada Luqman.

“You… tengok ni dah basah.” Sara meletakkan cawan di atas meja berdekatan namun Luqman menariknya dengan dekat.

“Apa you buat ni?” tanya Sara cuak.

“Tengoklah. You kata basah. So I nak tengok dekat-dekat,” kata Luqman sambil tersenyum nakal.

Sara berdecit. Luqman mencuri cium pipi isterinya.

“Eh, dia ni kan.” Sara gera, terus saja dia bangun daripada pangkuan Luqman.

“Tak malu ke?” bebel Sara sambil berjalan menuju ke tangga.

Dengan pantas Luqman mengekori dari belakang. “Malu?”

Sara menjeling. Ah, cantik sungguh jelingan Sara.

“Nak pergi mana ni?”

“Biliklah.”

Sara berhenti di pintu bilik, dia berpusing dan terkejut suaminya sudah sedekat itu dengannya. Tidak memasal dia mencium dada suaminya. Eeee…

“Sejak bila you jadi macam ni ya? Pervert!”

“Sejak sekarang,” balas Luqman dengan senyuman sengetnya itu.

Tergelak kecil Sara. “Habis tu kenapa tak pernah sekali pun ada cubaan untuk menyentuh I?”

“Entahlah.”

Sara mengangguk. “I pun tak nak kena sentuh sekarang ni. Kalau dah gatal sangat pergilah kat bekas you tu. Dia tu perlukan perhatian dan belaian.”

“Kalau I buat betul-betul nanti, you yang makan hati,” balas Luqman menguji Sara.

Kini, mereka sudah masuk ke dalam bilik dan Sara sedang mencari baju kering untuk digantikan. Manakala Luqman menanggalkan kemejanya terus dan membiarkan hanya berseluar sahaja.

Sara tersenyum seketika bila dia sedang melonggarkan dua butang atas dia terlihat satu fail yang dia simpan untuk perceraian nanti.

“Tengok ni,” tunjuk Sara kepada Luqman.

Berubah terus wajah Luqman bila ternampak logo dan nama borang yang ditunjukkan oleh Sara kepadanya.

“Ni adalah fail untuk I mintak fasakh nanti. I dah siapkan semuanya untuk bawak ke mahkhamah nanti. I tak main-main tau Luqman.” Sara senyum menang.

“Bila you buat semua ni?” tanya Luqman bergetar suaranya.

“Sejak dia muncul. Mungkin dalam enam ke tujuh bulan I kumpul. I rasa kita memang dah tak boleh nak teruskan lebih lagi bila dia muncul. Sinar yang ada jadi gelap terus. I tak suka jadi yang kedua mahupun yang ketiga. Jadi, I pergi dari hidup korang. Itu lebih baik kan?” Sara terus tidak jadi menukar pakaian kerana suaminya seperti tidak mahu keluar dari bilik itu.

Fail di tangan masih dibawa. Dia mahu letakkan di dalam kereta senang jika dia mahu terus pergi ke makhamah nanti.

Luqman mengejar Sara dari belakang terus saja dia mencapai lengan Sara.

“Lepaslah. Tolonglah jangan berkasar dengan I.”

Luqman tidak mendengarkan. Dia buat tidak tahu. “I takkan lepaskan you! I takkan biarkan you keluar melainkan I yang keluarkan dia.”

Bergetar suara Luqman ketika ini. Matanya dan Sara beradu, namun mata Sara berkaca. Cengkaman yang kuat pada pergelangan tangan Sara tidak disedari Luqman, sungguh sakit tapi jiwa Sara lebih parah.

“Kenapa susah sangat nak ceraikan I? Cakap jelah cerai,” kata Sara yang sudah melemah suaranya. Tangisannya ditahan.

“Kenapa seksa I macam ni, I tak buat salah pun.” Sara merayu.

Luqman masih menatap Sara. “Bila I seksa you?”

“Kalau bawak perempuan lain dan bermesra dengan perempuan lain depan isteri itu bukan menyeksakan ke?” tanya Sara.

“Perempuan lain? Maria? I dah tak sayang kat dia.”

Ketawa kecil Sara. “Tak sayang. Hebat. Sampai boleh ketepikan perasaan isteri. Buat isteri macam tunggul, sentuh perempuan lain lebih banyak dari pegang isteri sendiri. Dahlah Luqman. You tak rugi apa-apa pun kalau lepaskan I. You akan lebih bahagia.”

Luqman menggeleng. Sudah tidak tahu macam mana lagi cara untuk hentikan Sara. Justeru itu, terus saja Luqman merampas fail yang berada di tangan Sara dan terus saja menuju ke dapur dan mencapai pemetik api.

Sara sudah tidak tentu arah. “Luqman. Bagi balik fail tu. You nak buat apa?”

Luqman terus menuju ke belakang rumah, Sara ikut saja dari belakang.

“Fail ni kan yang jadi kan you nak sangat cerai?” tanya Luqman sambil mencampakkan fail itu ke dalam pembakar akar kayu.

Jantung Sara tidak berirama. “Jangan…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience